5 Minit Cara Mudah Masak Bakso Yang Buat Anda Terliur


August 20, 2019
Resepi Bakso Senang Dimasak

Minggu lepas, Lisa ada pergi ke kedai Indonesia yang terletak di Karama, Dubai. Di sana ada menjual meat ball untuk dibuat bakso. Disebabkan Fareeq sangatlah suka dengan bakso, Lisa pun belilah sekali meat ball dan ingat nak beli sekali tempe tapi malangnya stok tempe sudah habis.



Untuk pengetahuan anda, kalau kami teringin makan tempe atau perlukan bahan masakan Asia, kami terpaksa membeli di kedai Indonesia ini yang bernama Indonesia Food Corner. Terdapat pelebagai barangan yang dijual termasuklah bahan masakan seperti sambal belacan, kuah pecal, keropok dari Indonesia, tempe, petai dan sebagainya.

Kedai Indonesia ini terletak agak jauh dari rumah Lisa iaitu kira-kira  40 minit perjalanan. Sebab itulah, Lisa akan datang sini 2 minggu sekali sahaja itupun kalau betul-betul teringin nak makan tempe atau makanan yang perlukan bahan asian.

Baiklah kali ni, Lisa nak kongsikan dengan anda cara masak resepi bakso yang mudah. Kalau anda perasan kebanyakan resepi yang Lisa kongsikan mesti menggunakan perkataan mudah dan senang. Sebabnya, Lisa sekarang dah ada anak dua dan masa itu sangat emas. Makanya, Lisa perlu masak masakan yang sangat senang supaya Lisa ada masa lain untuk membuat kerja rumah yang lain dan pada masa yang sama Lisa perlu bahagikan masa untuk siapkan kerja-kerja penulisan.

InsyaALLAH, Lisa yakin resepi bakso yang senang dibuat ini akan bantu anda untuk jimatkan masa juga.

Bahan-bahan

7-10 ketul bebola daging
2 potong fish cake(pilihan)
5-7 ketul fish ball(pilihan)
1 batang serai
1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)
3 biji bawang putih*
Sebiji bawang merah*
2 hiris halia*
Secubit lada hitam
Secubit garam(ikut rasa)
2-3 mangkuk air
Sayuran(terpulang kepada anda)

Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.

Tumbukkan bahan bertanda *

Bahan hiasan

Daun bawang
Daun sadri
Cili padi
Bawang goreng

Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.
3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.
4. Akhir sekali masukkan sayuran.
5. Dah siap.




Boleh Lihat video di bawah untuk detail cara masak.



1 comment:

  1. simplenya resepi. senang nak follow :)
    terima kasih berkongsi resepi ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.