Showing posts with label herbalife. Show all posts
Showing posts with label herbalife. Show all posts
23:17

Dari akauntan ke jurulatih pengurusan berat badan

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Good evening guys...

Tadi aku ada terbaca tentang seorang blogger yang dahulunya adalah seorang doctor dan sekarang sudah pun bertukar profession iaitu menjadi chef.

Totally tukar bidang and dah jauh ke laut sangat kan.

Bila teringat balik pasal diri aku, yezzaa it happens to me.

Aku mengaku dulu aku memang gila dengan subjek akaun masa sekolah menengah dan matrikulasi. Siapa kawan aku yang sama sekolah dan sama kelas masa matriks mesti tahu cara aku study dan aku score(heheh...budget bagus je kan) idak la macam tu, cuma flashback balik tentang diri aku dulu.

Kalau cakap pasal balance akaun, ha tu memang buatkan student akaun macam trauma dan jadi tak keruan. Sanggup tak tidur malam, kes nak balance punya pasal. Bila dapat balance satu kepuasan kot...heheh

I miss that moment. Tapi tak tahu kenapa, kalau boleh dengan izin ALLAH aku tak nak dah lalui zaman tu. Pening beb kepala.




Petang tadi aku ada jumpa dengan seorang pak cik ni, tapi aku panggil dia Haji dia bahasakan diri dia Haji dan bagitau yang dia ada banyak syarikat. Dalam otak aku, (nak kata dia kaya la tu...hahah)...isk tak baik betul aku kan. OK , stop negative thing.

Dia tanya aku, sebelum ni aku kerja apa. Dan aku jawab akauntan kat sebuah company ni. Dia terus kata rugi la awak sebab tinggalkan dunia akauntan.

Aku senyum je. Dalam dunia ni, tiada istilah rugi tapi lebih kepada istilah 'the decision journey'. Apa decision dalam hidup kita yang kita dah decide then itulah journey kehidupan kita. Tiada salah dan tiada betul. Tapi kalau hang pilih journey hisap dadah tu memang salah...hahha


Just do what you love. Dulu memang aku happy jadi akauntan, but when that feeling dah tak da kenapa perlu tunggu lagi. Alhamdulillah, kerjaya sebagai jurulatih pengurusan berat badan menjadi pilihan hati. And i'm so happy now. Dulu bila akaun balance, happy gila but now bila tengok customer turun berat aku yang melompat happy.

Kesimpulannya, buatlah perkara dalam dunia ni yang boleh happy kan diri kita. Walaupun orang sekeliling tak suka atau perli kita, selagi kita ada ALLAH is enough for our life fi dunya wal akhirah. Coz He knows the best for us.



HERBALIFE MAMA

Lisa 0193749822





11:32

Emotional Hunger vs physical Hunger

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak korang craving nak makan pizza? Cheese cake? Cheese tart? Rainbow cake?

Something sweet.

Atau pun craving nak makan fast food even sebenarnya sejam yang lalu baru sahaja makan nasi.

Mari kita cek ouself either we actually emotional hunger or physical hunger




Aku pun pernah alaminya. Sometimes it happen when we feel stress on something happen to ourlife maybe work overload, family,relationship n so on. and we think the best solution is EAT.

Macam mana cara nak atasinya. Simple. Control ourself first. Ingat balik why we need to lose weight. Do you think,after u eat, all this problem  will solve? Cool down. Take a deep breath.

Tengok picture2 artis or people yang you inspire with their body n lifestyle. so that, ur 'WHY' will become bigger rather than your problem.

Make yourself as busy as you can. So you will forget to eat unhealthy food.

Setakat ni, tu sahaja yg boleh aku kongsi bersama. See you next time.

  Ahli Bebas Herbalife & jurulatih kesihatan
             Coach Lisa 0193749822
10:44

Coach Lisa 019-3749822: Tahu Kalori untuk turunkan berat badan

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Kenapa kita perlu tahu kalori untuk turunkan berat badan?

Sebab nya kalori adalah unit untuk ukuran tenaga. Tubuh badan manusia perlukan kalori untuk menjana tenaga. Jika kita mengambil lebihan kalori( apa yang kita makan), maka ia kan menjadi lebihan lemak yang tersimpan dalam badan dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Bagaimana mahu kira kalori kita?

Senang sahaja pergi ke KLIK DI SINI .

Adakah anda sudah dapat jumlah kalori anda?

Jika sudah, kita boleh plan apa meal plan yang kita boleh ambil untuk seharian. Berikut sebagai rujukan untuk kalori bagi pemakanan orang malaysia.







Maka elakkan berdiet dengan cara skip makan. Kita boleh makan tapi mengikut jumlah kalori keperluan badan masing-masing. Tukar persepsi dan gaya hidup kita. Ambillah makanan yang mempunyai cukup nutrien. Sekiranya anda ingin memastikan diet untuk menurunkan berat badan tanpa mengabaikan nutrien dan memastikan jumllah kalori yg diambil tidak berlebihan, anda mempunyai pilihan untuk mengambil 'meal replacement' bagi memastikan perut anda kenyang dan masih bertenaga. Sebagai jurulatih kesihatan dan kecantikan saya mencadangkan shake herbalife sebagai 'replacement meal'  yang HALAL dan mudah untuk diminum serta mempunyai perisa yang sedap. Saya sudah makan herbalife selama 3 tahun. tidak pernah jemu untuk mengambil shake herbalife ini sebagai sarapan pagi


Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257




12:12

Info Sihat: Rahsia Turun Berat Badan I

by , in
Assalamualikum w.b.t

Aku berkongsi rahsia untuk turun berat badan dengan lebih berhemat atas dasar pengalaman sendiri, Aku bukanlah doctor atau nutritionist yang sangat pakar dalam bidang anatomi atau pemakanan bagai.

Hari ini, aku nak berkongsi rahsia yang pertama iaitu letakkan target atau goals. You must know what  is your goal.



S - Specific( kena tahu berapa kg yang kita perlu turunkan berat untuk dapatkan berat ideal, macam aku, if dapat turun 4-5kg pun dah cukup untuk ideal dgn ketinggian cumanya,almaklum aku kan nak jadi macam che ta, fasha sandha and scha awal, so kena gorgeous sikit)

M- Measurable( rasa-rasanya boleh tak capai mengikut masa yang ditetapkan, kiranya boleh senang manage la)

A- Attainable( Kiranya sesuai untuk dicapai matlamat kita tu)

R- Relevant

T- timely ( Kena ada masa yang khusus, contohnya aku nak turun berat 7-8kg dalam masa 2 bulan or 60days)

Yang penting kita kena tahu, kenapa kita perlu turunkan berat badan sekarang. Kalau Why kita tak strong, then easily to give up, time tu mula salahkan sana sini. Jangan begitu okeh. Sedangkan first question yang Mr.Shoaff ask Jim Rohn is his goals. 

3 years back, goals aku nak turun berat hanya semata-mata nak pergi dinner company dengan berpakaian ala-ala glamour uolss. Itu titik permulaan aku menceburi Herbalife ni. Hahaha... pecah rahsia.

Selamat meletakkan goals anda. Lagi bagus tampal besar-besar goals kita. Hari-hari boleh tengok.

Next rahsia,aku sambung esok...


We soon believe what we desire






Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257



14:20

Cabaran 60 Hari Turun Berat

by , in
Assalamualaikum w.b.t


Pagi semalam timbang berat, mak ai....mata jadi juling jap... inilah berat aku sebelum aku ambil shake herbalife iaitu 57kg. Body fat 34%. Semangat nak turun berat badan amatlah membuak-buak, tambahan pula bila tengok Scha awal, che ta , fasha sandha semua badan gorgeous beb lepas deliver baby. Aku nak jadi macam dorang juga. Hehehe... retis sangat.

Maka dengan ini bermula lah, perjalanan aku untuk turun berat. Target aku adalah 7-8kg turun dalam masa 60 hari. InsyaALLAH semoga segala usaha ku ini diberkati. Dengan niat kena betul okeh. Turun berat atau nak badan cantik bukan untuk show off kat orang tapi kerana ALLLAH, sebab badan ni amanah yang ALLAH bagi untuk kita jaga dengan baik, niat kedua,untuk suami dan niat yang ketiga kerana nak sihat,supaya bila tua nanti tak da masalah kesihatan.

Aku terasa sangat sihat itu mmg mahal. HEALTH IS WEALTH. Mana taknya, 2 bulan aku terdampar kat rumah menanggung sakit sebelum deliver baby Fareeq. Sakit orang pregnant. Kaki susah nak gerak, sampaikan husband terpaksa papah. Alhamdulillah, dapat melalui saat-saat tersebut dengan baik.

Makanan yang aku makan untuk turun berat adalah versi ibu yang breastfeed ye. To all anak dara sekalian yang nak turun berat ikut cara akak nih pun boleh,cuma lalu atau tak ye. Hehehe


Hari Pertama

Pagi- Shake Herbalife,aloe vera herbalife

Tengahari- Ikan dowry grilled, nasi 2 senduk, sayur kobis and carrot masak air
(mak aku cakap slowly nak makan macam-macam atau yang pedas, sebab nanti effect kat baby,so aku pun still guna cara makan berpantang tapi ada juga tambah serbuk oregano kat grill ikan tu)
Tea mix Herbalife, buat suam2 1 litre

Dowry grilled



Sayur kobis dan carrot masak air


Petang-Minum air 1 litre dan roti sekeping

Malam- shake herbalife




Seminggu sebelum aku deliver. Berat 68kg ni.


Selepas berpantang, berat mencecah 57kg.



Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257




09:48

Tips berpantang cara tradisional dan moden

by , in
Assalamualikum w.b.t

Sementara Fareeq tengah tidur sempat aku update entry blog ni, sebenarnya banyak aku nak story tapi buat sementara waktu ni sikit-sikit je la dulu ye, sebab fareeq kadang2 cepat terjaga. Aku pulak jenis pantang dengar dia menangis. Become clumsy beb. Terus je nak tenangkan dia. Lagipun mak aku cakap baby jangan dibiarkan menangis terlalu lama,nanti cepat kembung perut.

Entry kali ni aku nak berkongsi pengalaman sepanjang aku berpantang secara ala-ala tradisional. Pengalaman yang sangat teruja. Disiplin memang tahap tinggi tau.

First and foremost, berpantang ada setengah mentafsirkan pantang makan sahaja,tapi ada juga orang kata waktu berpantang lepas bersalin banyak benda kena jaga bukan setakat makanan tapi dari segi perlakuan, aktiviti harian dan sebagainya lagi.

Aku berpantang di rumah mak mertua dalam 3 minggu dan 2 minggu lagi di rumah mak ayah aku di Perak.

1. Bengkung.

Sepanjang 44 hari memang badan aku ni tak terlepas dari berbengkung. Mak mertua aku cakap bagi badan kita kembali bentuk asal. sebelum berbengkung, perlu sapu limau nipis dan kapur di perut. Supaya perut cepat kempis, almaklum sebelum ni kan perut orang mengandung kan besar.Tapi memang menjadi,dalam masa 5 hingga 7 hari perut kembali bentuk asal. Siapa nak perut kempis,boleh la amalkan petua nenek moyang kita. waktu aku pakai bengkung,memang la jalan dah macam dayang senandung je,tersipu-sipu,perlahan-lahan.

2. Tangas

ada setengah orang tak familiar dengan tangas ni. aku pun first time dengar. Rupanya ia untuk baikkan luka. Sebelum mandi letak serbuk tangas ni dalam baldi berisi air panas,pastu letak dekat di antara kaki , wap dia akn naik atas kita supaya percepatkan sembuh luka di bawah.

3. Mandian Herba

Kebetulan mak mertua aku ni pengedar mandian herba. keliling rumah tanam pokok-pokok herba. Memang best rupanya mandi herba ni, terus aku rasa badan ringan lepas bersalin. SEpanjang 44 hari memang setiap pagi dan petang aku guna daun herba ni. 

4. Serbuk Manjakani.

ini pun first time aku tau kewujudan manjakani...sebelum ni tak pernah tahu pun. serbuk ni sapu di bahagian luka bawah, memang cepat baik. macam aku, hari ke 10, aku dah bersila dah supaya senang nak menyusukan fareeq. Ada setengah orang aku dengar ambil masa juga nak sembuh luka.

5. Tapal Perut.

Ha yang ni untuk mengelkkan kembung atau masuk angin. Aku akan sapu kat perut sebelum tidur bagi selesa dan lena, walaupun sepanjang waktu pantang,fareeq kadang-kadang waktu malam mengamuk juga,tapi ok la aku still boleh tidur balik lepas tu.

6. Bedak sejuk

Bedak sejuk ni aku tak pakai secara konsisten sangat,sebab aku lebih selesa pakai skin Herbalife dan lagipun aku pernah ada sejarah athma,so orang kata bedak sejuk ni kan ada serpihan tu boleh buat kita cepat selsema. Pencuci muka skin herbalife memang power. Alhamdulillah,kulit muka memang tak da masalah sepanjang waktu pregnant dan berpantang.


7. Pil sihat wanita dan pil manjakani.

aku ambil jamu ni bagi luka dalam cepat baik dan mengelokkan sistem peranakan kita.

8. Bertungku.

Mak aku sangat la strict bab tungku ni. Pagi subuh, dengan mata terkebil-kebil lagi,aku dah bertungku. If suami aku ada,dia la yang tolong panaskan tungku atas api,kalau tak ayah aku jadi mangsa. Heheh... sebab orang kata masa berpantang tak boleh angkat berat-berat nanti mudah jatuh peranakan. Bertungku ni sgt la bagus,supaya badan kita ni rasa panas dan selesa, pastu cepatkan pengecutan rahim.

9. Berurut.

aku berurut dalam masa 5 hari. Balik je dari hospital, bidan kampung dah datang rumah untuk urut aku. Wak demi urut memang power, terus badan rasa lebih ringan.


ini lah set bersalin yang mak mertua aku bagi. Kepada yang nak dapatkannya, boleh hubungi mak mertua aku sebab mak mertua aku jual set bersalin ni. :)


Makanan.

Dari segi makanan, memang la aku jaga gila-gila, Mak dan mak mertua aku pun agak strict bab ni, supaya kesihatan dalaman kita terjaga. so, aku memang ikut je apa yang dorang cakap. Tak pernah cakap tidak. Sepanjang 44 hari aku boleh turun sebanyak 11kg, sedangkan baby baru 3.4kg so selebihnya adalah lemak tepu aku, hasil dikumpulkan sepanjang 9 bulan mengandungkan dia.

Lauk- dorang masak guna ikan haruan,kekisi, pastu ada 2 or 3 jenis ikan lagi. ayam dan daging aku start makan waktu hari ke 30.

Sayur- kobis,sawi,carrot merah dan lectus. 4 jenis ni je la yang aku makan sepanjang 44 hari. dan ia dimasak dengan air sahaja. ada juga campur dengan bawang putih dan halia.

Sarapan- aku memang loyal dengan shake herbalife supaya bagi nutrisi kepada badan aku dan untuk baby.

Jadual Makan orang berpantang.

8 pagi- Shake herbalife, aloe vera herbalife, oemga 3 herbalife,multivitamin herbalife
10.30pg- biskut dan air kosong
12.30 tghar- nasi,lauk dan sayur
4.30 ptg- biskur dan air milo
6.30ptg- nasi,lauk dan sayur.

petua orang lama kata, makan kena sebelum maghrib. Mandi pun kena sebelum maghrib.


Okey lah got to go, Fareeq dah bangun sebab tak rasa selesa la tu. So kena mandikan dia.


12:34

Pengalaman Bersalin Ameer Fareeq

by , in
Assalamualikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi nikmat udara untuk bernafas di pagi hari ini.

Dah masuk hari ke-12 Ameer Fareeq dilahirkan. I still can't believe when I wake up everyday, a small baby sleep beside me. Sometimes his crying and his eh eh eh wake me up at the early morning. Pernah ada 1 pagi ni ,aku mungkin mamai sekejap, bila tengok di sbelah boleh pulak kan aku cakap "eh,apa ni?".. Then i remind myself, anak ko la lisa oi... hahah... mamai can be everywhere and anytime.

Flashback: 12 days back

Setelah lebih dari bersalin overdue, di mana jangkaan untuk aku bersalin sudah pun terlebih tarikh but Ameer Fareeq still not deliver. Risau subhanallah,tak tahu nak cakap macam mana. Pagi tu, husband dah siap-siap nak pergi kerja, tapi sempat dia cakap "i macam tak da mood la nak pergi kerja,asyik ingat baby kita je"

Me too

Aku pergi toilet sebelum sediakan sarapan. Tengok opppssss.... darah banyak gila keluar. Panic. Aku terus jerit kat husband pasal bleeding tu. Kami pun terus kelam kabut siap-siap dah nak pergi hospital, tapi panic punya pasal tak tahu nak pergi hospital mana. Tiba-tiba angah and ude call, dorang suggest kan pergi hospital sg.buloh. So, kitaorang decide pergi sana. Aku pula buat perangai mengada-ngada kata nak sarapan nasi lemak pulak pagi tu, atas alasan waktu pantang tak dapat makan dah. So, sebelum pergi hospital sempat melantak nasi lemak. hehehe....

Sakit kat perut makin kerap, orang kata itu namanya contraction. Actually, aku tak tahu meaning of ocntraction. Sebab aku rasa sakit ni, sakit like period je. Aku tengok husband aku bawa kereta macam kelam kabut je, panic kot. Yup, he is. Mana taknya, kitaorang dalam shah alam sahaja dah setengah jam sebab husband asyik salah jalan, panic punya pasal. Aku yang tengah sakit-sakit ni pun kena la juga tunjuk jalan kat dia. Kasihan tengok dia, nak ikutkan hati, aku nak pejam je mata dan buka mata dah sampai. tapi tak boleh.

Alhamdulillah traffic berjalan lancar...yahooo...almaklum cuti sekolah, kalau tak jangan harap beb nak sampai dari shah alam ke sg.buloh below 1 hour. Jamnesss yang sangat heavy. Sampai je hospital sg.buloh, kitaorang cari tempat untuk wad bersalin. Tiba-tiba husband aku boleh buat lawak

"sayang tu tempat turunkan pesawat"

Dalam otak aku, pe kejadah pesawat nak mendarat dalam hospital,biar betul. Aku tengok signboard tersebut rupanya 'TEMPAT TURUNKAN PESAKIT/PELAWAT'. untung dapat husband yang terlebih kreatif. tengah sakit-sakit,sempat aku gelak pulakkan. Perkataan pesawat hasil gabungan Pesakit+Pelawat.

Done. After settle register, aku diminta untuk buat CTG dan cek bukaan dah berapa cm. That time, dah 3cm, doctor suruh tunggu after 7 hours, sebab normally anak first 1cm for 1 hour. Pukul 8malam, baru doctor cek balik bukaan, and now dah 6cm dah. Sakit yang aku alami makin kerap. 20minit sekali then 10 minit sekali.

Malam tu, husband belikan charkeow teow, tapi aku tak lalu nak makan. Dia buatkan shake herbalife choc untuk aku dan bekalkan kurma.

Pukul 3 dan 5 pagi, aku dah start pecah ketuban. Sakit makin lagi terok. Dalam otak aku, dah set kata nak beranak lepas subuh,sebab dah tak tahan menanggung sakit. Pukul 6.45, sakit yang macam rasa nak uk,uk... terus aku panggil nurse. Nurse cek bukaan dah 10cm dan baby memang ready nak keluar dah.

Sepanjang aku sakit,mulut ni tak putus sebut dan berzikir






Katil aku ditolak masuk dalam labour room. waktu tu perasaan takut memang dah hilang,yang tinggal hanya perasaan tak sabar nak keluarkan baby Fareeq ni. 5 orang nurse kerumuni aku. Bagi kata-kata seamangat waja. Dah sejam tapi baby still tak nak keluar dan aku teran macam tak tahu nak describe camna...  keadaan jantung baby makin lemah.

"Puan, kepala baby nak keluar dah,teran kuat dan panjang lagi puan"

Waktu tu, aku sebenarnya dah tak berdaya, sebab dah sejam aku cuba teran tapi baby still tak nak keluar lagi. i almost give up. Peluh dah memercik banyak dah. Macam mandi peluh je.

"Puan, kepala baby dah masuk balik, puan kena kuat teran lagi...kalau tak kami terpaksa guna forceps atau pilihan terakhir kena czer"

Aku dah start nangis like crazy. Macam tsunami.

"Puan jangan nangis, puan bakal jadi ibu dah puan.. Cuba lagi puan..cuba lagi.."

Aku terdengar salah seorang daripada mereka nak panggil doctor untuk lihat keadaan aku, dan kalau terpaksa aku memang akan kena czer. Aku tak nak okeh. Set mind dari awal pregannt aku nak normal.

"Nurse tolong ambil kurma dan air zam-zam dalam bag saya." Tengah sakit-sakit sempat lagi buli nurse kat situ. Macam-macam ragam je aku ni.

Nurse yang pakai baju putih pun bagi aku makan kurma dan air zam-zam. tiba-tiba aku teringat kisah maryam. Apabila maryam sedang sakit melahirkan anaknya, Jibril menyerunya untuk menggoyangkan pohon kurma yang disandarnya dan gugurlah buar kurma tersebut dan ada sebatang air sungai mengalir di bawahnya untuk diminum.

InsyaALLAH aku berpegang kepada kisah maryam. Subhanallah.

Tiba-tiba sakit yang amat sangat datang balik. Aku jerit.

"Ahhhhh"

"Puan kepala baby dah nak keluar, puan teran sikit je lagi"

"Fareeq cepatla keluar syg,mama tak tahan dah ni..tolong mama" slumber badak aku jerit macam tu. Nurse tengok aku pelik je,sempat lagi cakap dengan baby.

Dengan kuasa ALLAH dan keajaibannya, aku tak teran terok sangat pun,tiba-tiba terasa kepala baby keluar dan ada air yang banyak keluar. Tapi aku tak dengar tangisan bayi. Ada seorang nurse terus tunjukkan makhluk kecil bernama Ameer Fareeq diletakkan di atas perut aku,

"Puan, baby boy ke girl?"

Aku senyum dan sambil rasa nak menangis.

Suara aku makin hilang, aku just sempat berbisik " Boy". Dan aku tengok baby dah buka mata dan terus tenung aku.

Nurse senyum dan terus bawa Ameer Fareeq keluar untuk dibersihkan.

Husband aku masuk dalam labour room untuk lihat keadaan baby dan aku serta untuk mengazankan baby. Dia juga sempat buat tahnik. Alhamdulillah, akhirnya penantian kami selama 9 bulan terjawab sudah.


Alhamdulillah,inilah anak yang aku kandung 9 bulan...yang kemana-mana aku bawa pergi....

Semoga AMEER FAREEQ menjadi anak yg soleh dan hamba ALLAH yang patuh dan taat akan perintahNya.

Mama and papa love u sayang!!!!

16:30

Mr. Istikharah-II

by , in
sambung cerita semalam....

kenapa la ak gagah juga nak tulis pasal how i met him and till our wedding??

Sebabnya, ak ni dah bila-bila masa je nak deliver, nanti baby keluar terus tanya

"mama, how can u fall in love with papa?"

Ha!!! menambah kerja ak nak jadi story teller to baby. At least, bila ak story in this blog, ak boleh cakap " u can read in this blog dear". Simple. (macam la anak ak keluar dari perut terus boleh cakap dan membaca kan. imaginasi di luar kawalan betul ak ni)

After a few days, dia always message ak and tanya itu ini. Sihat tak? dah makan belum? So, i think ada udang di sebalik Maggie Goreng. ak jadi suspicious jap. Mom is my best fren forever. Ak tanya pendapat mak pasal dia. Mak kata, "terus terang je dengan dia, siapa kamu kat hati dia. Nanti bila kamu tak tanya, then syok sendiri, tiba-tiba dia bagi kad kahwin dia, tak ke gigit jari je."

Betul juga cakap mak.

Ak kumpulkan segala kekuatan yang ada, dan terus ajak dia pergi makan willy Sate Kajang. Habis makan dan on the way balik, ak tanya kat dia " Siapa ak kat hati ko?" (dah macam cerita drama melayu je kan)

Dia cakap " Bagi ak 3 hari"

Sepanjang 3 hari ni, ak memang langsung tak contact even message pun. Dipendekkan cerita, selepas 3 hari dia message dan kata nak jumpa waktu di event Herbalife di Times Square.

"InsyaALLAH, hujung bulan ni mak ayah ak datang merisik"

What??? Brain freeze!!!


Rombongan dari Banting dah sampai.


Alhamdulillah, selesai urusan merisik.


Dari tarikh merisik sampailah hari kami bernikah takes 8 months to do preparation. Seriously, ak macam tak percaya. Ak punya la mencanang dekat kawan-kawan, yang ak akan kahwin at the age of 30, tengok2 ak kahwin dulu.

Perancangan Allah is the best.

Sepanjang 8 bulan ni, nak kata kami bercintan cintun tak la sangat sebab sibuk buat preparation, dia sibuk nak kumpul duit dan ak pula sibuk nak kejar benda yang ak nak sangat in that year. Alhamdulillah, apa yang ak nak kejar tercapai sebelum hari wedding kami.

Terasa masa cepat sangat.

2013- Merisik, buat preparation kahwin, kenal hati budi sikit, kumpul duit, travel 3 negara.
2014-Kahwin, honeymoon 2 tempat, pregnant, insyaALLAH baby akan deliver in oct or nov,berpantang.

Sebenarnya, ak kenal dia dah 4 tahun cuma ak contact dia pun just nak compare pointer for every semester. if my pointer higher than him, i felt relieve tapi kalau sebaliknya ak akan cuak tambah2 lagi if pointer below than 3.2,confirm2 dapat warning email dari company scholarship kitaorang tu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Actually, Bercinta selepas kahwin lagi manis. Semoga jodoh kami hingga ke syurga amin.

Tips jimat kahwin muda:

1- Kepada yang nak kahwin tahun depan, better booking pelamin,baju,catering and bagai this year sebelum GST naik. Macam ak,everything ak settle tahun lepas, sebab kita akan dapat harga last year. Tahun ni just tinggal kahwin je.

2- Ataupun kahwin selepas raya cina, sebab banyak barang2 ada promotion sempena Tahun Baru Cina. Macam majlis belah husband ak, buat waktu selepas raya cina so banyak sangat barang2 murah dan ada promosi.

3- List kan semua preparation yang patut dibuat. Contohnya:

  • Catering
  • Sewa pelamin dan baju pengantin
  • Photographer
  • Barang-barang hantaran
  • Kad kahwin
  • Doorgift
Then,after to do list, buat comparing. Macam ak, ada masa 8 months untuk buat persiapan, so sempat la nak buat comparing dari segi harga,kualiti,kecantikan dan sebagainya. Dan kena tahu, di antara semua yang korang dah list kan ni, mana yang give the most satisfaction untuk wedding korang. Certain people sanggup spend a lot of money to their wedding dress nak nampak like prince and princess gituh, ada setengah plak sanggup spend duit banyak untuk makanan, tak kisah pakaian cantik atau tak tapi makanan kena tip top. So, the rest of this list kalau murah and tak nampak gorgeous, it's still oke for u.

Kalau ak,sanggup spend duit untuk photographer. Sebab bagi ak kualiti dan kecantikan gambar sangat penting. Sebab itu satu-satu nya kenangan yang kita akan bawa sampai cucu cicit. Sebab tu bab pasal photographer, ak sgt2 la fussy, sampai bergaduh2...

Kalau nak terperinci lagi macam ni


  • Sewa pelamin dan baju pengantin- ada kawan ak ni nak jimat, so dia ambil pakej pertunangan,still ada pelamin,still ada baju pengantin. Ak bertuah boleh nego harga sebab kawan yang perkenalkan. So dapat harga yg berpatutan
  • Photographer- cari dalam facebook, banyak gila photographer yg tengah offer diri dan boleh bagi harga murah. Lagi bagus cari photographer yg baru nak naik dan baru cipta nama, so dia akan kasi harga murah.
  • Barang-barang hantaran- buat 5 je dulang, tak perlu sampai 7 or 9. Nampak macam beria sangat.
  • Kad kahwin- Guna kertas biasa je, tak perlu glossy paper ke or artcard ke atau mcm2 lg, nanti orang buang jugak.
  • Doorgift- ak pernah attend wedding yg grand giler, dato datin pun ramai tapi doorgift yg kawan ak bagi ni simple je gula2 diletakkan dalam bekas uncang yg simple. So, tak perlu pun doorgift yg mahai2 atau nampak gah unless korang nak org lain simpan doorgift tu sbg kenangan.
  • Catering- Minta jasa baik mak ayah untuk nego harga sebab mak ayah kita, orang area situ so boleh la tawar menawar dengan penduduk yg buat catering tu.

Majlis perkahwinan tak perlu terlampau meriah sangat dan sanggup spend a lot of money,coz yg lebih penting adalah selepas perkahwinan. 


Hanya selingan.



Jan 2014. All my family r here.



Senget.


Macam raja sehari.










10:46

Harga Herbalife 2014

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Salam ramadhan kareem

Kini boleh dapatkan harga herbalife bagi produk Herbalife Skin yang dijual secara single serta produk dalaman yang terbaru boleh hubungi saya. Pembelian secara program iaitu Basic program, advanced program serta ultimate program juga boleh dilakukan.

Lisa 019-3749822










10:10

Diari Aku Jadi Mama: Berpuasa ketika Hamil

by , in
Assalamaualaikum w.b.t



Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah...Allah masih beri kesempatan kepada aku untuk lihat di dunia ini. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jika hari ini kita rasa kehidupan kita penuh dengan kesempitan dan kekecewaan, carilah sekecil zarah perkara yang masih boleh untuk kita bersyukur.

Bersyukur kerana masih ada selipar untuk dijadikan alas kaki,
Bersyukur kerana masih diberikan sepasang telinga,kaki dan tangan kerana berapa ramai di luar sana bila bangun tidur anggota badan sudah tiada,
Bersyukur kerana masih ada seorang suami yang tidur disebelah kita kerana berapa orang di luar sana hidup janda dan masih belum berkahwin,
Bersyukur kerana masih ada pakaian yang menutup aurat kerana berapa ramai orang di luar sana mendedahkan aurat serta dosa yang bertimpal


Subhnallah rezeki ALLAH itu luaskan?

Jika hari ini kita masih tidak tahu untuk bersyukur maka doalah banyak2 supaya dijauhkan menjadi seorang hambaNYA yang kufur nikmat.

(Peringatan untuk diri sendiri juga)

Dan hari ini aku bersyukur sebab Allah beri kesempatan kepada aku untuk berpuasa ketika hamil. Ramai wanita di luar sana tidak pernah ada pengalaman yang aku ada ini.

Tips berpuasa ketika hamil:

Bila doktor sudah sahkan diri kita ni sihat dan boleh berpuasa maka berpuasalah dengan niat supaya sepanjang kita berpuasa ni, tiada perkara yang tak diingini berlaku. Serta dapat completekan 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Menjalani ibadah puasa ketika hamil bukan mudah dan tidaklah susah, kesabaran yang tinggi amat diperlukan.

Pemakanan ketika bersahur dan berbuka:

Pastikan nutrisi dan pemakanan seimbang. Macam aku, alhamdulillah sebab ada nutrisi HERBALIFE. 

Sahur: Kurma, Aloe Vera, Tea dan Shake + omega 3, calcium plus

Berbuka: Kurma, Aloe vera, Tea dan Shake, NW formula.

Selepas Tarawikh: Makan Regular meal yang sihat.( kurangkan makanan yg berminyak dan manis)

Air 2 litre.

Inilah rutin pemakanan aku. Alhamdulillah, sudah 4 hari berpuasa, tiada masalah lapar atau muntah2 serta kurang rasa penat. May ALLAH ease my Journey. amin


Jika ada ibu-ibu di luar sana yang hadapi muntah-muntah yang sangat teruk, selalu pitam serta pendarahan maka Allah memberi kelonggaran kepada ibu hamil untuk berbuka puasa.



ini salah satu buku yang aku baca semasa pregnant ni.

Aktiviti:

Jangan buat kerja berat-berat. Sebagai seorang surirumah, aku banyak masa di rumah dan di kelab nutrisi. Sebab sejak ada kelab segala appoinment bagai aku buat di kelab sahaja, lagipun kelab dan rumah hanya 10 minit sahaja, sangat dekat. Kalau ada appoinment di luar, barulah aku travel tapi tak jauh mana pun still dalam selangor atau area KL. Itulah dikatakan LAW OF ATTRACTION, sebab aku selalu fikirkan dapat customer yang dekat-dekat shj. Tapi ada juga customer yang jauh contohnya Kelantan, Perak, Johor jadinya mereka ni aku coach jarak jauh dan barang-barang pun HERBALIFE yang hantarkan depan rumah dorang. Kiranya semua di hujung jari.




amalan yang boleh diamalkan 




Beruasaha menjadi seorang ibu yang terbaik.




Sekadar Berkongsi

Jika ada ibu-ibu di luar sana yang inginkan kesihatan dan tenaga ketika hamil, saya sedia menjadi coach anda. :)





11:05

Proses Autolisis-Ramadhan

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Esok bulan Ramadhan. Tak sabar nak berpuasa. Inilah pertama kali aku berpuasa dengan gelaran seorang seorang isteri dan bakal ibu.


Ini kali ke-3 aku berpuasa dengan HERBALIFE. Memang berbeza bila bersahur dan berbuka dengan HERBALIFE, walaupun seharian bekerja di luar tapi tenaga masih ada dan alhamdulillah lapar tak terasa sangat.

Apakah makanan nutrisi yang terbaik semasa di bulan Ramadhan? Jawapannya, ada 1 sahaja iaitu Herbalife. mempunyai 55 nutrisi dan 18 asid Amino. Tambahan pula shake Herbalife adalah makanan sel. Untuk pengetahuan semua terdapat berlakunya satu proses yang berkaitan dengan sel badan kita semasa di bulan Ramadhan. ia akan memperbaharui sel badan. Jika sebelum ini Proses Autolisis memerlukan 90 Hari tetapi disebabkan bulan Ramadhan ia berlaku hanya 30 hari sahaja.

Apa itu Proses Autolisis?

Proses memperbetulkan sel-sel dalam badan, di mana sel-sel yang rosak akan disingkirkan dan diganti dengan yang baru dan yang baik.
- 10 hari pertama sebanyak 10% autolisis badan berlaku
- 10 hari kedua sebanyak 66% autolisis badan berlaku
- 10 hari ketiga sebanyak 100% autolisis badan berlaku

Maka sepanjang proses autolisis ini berlaku, jika kita berikan makanan yang bernutrisi tinggi dan yang baik maka insyaALLAH badan kita akan bertindak secara baik dan kesihatan kita makin bagus. Penurunan berat badan akan berlaku secara sihat di antara 2-5kg sebulan.

Sebaliknya, jika kita makan makanan yg berlemak dan yang kurang bernutrisi maka proses autolisis badan tidak dapat berlaku dengan baik. Maka terjadilah, walaupun bulan puasa tapi berat badan meningkat dan lemak juga bertambah.

Hargailah bulan Ramadhan yang bakal berkunjung tiba ini dengan cara yang betul.

Jadual berbuka dan bersahur


Aloe Vera- Aku paling suka aloe vera sebab dapat meningkatkan sistem penghadaman. Dan sepanjang kita berpuasa, asid dalam perut meningkat dan bila kita pekena secawan aloe vera dapat menuetralkan kembali asid dalam perut kita ni. 

Tea mix- kepada sesiapa yang termengantuk semasa terawikh, tea mix is the best sebagai boost energy semasa solat.

Shake- Bila berbuka, selepas capai aloe vera dan teh, terus ambil shake secawan untuk membekalkan nutrisi yang tinggi dalam badan. bila minum shake perut dah kenyang sikit. So selepas solat tarawaikh atau isya, bila nak makan makanan biasa, kuantiti yang kita ambil boleh dikawal berbanding bila berbuka kita terus capai makanan seperti biasa, kita akan ambil dua kali ganda.

Subhanallah, best kan berpuasa dengan Herbalife


Jom niat puasa malam ni


Sekadar berkongsi


Kepada sesiapa yang berminat dan ingin merasai pengalaman yang berbeza berpuasa di bulan Ramadhan boleh hubungi saya.

SELAGI ALLAH BERI KESEMPATAN UNTUK KITA MERASAI NIKMAT RAMADHAN MAKA CARILAH 1001 HIKMAh YANG TERSEMBUNYI DI BULAN INI.

Selamat berpuasa.





16:37

Facial Spa Party

by , in
Assalamualikum w.b.t

Beautiful Friday
Beautiful day

Bersempena bulan Ramadhan yang akan datang, promosi hebat diberikan kepada yang bertuah. Mahukan rasai pengalaman yang berbeza selepas menggunakannya, sertai Facial Spa Party di Kelab kami.




Sila hubungi saya, unuk keterangan lanjut dan untuk temujanji.

Lisa 019-3749822
14:31

Terasa Sayang

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Kita diciptakan dari segumpal darah atas nama kasih sayang antara ibu dan bapa. 
Kita ditiupkan roh atas nama kasih sayang Tuhan kepada hambaNYA, suapaya hambaNya melihat apa itu dunia,
Haiwan hidup atas muka bumi ini atas nama kasih sayang di antara Tuhan kepada mahklukNya
Burung memberi makan kepada anaknya, atas nama kasih sayang ibu kepada anaknya.




Kasih sayang yang kita dapat pada hari ini hanyalah baru setitik dari selaut Rahmat dan Rahim Allah.

Sebab itulah, rahim ibu dinamakan "RAHIM" iaitu sayang.

Subhanallah hebat betul ciptaan ALLAH.

Mak aku cakap, nak bagi nama biarlah nama yang maksudnya baik-baik belaka. Dan daripada itulah, aku terispirasi untuk letak nama kelab ak KELAB RASA SAYANG. Bila orang masuk sahaja dalam kelab terasa kasih sayang di antara kami. Walaupun ada yang kata, nama kolot lah nama pelik lah, tapi pa pe hal pun aku berpegang kepada kata-kata mak....heheheheh....dan nama ni pun sebenarnya, suami aku yang bagi idea, so aku just copy and paste sahaja.

Alhamdulillah, baru beroperasi sebulan lebih dan hampir 2 bulan kelab aku menjadi lebih baik. pelbagai perkara yang aku belajar dan pelbagai ragam manusia yang aku terima. Itulah asam garam kehidupan. jadikan kain putih kita berwarna-warni dari kecil hingga kini, kalau kita rasa kehidupan kita suram dan sama sahaja sebelum ini then switch cepat-cepat. Don't end your life with grey colour. 

Bila kami mengajak orang di sekeliling, ada yang menerima dan ada juga tak kurangnya menolak. ada yang cara baik dan ada juga dengan cara kasar. Bila ingat kembali sirah Rasullullah s.a.w, baginda dicaci dan dimaki hanya kerana mahu ajak kaum keluarga, sahabat dan penduduk untuk menganut agama Islam dan masuk ke syurga, itu pun baginda diherdik yang amat dasyat. dibaling dengan tahi semasa solat. Subhanallah, hebat sungguh perjuangan Rasullullah s.a.w. 





Sedangkan kami hanya mengajak orang untuk jadi sihat dan cantik, pun tidak hairanlah ada yang berkata-kata.

Kita mengajak ibu bapa untuk menjadi sihat atas nama kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya,
kita mengajak adik beradik untuk menjadi sihat atas nama kasih sayang seorang kakak/adik/abang kepada keluarganya
kita ajak sihat teman-teman atas nama kasih sayang seorang teman.
when they tell us, kita ajak mereka jadi sihat becoz of money please, duit dan rezeki ALLAH yang pegang not them.

Bila dalam Kelab Rasa Sayang, ramai ahli kelab yang sudah habis minum 10 hari akan kata 

" Boleh ka, anak pak cik yang gemuk jadi kurus macam hang ni....kasian la, pak cik tengok dia jalan susah betoi"
"Ada sorang jiran saya selalu sakit-sakit, tapi muda lagi, kalau dia minum ni boleh betenaga tak?"

Smiling is our clothes for everyday

That's how we build love in ourself, Allah yang bagi perasaan itu kepada mereka. Kami cuma menyampaikan sahaja. The beauty of LOVE.

Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai kaum keluarga, teman-teman serta saudara-mara kita yang selalu keluar masuk hospital disebabkan penyakit gaya pemakanan yang tidak sihat. Kita mampu mengajak tapi yang memegang hati mereka adalah ALLAH.

Aku tidak kata bahawa kita tak akan masuk hospital dan sesiapa makan herbalife tak akan mati, jika ALLAH kata kun fayakun, esok lusa kita masuk hospital dan mati, then kita sama juga seperti orang lain but remember ALLAH melihat usaha kita untuk menjadi sihat, ALLAH tidak lihat keputusannya.

Teringat pula kisah seorang yang telah membunuh 99 orang dan ingin berubah. Dia bertemu dengan seorang alim, tetapi orang alim itu mengatakan yang dosanya terlalu banyak lalu dia pun membunuh orang alim itu dan menjadikan jumlah orang yang dibunuhnya ialah 100 orang. Kemudian dia bertemu seorang alim lagi, tetapi orang alim ini menyatakan yang dia masih boleh bertaubat dan Allah itu Maha Pengampun, tetapi dia perlu berpindah ke kawasan lain yang lebih baik untuknya. Dia meninggal dalam perjalanan bertaubat kepada Allah dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga kerana jaraknya menghampiri tempat untuk bertaubat itu lebih dekat. 

Pokok pangkalnya adalah usaha kita

Do your job not Allah job.

Thanks to our loveline, Bryant mill team coz visiting our club.

In memory, my friends in Philipines. Love uolss so much.


We build this club bcoz of love to the strangers like a family.



Banyak lagi, yang aku nak story morie di sini but i need to go now....telefon asyik berdering sebab ada  ahli kelab yang nak ajak pekerja dia jadi sihat. Ha!!!! itulah dinamakan kasih sayang antara majikan dan pekerja....


See u guys next time yaw!!!!








17:53

Perkahwinan: Memberi itu Permulaan

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Semoga pembaca sekalian sentiasa di bawah rahmat dan hidayahNYA.

Selamat Petang!!! Feel Good and Feel Better!!!

Almost 2 weeks aku tak conteng blog ni kan, disebabkan kengkangan masa kot(ayat standard untuk lepaskan diri..huhuhu)

Pejam celik pejam lagi dan celik balik, usia perkahwinan aku dah menjangkau 5 bulan dan usia kandungan aku sekarang 4 bulan dah. Alam perkahwinan sangat berbeza dengan zaman remaja dan zaman kanak-kanak dulu. Pemikiran, jiwa dan diri tidak sama bagai bumi dan langit.

Aku ingat lagi ada satu ceramah tu kalau tak silap rancangan Tanyalah Ustaz(favourite mak aku) kata,

5 Tahun pertama
-Salam perkenalan.
-Pergaduhan sering berlaku kerana mahukan keserasian.
-kewangan masih tidak stabil
-Pelbagai dugaan akan datang dan pergi.
-Proses belajar menjadi seorang sumai/isteri

5 Tahun Kedua
- Salam Mesra
-Pergaduhan kurang berlaku kerana keserasian makin bertambah serasi dan fahami pasangan di antara satu sama lain.
-Kewangan semakin stabil.
-Anak penyatu hubungan cinta
-Sudah tahu tanggungjawab masing-masing

5 Tahun Ketiga
- Salam kebahagiaan.
-InsyaALLAH pergaduhan sangat-sangatlah kurang sebab umur semakin matang bersama dengan usia perkahwinan.
- Kewangan sudah stabil.
-Lebih tertumpu kepada pembesaran anak-anak.
- Lebih banyak memberi dari menerima.

Bila aku berbual dengan mak abah, memang betul pun fasa-fasa ni... Aku sendiri lihat perubahannya dengan keadaan orang sekeliling aku. Tidak hairanlah aku yang tak sampai setahun janggung ni pun mula alaminya, tapi di sini aku lebih nak berkongsi tentang 'Memberi itu satu permulaan'.

Dalam hubungan suami isteri perlu lebih banyak memberi dari menerima...Dalam Herbalife, yang aku belajar kita perlu deposit dulu baru boleh withdraw. Contohnya,

Jika suami/isteri tak tahu nak romantik, kita sebagai pasangan mengajarnya menjadi seorang yang romantik
Jika sumai/isteri kita tak tahu tentang beribadah kepada ALLAH, kita yang perlu mengajarnya,
Jika suami/isteri kita tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan cara baik, kita yang perlu memberitahunya,
Kita yang perlu mulakan. Sentiasa mempunyai sifat memberi dan jangan sesekali-kali mengharapkan balasan. Dan jangan sesekali marah kepada pasangan sebab kadang-kadang fikiran si suami lain dengan fikiran si isteri. Kalau nak tahu lebih lanjut better baca buku ' MEN ARE FROM MARS AND WOMAN ARE FROM VENUS'.

Inilah salah satu buku yang suami aku hadiahkan sebelum berkahwin, suapaya kami masing-masing faham tentang pemikiran masing-masing. Tapi dalam hubungan tipulah kalau kata tidak bergaduh, it's normal rite? siapa suami isteri yang tak pernah bergaduh, something wrong somewhere with your relationship...hehehe...kadang-kadang sebab parking pun kami boleh bergaduh, tapi itu yang membuatkan hubungan kita lebih rapat. 

Aku ingat lagi, aku pernah jumpa dengan pasangan yang sangat romantik. mereka amsih muda. si lelaki pakai kopiah dan si isteri pakai tudung labuh, pegang tangan ke mana-mana. Terus aku pasang impian, suatu hari nanti aku akan pegang tangan suami aku ke mana-mana. So bila lepas kahwin, aku memang pegang tangan dia, lagi pun dah halal so tak kisah pun....hehheh... Tapi ada juga suara kata,

 " ala baru kahwin memang macam tu, tengok lah nanti ada ramai anak mesti dah tak pegang"

Tapi bagi aku, melentur buluh biar dari rebungnya. Hubungan kami ni diibarat seperti rebung dan waktu inilah nak mendidik diri untuk belajar romantik...ahahhaa...takkan dah tua nanti baru nak romantik. aku suka sangat tengok ada sepasang suami isteri  mungkin dalm lingkungan 60 tahun ke atas, mak cik dan pak cik ni duduk tak jauh dari meja makan kami, dorang siap suap menyuap, dan bila berjalan saling berpegang tangan. bila berdua, si suami menyanyikan lagu P.ramlee. ha!!! Romantikkan.




Dalam hubungan perkahwinan, kita yang perlu mulakan tanpa mengharapkan pasangan. Keapada sesiapa yang sudah berkahwin tahniah diucapkan dan kepada yang masih belum temui jodoh, cepat-cepat pasang niat bila nak berkahwin sebab itu pun salah satu Law of Attraction.

Doakan kami supaya bahagia hingga ke Jannah.
21:49

Aku Nak Kurus Gila

by , in
Assalamualaikum w.b.t



Esok 27 Rejab 1435 bersamaan Israk Mikraj, antara sejarah terbesar dalam agama Islam. Subhanallah... selami dan fahamilah.

Bila ada masa, kadang-kadang tangan aku gatal juga tengok Facebook dan status-status yang teman FB pos di wall diaorang. Ada yang kelakar, ada yang tak habis-habis promote produk yang diaorang jual(contohnya aku..hahha..tapi boleh dimaafkan sebab at least tak post gambar produk Herbalife sangat pun), ada juga yang story bout how happy or sad their life, macam-macam lagi lah tapi aku sangat tertarik dengan beberapa post ni tentang teman FB aku yang mengamalkan beberapa jenis diet dan mengambil pil kurus hanya semata-mata obses untuk kurus.


Semasa di Kelab Rasa Sayang, aku selalu tekankan kepada ahli kelab tentang nak kurus kena ada ilmu, bukan semat-mata tengok internet atau media masa dan percaya seratus peratus dan terus amalkan tanpa ada ilmu di dada. Alasan, maklumat di hujung jari. Seperti aku 2 tahun lepas. 

Terlalu nak kurus, aku siap search internet dan terus amalkan. ini adalah antara DIET yang pernah aku amalkan sepanjang zaman kegemukan:

1. DIET ATKINS

Aku boleh bertahan amalkan diet ni lebih kurang sebulan lebih, that time serius menjadi sebab aku turun 4kg dan kawan-kawan siap puji lagi sebab nampak aku turun berat tapi paling tak best kawan aku cakap, muka nampak pucat dan cekung. Sangat-sangat tak sihat. Dan rupanya bila amalkan diet ni, bila kita rendahkan sangat karbohidrat menyebabkan ia memaksa badan untuk buang air dengan  banyak. Dan kita turun berat sebab otot mengecut, bukan lemak dibuang. Tanya diri kita balik, sampai bila kita boleh bertahan gaya hidup seperti ini...

2. PIL KURUS

Aku ada juga ambil pil kurus. Bukan 1 or 2, berlambak beb. Termasuk FAT BURNER, yang ada Gym jual. What happen to my body??? Tangan shaking, jantung berdegup kencang. Waktu macam ingat nak mati je, serius takut gila, rupanya kalau kita makan fat burner kita kena banyak exercise dan ambil air dalam kuantiti yang banyak. Kbetulan, waktu ambil tu aku tengah study so seriously tiada masa nak exercise(alasan terbaik sebagai student, benda tidur dan layan cerita korea di bilik).

3. TEH 

Ada juga aku ambil teh, ha ambik kau...aku cirit 3 Hari 3 Malam. Perut kempis beb, tapi macam nak pengsan asyik keluar masuk toilet, kadang-kadang pernah juga muntah. Orang cakap nak kurus kena berkorban, so aku ingat this is my the best sacrifice ever in my life to lose weight. I'M WRONG yow....mitos semat-mata.

4. GEL ATAU LENDIR.

Disebabkan orang kata aloe vera bagus untuk penghadaman, aku dengan rela hatinya beli aloe vera yang macam bentuk gel, agak berlendir. Tapi aku telan juga. Tak sampai satu botol, seriously tak tahan then aku stop. Loya betul tekak aku masa tu. Bila aku start program Herbalife, coach aku cakap ada aloe vera, aku macam trauma tapi bila aku tengok rupanya cecair bukan lendir seperti aku minum  sebelum ni, so tekak aku rasa happy.

5. LOTION HALIA PANAS.

Hahaha...aku nak gelak dulu...sebab aku buat projek menyapu satu badan lotion ni bersama dengan akak aku. Bersemangat betul, siap balut badan dengan plastik pembalut buah. Lepas tu, berpeluh habis. Nak buat hari-hari penat weh, banyak lagi kerja lain yg aku kena buat. So I give up.

Sebenarnya, banyak lagi cara yang aku amalkan untuk kurus contohnya NO RICE DIET, DIET IKUT DARAH, EXERCISE 3 JAM SEHARI


tapi semuanya tak menjadi. Mungkin amalkan menjadi cuma aku diri sendiri ni yang mudah putus asa. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku sehingga aku jumpa cara pemakanan dan gaya hidup sihat yang betul dan boleh diterima akal,

Bila orang tanya, sampai bila nak bergantung dengan SHAKE HERBALIFE. Then, i ask them, sampai bila nak bergantung nasi, lepas tu dah start ada kencing manis dan masalah kesihatan dan bila masuk hospital nak bergantung dengan siapa?( ni ayat abang Bob, sifu aku dalam Herbalfe).


Keapada yang berpegang teguh untuk mengamalkan diet masing-masing, sila teruskan, tujuan aku tulis entry ni bukan nak kutuk atau blame amalan yg korang dah buat, tapi aku tekankan BIAR ADA ILMU UNTUK TURUN BERAT, SALAH CARA BADAN BINASA, HIDUP MERANA. (dah macam Karam sigh walia je)


Hari ni aku happy sangat sebab ada ahli kelab hari ni dah turun 200gm dan body fat 4% turun dalam masa 5 hari. Muka abang Ahmad dan Kak siti happy gilosss. I know that feeling coz aku pernah alaminya juga. Kak siti pula kata, seluar dah start longgar dan dia pun dah reti minum air 3 litre.




INGIN MENCARI JURULATIH KESIHATAN DAN KECANTIKAN, HUBUNGI SAYA

LISA 019-3749822



18:25

Pankreas bengkak makan Herbalife

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang dan teruskan senyuman anda hingga ke telinga sebab setiap hari adalah hari yang bahagia dan ceria.

Waktu aku tulis entry ni, senyuman aku terlihat tambah-tambah lagi bila dapat beberapa berita dan rumors yang memburukkan Herbalife. Antaranya, ada artikel yang mengatakan 

  • Herbalife merosakkan hati dan ginjal
  • Herbalife menyebabkan pankreas bengkak sehinggakan seorang jururawat di Malaysia meninggal.
  • Herbalife menyebabkan cancer usus
  • dan macam-macam lagi.

Sejak aku balik dari Singapore, banyak juga customer tanyakan soalan-soalan ini. Tapi tak pa, sebab aku faham diaorang risau dan tak tahu nak rujuk kepada siapa. Gelabah ayam tak aku??? Alhamdulillah tak, sebab dengan training, melalui pembacaan serta penglaman sendiri aku lebih tenang untuk jawab segala persoalan dan gosip yang timbul ni. 

Again, kembali kepada fakta,


Ini adalah barisan doktor dalam pembuatan Herbalife. Siapa yang blurrr mereka ni siapa, silakan pergi ke Pak cik Google. jawapan akan ada di sana. Jika logik, if herbalife boleh menyebabkan pelbagai penyakit, maka sudah lama mereka ni akan ditarik balik segala PHD dan sijil professional mereka. Tetapi kenapa dalam gambar ni mereka masih tersenyum.


Kemudian, Herbalife sudah berada di pasaran selama 34 Tahun, jika sesebuah company masih berdiri lebih 20 tahun maka company tersebut adalah company yang sangat kukuh dan Herbalife telah tersenarai dalam bursa saham NYSE.




Siapa tak kenal, sila tengok World Cup pada bulan puasa ye. Aku pun mula-mula tak kenal, tapi disebabkan dia jadi duta Herbalife baru kenal...almaklum aku suka sukan renang je, bab bola ni lemah sikit. Ha!!! jari dia pun harga berjuta-juta beb, ini kan pula ginjal dan hati. If Herbalife merosakkan organ, takkan pemain dunia ni boleh makan herbalife. Serius cari nahas.



Inilah gambar kenangan kami di Singapore, dalam hall ni seramai 22 000 orang yg sudah berpuas hati, itu tak termasuk negara-negara lain di seluruh dunia. macam-macam testimoni yang kami jumpa.

Daripada anda risau makan herbalife, apa kata anda risau makan makanan ini



Mesti ada yang terliurkan, sekarang telan air liur anda dulu dan fikir tentang badan anda.


Untuk anda tahu berapa kilogram lemak dalam badan serta umur dalaman anda, boleh hubungi saya 

Lisa 019-3749822
( Personal wellness coach)