Showing posts with label cina. Show all posts
Showing posts with label cina. Show all posts
16:53

Kota Beijing

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Siapa kata impian sukar nak dicapai? As long as we have strong detremination, as long as we have ALLAH, everything is possible. Orang kata kita nak capai satu impian kita kena budget yang diri kita dah capai impian tersebut. Dengan berpegang kata-kata itulah, kaki aku ni dah banyak kali melangkah masuk pergi MATTA FAIR di KL dan kadang-kadang ada juga buat di Shah Alam. 

Datang ke sana budget duit dalam poket berkepuk je, sebenarnya tak da pun. Datang hanya nak kumpul flyers percutian. Seronok pula tengok gambar-gambar negara lain. I start build my dream, owh my dream vacation. 

Lebih 5 atau 6 kali juga ak pergi ke MATTA FAIR without having a lot of money. Tapi entah macam mana hari tu, memang aku dah nekad nak pergi somewhere else yg ak sendiri tak tahu tapi yang aku tahu aku nak berjalan ke over sea. 

Sampailah, ada seorang travel agenct ni panggil aku, dan story pasal keindahan 7 wonders in the world dan salah satunya aku tertarik dengan tembok besar China. Dengan slumbernya, aku terus setuju nak ikut trip ke Beijing, dan travel agent tu minta aku bayar Rm100 sebagai deposit.

Alamak!!!Malunya, dalam dompet ada Rm50. 

"Boleh la kak, sy memang nak pergi sangat Beijing, tapi hari ni saya bawa Rm50 je. If bagi Rm50 boleh? Saya student lagi kak" memang muka kasihan habis aku buat. 

Akak tu tersenyum je tengok muka sememeh aku nih. Yessssss!!! Dia bagi. Aku terus isi borang dan macam2 prosedur lagi. Again, buat kerja gila. 

So, I've another 3 months untuk kumpul duit. Nak tunggang terbalik macam mana sekali pun, kena bayar juga. Untuk minta duit kat mak ayah, that's the last option. Aku suka kumpul duit sendiri, then go travel sendiri, itu satu kepuasan yg luar biasa. Lagipun, mak ayah aku bukan jenis yang pergi travel sana sini, same goes to my siblings so yang pelik aku sorang je. Gila Travel.


Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. So, inilah masanya untuk aku travel. Yeay!!!


Kemain seronok lagi. Sebenarnya, kami ni tak kenal pun di antara satu sama lain, tapi bila trip dah sama, tiba-tiba jadi rapat.



Bag pack kesukaan aku. Memang tak boleh tinggal.


Terpaksa selfie, sebab tiada siapa nak tolong ambil gambar kita.


Konon2 winter sonata tengah buat shooting. Layan je.


Satu kepuasan yg tak boleh digambarkan. Yahooooo!!!



Akhirnya!!! sampai juga destinasiku ini!!!


Kami pergi kilang mutiara. Dia tunjuk macam mana mutiara diperolehi.


Tak ingat la tasik ni nama apa, tapi kat sini ada istana kecil.

Persembahan yang memukau.



Kota sejarah, kalau pergi Beijing wajib singgah sini. Dalam sejam lebih kot kami berjalan dalam istana ni. Besar gila. dalam ni ada ratusan bilik gundik, bilik persalinan baju Maharaja lain, bilik tidur lain, ruang makan lain. 

Singgah jumpa panda. rasa-rasa Fu wa dan Feng yi panda ada tak?


Bala Tentera yg dah disumpah jadi batu.



One night in Beijing. Wah gituh, macam tajuk lagu je.


My new family, yang baru aku kenal semasa di Beijing.


Sempat singgah di stadium beijing ni.


Night market. Nak makan cicak, katak, cengkerik, lipan dan sewaktu dengannya,sila datang ke sini. Waktu ni boleh senyum lagi, lepas tu terus rasa mual, seriously macam nak muntah je sebab bau yg agak luar biasa.


Sekian sahaja entry kali ni tentang trip ke Kota Beijing