Showing posts with label diet herbalife. Show all posts
Showing posts with label diet herbalife. Show all posts
17:56

Dilema wanita menjadi gemuk selepas bersalin

by , in
Sebelum berkahwin banyak ibu-ibu mempunyai pinggang seperti kerengga. Namun selepas bersalin, istilah 'spare tyre' tak lekang dikalangan ibu-ibu yang sedah bersalin. Dan masa tu, banyak baju-baju dah tak muat untuk dipakai. ikutkan hati ingin diet dan potong kalori makanan sana sini tapi pada masa yang sama si ibu masih menyusukan bayi. Nafsu makan sukar dikawal. Ya, ibu sedang mengalami dilema.




Maka bagaimana si Ibu boleh kekal langsing walaupun selepas bersalin dan menyusukan bayi?

  • Kenali milk booster. Kita boleh pilih milk booster yang kurang lemak dan kurang kadar kalorinya contoh, badam, air kosong, anggur, madu, kurma, delima, buah tin dan sebagainya.
  • Jaga corak pemakanan. Mengurangkan gula tambahan dan lemak tepu yang selalunya ada dalam manisan,makanan bergoreng,keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Cari alternatif dengan menggantikan makanan tersebut dengan rendah lemak,makanan yang kurang manis dan tanpa gula tambahan. 
  • Senaman. 20% penyumbangan penurunan berat badan adalah dari senaman dan 80% adalah pemakanan harian kita. Ada kajian yang menunjukkan bahawa ibu yang melakukan senaman secara konsisten bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malah dapat meningkatkan pengeluaran susu badan kepada bayi.
  • Jaga kalori. Ibu perlu mengambil 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan amaun susu. dan kelebihan menjaga kalori harian, ibu tidak akan meningkatkan berat badan. Diingatkan supaya ibu-ibu jangan buat diet yang melampau kerana ia boleh memudaratkan bayi. Tambahan pula zat dalam badan ibu dan anak akan berkurangan.
  • Jangan Tinggal Breakfast. Ada kajian membuktikan bahawa amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Tapi perlu diingatkan sarapan tidak semestinya tinggi karbo tetapi perlu tinggi nutrisi dan vitamin contohnya adalah shake herbalife yang mempunyai 55 nutrisi 18 asid amino yang selamat untuk bayi dan ibu.
  • Minum Air Kosong. Minumlah air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 2litre sehari bersamaan 8 gelas. Ia bukan sahaja membantu menurunkan berat badan si ibu malah meningkatkan kuantiti susu badan. 



ibu gembira anak ceria

Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri, teman-teman dan melalui pembacaan. InsyaALLAH , ilmu yang ada dapat dikongsi bersama. Untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal dan sarapan pagi sihat, boleh hubungi:

HERBALIFE MAMA

Coach Lisa 

0193749822





10:10

Diari Aku Jadi Mama: Berpuasa ketika Hamil

by , in
Assalamaualaikum w.b.t



Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah...Allah masih beri kesempatan kepada aku untuk lihat di dunia ini. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jika hari ini kita rasa kehidupan kita penuh dengan kesempitan dan kekecewaan, carilah sekecil zarah perkara yang masih boleh untuk kita bersyukur.

Bersyukur kerana masih ada selipar untuk dijadikan alas kaki,
Bersyukur kerana masih diberikan sepasang telinga,kaki dan tangan kerana berapa ramai di luar sana bila bangun tidur anggota badan sudah tiada,
Bersyukur kerana masih ada seorang suami yang tidur disebelah kita kerana berapa orang di luar sana hidup janda dan masih belum berkahwin,
Bersyukur kerana masih ada pakaian yang menutup aurat kerana berapa ramai orang di luar sana mendedahkan aurat serta dosa yang bertimpal


Subhnallah rezeki ALLAH itu luaskan?

Jika hari ini kita masih tidak tahu untuk bersyukur maka doalah banyak2 supaya dijauhkan menjadi seorang hambaNYA yang kufur nikmat.

(Peringatan untuk diri sendiri juga)

Dan hari ini aku bersyukur sebab Allah beri kesempatan kepada aku untuk berpuasa ketika hamil. Ramai wanita di luar sana tidak pernah ada pengalaman yang aku ada ini.

Tips berpuasa ketika hamil:

Bila doktor sudah sahkan diri kita ni sihat dan boleh berpuasa maka berpuasalah dengan niat supaya sepanjang kita berpuasa ni, tiada perkara yang tak diingini berlaku. Serta dapat completekan 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Menjalani ibadah puasa ketika hamil bukan mudah dan tidaklah susah, kesabaran yang tinggi amat diperlukan.

Pemakanan ketika bersahur dan berbuka:

Pastikan nutrisi dan pemakanan seimbang. Macam aku, alhamdulillah sebab ada nutrisi HERBALIFE. 

Sahur: Kurma, Aloe Vera, Tea dan Shake + omega 3, calcium plus

Berbuka: Kurma, Aloe vera, Tea dan Shake, NW formula.

Selepas Tarawikh: Makan Regular meal yang sihat.( kurangkan makanan yg berminyak dan manis)

Air 2 litre.

Inilah rutin pemakanan aku. Alhamdulillah, sudah 4 hari berpuasa, tiada masalah lapar atau muntah2 serta kurang rasa penat. May ALLAH ease my Journey. amin


Jika ada ibu-ibu di luar sana yang hadapi muntah-muntah yang sangat teruk, selalu pitam serta pendarahan maka Allah memberi kelonggaran kepada ibu hamil untuk berbuka puasa.



ini salah satu buku yang aku baca semasa pregnant ni.

Aktiviti:

Jangan buat kerja berat-berat. Sebagai seorang surirumah, aku banyak masa di rumah dan di kelab nutrisi. Sebab sejak ada kelab segala appoinment bagai aku buat di kelab sahaja, lagipun kelab dan rumah hanya 10 minit sahaja, sangat dekat. Kalau ada appoinment di luar, barulah aku travel tapi tak jauh mana pun still dalam selangor atau area KL. Itulah dikatakan LAW OF ATTRACTION, sebab aku selalu fikirkan dapat customer yang dekat-dekat shj. Tapi ada juga customer yang jauh contohnya Kelantan, Perak, Johor jadinya mereka ni aku coach jarak jauh dan barang-barang pun HERBALIFE yang hantarkan depan rumah dorang. Kiranya semua di hujung jari.




amalan yang boleh diamalkan 




Beruasaha menjadi seorang ibu yang terbaik.




Sekadar Berkongsi

Jika ada ibu-ibu di luar sana yang inginkan kesihatan dan tenaga ketika hamil, saya sedia menjadi coach anda. :)