Resepi Nasi Goreng Petai Yang Mudah Dibuat

Minggu lepas Lisa ada beli petai di kedai Indonesia. Bila tengok petai tu masih ada berbaki separuh lagi. Lisa ingat nak masak nasi goreng petai untuk habiskan petai yang ada supaya tak la membazir nanti. Lagipun petai tidak tahan lama tambahan pula kalau dah dikupas kulitnya.


Lisa pasti anda yang singgah ke entry post ni mesti sukakan petai atau pasangan anda. Lisa sebenarnya tak lah suka sangat dengan petai ni tapi disebabkan suami penggemar petai yang setia, membuatkan Lisa pun berjangkit sekali suka makan petai. Orang kata bagus makan petai ni untuk digestion system.

Kali ni, Lisa nak kongsikan dengan anda resepi nasi goreng petai yang mudah dibuat dan sedap dimakan. Walaupun caranya senang tapi memang anda akan terus jatuh cinta dengan rasanya.

Bahan-bahan

Nasi yang telah sejuk(dimasak pada waktu malam atau pagi tadi)
1 mangkuk kecil petai
*3-4 Biji bawang putih
*1 biji bawang besar atau bawang merah
*3 biji cili padi
1 mangkuk sotong
1 mangkuk udang
1 mangkuk sayur kangkung
3 sudu minyak masak

Tumbuk atau blend bahan yang bertanda*





Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan ditumbuk sehingga wangi.
2.Masukkan sotong dan udang.
3.Masukkan petai, sayur kangkung, garam dan gula.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Sedia dihidang.



Untuk lebih detail, boleh lihat di video Youtube channel Lisa di bawah.


1 comment: