Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts
14:41

Percutian Sehari di Padang Pasir Masaieed, Qatar

by , in
Sebenarnya lagi seminggu dah nak balik Malaysia, so dalam hati lebih excited nak jumpa orang yang tersayang dan rindu dengan makanan di Malaysia. Tapi tak sangka seminggu sebelum tu, husband tanya nak sertai  tak group kawan-kawan kerja dia pergi Desert Trip ke Sand Dunes Qatar, Mesaieed. Kami discuss dan buat decision nak join group tersebut sebab bila dah masuk musim sejuk, baru best nak ke kawasan desert/ padang pasir kalau tak ,panas terik habis hangus kulit ku. Dan lagi best bila pergi ramai-ramai macam buat family day secara tak rasmi.

Kami gerak dari Ezdan Hotel pada pukul 7 pagi dan perjalanan ambil masa sejam ke Mesaieed.

Rupanya Mesaieed ni ada dua bahagian iaitu bahagian pertama padang pasir / sand dune. Di sini korang boleh tengok bukit bukau padang pasir. Tiada tumbuhan mahupun saluran air. Hanya semata-mata pasir sahaja.

Bila Lisa berada di tengah padang pasir ni tetiba teringat kisah-kisah nabi kita. Bagaimana nabi-nabi boleh berjalan beribu kilo meter dengan keadaan yang panas terik dan tiada sumber air pun. Teringat juga kisah Maryam dengan nabi Isa. Subahanallah rasa pertolongan ALLAH kepada nabi sangat dekat.

Tak dapat nak bayangkan nabi-nabi dan sahabat boleh hidup di tengah padang pasir.

Hebat kuasa ALLAH.

Aktiviti yang boleh dilakukan di padang pasir di sini antaranya berkhemah, riding camel, ATV dan naik 4x4. Tapi hati-hati sebab padang pasir ni boleh menyebabkan kereta atau ATV kita tersangkut. So, make sure nak naik kereta dan ATV kena ada kawan, supaya kawan tu boleh tolak kenderaan korang yang tersangkut tu.

Macam kitaorang dah kena banyak kali. Huaaa.... sabar je lah!!!

Bahagian kedua adalah Sealine Beach di mana pantai ni terletak betul-betul sebelah padang pasir. Dan ia mengadap Arabian Gulf. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkelah. Air lautnya sangat bersih dan suasana di sini pun sangat nyaman.

Nak berkelah satu keluarga pun best.

Sebelum bertolak ke Desert Trip, kami singgah dulu pekena breakfast Indian Dish di MRA Restaurant, Doha.


Ni antara ahli group yang join Desert Trip.



Food Truck pun ada juga di sini tapi makanan tak banyak sangat pilihan.



Ni kami baru sampai di Sand Dune yang menghadap Sealine Beach. 


Happy Fareeq and Papa naik unta. Ni kali kedua dorang dapat naik unta. Kali pertama waktu kami travel ke Turki. Tapi unta di Turki rendah sikit berbanding unta di Qatar. Tinggi dan gayat beb.


Tiba-tiba aku terjoin group lain pulak untuk naik unta. Sepatutnya, naik dengan papa and Fareeq sekali tapi takut lebih muatan nanti unta tak boleh nak bangun pulak. Hehehe...


Mampu posing tepi unta je. Nak menghadap unta rasa ngeri pulak. Please be nice to me, oh camel.


Amboi santai hang no!!!


Bila dah sampai di area sand dune, korang akan nampak sederet khemah yang menawarkan sewa ATV dan kenderaan bermotor. Boleh pilih mengikut jenis ATV yang korang suka dan harga juga pun boleh dibandingkan.



Fareeq and his girlfriend, Piya memang sukar dipisahkan.


Husband ak tengah briefing dengan kawan-kawan dia cara menggunakan ATV. Tapi sebenarnya dia pun first time naik ATV ni. Heheh... tak pe yang penting confident level tu.


Muka happy sebelum ATV kitaorang sangkut dalam pasir. 


Dah lama tak bawa motor, tetiba rasa pelik pulak nak bawa ATV ni. Tapi nak ikutkan senang juga sebab ada 4 tayar, insyaALLAH tak jatuh. Heheh


Jenis macam kereta pun ada juga kalau korang nak naik. Tapi ni lebih sesuai untuk keluarga besar dan harganya lebih mahal dari sewa ATV.


Lepas puas main dan jalan-jalan di sand dune, kami gerak ke sealine beach untuk berkelah dan makan-makan sebelum bergerak balik ke Doha.

Pantai di sini sangatlah bersih dan bila musim sejuk baru ramai orang Qatar dan expat berkelah di sini. Jika musim panas tiada siapa nak berkelah sebab panas padang pasir memang hangat macam menggigit daging je.

Kami bawa bekalan dari rumah dan masing-masing masak untuk dimakan di sini.

Di Malaysia, tepi pantai selalunya ada pokok kelapa tapi kat sini nak carik pokok pun susah so memang berkelah di tengah-tengah padang pasir.


Kami sempat singgah di Souq Wakrah. Struktur bangunan di sini adalah sangat unik dan ia mengetengahkan Arabian style. Bila korang jalan di sini seperti korang berada di zaman negara Arab dahulu kala. Tapi bangunan di sini lebih berbentuk kemodenan berbanding di Souq Wakif.

Fareeq jatuh waktu main lari-lari kat sini, super excited kot!!





Souq Wakrah ni terletak betul-betul sebelah pantai dan terdapat sederet restoran yang menghadap pantai ni. Sangat santai dan nyaman.

Kami sempat dinner di sini di samping menikmati keindahan pantai serta pemandangan laut yang cantik.


Really enjoy this moment.


New experience for us.










10:21

Part 3: Pengalaman Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah

by , in
HARI KEEMPAT 


Ini adalah resort kami iaitu AYANA HOTEL. Hotel ini sangat cantik dan harganya pun berbaloi iaitu 1 malam Rm90 cumanya ia tidak sesuai jika anda ada bawa orang tua kerana banyak tangga.

Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Dairy Farm di Kundasang, Sabah. Macam pergi ke New Zealand Malaysia. 

Udara yang segar dan kadang-kadang ada bau lembu akan melalui hidung anda. Heheh....





Setelah penat berjalan di Kundasang kami kembali ke bandar Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Kini tiba masanya untuk shopping di Pasar Philipines.

Disebabkan Flight balik kami pada pukul 10 malam, maka kami ada masa lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk shopping.

Memang kali ni puas betul shopping. Jika anda nak beli barangan seperti mutiara atau jewellery , Lisa advice pergi ke Jamilah Jewellery. Kerana barangan di sana agak berbaloi-baloi.

Ok itu sahaja perkongsian Lisa untuk percutian di Kota Kinabalu, Sabah. Semoga perkongsian ini sangat berguna kepada anda yang bakal ingin bercuti di Kota Kinabalu, Sabah.

17:55

Part 2: Pengalaman Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah

by , in

HARI KEDUA

Di sini pagi nya sangat awal. Pukul 4.30 pagi dah masuk subuh. Mula-mula Lisa agak culture shock juga even dah penah datang Sabah sebelum ni tapi selepas sehari dah boleh biasakan diri.



Pukul 6 pagi dah breakfast dengan shake herbalife. 




Planning for today is cover untuk 2 pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Kami berkongsi boat dengan 4 orang lagi. Jika ambil private boat ia agak costly dan ia hany cover 1 pulau sahaja. Tapi alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka pemandu pelancong kami beri lagi 1 hadiah pulau untuk kami snorkelling dan swimming puas-puas.



Alhamdulillah selamat tiba di Pulau Sapi




Fareeq tak nak pakai life jacket tapi dipaksa juga oleh mama.



Layan je anak mama sorang nih.



Snorkelling sambil tolak duck Fareeq.




Masih mengamuk bila dipaksa.

Ni kami buat snorkelling di tengah-tengah laut biru. Seriously sangat seronok. Tapi Lisa dapat buat sekejap je dalam setengah jam sebab Fareeq dah menangis meraung atas boat. So terpaksa berenang di tengah lautan demi mendengar tangisan anak ku. 

Masa tu semua tengah seronok snorkelling di tengah lautan...heheh...terpaksa berkorban sikit. Almaklum Lisa tak boleh dengar suara nangis Fareeq mesti cepat cair.


Next pulau adalah pulau manukan.

Di Pulau Mamutik

Alhamdulillah setelah dapat settle cover 3 pulau di sabah kami pulang ke resort dan siap-siap untuk makan malam di Bulatan Todak. Di sini banyak pilihan untuk makanan seafood. Harganya pun agak murah berbanding di semenanjung.


Sotong goreng tepung



Lobster masak butter

Lobster masak pedas

Selepas menikmati makan malam, kami terus kembali ke resort untuk rehat kerana seharian berada di luar dan penat berenang.

Setelah seharian belasah makan seafood kini masanya untuk buat pembersihan balik, dengan minum teh herbalife. Alhamdulillah baru rasa lega dan tidak rasa bersalah sangat pada badan.

HARI KETIGA

Pagi-pagi lagi kami sudah checkout dan bergerak ke yayasan Sabah atau lebih dikenali sebagai bangunan berbentuk bateri.


Kemudian kami bergerak pergi ke rumah terbalik dan 3D gambar museum.


















Tandas terbalik

Di jambatan Tamparuli

Pemandangan Jambatan Tamparuli


Di kaki gunung Kinabalu.



Sampai sahaja pekan kundasang kami terus mencari kepak ayam. Sedap.

Singgah di Kolam Air Panas



bersambung.......