Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
19:00

Resepi Donut Gebu dan Lembut

by , in
Sebenarnya ini adalah kali ke 5 atau ke 6 Lisa cuba buat resepi donut tapi resepi-resepi yang Lisa dah cuba sebelum ni kebanyakannya tak gebu dan lembut tapi semuanya sedap. Setelah beberapa kali percubaan ALhamdulillah kali ni, baru menjadi dan sebab itulah Lisa berani kongsikan resepi donut gebu dan lembut ini.


Bahan-bahan


1 peket yis
1 sudu kecil gula
Setengah cawan air suam

*Satukan bahan tersebut dan biarkan sehingga ia berbuih dan mengembang.

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu susu tepung
1 sudu susu pekat
1 biji telur
1/2 cawan air(ikut keperluan adunan)
2 sudu marjerin/butter


Cara membuat:


1.Satukan tepung, gula,garam, susu tepung,marjerin dan susu pekat dalam bekas adunan.

2.Gaulkan sekata dan lubangkan di tengah-tengah tepung untuk masukkan yis,air dan telur. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Biarkan doh ditutup dengan tuala lembab dan biarkan selama setengah jam.

4. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Terap adunan atau bentukkan donut.

6. Panaskan api dan masakkan donut sehingga warna sedikit keperangan

7. Siap untuk dihidang dengan salutan gula halus.




Tadaaa inilah hasilnya. Jemput makan semua...



Ha nampak tak seronoknya fareeq makan penuh berselera. Inilah bukti kesedapan air tangan ibu. Heheh

Selamat Mencuba. 

23:32

Resepi Kacang Pool Sedap dan Mudah disediakan

by , in
First time, Lisa tahu keuwjudan makanan yang bernama Kacang Pool ni dari aunty Lela iaitu partner Lisa dalam business Herbalife. Bila lunch, aunty Lela mesti ajak Lisa pekena kacang pool di seksyen 7 Shah Alam. Bila Lisa rasa kacang pool ni, aduh sedapnya. Makanan ini sangat unik dan memang boleh mengeyangkan walaupun makan ketika tengahari. Sebab kuah kacang pool ini dicicah dengan roti bakar.

Bila Lisa duduk di Qatar ni, tiba-tiba rasa teringin nak makan kacang pool dan kebetulan bulan lepas ada kawan Malaysia bagi kuah kacang pool ni untuk kami.

Di sini, Lisa nak kongsikan resepi kacang pool yang sedap dan mudah disediakan. Sebelum ni, sebenarnya Lisa dah cuba beberapa jenis resepi kacang pool ni tapi mungkin resepi tersebut tak kena dengan tekak kami.

Anda juga boleh cuba resepi di bawah. Mungkin citarasa kita sama.

Resepi Kuah Kacang Pool

Bahan-bahan
2 sudu serbuk kari( dikacau dengan 3 sudu air)
3 ulas bawang putih( dihancurkan)
1 ulas bawang besar(dipotong dadu)
1 sudu kecil serbuk ketumbar( jika tidak ada serbuk ketumbar, boleh blend biji ketumbar)
1 sudu kecil black pepper
300gm daging cincang
1 tin baked beans

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk black pepper.
2. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang dan baked beans.
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila dah masak, tutup api dan hidangkan kuah kacang pool dengan roti yang telah dibakar bersama butter di atasnya.







13:51

Resepi Pulut Mangga Sedap dan Mudah

by , in
Dua hari lepas, Lisa ada berkongsi gambar pulut mangga di media social Facebook, kebetulan ramai pula yang PM minta resepi. Sebenarnya, Lisa memang teringin nak makan pulut mangga sebelum fly ke europe lagi tapi tak berkesempatan nak pergi restoran Thailand yang terletak di Doha ni.

Waktu Lisa duduk di Malaysia, bila teringin apa-apa, start enjin terus je pergi ke restoran atau stall yang menjual makanan tersebut tapi sekarang ni jika teringin apa-apa terpaksa masak sendiri sebab di Doha tak semua makanan yang tekak Lisa suka ada dijual di sini.

Baiklah di sini Lisa kongsikan resepi pulut mangga yang super sedap dan senang nak dibuat semudah ABC. Tapi resepi yang Lisa kongsikan ini, korang boleh ubat sedikit bergantung tekak masing-masing sebab Lisa buat tak terlalu masin dan tak terlalu manis bagi kuah santan tersebut.

Bahan Masak Pulut

2 cawan beras pulut
2 cawan air
Secubit garam

Masukkan kedua bahan dalam periuk nasi. Masak macam nasi juga. Jika button cook dah naik ke warm, tapi anda lihat masih tidak cukup masak maka bawa periuk nasi masakkannya di atas dapur dan tambah sedikit air. Kacau sehingga masak.

Sebenarnya Lisa masak cara macam ni, sebab tak da pengukus so terpaksa masak secara koboi sikit. Yang penting pulut tu masak.

Bahan Kuah Santan

1 cawan santan kelapa
2 sudu gula/brown sugar
2 helai daun pandai
2 sudu tepung jagung
1 sudu kecil garam

Masukkan kesemua bahan(kecuali tepung jagung) dan kacau sehingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air. Bila kuah dah nampak pekat, tutup api.

Potong buah mangga mengikut bentuk yang anda suka.

Tadaaaaa..... dah siap!!! selamat mencuba!!!





02:21

Resepi Laksa Menggunakan Tin Sardin

by , in
Selalunya Lisa nak buat laksa memang akan menggunakan ikan kembung atau ikan sardin dan kemudiannya akan keluarkan isi dari ikan tersebut. Tapi disebabkan sekarang ni Lisa tinggal di negara Qatar di mana ikan kembung atau ikan sardin agak sukar didapati dan maka terjadilah jarinya menggoolge resepi laksa yang menggunakan ikan dalam tin sardin.

Sebenarnya, boleh terfikir nak menggunakan ikan dalam tin sardin sebab teringat kakak Lisa pernah cakap kalau malas nak kupas isi ikan tu, beli je tin sardin. Senang, mudah dan cepat.

Waktu Lisa decide nak buat laksa sebenarnya banyak barang yang tak cukup antaranya ikan kembung, bunga kantan, asam keping dan mee laksa. So, kami decide nak pergi ke mall beli barang-barang tersebut.

Balik je dari mall, rupanya Lisa tersalah beli mee laksa tu, sepatutnya mee laksa adalah rice sticks tapi terbeli cornstarch stick. Aduh!!!

Ni barang yang Lisa ganti bahannya di mana fungsi lebih kurang.

Ikan kembung digantikan dengan tin ikan sardin
Bunga kantan dah cari tapi tak jumpa so tak payah letak
Asam keping tak jumpa so ganti dengan asam jawa
Mee laksa beras ganti dengan mee tepung jagung

Ha!!!Nampak tak, skill creative aku makin berkembang pesat bila duduk di negara orang ni.

Kesimpulannya Resepi Laksa Menggunakan Tin Sardin adalah seperti berikut:

Setengah bungkus cornstarch sticks
Garam
Gula
5 cawan air
Daun Kesum
1 cawan asam jawa

Bahan Kuah:
Setengah inci belacan
1 labu bawang
8 keping cili kering yang telah direndam dalam air panas
1 cawan air kosong
1 tin sardin (sosnya ambil sedikit sahaja)

Bahan Hiasan
Bawang merah dipotong dadu
Telur direbus dan dipotong 2 atau 4 bahagian
Timun dipotong mancis

Cara-cara
1. Rebus mee laksa sehingga kembang dan toskan.
2. Blend semua bahan kuah sehingga hancur dan pekat.
3 Masukkan bahan blend dalam periuk dan tambahkan 5 cawan air.
4. Masukkan asam jawa, daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
5. Bila dah menggelegak dan rasa pun sedap yang korang nak maka boleh tutup api dan hidang untuk keluarga dan diri sendiri.



Mudahkan cara aku masak ni. So korang pun boleh buat dirumah. Jimat, cepat, senang dan mudah.