Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts
14:47

Pengalaman Menggunakan Maternity Belt Dari Mamaway

by , in
Sebenarnya, Lisa pernah mengalami keguguran semasa anak kedua pada awal tahun 2018. Masa itu, Lisa dan suami serta anak sulung kami pergi travel ke Dubai untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke empat. Dua hari sebelum kami fly ke Dubai, Lisa baru tahu yang Lisa sedang mengandung dan kandungan masa tu berusia 7 minggu. Semasa naik flight dan sepanjang Lisa travel di Dubai, memang banyak kali berlaku hentakan dan Lisa juga tak pakai apa-apa maternity belt ketika itu, sebab tidak terfikir perkara buruk akan berlaku apabila kita tiada support di perut dan pada masa yang sama kedaan badan sangat penat.


Bila sampai di hotel, banyak sangat darah keluar dan balik sahaja dari Dubai baru Lisa pergi ke hospital untuk cek kandungan. Allah lebih sayang anak kedua kami. Lisa alami keguguran ketika bayi dalam kandungan berusia 7 minggu lebih. Itu memang menjadi pengajaran buat lisa dan suami supaya lebih berhati-hati ketika travel tambahan pula apabila sedang mengandung.


Sebab itulah, untuk kandungan anak ketiga kami ini, Lisa lebih jadi berhati-hati dan sebagai salah satu usaha untuk menyelamatkan kandungan Lisa dapatkan Maternity Belt dari Mamaway. Tambahan pula, waktu mengandung ni Lisa memang kena banyak travel ke sana sini, sama ada naik flight mahupun naik kereta. Maklumlah ada setengah jalan raya tidak rata dan ia juga boleh berlaku hentakan dalam perut kita.

Bila Lisa mula pakai maternity belt dari Mamaway ini, Lisa rasa seronok sangat sebab terasa perut kita dapat support dan rasa lebih kemas apabila materialnya pun bagus. Lisa mula pakai ketika usia kandungan ni pada 17 minggu, masa itu perut masih tidak besar tapi lisa tetap pakai juga sebagai langkah keselamatan ketika naik flight dan kereta.



Setiap kali sebelum lisa drive kereta, lisa akan pastikan memakai maternity belt ini.

Apa yang membuatkan lisa suka dengan maternity belt dari mamaway ini, sebab ia mudah dipakai dan dibawa ke mana-mana sahaja. Dan ia dapat mengurangkan sakit pinggang di bahagian belakang. Mengandung kali ini, Lisa rasa sangat sakit pinggang di bahagian belakang sebab itulah Lisa memakai maternity belt ini bagi mengurangkan rasa sakit tersebut.

Jangan risau kalau anda rasa perut anda semakin membesar dengan jayanya, maternity belt ini still boleh support perut anda dan ia ada dua saiz yang boleh anda pilih mengikut ukur lilit perut dan badan anda.

Selain itu, ia juga dibuat daripada Papolis untuk hydrate kulit perut ibu mengandung yang sensitif serta mengurangkan stretch skin. Material untuk maternity belt ini sangat lembut dan sesuai dipakai terus di kulit. Tidak perlu pakai di luar baju atau seluar dalam.



Untuk pengetahuan ibu-ibu, maternity belt dari Mamaway ini telah mendapat Medical Grade Prescription product dan diiktiraf dari TGA Australia Certified (Health Safety Regulation). Bermaksud pihak medical pun bersetuju dan menyokong penggunaan meternity belt ini untuk ibu mengandung.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di link bawah ini:

Website: Mamaway

Instagram: Mamaway

Facebook: Mamaway

Lisa ada hadiah untuk pembaca setia blog Lisa iaitu Lisa nak bagi diskaun Rm25 kepada anda untuk pembelian di website Mamaway.

Syaratnya mudah sahaja:
1. Klik di link ini Mamaway
2. Minimum order Rm135 untuk menggunakan kod MAMAWAY-LISA25
3. Khas untuk new member Mamaway Website Malaysia.
4. Kod ini valid sehingga 20 Jan 2019 sahaja.

Anda juga boleh membuat pembelian di Motherhood dan pelbagai barangan dari Mamaway terdapat DI SINI


11:02

Bra Sesuai Untuk Ibu Mengandung dan Menyusukan Bayi

by , in
Ramai yang mengambil ringan mengenai pemakaian bra ketika mengandung. Jika ibu-ibu perasan, saiz breast kita akan sedikit berubah ketika mengandung jika dibandingkan dengan sebelumnya. Saiz breast akan sedikit besar dan ia juga bergantung kepada kenaikan berat badan oleh si ibu. Ada yang naik mendadak dan ada juga yang naik sedikit sahaja. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, memang lisa perasan saiz breast akan sedikit berubah maka sebagai seorang ibu kita perlu mengambil berat mengenai pemakaian bra yang sesuai ketika mengandung dan seterusnya menyusukan bayi.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemakaian bra yang sesuai ketika mengandung adalah jenis material bra, ukur lilit bra dan yang paling penting adalah keselesaan si ibu ketika memakai bra tersebut.



Antara beberapa brand yang lisa dah pernah cuba ketika mengandungkan anak pertama dan kedua ini, Lisa rasa bra mengandung yang sesuai dan yang selesa adalah brand dari Mamaway. 6 sebab ini kenapa Lisa sukakan brand Mamaway ini dan Lisa yakin ia juga sangat sesuai untuk ibu mengandung yang lain juga.

Seamless High stretch Weave

Bila kita mengandung ni, mesti saiz ukur lilit kita akan berubah, iaitu lebih besar dari sebelumnya. Disebabkan bra mamaway ini, boleh mengikut bentuk ukur lilit kita maka ia sangat selesa dipakai. Jika dibandingkan bra yang bukan seamless high stretch, ukur lilit badan kita akan jadi sakit dan berbekas. Ia juga boleh stretch sehingga 2-3 saiz cup. Maka jangan risau kalau saiz cup anda berubah, anda tidak perlu beli bra yang baru. Sebab itulah, ia sesuai dipakai ketika mengandung, menyusukan anak serta ketika waktu biasa.


Padding stay in the place

Ada sesetengah bra mengandung, padding selalu bergerak-gerak dan tidak terletak dengan kemasnya di dalam sarung bra. Dengan design yang sesuai, bra mamaway ini elok sahaja terletak dalam sarung dan selesa untuk dipakai. Setiap saiz bra mempunyai padding saiz yang juga berbeza membuatkan harga bra mamaway lebih berbaloi. Gambar padding seperti di bawah.



Nampak lebih kemas di bahagian tepi

Dengan design bahagian tepinya sedikit tinggi, membuatkan si pemakai lebih nampak kemas dan cantik kedudukan breast.

Durable Feeding Clips

Seperti lisa katakan di atas, bra mengandung dari mamaway ini sesuai dipakai ketika mengandung dan menyusukan anak kerana ia mempunyai feeding clips yang terletak di bahagian atas. Apabila si ibu ingin menyusukan anak, si ibu boleh buka clips di atas dan boleh terus menyusukan bayi. Ada sesetengah bra mengandung, hanya sesuai dipakai ketika mengandung sahaja tetapi bra mengandung mamaway ini boleh dipakai ketika menyusu juga,maka lebih jimat.



Stabalize and Shape

Dibahagian belakang bra mengandung dan menyusu ini, terdapat 4 rows of hook and eye supaya di belakang si pemakai nampak lebih kemas dan stabil berbanding hanya ada 2 atau 3 hook sahaja. Sejujurnya, lisa memang suka 4 rows of hook and eye, supaya ia lebih selesa dipakai di bahagian belakang.



Anugerah Bra Mengandung Paling Popular di Australia

Paling membuatkan lisa teruja dengan bra mamaway ini kerana ia mendapat anugerah bra mengandung paling popular di Australia. Bermaksud ia sangat bagus untuk ibu mengandung sehinggakan dianugerah sebagai bra mengandung paling popular di Australia. Mungkin selepas ini, ia dapat anugerah pula di Malaysia.




Untuk maklumat lanjut mengenai bra mengandung dari Mamaway, boleh klik di link bawah:

Website: Mamaway

Instagram: Mamawaymy

Facebook: Mamaway

Lisa ada hadiah untuk pembaca setia blog Lisa iaitu Lisa nak bagi diskaun Rm25 kepada anda untuk pembelian di website Mamaway.

Syaratnya mudah sahaja:
1. Klik di link ini Mamaway
2. Minimum order Rm135 untuk menggunakan kod MAMAWAY-LISA25
3. Khas untuk new member Mamaway Website Malaysia.
4. Kod ini valid sehingga 20 Jan 2019 sahaja.

Anda juga boleh lihat di website Motherhood untuk dapatkan barangan Mamaway DI SINI. 



11:28

Ibu Mengandung Pasti Suka 5 Barangan Ini Sempena LAZADA 11.11 Shopping Festival

by , in

Mengandung kali ni memang lain macam sikit sebabnya Lisa suka sangat shopping online dan anatara e-commerce yang menjadi pilihan hati Lisa untuk shopping online adalah Lazada. Sudah hampir 4 tahun Lisa setia shopping di Lazada cuma mengandung kali ni, perangai suka shopping online tu jadi dua kali ganda dari biasa. Husband pun pelik tengok Lisa suka shopping online. Kalau tak sebelum ni, Lisa lebih prefer beli barangan seperti pakaian secara offline. 

Dengar cerita, Lazada bakal mengadakan Lazada 11.11 Shopping Festival pada 11 November 2018, hanya sehari sahaja jualan terbesar ini. Lisa yang suka shopping online ni, mestilah teruja sekali bila dengar Lazada 11.11 Shopping Festival ni. Tak sabar nak beli belah barangan ibu mengandung serta persediaan barangan bayi secara online di Lazada. 

Pada 11 November ni, ada 4 perkara yang ditawarkan oleh Lazada iaitu 
  • Harga serendah RM1,
  • Diskaun sehingga 90%, 
  • Baucar tunai berjumlah Rm11,000
  • SLASH IT and SHAKE IT. 



Ni Lisa tengah list kan barangan yang bakal Lisa rancang nak beli di Lazada pada 11 November ini bersempena 11.11 Shopping Festival.

Antaranya adalah barangan mengandung iaitu

Seluar Mengandung atau Maternity Pants

Lisa pasti ibu mengandung di luar sana juga ada yang seperti Lisa iaitu mencari seluar mengandung yang selesa dipakai dan cantik bergaya. Fashion berseluar seperti ini dan dipakai dengan blouse labuh, pasti bakal ibu akan nampak lebih bergaya dan kemas. Bila melalui fasa mengandung, keselesaan itu lebih penting bagi Lisa tambahan pula di bahgian perut yang semakin membesar. Jika ibu yang sedang mengandung, anda boleh lihat banyak sangat pilihan seluar mengandung yang cantik dan bergaya bersempena Lazada 11.11 Shopping Festival. 

Kasut Skechers Untuk Ibu Mengandung

Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengenai kasut ini

Sebenarnya, Lisa memang pengguna setia jenama kasut skechers ni sebabnya ia sangat selesa dipakai dan kaki tidak mudah melecet berbanding kasut lain yang Lisa pernah pakai. Kulit Lisa sebenarnya memang agak sensitif kalau pakai kasut yang tidak sesuai dengan kulit kaki. Ia akan mudah melecet dan berdarah. Tapi sejak menggunakan kasut jenama skechers ni, kaki Lisa tiada masalah melecet dan sangat selesa untuk berjalan dan berjogging. Waktu mengandung ni, lagi lah Lisa rasa sangat seronok pakai kasut jenama Skechers ini. Dan Lisa memang sarankan kepada ibu mengandung di luar sana untuk memiliki kasut skechers ni tambahan pula harga yang ditawarkan oleh Lazada sempena 11.11 Shopping Festival ini sangat berbaloi.

Bagi barangan persediaan bayi Lisa list kan beberapa barang iaitu

Nappy Diaper Bag Travel Backpack( Beg Simpanan barangan bayi)

Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengenai backpack ini


Disebabkan Lisa dan suami jenis suka travel sama ada di dalam atau di luar negara, maka bagi Lisa nappy diaper bag travel backpack ini sangat penting untuk menyimpan barangan bayi nanti, tambahan pula ia sangat berguna ketika kami naik kapal terbang nanti. Kami pernah ada pengalaman ketika bawa anak sulung kami travel ketika dia masih kecil dan kami lupa untuk bawa barangan keperluannya masuk dalam kapal terbang. Dan dia mengamuk sebab pampers sudah penuh tetapi tidak dapat ditukar. Masa itu, mujurlah kami bernasib baik bila ada sepasang pelancong Inggeris beri pampers kepada anak kami. Ia merupakan satu pengajaran buat Lisa dan suami. 

Travel Set Stroller  Baby
Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengenai stroller di atas

Ada setengah ibu lebih prefer memilih baby carrier untuk bawa baby ke mana-mana tetapi bagi Lisa sendiri, Lisa lebih suka bawa anak dalam stroller kerana mudah untuk kami bergerak dan baby akan sangat lena tidur dalam keadaan baring. Ramai rakan Lisa recommend untuk menggunakan jenama sweet cherry travel set stroller baby ini kerana mereka kata ia lebih ringan dan mudah dibawa. Tambahan pula, carseat juga disediakan. Untuk dapatkan harga yang berbaloi, maka Lisa pilih membelinya pada Lazada 11.11 Shopping Festival ini, sebagai persediaan awal untuk menyambut bayi.

Botol Susu
Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengani botol susu di atas

Untuk botol susu pula, Lisa lebih suka menggunakan botol susu Avent ini dan bila lihat harga yang bakal ditawarkan pada 11.11 Shopping Festival ni, Lisa yakin harganya sangat berbaloi berbanding membuat pembelian di kedai atau di mall. Anak sulung Lisa juga menggunakan botol susu Avent ini kerana ia tahan lama dan didatangkan putingnya yang mesra ibu. 

Oleh itu, Lisa yakin ibu mengandung di luar sana pasti suka 5 barangan di atas yang telah Lisa list kan bagi persediaan menerima bayi dan semasa mengandung ini bersempena LAZADA 11.11 Shopping Festival. Jangan lupa rebut peluang keemasan ini. Selain barangan di atas, terdapat barangan keperluan bayi serendah RM1 yang boleh ibu mengandung miliki. 

Diharapkan, dengan perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada ibu mengandung sekalian. Selamat berjaya menempuhi fasa mengandung ini. Wish me luck too!!!





11:10

Berpantang Cara Tradisional Melayu Jawa

by , in
Sejak kebelakangan ini, banyak isu berpantang ditumbulkan dan ramai di kalangan pengamal perubatan sains dan tidak kurang juga pengamal tradisional menyuarakan pendapat masing-masing tentang berpantang. Antara isu utama yang dibangkitkan adalah topik makanan berpantang. Ada yang kata sesetengah makanan boleh dimakan dan ada juga yang kata kita boleh makan apa sahaja selagi ia mempunyai khasiat yang baik untuk badan. Jika ditanya pendapat Lisa sendiri, masing-masing mempunyai cara tersendiri dan yang paling penting kita kena kenal diri kita sesuai yang mana satu cara iaitu baik untuk diri. Jika ia memudaratkan kesihatan diri maka cuba elakkan dan amalkan cara berpantang yang mengikut kesesuaian. Tapi untuk entry post kali ini, Lisa bukan nak cerita terlalu detail mengenai topik makanan berpantang tetapi Lisa nak kongsikan pengalaman Lisa sendiri berpantang cara tradisional Melayu Jawa.

Eh kenapa boleh campur pula berpantang cara tradisional Melayu dan berpantang cara tradisional Jawa?

Sebabnya, belah husband Lisa adalah dari keturunan Jawa dan Lisa berpantang di rumah mak mertua selama 3 minggu, kemudian Lisa berpantang di rumah mak sendiri di mana mak Lisa mengamalkan pantang cara tradisional Melayu. Jadinya Lisa gabungkan cara berpantang ni. Heheh.. maka jadilah berpantang cara tradisional Melayu Jawa.

Percayalah, kedua-dua cara berpantang tradisional ini sebenarnya tak jauh beza dan yang pentingnya adalah tujuannya sama iaitu bila kita berpantang, kita mahukan supaya kesihatan luaran dan dalaman cepat pulih dan bayi juga dalam keadaan yang sihat walafiat.

Sebenarnya, Lisa rasa sangat bertuah sebab mak mertua Lisa sebenarnya ada menjual set berpantang untuk orang selepas bersalin. Dan untuk pengetahuan anda, set berpantang ini adalah dari keturunan mak mertua Lisa semasa beliau berpantang anak pertamanya iaitu suami Lisa.

Kebiasaannya, kita mendengar tempoh berpantang adalah 4o hari, 44 hari, 60 hari dan ada juga yang mengamalkan sehingga 100 hari. Tapi masyarakat kita sering mengamalkan amalan berpantang ini hanya 44 hari sahaja. Terpulang kepada individu untuk memilih tempoh berpantang yang sesuai untuk badan.

Berikut adalah Berpantang Cara Tradisional Melayu Jawa:

Mandian Herba

Mandian herba ini merupakan salah satu perkara wajib yang ditekankan oleh mak mertua Lisa. Ini kerana dengan mandian herba yang mempunyai lebih 7 jenis tumbuhan boleh mengembalikan kesegaran, kecergasan, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan. Di samping itu, ia dapat memulihkan tenaga secara semulajadi. Mandian herba ini Lisa amalkan setiap mandi pagi dan petang(sebelum menjelang maghrib). Semasa Fareeq dilahirkan lagi, Lisa dah mandikan dia dengan mandian herba ini dan sehingga kini Fareeq kalau balik rumah nenek belah suami, pasti dia minta untuk mandian herba ini. Memang betul, terasa badan sangat segar. 


Tangas

Amalan tangas ini sangat sesuai untuk mereka yang melahirkan anak secara normal bukannya secara pembedahan. Selepas 2 hari keluar dari hospital, mak mertua Lisa suruh Lisa buat tangas supaya mempercepatkan kecutan dan penyembuhan luka di bawah. Teknik tangas ini adalah teknik pengewapan. Alhamdulillah, dengan teknik ini luka Lisa cepat pulih dalam masa 3 hingga 4 hari sahaja selepas bersalinkan Fareeq. 


Mengurut

Mengurut selepas bersalin juga merupakan antara amalan wajib bagi masyarakat melayu dan jawa supaya dapat mengembalikan tenaga, membetulkan urat dalaman serta melancarkan saluran darah dalam badan. Ada juga sesetengah orang memberi pendapat dengan urutan dapat menaikkan kembali sistemperanakan. Waktu Lisa berpantang, Lisa ambil pakej 5 hari berturut-turut untuk mengurut. Mak cik yang urut Lisa ni mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang urutan. Selepas sahaja mengurut, alhamdulillah badan rasa lebih ringan dan cergas.

Bengkung

Sebagai wanita yang ingin mengembalikan bentuk badan yang lebih cantik dan menarik, petua orang lama menyuruh kita mengamalkan bengkung badan. Bengkung ini dipakai sepanjang hari. Lebih lama kita memakainya maka lebih cantik bentuk badan kita dikembalikan seperti zaman anak dara. Maklumlah, bila kita mengandung bentuk badan kita akan ada sedikit perubahan. Bagi pendapat Lisa secara personal, Lisa memang nasihatkan supaya anda memakai bengkung kerana ramai wanita yang Lisa lihat apabila mereka memakai bengkung secara konsisten, bentuk badan mereka memang cantik berbanding wanita yang tidak memakai bengkung secara konsisten. 


Herba Sapu Kecut Luka

Bagi mereka yang bersalin normal, herba sapu kecut luka ini sangat penting supaya luka di bawah cepat pulih. Tambahan pula mereka yang mempunyai luka yang besar dan banyak jahitan. Lisa juga tidak ketinggalan untuk memakainya.


Jamu

Mak mertua Lisa nasihatkan supaya jika nak makan jamu untuk kesihatan wanita lebih baik makan jamu ini selepas bayi betul-betul bebas dari sakit kuning. Lisa mula makan jamu sihat wanita dan manjakani selepas seminggu lebih bila Fareeq betul-betul dalam keadaan sihat. Sebab Fareeq fully breastfeed maka Lisa takut dia lama kena kuning. Orang kata jamu ni panaskan badan. Lisa amalkan makan jamu sehingga 3-4 bulan supaya sihat luar dan dalam badan. 


Memakai Pilis

Ada setengah waniat selepas bersalin, mereka akan rasa pening dan mata sedikit kabur maka dengan memakai pilih di dahi dapat mengurangkan rasa pening dan mencerahkan mata. Waktu berpantang, Lisa memakai pilis ini selama 2 minggu dan alhamdulillah memang terasa kurang pening.


Tapal Perut dan Kapur dicampur dengan limau

Selepas kita bersalin pasti perut akan sedikit menggelebeh, maka tapal perut ini atau boleh juga kapur dan limau dicampur dan disapu di perut. Kemudian, balut perut anda dengan bengkung. InsyaALLAH, anda akan terasa kulit perut akan nampak cantik dan tidak menggelebeh. Lisa amalkan amalan ini selama 44 hari. Kalau anda tidak percaya, cuba amalkannya untuk pantang pada kali ini. Anda akan nampak perbezaannya. 


Bertungku

Bab bertungku ni memang mak Lisa sangat tekankan supaya tiada masalah darah beku dan melancarkan darah dalam badan. Bertungku ini sesuai dilakukan ketika pagi dan petang. Letak tungku yang sedikit panas ini di bawah pangkal rahim dan di seluruh perut. Dan pada masa yang sama bertungku ini juga dapat mencantikkan perut. Dengan bertungku juga dapat mengeluarkan peluh sebab semasa kita berpantang kita masih kurang bertenaga untuk bersenam maka dengan bertungku dapat mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara berpeluh. Lisa amalkan amalan bertungku ini selama 44 hari juga. 

Scrub Mandi Lulur

Ada sesetengah wanita mengalami masalah berdaki di bahagian lipatan seperti di leher, siku, lutut dan di atas perut ketika mengandung dan menyebabkan warna kulit sedikit hitam dan tidak sekata. Dengan amalan scrub mandi lulur ini, dapat membersihkan kulit supaya lebih cantik dan menyekatakan rona warna kulit. 


Pantang Makan. 

Menurut mak dan mak mertua Lisa kata, semasa berpantang elakkan makan makanan yang berangin seperti nangka, pisang, ubi kayu, ubi keledek dan lain-lain. Elakkan juga makan makanan sejuk seperti minuman berais, pucuk ubi, labu, kobis dan sebagainya. Jangan makan makanan yang pedas dan terlalu berempah. Amalkan makanan yang bakar dan bersup. Elakkan makanan bergoreng dan berminyak. Amalkan buah-buahan. Semasa Lisa berpantang, Lisa banyak makan makanan ikan haruan bagi cepat pulih luka dan lobak putih bagi susu banyak untuk bayi. Pada masa yang sama, Lisa banyak amalkan minum shake herbalife serta omega 3 herbalife.

Ada yang kata kepada Lisa, ya ALLAH banyaknya step kena ikut untuk berpantang cara tradisional ni, lebih baik tak payah berpantang, zaman dah moden tidak perlu semua ni. Tapi bagi Lisa, amalan berpantang ini sangat penting sebab banyak memberi kebaikan kepada kesihatan dalaman dan luaran badan. Rugi sangat jika tidak mengamalkan malan berpantang cara yang betul. Biarlah kita susah untuk 44 hari tetapi jangan kita susah dikemudian hari.

Sebagai seorang wanita, Lisa sangat sarankan anda untuk mengamalkan amalan berpantang ini. Percayalah, ia memberi seribu kebaikan kepada anda. Jangan pandang enteng dengan cara berpantang tradisional. Lihat sahaja ibu-ibu dan nenek-nenek kita, bagaimana badan mereka cantik dan sihat luar dan dalam. Dengan testimoni depan mata kita dah membuatkan kita lebih percaya.

Lisa pernah jumpa beberapa wanita yang tidak mengamalkan cara berpantang tradisional dan mereka terlalu obses dengan cara moden, selepas beberapa bulan mereka menghadapi masalah kesihatan luaran dan dalaman badan. Sebab itulah, mak Lisa selalu pesan tak pe susah sekarang jangan susah kemudian hari.

Dalam entry post ni, tak da pula gambar Lisa waktu berpantang sebab mood untuk ambil gambar memang ke laut. Terlalu fokus dengan berpantang. Tapi sepanjang Lisa berpantang 44 hari, alhamdulillah Lisa dapat turun berat samapi 14kg. Dan turun 6kg kemudiannya selepas 2 bulan. Dapatlah balik berat zaman anak dara.

Diharapkan perkongsian di atas dapat memberi panduan sedikit sebanyak kepada anda yang sedang ingin berpantang secara tradisional. Jika anda berminat untuk dapatkan set berpantang ini boleh hubungi Mak mertua Lisa di talian 013-2431260. Nak wassap boleh dan nak call pun boleh.



10:37

20 Amalan Ibu Mengandung Yang Baik untuk Ibu dan Anak

by , in
Teringat kisah Imam Syafie bagaimana beliau begitu terang hati menghafaz al-quran sejak umur 7 tahun lagi. Apabila ditanya kepada ibunya, apakah amalan yang sering dilakukan ketika mengandung, ibunya menjawab bahawa ibunya sering mengamalkan surah alfatihah dan surah yasin ketika mengandungkan Iman Syafie. Kisah ini sebenarnya memberi inspirasi kepada semua ibu yang sedang mengandung dan menginginkan anak yang soleh dan solehah, untuk mengamalkan amalan yang baik ketika mengandung.

Di sini, Lisa nak berkongsi dengan anda tentang 20 amalan ibu mengandung yang baik untuk anak dan ibu. Amalan yang bakal dikongsikan termasuklah amalan dari segi rohani dan jasmani. Ketika Lisa menulis entry post berkenaan amalan ibu mengandung ini, sebenarnya Lisa pun sedang mengandung dan ini memberikan peringatan buat diri Lisa sendiri dan untuk pembaca yang ingin mengamalkannya. i samping dapat memberi manfaat kepada anak, ia juga baik untuk si ibu.

20 Amalam Ibu Mengandung Yang Baik Untuk Ibu dan Anak.


Amalan Kerohanian

1. Memperbanyakkan Taubat dan Istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah sentiasa mengasihinya serta segala isi dalam rumahtangga termasuklah anak dalam kandungan. Apabila kita beristighfar dan bertaubat seolah-olah kita membersihkan diri dari dosa dan seperti kain putih yang tiada kotoran. Ini adalah contoh doa memohon keampunan yang boleh Lisa kongsikan kepada anda.

" Ya ALLAH, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku. Dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman Mu dan aku terikat dengan perjanjiandenganMu sekadar yang terdaya. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatanyang aku lakukan. Aku mengakui menerima nikmat yang Engkau kurniakan setiap masa kepadaku walaupun aku berdosa kepadaMu. Oleh itu, ampunkan dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampun dosa seseorang melainkan Engkau.

2. Melakukan solat wajib dan Mengamalkan solat sunat seperti solat dhuha, solat qobliah dan ba'diah.

3. Mengamalkan zikir.

4. Membaca Alquran.

5. Mengamalkan surah seperti di bawah:

Surah Alfatihah-Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Maryam- Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman- Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf- Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat- Untuk memperbanyakkan susuibu dan anak bersifat hati-hati.
Surah Yasin- Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan.
Surah Attaubah- Untuk membersih jiwa dan terpelihara dari maksiat.
Surah AnNahl- Untuk melahir anak yang berdisplin.

6. Berpuasa Sunat. Jika ada kemampuan dari segi tenaga, maka boleh diamalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu iaitu puasa isnin dan khamis.

7. Tidak bercakap perkara yang sia-sia dan perkara yang mendatangkan keburukan kepada diri sendiri serta orang lain.

8. Banyakkan berdoa kepada ALLAH.

9. Banyakkan membaca buku ilmiah.

10. Mendengar zikir dan muzik yang tenang.

Amalan Jasmani.

11. Menajaga adab dan emosi. Bermaksud tidak berasa tertekan atau stress.

12. Jauhi makanan dan minuman haram.

13. Menajaga daripada makanan dan minuman syubahat.

14. Jangan makan berlebihan dan sembarangan.

15. Amalkan makanan sunnah seperti kurma, kekacang, kismis.

16. Makan makanan yang cukup nutrisi dan tinggi nutrien.

17. Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar.

18. Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman ringan.

19. Berbual dengan anak dalam kandungan.

20. Tidak bersifat dengki, menghasut dan sifat-sifat yang negatif. Jauhi sifat negatif ini.

Ni Lisa waktu 3 bulan. InsyaALLAH lagi 6 bulan untuk tempuhi alam mengandung ni. 


Ada yang kata wah banyaknya 20 amalan kena buat waktu mengandung ni. Bagi Lisa, buat apa yang termampu sahaja. Kalau tak dapat 20 ni, dapat buat 2 atau 3 pun sudah bagus yang penting konsisten. Ingat, kita buat amalan ini adalah untuk kebaikan diri dan anak di samping ALLAH pun sayang kita.

Semoga ibu-ibu yang membaca entry post Lisa kali ni diberi rahmat dari ALLAH dan dipermudahkan urusan bersalin. Amin. 
10:49

Pengalaman Dari Songsang kepada Normal

by , in
Assalamualikum w.b.t

Bersempena hari jumaat yang mulia ni, aku dengan sukacitanya nak berkongsi dengan teman-teman yang mempunyai sama masalah atau lebih nice word is cabaran iaitu mempunyai bayi songsang ketika mengandung. Last 3 months, aku face this challenges. Orang kata, kalau baby kita dalam kedudukan songsang sampai la masa dia nak dilahirkan makanya operation lah jawabnya,memang tiada cara lain untuk baby keluar.

Aku scan 3 kali dan jawapan tetap sama, bayi aku masih dalam keadaan songsang. Nak ikutkan hati,memang aku nak sangat lahirkan Ameer Fareeq ni secara normal. Sampaikan aku scan dekat hospital swasta dorang tak nak terima kes aku,sebab tak nak ambil risiko untuk buat operation. Hospital tersebut hanya terima kes kelahiran normal sahaja.

Doktor kerajaan bagi masa kepada kandungan aku sehingga 34minggu,kalau masih songsang dorang akan keluarkan surat untuk aku lahirkan bayi ini secara operation. Bermaksud aku ada lagi seminggu untuk usahakan bayi ini dalam keadaan normal.



Tips dan amalan hindari bayi songsang yang aku dan husband aku buat

1) DOA

Setiap kali solat,aku dan husband memang doa banyak2 suapaya bayi ini dilahirkan secara normal dan selamat. Doa kena sungguh-sungguh, supaya apa yang kita hajati akan dimakbulkan. Aku juga minta mak ayah dan ibu bapa mertua doakan serta adik beradik, selain tu aku juga ada pos kat fb minta kawan-kawan FB doakan, almaklum aku bukanlah alim sangat mungkin ada doa dikalangan teman-teman yang ALLAH makbulkan. Orang kata kalau lebih 44 orang doakan kita,insyaALLAH dimakbulkan,bab tu aku no comment. Tapi yang penting minta je orang lain pun doakan sama.

2) SUJUD LAMA

Disebabkan usia kandungan aku pun dah cecah 7 or 8 bulan,so perut aku besar gila,so tak boleh solat seperti orang biasa. Aku dah start solat duduk. Tapi aku buat kedudukan sujud ni waktu ada masa terluang contohnya sambil tengok TV,aku akan spend dalam 5 minit untuk sujud. Tips ni aku dapat pun dari kawan-kawan dan adik beradik. Sambil sujud niatkan supaya baby lahir dalam keadaan normal.

3) LAMPU SULUH

Apa kaitan lampu suluh dengan kedudukan bayi songsang? Ha mula-mula aku pun rasa lawak juga tapi aku dan husband still buat amalan ni. Sebab usia 7 or 8 bulan, bayi dah dapat peka dengan cahaya dari luar perut. Makanya, husband aku letak lampu suluh di bawah perut aku dan aku dapat rasakan pergerakan baby. Boleh dikatakan setiap hari juga kitaorang buat ni.

4) PUJUKAN

Orang kata, bila kita bercakap baby dalam kandungan boleh dengar. Aku dan husband pun selalulah pujuk baby. Siap husband aku kata "Kalau Fareeq keluar normal papa bagi hadiah". 

Alhamdulillah, syukur dengan tips dan amalan ni semua akhirnya Ameer Fareeq dilahirkan secara normal. Rasa happy sangat2,bila Allah makbulkan doa kami. Esoknya,pergi jumpa balik doktor berkenaan dan doctor tersebut mengesahkan baby dalam kedudukan normal. Tapi malam tu, memang aku dapat rasa perut aku seperti berombak, gerakan yang agak dasyat. Tak sangka rupanya,baby tengah cari jalan keluar. Alhamdulillah, ALLAH ease our journey.

Selain tu, ada beberapa tips lain yang boleh korang amalkan antaranya

PEK AIS

Letak pek ais di atas perut bagi baby dalam keadaan yang tidak selesa, so dia akan ubah kedudukannya.

BERENDAM DALAM KOLAM RENANG

Tujuan ni sama macam pek ais,supaya baby akan ubah kedudukan.



Hadiah pertama papa kepada Ameer Fareeq,ganjaran sebab ikut cakap mama papa supaya keluar normal.



INGIN TURUN/NAIK BERAT BADAN ?

HUBUNGI 012-9232202


12:34

Pengalaman Bersalin Ameer Fareeq

by , in
Assalamualikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi nikmat udara untuk bernafas di pagi hari ini.

Dah masuk hari ke-12 Ameer Fareeq dilahirkan. I still can't believe when I wake up everyday, a small baby sleep beside me. Sometimes his crying and his eh eh eh wake me up at the early morning. Pernah ada 1 pagi ni ,aku mungkin mamai sekejap, bila tengok di sbelah boleh pulak kan aku cakap "eh,apa ni?".. Then i remind myself, anak ko la lisa oi... hahah... mamai can be everywhere and anytime.

Flashback: 12 days back

Setelah lebih dari bersalin overdue, di mana jangkaan untuk aku bersalin sudah pun terlebih tarikh but Ameer Fareeq still not deliver. Risau subhanallah,tak tahu nak cakap macam mana. Pagi tu, husband dah siap-siap nak pergi kerja, tapi sempat dia cakap "i macam tak da mood la nak pergi kerja,asyik ingat baby kita je"

Me too

Aku pergi toilet sebelum sediakan sarapan. Tengok opppssss.... darah banyak gila keluar. Panic. Aku terus jerit kat husband pasal bleeding tu. Kami pun terus kelam kabut siap-siap dah nak pergi hospital, tapi panic punya pasal tak tahu nak pergi hospital mana. Tiba-tiba angah and ude call, dorang suggest kan pergi hospital sg.buloh. So, kitaorang decide pergi sana. Aku pula buat perangai mengada-ngada kata nak sarapan nasi lemak pulak pagi tu, atas alasan waktu pantang tak dapat makan dah. So, sebelum pergi hospital sempat melantak nasi lemak. hehehe....

Sakit kat perut makin kerap, orang kata itu namanya contraction. Actually, aku tak tahu meaning of ocntraction. Sebab aku rasa sakit ni, sakit like period je. Aku tengok husband aku bawa kereta macam kelam kabut je, panic kot. Yup, he is. Mana taknya, kitaorang dalam shah alam sahaja dah setengah jam sebab husband asyik salah jalan, panic punya pasal. Aku yang tengah sakit-sakit ni pun kena la juga tunjuk jalan kat dia. Kasihan tengok dia, nak ikutkan hati, aku nak pejam je mata dan buka mata dah sampai. tapi tak boleh.

Alhamdulillah traffic berjalan lancar...yahooo...almaklum cuti sekolah, kalau tak jangan harap beb nak sampai dari shah alam ke sg.buloh below 1 hour. Jamnesss yang sangat heavy. Sampai je hospital sg.buloh, kitaorang cari tempat untuk wad bersalin. Tiba-tiba husband aku boleh buat lawak

"sayang tu tempat turunkan pesawat"

Dalam otak aku, pe kejadah pesawat nak mendarat dalam hospital,biar betul. Aku tengok signboard tersebut rupanya 'TEMPAT TURUNKAN PESAKIT/PELAWAT'. untung dapat husband yang terlebih kreatif. tengah sakit-sakit,sempat aku gelak pulakkan. Perkataan pesawat hasil gabungan Pesakit+Pelawat.

Done. After settle register, aku diminta untuk buat CTG dan cek bukaan dah berapa cm. That time, dah 3cm, doctor suruh tunggu after 7 hours, sebab normally anak first 1cm for 1 hour. Pukul 8malam, baru doctor cek balik bukaan, and now dah 6cm dah. Sakit yang aku alami makin kerap. 20minit sekali then 10 minit sekali.

Malam tu, husband belikan charkeow teow, tapi aku tak lalu nak makan. Dia buatkan shake herbalife choc untuk aku dan bekalkan kurma.

Pukul 3 dan 5 pagi, aku dah start pecah ketuban. Sakit makin lagi terok. Dalam otak aku, dah set kata nak beranak lepas subuh,sebab dah tak tahan menanggung sakit. Pukul 6.45, sakit yang macam rasa nak uk,uk... terus aku panggil nurse. Nurse cek bukaan dah 10cm dan baby memang ready nak keluar dah.

Sepanjang aku sakit,mulut ni tak putus sebut dan berzikir






Katil aku ditolak masuk dalam labour room. waktu tu perasaan takut memang dah hilang,yang tinggal hanya perasaan tak sabar nak keluarkan baby Fareeq ni. 5 orang nurse kerumuni aku. Bagi kata-kata seamangat waja. Dah sejam tapi baby still tak nak keluar dan aku teran macam tak tahu nak describe camna...  keadaan jantung baby makin lemah.

"Puan, kepala baby nak keluar dah,teran kuat dan panjang lagi puan"

Waktu tu, aku sebenarnya dah tak berdaya, sebab dah sejam aku cuba teran tapi baby still tak nak keluar lagi. i almost give up. Peluh dah memercik banyak dah. Macam mandi peluh je.

"Puan, kepala baby dah masuk balik, puan kena kuat teran lagi...kalau tak kami terpaksa guna forceps atau pilihan terakhir kena czer"

Aku dah start nangis like crazy. Macam tsunami.

"Puan jangan nangis, puan bakal jadi ibu dah puan.. Cuba lagi puan..cuba lagi.."

Aku terdengar salah seorang daripada mereka nak panggil doctor untuk lihat keadaan aku, dan kalau terpaksa aku memang akan kena czer. Aku tak nak okeh. Set mind dari awal pregannt aku nak normal.

"Nurse tolong ambil kurma dan air zam-zam dalam bag saya." Tengah sakit-sakit sempat lagi buli nurse kat situ. Macam-macam ragam je aku ni.

Nurse yang pakai baju putih pun bagi aku makan kurma dan air zam-zam. tiba-tiba aku teringat kisah maryam. Apabila maryam sedang sakit melahirkan anaknya, Jibril menyerunya untuk menggoyangkan pohon kurma yang disandarnya dan gugurlah buar kurma tersebut dan ada sebatang air sungai mengalir di bawahnya untuk diminum.

InsyaALLAH aku berpegang kepada kisah maryam. Subhanallah.

Tiba-tiba sakit yang amat sangat datang balik. Aku jerit.

"Ahhhhh"

"Puan kepala baby dah nak keluar, puan teran sikit je lagi"

"Fareeq cepatla keluar syg,mama tak tahan dah ni..tolong mama" slumber badak aku jerit macam tu. Nurse tengok aku pelik je,sempat lagi cakap dengan baby.

Dengan kuasa ALLAH dan keajaibannya, aku tak teran terok sangat pun,tiba-tiba terasa kepala baby keluar dan ada air yang banyak keluar. Tapi aku tak dengar tangisan bayi. Ada seorang nurse terus tunjukkan makhluk kecil bernama Ameer Fareeq diletakkan di atas perut aku,

"Puan, baby boy ke girl?"

Aku senyum dan sambil rasa nak menangis.

Suara aku makin hilang, aku just sempat berbisik " Boy". Dan aku tengok baby dah buka mata dan terus tenung aku.

Nurse senyum dan terus bawa Ameer Fareeq keluar untuk dibersihkan.

Husband aku masuk dalam labour room untuk lihat keadaan baby dan aku serta untuk mengazankan baby. Dia juga sempat buat tahnik. Alhamdulillah, akhirnya penantian kami selama 9 bulan terjawab sudah.


Alhamdulillah,inilah anak yang aku kandung 9 bulan...yang kemana-mana aku bawa pergi....

Semoga AMEER FAREEQ menjadi anak yg soleh dan hamba ALLAH yang patuh dan taat akan perintahNya.

Mama and papa love u sayang!!!!

11:30

preparation

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Today is my cramp day! i feel want to cry but try to persuade myself, this is call sacrifice ya.

Since last 2 weeks, kaki memang la sakit teramat. Cuma hari ni, kaki terus cramp habis. Pinggang macam nak tercabut je. Setiap kali rasa sakit then i know how my mom felt. Sometimes,husband terpaksa papah nak pergi ke mana-mana. Wow!! experience luar biasa. Seriously, tak pernah dalam hidup aku rasa sakit yang teramat macam ni.

Sabar Lisa. Allah nak hapuskan dosa-dosa masa silam. I smile.

 early morning, husband dah pi cari nasi untuk lunch aku. Dah tak larat aku nak masak even pergi beli nasi dekat area rumah kami.

Sebelum ni, Doc sahkan my baby dalam keadaan breech. huaaaa.... aku tak nak czer. Nak normal. At least boleh rasa experience push push tuh.

2 hari lepas, kami pergi balik jumpa doc untuk sahkan kali terakhir sama ada aku still kena cesarean atau normal. If cesarean, we need to choose date untuk baby keluar.

Alhamdulillah, excited gila bila doc kata kepala baby dah kat bawah. So, now bila-bila masa je baby boleh keluar. Bergantung kepada beberapa tanda bersalin antaranya:

1- Contraction yang kerap

2- Sakit bahagian bawah belakang pinggang

3- Pecah ketuban

4- Bloody show

Doc pesan, barang-barang baby and barang mak baby dah kena get ready, packing siap2 supaya bila baby nak keluar dah boleh terus capai bag dan shoot ke hospital.

Antara Barang baby yang aku dah siapkan:

1- Diapers
2- Towel(Receiving towel)
3- Wet Tisuue
4- Baju baby(include sarung tangan dan kaki)
5- Syampoo and lotion
6- Selimut
7- Botol susu
8- Kurma

Aku ni sibuk sangat kemas barang baby sampai barang sendiri lupa, mujur husband ingatkan. May be, esok lusa baru packing my stuff pulak.


Doakan aku ya, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan semoga aku tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.
15:01

Pengalaman hamil sehingga 34 Minggu

by , in
Assalamualaikum w.b.t


Pejam celik, usia kandungan dah masuk 34 minggu, kalau kira-kira lagi beberapa minggu dan hari je nak tunggu masa yg berharga. Tak sabar nak tengok muka si dia. Seriously, sekarang ni baru aku rasa yang aku ni tengah pregnant, baru rasa perot semakin membesar, baru rasa cepat mengah dan penat, baru rasa sedikit tekanan.

Mungkin ada mommies yg alami apa yang aku alami sekarang. Iiatu Tekanan. ahhaha....

Fikir pasal macam mana la keadaan baby? sihat ke tak dia? comel ke tak? cukup tak apa yang aku makan ni cukup untuk dia tak? ceazer ke atau normal? sakit tak nanti waktu bersalin? nanti nak dekat beranak, pecah air kentumban tu macam mana? banyak ke? sampai banjir rumah tak? ade ke kemungkinan beranak dalam kereta ke? sempat tak bawak pergi hospital?

Kadang-kadang, sampaikan apa yg aku fikir ni terjangkit pada husband aku skali. Orang kata, nanti air ketuban tu melimpah banyak, husband aku siap cakap apa kata kita balut kerusi kereta kita dengan plastik. Adeh. Almaklum, ni first time kitaorang akan alami, so masing-masing agak cuak dan gabra.

So many things yang otak aku fikir. Is it negative things? atau normal seorang bakal ibu fikirkan semua ini.

Takut, resah dan gelisah memang ada.

Tambahan pula, sekarang ni sakit yg teruk juga di bahagian perut, kaki memang cepat lenguh, sakit pinggang jangan cakap, ALLAH je yang tahu dan aku pun tak boleh berapa nak drive. Duduk lama tak boleh, berdiri lama pun tak boleh.

Alhamdulillah, mungkin Allah nak bagi aku masa rehat. Maka rehat lah secukupnya bak kata mak aku.

Macam mana nak hilangkan tekanan ni semua?

1- Aku akan telefon dan sembang panjang dengan orang yg pakar iaitu my beloved mom. Always kongsi apa yang aku alami. She will advice me itu ini, sampai aku rasa relieve. Mak is my best friend. Minggu lepas aku balik kg, banyak benda yg dibekalkan contohnya, air zam-zam, air bacaan yasin n mcm2 lagi. Mak pesan banyakkan baca al-quran n dekatkan diri dengan ALLAH. Minta ALLAH permudahkan segala urusan kita semasa beranak nanti.

2- Berbincang dan kongsi perasaan dengan husband aku. Apa yg aku alami, aku akan cerita pada dia. Supaya dia faham keadaan aku. Husband ak pesan, jangan fikir bukan-bukan, rilex je... oke, aku try to be rilexx n cool yaw. Fikirkan yg indah shj. Betul orang kata, kalau kita kongsi masalah bersama, kita akan rasa kurang tekanan. Alhamdulillah dapat husband yg good listener. Almaklum sejak baca buku penulisan John Gray, dah boleh faham dengan lawan jantina kita macam mana.

3-Read, read and read. Book, Book. Book. Semenjak dua menjak ni, i get my strenght thru reading book. termasuklah self-development, parenting, pregnancy, relationship and sewaktu dengannya. Banyak juga tips2 yg best aku dapat dari pembacaan. Sebelum ni, ak sangat la malas nk membaca tapi bila Allah bagi aku masa rehat, i think this is the best time untuk start reading the books. Anything books but not novel ya, Tu zaman cintan cintun ak. Semakin banyak kita membaca atau menuntut ilmu, semakin rasa diri ni semakin jahil, rupanya byk lagi ilmu yg perlu kita tuntut n tahu.

4- Nikmati makanan. Waktu tengah pregnant ni, nafsu makan memang la membuak-buak. aku ingat lagi, waktu student, if tension belajar mesti aku akan double kan makanan, fast food restaurant is my fav. Time tak boikot McD, siap order double cheese burger gituh. So, waktu tengah alami keadaan sekarang, aku sangat enjoy dengan makanan. Apa makanan yg aku nak, confirm husband aku belikan.... Lately ni, aku suka makanan yg sweet. Aku jadi makin rilex bila nikmati makanan yg sweet mewit nih. Tapi jangan sampai kena kencing manis sudah.




Alhamdulillah, sekarang ni emosi semakin stabil. Aku ada terbaca buku pregnancy ni, dia kata just enjoy this moment... Nikmati lah saat-saat terindah. Fikirkan yg indah-indah sahaja. Gembirakan hati dan jiwa kita. Buat perkara yang kita suka. Kita ada pilihan untuk berfikir secara positif atau negatif, terserah kepada diri kita. I choose to be happy. Ada kajian menunjukkan, jika si ibu sering berfikiran negatif, keberangkalian komplikasi lebih tinggi untuk dialami. Maka pisitif lah!!!!




Just enjoy this moment ya!!!

18:11

10 Gangguan Ketika Hamil

by , in
Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar perkongsian untuk semua bakal ibu di luar sana. Mungkin ada mommies yang risau tentang perubahan yang berlaku pada diri, jangan risau, itu sebenarnya adalah normal ketika mommies sedang hamil. Cuma bezanya, setengah mommies mengalami beberapa gangguan yg disebutkan dan ada mommies yang tidak mengalaminya, ia bergantung kepada badan kita.

10 Gangguan ketika hamil


1-Gusi Berdarah-waktu hamil, gusi mmg sangat2 sensitif dan lebih lembut. Makanya, pilih berus gigi yg lembut. Di awal pregnant, ak pun alaminya.

2-Sembelit- Otot usus akan dikendurkan oleh hormon kehamilan iaitu progestron, jadinya mommies mungkin alami masalah najis menjadi keras disebabkan masalah pencernaan yg lambat. Maka, banyakkan minum air at least 2litre dan pengambilan buahan.

3-Kekejangan.- Selalunya kejang di betis dan kaki. ini disebabkan kurangnya kalsium. Maka, mommies perlu ambil suplement kalsium ataupun ambil diet pemakanan yg kaya dgn kalsium.

4-Kerap buang air.- Kandungan yg semakin membesar akan menekan pundi kencing kita. Bagi mengelakkan bangun malam untuk ke tandas, make sure 3 atau 4 jam sebelum masuk tidur, tidak minum air yg banyak hanya sekadar haus shj.

5-Muntah- Selalunya berlaku pada awal 3 bulan kehamilan. Masalah ini jadi lebih teruk jika perot kosong, mellaui perjalanan yg jauh, terhidu bau yg tidak menyenangkan. Waktu awal kehamilan aku, seriously, aku tak boleh bau gel rambut husband aku, makanya kami berbincang dan dia setuju untuk tukar gel rambut. dan sejak tu, aku rasa aman dan bahagia.

6-Berpeluh dan ruam- Bintik-bintik merah akan timbul di kawasan yg mudah berpeluh contohnya leher,bahagian pelipat tangan dan kaki. ini berlaku disebabkan perubahan hornom. Mungkin ada setengah mommies tidak alaminya, macam aku memang sedang alaminya. Pada waktu ini, sebelohnya elakkan daripada berpeluh dan duduk di ruangan yg sejuk. Pakai baju yg longgar.

7-Berlakunya banyak cairan keputihan- yang ni dinasihatkan berjumpa terus dgn doctor, sebab ini melibatkan hormon di bahagian vagina.

8-Urat timbul- Pada hujung kehamilan, kemungkinan masalah urat timbul pada betis dan paha. Selalunya ia berlaku kepada mommies yg mempunyai berat berlebihan, makanya banyakkan rehat dlm kedaan kaki di atas bantal.

9-Sukar tidur- Selalu dikaitkan apabila kandungan semakin membesar. kemungkinan disebabkan bayi yg aktif menendang, kerap pergi tandas ataupunkandungan semakin membesar menyebabkan sakit ulu hati.

10- Sakit pinggang- Hal ini terjadi kerana faktor hormon kehamilan meningkat dan membuatkan sendi tidak stabil sehingga ke kawasan pelvik yg mengembang mengikut perkembangan bayi. Makanya, elakkan duduk di posisi yg sama pd jangka masa yg lama. waktu nak tidur, pastikan ada bantal di bawah kaki.


Semoga perkongsian ini, membuatkan mommies tidak terlalu risau dengan gangguan yg sedang dialami. Hanya laluinya dengan sabar dan tabah serta boleh mengambil tips2 yg diberikan. Semasa kehamilan, pemakanan yg seimbang dan aktiviti harian sangat dititik beratkan.


Hargailah setiap detik ketika anda hamil. Saat-saat inilah, kita lebih menghargai ibu kita kerana, baru kita tahu bagaimana ibu kita melahirkan kita. Sudahkah anda telefon ibu anda pada hari ini? I love my mom very much. 



10:10

Diari Aku Jadi Mama: Berpuasa ketika Hamil

by , in
Assalamaualaikum w.b.t



Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah...Allah masih beri kesempatan kepada aku untuk lihat di dunia ini. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jika hari ini kita rasa kehidupan kita penuh dengan kesempitan dan kekecewaan, carilah sekecil zarah perkara yang masih boleh untuk kita bersyukur.

Bersyukur kerana masih ada selipar untuk dijadikan alas kaki,
Bersyukur kerana masih diberikan sepasang telinga,kaki dan tangan kerana berapa ramai di luar sana bila bangun tidur anggota badan sudah tiada,
Bersyukur kerana masih ada seorang suami yang tidur disebelah kita kerana berapa orang di luar sana hidup janda dan masih belum berkahwin,
Bersyukur kerana masih ada pakaian yang menutup aurat kerana berapa ramai orang di luar sana mendedahkan aurat serta dosa yang bertimpal


Subhnallah rezeki ALLAH itu luaskan?

Jika hari ini kita masih tidak tahu untuk bersyukur maka doalah banyak2 supaya dijauhkan menjadi seorang hambaNYA yang kufur nikmat.

(Peringatan untuk diri sendiri juga)

Dan hari ini aku bersyukur sebab Allah beri kesempatan kepada aku untuk berpuasa ketika hamil. Ramai wanita di luar sana tidak pernah ada pengalaman yang aku ada ini.

Tips berpuasa ketika hamil:

Bila doktor sudah sahkan diri kita ni sihat dan boleh berpuasa maka berpuasalah dengan niat supaya sepanjang kita berpuasa ni, tiada perkara yang tak diingini berlaku. Serta dapat completekan 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Menjalani ibadah puasa ketika hamil bukan mudah dan tidaklah susah, kesabaran yang tinggi amat diperlukan.

Pemakanan ketika bersahur dan berbuka:

Pastikan nutrisi dan pemakanan seimbang. Macam aku, alhamdulillah sebab ada nutrisi HERBALIFE. 

Sahur: Kurma, Aloe Vera, Tea dan Shake + omega 3, calcium plus

Berbuka: Kurma, Aloe vera, Tea dan Shake, NW formula.

Selepas Tarawikh: Makan Regular meal yang sihat.( kurangkan makanan yg berminyak dan manis)

Air 2 litre.

Inilah rutin pemakanan aku. Alhamdulillah, sudah 4 hari berpuasa, tiada masalah lapar atau muntah2 serta kurang rasa penat. May ALLAH ease my Journey. amin


Jika ada ibu-ibu di luar sana yang hadapi muntah-muntah yang sangat teruk, selalu pitam serta pendarahan maka Allah memberi kelonggaran kepada ibu hamil untuk berbuka puasa.



ini salah satu buku yang aku baca semasa pregnant ni.

Aktiviti:

Jangan buat kerja berat-berat. Sebagai seorang surirumah, aku banyak masa di rumah dan di kelab nutrisi. Sebab sejak ada kelab segala appoinment bagai aku buat di kelab sahaja, lagipun kelab dan rumah hanya 10 minit sahaja, sangat dekat. Kalau ada appoinment di luar, barulah aku travel tapi tak jauh mana pun still dalam selangor atau area KL. Itulah dikatakan LAW OF ATTRACTION, sebab aku selalu fikirkan dapat customer yang dekat-dekat shj. Tapi ada juga customer yang jauh contohnya Kelantan, Perak, Johor jadinya mereka ni aku coach jarak jauh dan barang-barang pun HERBALIFE yang hantarkan depan rumah dorang. Kiranya semua di hujung jari.




amalan yang boleh diamalkan 




Beruasaha menjadi seorang ibu yang terbaik.




Sekadar Berkongsi

Jika ada ibu-ibu di luar sana yang inginkan kesihatan dan tenaga ketika hamil, saya sedia menjadi coach anda. :)





22:57

Diari : Aku jadi MaMa

by , in
Assalamualikum w.b.t

Semoga kalian dalam berjiwa tenang dan tiada gusar atau gundah gulana. Nikmati setiap hari yang ALLAH kurniakan kepada kita. Syukur dengan apa yang ada. Senyum ketika membaca, agar hati dekat pada si Dia.

Today is my day. Everyday is my day. Are u?

Hari ini pergi check up untuk baby untuk pertama kalinya. Now usia baby dah 13 minggu dan 4 hari. Tak sangka pejam celik cepat masa berlalu. But how they know my baby dah 13 minggu dan 4 hari? Mak cakap, kita kira dari first day for last period. Ak blurr jap, almaklum first time pregnant. Fham-faham je lah.

Mula-mula dia ambil darah, ujian air kencing, cek berat dan tinggi untuk pastikan aku dalam keadaan sihat. Dah lama tak ambil darah serius kecut gilesss tambah lagi bila tengok jarum..grrrrr...tapi sempat baca buku THE SECRET, sementara tunggu giliran tadi. Dalam buku tu kata, "apa yang berlaku adalah apa yang kita fikir"...contoh kalau aku kata sakit maka sakitlah tapi kalau aku kata macam gigit semut je then it happen. Jadinya sentiasalah berfikiran positif, sebab dalam al-quran kata "ALLAH adlah bersama sangkaan hambaNYA."

Actually, start pregnant je nafsu makan membuak-buak macam gunung berapi Indonesia nak meletus. the best part i'm really2 craving AYAM PENYET...Pelik tak? I dun know why, just layan je. Tapi Alhamdulillah, berat aku tak naik banyak pun, sebab ilmu yang aku dapat dari Herbalife and the training they provide to us. The star is herbalife product, sangat banyak bantu aku waktu pregnant ni.

Again bersyukur kpd ALLAH, sebab sepanjang pregannt ni ak tiada alahan atau pun muntah-muntah. kemungkinan ak dah makan herbalife lebih setahun dan keimunan sistem makin meningkat. amin2...

HEALTH IS WEALTH!!!!

Hargai kesihatan kita hari ini, sebab kita tak tahu apa akan terjadi esok dan lusa.




INGIN MENGANDUNG DAN MERASAI PENGALAMAN BERSAMA HERBALIFE
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI LISA 019-3749822