Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts
19:00

Resepi Donut Gebu dan Lembut

by , in
Sebenarnya ini adalah kali ke 5 atau ke 6 Lisa cuba buat resepi donut tapi resepi-resepi yang Lisa dah cuba sebelum ni kebanyakannya tak gebu dan lembut tapi semuanya sedap. Setelah beberapa kali percubaan ALhamdulillah kali ni, baru menjadi dan sebab itulah Lisa berani kongsikan resepi donut gebu dan lembut ini.


Bahan-bahan


1 peket yis
1 sudu kecil gula
Setengah cawan air suam

*Satukan bahan tersebut dan biarkan sehingga ia berbuih dan mengembang.

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu susu tepung
1 sudu susu pekat
1 biji telur
1/2 cawan air(ikut keperluan adunan)
2 sudu marjerin/butter


Cara membuat:


1.Satukan tepung, gula,garam, susu tepung,marjerin dan susu pekat dalam bekas adunan.

2.Gaulkan sekata dan lubangkan di tengah-tengah tepung untuk masukkan yis,air dan telur. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Biarkan doh ditutup dengan tuala lembab dan biarkan selama setengah jam.

4. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Terap adunan atau bentukkan donut.

6. Panaskan api dan masakkan donut sehingga warna sedikit keperangan

7. Siap untuk dihidang dengan salutan gula halus.




Tadaaa inilah hasilnya. Jemput makan semua...



Ha nampak tak seronoknya fareeq makan penuh berselera. Inilah bukti kesedapan air tangan ibu. Heheh

Selamat Mencuba. 

23:32

Resepi Kacang Pool Sedap dan Mudah disediakan

by , in
First time, Lisa tahu keuwjudan makanan yang bernama Kacang Pool ni dari aunty Lela iaitu partner Lisa dalam business Herbalife. Bila lunch, aunty Lela mesti ajak Lisa pekena kacang pool di seksyen 7 Shah Alam. Bila Lisa rasa kacang pool ni, aduh sedapnya. Makanan ini sangat unik dan memang boleh mengeyangkan walaupun makan ketika tengahari. Sebab kuah kacang pool ini dicicah dengan roti bakar.

Bila Lisa duduk di Qatar ni, tiba-tiba rasa teringin nak makan kacang pool dan kebetulan bulan lepas ada kawan Malaysia bagi kuah kacang pool ni untuk kami.

Di sini, Lisa nak kongsikan resepi kacang pool yang sedap dan mudah disediakan. Sebelum ni, sebenarnya Lisa dah cuba beberapa jenis resepi kacang pool ni tapi mungkin resepi tersebut tak kena dengan tekak kami.

Anda juga boleh cuba resepi di bawah. Mungkin citarasa kita sama.

Resepi Kuah Kacang Pool

Bahan-bahan
2 sudu serbuk kari( dikacau dengan 3 sudu air)
3 ulas bawang putih( dihancurkan)
1 ulas bawang besar(dipotong dadu)
1 sudu kecil serbuk ketumbar( jika tidak ada serbuk ketumbar, boleh blend biji ketumbar)
1 sudu kecil black pepper
300gm daging cincang
1 tin baked beans

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk black pepper.
2. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang dan baked beans.
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila dah masak, tutup api dan hidangkan kuah kacang pool dengan roti yang telah dibakar bersama butter di atasnya.







16:57

5 Tempat sarapan pagi di Shah Alam Yang best dan Sedap

by , in
Tahun 2017 adalah tahun ke tujuh Lisa bermastautin di Shah Alam. Dari zaman universiti, zaman anak dara sehinggalah sekarang dah jadi mak dara , Lisa tinggal di Shah Alam. Alhamdulillah selepas kahwin, suami decide untuk cari rumah di area Shah Alam sebab nya kami dah mula jatuh cinta dengan kemudahan dan environment di sini. Ramai orang Melayu. Bak kata kawan aku, nak cari orang Melayu yang kaya ada dua tempat di Shah Alam dan di Bangi.

Selama 7 tahun tinggal di Shah Alam, pelbagai makanan dan restoran yang telah Lisa dan suami cuba. Almaklum kami sangat suka makan. Sebab itulah Lisa perlu makan Herbalife. Jika tidak kasihan pada badan sebab tiada nutrisi dan vitamin.

Entry kali ni bukan nak cerita pasal Lisa buat Herbalife di Shah Alam sebagai coach tetapi nak cerita 6 tempat sarapan pagi yang best dan sedap mengikut citarasa kami suami isteri. Tapi jika anda pergi ke tempat tersebut dan anda rasa tak berapa nak sedap jangan marah ye... sebab ini tekak kami...hehehe

6 TEMPAT SARAPAN PAGI BEST DAN SEDAP DI SHAH ALAM


1. Restoran Soto Shah Alam, Seksyen 8



Sebenarnya suami Lisa suka datang sini bukan sebab sedap makanannya tetapi banyak pilihan. Kuih muih ada lebih dari 15 jenis, masakan sarapan lebih 10 jenis antaranya laksa, mee kari, nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, mee goreng, dan mempunyai pelbagai jenis masakan lauk untuk pagi. Jika anda datang ke sini memang rambang mata nak pilih makanan yang mana satu. Dari segi kesedapan Lisa boleh rate kan dalam 3 hingga 4 star. Setiap kali datang sini mesti akan terserempak dengan retis atau pemain bola sepak selangor. Layannnnnn je...heheh...

2. Lontong Klang, Seksyen 7, belakang UNISEL.



Di sini keistimewanya adalah makanan lontongnya yang sangat sedap. Boleh bagi 5 star. Baru-baru ni tengok tv3 rancangan makanan pilihan artis Malaysia. Tak sangka pula Fattah amin pun suka lontong klang. Kalau korang rasa sekali mesti nak tambah untuk mangkuk kedua. Seriously sedap. Last year kelab nutrisi Lisa atas lontong klang je. Kira owner lontong klang kamcing juga la dengan kami. Tapi tak dapat diskaun pun...hahaha

3. Restoran Gembira, Seksyen 2



Siapa datang sini perlu ada perasaan gembira almaklum nama pun restoran gembira. Hehehe...gurau je... Ini pun salah satu tempat kami suka datang sarapan pagi. Kalau datang sini mesti husband Lisa akan pilih vadey dan kuih cakoi. Dia kata sedap.

4. Stall Nasi Lemak, Sri Muda

Restoran ni sebenarnya tempat tunggu bas tapi dorang dah ubah suai sikit jadi restoran tepi jalan dan berhadapan dengan kuil Sri Muda. Ia terletak di tepi jalan menghala ke Bukit Kemuning. Nasi lemak dan ayam goreng memang terbaik dari ladang. Sedap juga. Pilihan kuih muih pun banyak.

5. Ehsan Vista Alam


Di sini keistimewaannya adalah naan chese. Terbaik dari ladang. Sebenarnya restoran ni macam kedai mamak tapi Lisa rasa macam Pakistan. Entah tak sure pula sebab tak sempat nak temu ramah mereka ni. Datang untuk makan je. Tapi seriously, naan  cheese dia memang sedap. Cumanya kadang-kadang naan cheese tak da waktu pagi, tengahari baru ada.

Bagi anda yang bukan penduduk shah alam tetapi anda mahu berkunjung ke shah alam dan merancang untuk booking tempat tinggal anda boleh klik di sini untuk buat tempahan hotel dan bilik pada harga yang berpatutan.

14:03

Satay Willy Shah Alam, Seksyen 7

by , in
Lisa selalu je update dalam blog tentang kesihatan dan cara nak kurus. Ha kali ni saje je nak bagi lemak korang rasa happy bila dengar berita baik ni kan. Bukan apa, cuma sekali sekala makan makanan yang sedap untuk tekak dan perut apa salahnya.

Frankly speaking, Lisa dan husband makan satay willy ni dalam 4 bulan sekali ataupun setahun dua kali sahaja. Biasalah, tekak orang melayu memang satay ni tak boleh tinggal even kita tengah program diet. Yang penting korang kena tahu berapa kalori yang perlu dimakan setiap hari supaya korang dah boleh anggarkan berapa cucuk satay willy yang perlu di ngapppppp....

Selalunya, Lisa dan husband akan pergi ke kajang untuk dapatkan willy satay ni, tapi pernah sekali tu kami ternampak ada signboard kedai yang tulis 

"WILLY SATAY"

Wah kemain seronok kami, sebab satay willy ni merupakan one of our favorite food dan ia terletak tidak jauh dari rumah. Kalau tak sebelum ni, memang kena gagah juga pergi ke kajang.



WILLY SATAY


Sementara tunggu satay nak siap, kita makan dulu otak-otak. Not bad, sedap juga.



Sebagai peringatan kat diri sendiri dan semua, nampak tak hangus hitam tu, ada sumber mengatakan ia boleh mengaktifkan sel kanser kita maka kurang-kurangkanlah makan yang hitam tu ye,




Menu lain pun ada juga disediakan di sini.


Setelah 20 minit menunggu, akhirnya siap pun satay willy kami. Jom makan




Rasanya memang sedap sebab satay ni diperap cukup rempahnya. Ayam dan dagingnya lembut dan isinya terasa sangat moist.

Bila masuk dalam mulut, terasa kelembutannya dan perapan rempah yang amat mengiurkan.

ok ter'over plak.

Restoran Willy Satay Shah Alam
No 23 Jalan Kristal L7/L, Seksyen 7
Shah Alam, Selangor


Tips Sihat:

Ha selepas korang menikmati kesedapan satay willy ni, jangan lupa pula ambil Tea Mix Herbalife yang berfungsi sebagai

Meningkatkan tenaga(almaklum lepas makan satay sure korang ngantuk nak tidurkan,maka lemak pun terbinalah)
Anti-oksida
Bakar lemak
Detox


Sekian sahaja sharing Lisa kali ni. 

Semoga Berjaya makan Satay Willy

Jika anda ingin Lisa bantu untuk:


TURUN BERAT BADAN 5-30KG

NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 

HUBUNGI LISA SEKARANG!!!

Apa yang anda dapat apabila memulakan program ini?


*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income


0193749822

12:30

5 Restoran Ayam Penyet Di Shah Alam

by , in
Kalau sebut ayam penyet apa yang tergambar dalam fikiran korang? Sambal? Ayam penyet?
Ha kat sini Lisa nak share restoran ayam penyet yang Lisa pernah pergi. Cakap je yang sedap, yang mahal, yang murah, yang pedas semuanya Lisa tahu...Alkisah, waktu LIsa pregnant, sepanjang 6 bulan pertama tekak ni memang kempunan sangat dengan ayam penyet dan tak pernah rasa jemu pun makan. Sampaikan husband Lisa pun dah pening nak cari restoran mana lagi yang jual ayam penyet ni.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Lisa share dengan korang ye.

1) Ayam Penyet Pecel Lele,Padang Jawa
Dari zaman student uitm lagi, kat sinilah tempat Lisa lepak dengan kawan-kawan  lepas habis kelas. Kat sini, apa yang Lisa suka sebab, sup dan nasi free flow. Korang boleh ambil sebanyak mungkin. Harga memang berpatutan dan ayam nya pun not bad. Sambal dia pun Lisa suka. Waktu zaman student harga sepinggan ayam penyet tu Rm4.50 dan sekarang dah jadi dlm RM5 tak silap.


2) Ayam Penyet AP, Seksyen 18
Kat sini sambal dan ayam, bagi Lisa biasa je. Harga pun boleh tahan juga. 1 set RM13 lebih. Mungkin sebab dah banyak cawangan dan terkenal sebab tu, harga pun not bad.




3)Ayam Penyet Wong Solo, Seksyen 7
Restoran ni adalah most favourite Lisa. Sebab nasi dia memang sedap, sambal pun memang boleh buat korang keluar air mata, pastu ayam dia pun sedap juga. Set tu memang ada sekali dengan air. Cumanya, korang datang restoran ni memang kena ada kesabaran yang tinggi sebab service agak lambat almaklum pelanggan sentiasa ramai, so pekerja tak menang tangan nak layan.



4) Ayam Penyet Ria, Seksyen 9


Lisa pernah sekali je pergi sini, itupun sebab ada urusan di bank. Sambal dia memang buat telinga korang jadi merah. Tapi boleh tahan juga sedap bagi Lisa.

5) Ayam Penyet Nusantara Seksyen 7
Kat sini Lisa pernah datang banyak kali juga. Rasanya pun sedap juga cuma Lisa ni jenis yang suka sambal ayam penyet. Walaupun, ayam nya sedap tapi kalau sambal dia kureng sikit, Lisa akan jarang sangat datang. x



Sebenarnya, kalau korang nak makan ayam penyet, korang kena tahu yang korang ni jenis suka sambal ke atau ayam ke atau pun jenis nasi yang digunakan. Bila dah tahu, korang suka yang mana then baru boleh decide restoran ayam penyet mana yang jadi pilihan korang.

Selamat menikmati Ayam Penyet di Shah Alam
  • Adakah korang dah cuba pelbagai cara untuk turun atau naik berat badan?
  • Selalu rasa penat dan hilang tenaga?
  • Nak tahu meal plan untuk pengurusan berat badan?
  • Nak tahu cara cepat untuk turun berat badan dan kulit makin nampak berseri?
  • Perlukan coach untuk memantau tahap kebugaran?
Saya Coach Lisa yang sudah mempunyai 4 Tahun pengalaman dalam bidang pengurusan badan dan kecantikan. Serta telah menghadiri seminar international di lebih 5 buah negara dan mnedapat training dari doctor dan pakar nutritionist di dunia. Hubungi Lisa untuk keterangan lebih lanjut berkenaan program anda. 0193749822