Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan


August 05, 2019
Tadi waktu husband Lisa balik rumah untuk makan lunch, dia kata dari area lift lagi bau nasi ayam Lisa dah dapat hidu. Orang kata kalau nasi ayam naik baunya maksudnya nasi ayam tu memang sedap dan menjadi. Bukan nak angkat bakul tetapi ni lah resepi nasi ayam sedap dan mudah disediakan yang selalu mak Lisa masak dan diturunkan kepada Lisa cuma ada beberapa cara dan bahan yang terpaksa Lisa ubah kerana ada barang yang tiada di rumah dan tidak dijual di kawasan Dubai ni.

Makanya terpaksa kena jadi kreatif sikit bila nak masak masakan Melayu tetapi barang yang ada agak terhad dan jenama untuk barang tersebut sudah tentu berbeza.



Baiklah di bawah Lisa kongsikan cara membuat nasi ayam yang sedap dan senang termasuklah cara masak nasi, cara buat sup, kuah kicap dan sambal cili.

Bahan-bahan

Bawang putih
Halia
Ayam beberapa ketul(Untuk 2-3 orang makan)
Air 1 jug
Kicap
Sos tiram
Cili merah
Lada sulah
Sup bunjut
Garam
Gula
Madu
Kentang(dipotong 7 hingga 10 bahagian)
Carrot (dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal)
2 kiub ayam
cuka
majerin

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
2. Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam.
3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit.
4. Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.

Cara Masak Nasi

1. Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.
2. Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
3. Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
4. Masakkan beras tersebut.

Cara Masak Ayam

1. Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.

Cara Masak Kuah Kicap

1. Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
2. Kdemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.
4. Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.

Cara Buat Sambal Cili

1. Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.
2. Kemudian masukkan  cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.
3. Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

Cara Buat Sup Ayam

1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.
3. Kemudian masukkan carrot dan kentang.
4. Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.

Tadaaa.... Dah siap kesemua bahan dalam masakan resepi nasi ayam sedap dan mudah disediakan.






Share This Post With Your Friends!!

1 comment:

Powered by Blogger.