Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts
21:03

Pengalaman Bercuti di Perth: Day 3

by , in

Day 3 in North of Perth,Australia

Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam. 

Walaupun begitu, kami sangat enjoy dengan pemanadangan sepanjang perjalanan. Lagi best sebab dapat tengok kecantikan dan keindahan Hindi Ocean.

Bak kata ayah Lisa ni lah tempat  yang dikatakan MH370 terhempas.

Lautan ni ada 2 tone color. Blue navy dan blue coral. Subhanallah...

Keliling sepanjang perjalanan takk banyak pun ada pokok yang tinggi.

Kawasan landai.

Waktu tengah drive please be careful, sebab kami jumpa 2 or 3 ekor kangaroo mati dilanggar.

Alhamdulillah tiba di pinnacles

Sejarahnya adalah 6000 tahun yang lalu sebenarnya, ia adalah pokok yang di tanam dan telah terkambus dengan pasir. 

Kemudian, selepas beratus or beribu tahun, pasir tersebut ditiupkan dan pokok tersebut terlihat dan menjadi batu.

Banyak sangat batu-batu ni dikawasan tersebut.

Korang jangan risau, even tak bawa 4 wheel drive pon, still boleh masuk sebab kawasannya sangat landai.







Belajar sejarahnya di sini. Gallery and gift shop.

Aku kira wakil Malaysia yang datag pada second apr 2016.

Kami di sini tak lama sangat sebab cuaca sangat panas terik. Fareeq dah start mengamuk. Muka dia merah padam.

Better korang datang awal iaitu seawal 9 lebih, sebab kami sampai di sana pukul 10 lebih pun dah terasa bahang panas.

Resit yang korang dapat, jangan lupa simpan sebab korang boleh masuk Yanchep National Park secara free je bila tunjukkan resit tersebut.

Our next destination is Lancelin.

Ni jetty Lancelin


Lancelin sand dune.

Tapi agak sedih sebab tak bekesempatan nak buat sand boarding sebab panas dan UV memang agak tinggi.

So, just singgah ambil gambar je.


Cantik pasir di sini. Putih berkilat. Subhanallah...

Walaupun tengah bad mood, Fareeq layan juga ambil gambar.
Now, heading to Yanchep Natinal Park.


Tasik yang ada banyak itik-itik comel.







Koala talk pun ada. Tanya je banyak soalan tentang koala yang ada kat atas pokok tu.

di Yanchep National Park, kawasan ni Lisa tengok banyak family santai dan berkelah.

Dorang akan bawa makanan dan tempat duduk sambil tu bermain dengan anak-anak.

Kualiti time


Kemudian, kami lepak di Trigg Beach sebelum dinner.


Jom makan.

First time dalam hidup, Lisa suka makan Lam Ribs ni.

Makan sepinggan ni, kena puasa setahun dari makan lamb. Viesceral fat boleh naik 2 level beb.

Hahahha.....

Husband Lisa memang suka la kan Lam lamb ni....

Kena try Pasta avocado dia. Sedappppp.....

Don't worry halalan dan toyyiban.....

Burpppp.............dah sedawa jom balik ke rumah....

Planning for next day.

Tak sabar nak jumpa penguin and dolphin

Bersambung...


Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 

HUBUNGI LISA SEKARANG!!!

Apa yang anda dapat apabila memulakan program ini?


*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income


0129232202






17:15

Pengalaman Bercuti di Perth: Day 2

by , in



Sebelum tidur, kitaorang akan make sure ittenery untuk esok mesti dah complete. Dan kami juga akan buat muhasabah diri dan husband Lisa atau Lisa sendiri akan tanya each other 

"Are you happy today?"

"What we can improve ourselves and ittenary for next day?" 

2 soalan ni sangat penting bagi Lisa bila kita buat backpacking dengan husband and kids. Sebab dugaan sepanjang kitaorang travel memang ada. Masa ni lah, korang akan kenal pasangan kita lebih dekat.

Tiba-tiba Lisa teringat kes Lisa waktu pergi backpacking sorang-sorang 5 years ago ke Thailand. I met one family from Neitherland. Lisa sempat berbual dengan dorang.

Lisa tanya kenapa suka backpack satu family, macam susah je, Better ambil pakej , jalan-jalan dan santai-santai je. 

He said, kami suka backpacking ni sebab hubungan sy dan isteri serta anak2 lagi rapat. waktu nilah kami lebih kenal each other sebab saya adalah orang yang sangat busy. Susah senang sama-sama di negara orang. that's why, we will travel 3 kali setahun dan buat backpacking. 

Rupanya bila sembang lama-lama, dorang ni antara family terkaya di neitherland. Founder company pengiklanan di sana. Tak ingat nama ape tah.

Datang sini, memang nampak ramai mat saleh buat backpacking dengan family. Siap baby umur 3 or 4 bulan pun dibawa nya backpacking.

Kagum sungguh dengan kekentalan jiwa dorang ni.

Day 2 in Central of Perth,Australia

Seawal 5 pagi kami dah bangun untuk solat subuh sebab di Perth waktu azannya awal sejam lebih dari Malaysia.

Pukul 7.30 pagi kami dah keluar rumah untuk ambil car rental yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Jalan kaki je.

Husband tengah settle kan car rental. 


Korang boleh dapat pakej serendah 25 AUD sehari, tapi kitaorang dapat 36 AUD sebab termasuk car seat n GPS. Lisa advice wajib ambil GPS dorang sebab, if korang bawa lebih dari had laju, ia akan berbynyi untuk reminder. 

Car seat pun wajib ambil bagi sesiapa yang ada anak kecil berusia 5 tahun ke bawah. Kalau tak, mau kena saman beb. Walaupun sepanjang kitaorang rent car seat tapi fareeq jarang duduk kat situ, sebab dia lebih suka bebas. Cumanya,Lisa akn letak dia dalam car seat bila dah tidur.

Kira buat syarat je.

Now, kami heading ke Caversham wildlife dari bays water ambil masa dalam setengah jam.

Alhamdulillah sampai pun.

Comey je nama dia, molly's farm.

Tengok sheep yang cute tapi ada bau cikit...heheh

Berani betul Fareeq pegang kangaroo.

Seriously, Lisa takut nak pegang. Macam scary je

Kambing keliling kitaorang... 

Aktiviti di Caversham yang wajib korang tau, supaya tak terlepas dengan aktiviti menarik.

ok, i'm jelous.....

Fareeq menangis, papa and mama tetap happy.

Koala malu-malu kucing....

Farm show...

Masa ni memang kelakar sebab instructor ni, buat show macam mana dorang libas tali untuk saja takutkan biri-biri. Bunyi kuat gila. Tiba-tiba dengar bunyi kuat orang menangis macam dia pula kena pukul. 

Tengok-tengok anak aku la yang meraung tu.....adeh...fareeq...fareeq...buat malu je...

Semua tengok dia. Mama malu, terus keluar kejap dari kawasan hall tu bagi tenangkan fareeq,

Korang pelik tak kenapa, di tengah2 Perth city ni tiba-tiba ada perkataan TANDAS dalam Caversham ni. Toilet pula ada pipe coz normally, toilet di sini tak de pipe,just tissue je.

Sebabnya adalah, ada salah silah keluarga dorang ni ada dari keturunan malaysia dengar ceritanya.

ok, bangga jap.

Kami sempat berpicnic di kawasan Caversham ni. Kemudahan tempat duduk dan toilet pun disediakan.

Lisa memang masak dari rumah pagi-pagi dan bawa bekal sepanjang perjalanan kami ni. 

Selepas tu, kami teruskan perjalanan ke Margeret River.Perjalanan 10 minit dari Caversham. Who is choc lover, korang wajib datang sini.

Makan sampai lebam.

But, please be aware coz ada choclate yang ada alchocol so korang kena alert dengan ingredient yang dorang tulis.

Jom belasah choclate.

Ha nampak tak excited muka aku tuh.

Nak pilih choc kena tengok label dia. Kalau beli satu-satu range harga dalam 1.95 AUD till 3.95 AUD. if korang beli 1 bucket or packet range dia more than 5 AUD.

Santai depan margaret river.


Korang boleh rasa jem yang sangat sedap tak hingat dunia.... tapi jangan rasa wine pulak, sebab wine pun ada kat situ. Dosa beb.


Dah kenyang makan chocolate, now pergi ke King's Park. Lepaking di sana.


kitaorang confident baring ni pun sebab tengok ramai mat saleh kat sini siap golek atas rumput.


Pemandangan di seluruh Perth. Seriously, cantik gilosss. Nak nangis tengok keindahan ciptaan ALLAH.



Tempat solat memang payah nak cari, so kami solat je di mana-mana. Islam itu mudah dan jangan susahkannya.


Fareeq happy betul kena lambung.



Next destination kami ke Blue House.

Unik giler blue house ni, sebab muka depan je macam tu, belakang tak de rumah pun.

Tengah mama sibuk posing, Fareeq boleh campak kasut mama ke laut. Nak nangis je kuat-kuat. Mujurlah superman mama datang selamatkan kasut.

Nasib baik la, ada papa yang berani.

Kebetulan masa tu ada majlis keraian mat salleh, semua tepuk tangan melihat keberanian husband Lisa selamatkan kasut Lisa.

Tiba-tiba rasa diri ni macam cinderella pula.

Hahhahah..... Thank you sayang....i Love you infifnity...

Next destination is Western Australia University.


Cakap dengan husband, dulu waktu SPM, try belajar betul-betul sebab nak belajar kat oversea tapi tak kesampaian, sebab dapat B english je tapi tak pa now ada peluang tangkap gambar depan university pun jadilah.

Heheh.....

Husband kata,mesti ada hikmah. Kalau Lisa belajar kat oversea mesti tak kahwin dah dengan dia. Entah-entah tak kenal pun.


Dinner depan pantai. Berangin sungguh.

Alhamdulillah habis sudah ittenary untuk hari ke dua ni.

Bersambung.......

Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 

HUBUNGI LISA SEKARANG!!!

Apa yang anda dapat apabila memulakan program ini?


*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income


0193749822