16:10

Stroller Vs Baby Carrier? Mana Satu Yang Bagus Buat Anak Anda

by , in
Adakah anda sedang keliru untuk memilih antara stroller atau baby carrier yang terbaik buat anak anda? Jika anda mahu pilih stroller, jenis apa yang anda perlu beli? Dan jika baby carrier pula, yang mana satu anda perlu pilih? Kerana terdapat pelbagai jenis stroller dan baby carrier yang terdapat dipasaran.



Adakah yang mahal itu semestinya bagus? Dan yang murah itu semestinya tidak bagus?

Sebagai ibu bapa kita pasti mahu yang terbaik buat anak terutama sekali ia melibatkan tentang kesihatan mereka. Kerana jika anda tersalah pilih stroller mahupun baby carrier, ia akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan mereka.

Lisa pernah mengalami dilema ini ketika melahirkan anak pertama dan kedua. Disebabkan setiap anak adalah berbeza maka Lisa perlu tahu apa yang terbaik buat kedua-dua anak ini.

Semasa Lisa melahirkan anak pertama, Lisa tiada ilmu dan pengalaman yang banyak dalam mencari keperluan anak terutama sekali tentang pemilihan stroller dan baby carrier. Lisa hanya main beli saja tanpa mengira soal kesihatan dan cara hidup kami. Kenapa Lisa katakan tentang kesihatan dan cara hidup?

Dua elemen inilah yang perlu anda titik beratkan kerana ia berkait rapat dalam pemilihan stroller dan baby carrier.


Tips Pemilihan Jenis Stroller Dan Baby Carrier Yang Sesuai Dengan Anak Anda

Fahami Gayahidup Anda

Disebabkan kurang pengetahuan tentang jenis stroller ini serta kegunaannya, menyebabkan Lisa dan suami rasa sangat susah untuk bawa stroller ke mana-mana. Kerana kami tidak faham tentang gaya hidup kami. Dan bila Lisa dan suami berbincang, rupanya kami adalah jenis yang suka travel dan sering aktif ke sana sini. Semasa awal perkahwinan, kami hanya ada kereta viva sahaja, iaitu ruangan car boot sangat kecil. Stroller yang kami beli pula adalah besar hanya boleh lipat dua sahaja dan menyebabkan ia banyak mengambil ruang dalam kereta kecil kami. Bermaksud stroller yang kami beli sangat tidak sesuai dengan gaya hidup kami sebenarnya.

Sebab itulah anda perlu tahu gaya hidup anda bagaimana? Adakah anda aktif bersukan dengan anak? atau adakah anda suka travel? atau adakah anda lebih selesa tidak membawa apa-apa stroller untuk bawa anak anda?

Budget Kewangan

Jika kewangan bukanlah masalah utama buat anda maka anda boleh pilih untuk membeli beberapa jenis stroller dan baby carrier mengikut kesesuaian majlis atau situasi yang anda lalui. Tetapi jika budget kewangan merupakan perkara utama yang anda titik beratkan maka anda perlu pilih salah satu daripada jenis gears ini yang bersesuai dengan budget anda serta keperluan anak anda.

Kesihatan Dan Keselamatan

Untuk pengetahuan anda, jika anda tersalah beli sama ada stroller mahupun baby carrier, ia mungkin memberi kesan negatif kepada kesihatan anak anda pada masa akan datang. Contohnya jika anda membeli stroller jenis umbrella, ia tidak sesuai untuk bayi bawah 6 bulan tetapi anda paksa juga anak anda menggunakan strolller tersebut maka ia memberi impak tulang belakang anak anda. Selain itu, jika anda tersalah beli jenis baby carrier, ia mungkin memberi kesan kepada tulang paha kaki anak anda dan tulang belakang anak.

Rancang Dan Buat Anggaran Sehingga Bila Anda Mahu Menggunakannya

Perkara ini juga perlu diambil kira sebelum membeli gears ini. Jika anda mahu menggunakan stroller ini pada jangka masa yang lama maka anda perlu lihat jenis stroller tersebut boleh tahan lama atau tidak dan selalunya sehingga berapa berat yang boleh ditampung. Selalunya stroller atau baby carrier, seller akan sebut sehingga berapa berat limit yang boleh masih digunakan dan anda juga boleh lihat ruangan review di mana mereka yang telah menggunakan gears tersebut sudah berapa lama boleh tahan.

Baiklah, apabila anda sudah faham tentang tips di atas anda sudah boleh ambil tahu tentang jenis-jenis stroller dan jenis baby carrier yang ada di pasaran.


Jenis stroller

Jogging Stroller


Stroller ini khas untuk ibu bapa yang aktif bersukan seperti berlari, jogging dan hiking. Sebab itulah stroller ini sinonim dengan speed dan ia agak ringan. Untuk kenal pasti jogging stroller ini, ia mempunyai 3 tayar dan kebiasaannyaa tayar di belakang adalah lebih besar. Anda boleh lihat Di Sini jenis jogging stroller.

Lightweight or Umbrella Stroller 





Nama pun lightweight stroller, sudah tentu ia sangat ringan,mudah dilipat dan mudah dibawa tetapi stroller ini tidak sesuai untuk bayi yang baru lahir. Ia sesuai dipakai untuk bayi 6 bulan ke atas kerana tulang belakang mereka sudah kuat. Harga untuk umbrella stroller ini kebiasaannya adalah lebih murah berbanding harga stroller yang lain. Ia sesuai digunakan ketika keluar berjalan untuk santai seperti shopping mall, majlis-majlis dan sebagainya. Di sini anda boleh lihat pelbagai jenis lightweight or umbrella stroller.

Convertible or Full-set Stroller 



Convertible or Full-set stroller ni bermaksud stroller yang didatangkan dengan 2 set iaitu ia boleh diubah untuk dipakai hanya ketika anak masih bayi dan pada masa yang sama boleh diubah untuk dipakai apabila anak sudah masuk fasa toddlers(Umur setahun ke atas). Ia juga boleh dijadikan sebagai car seat. Tetapi selalunya stroller ini agak berat dan saiznya besar berbanding stroller yang lain. Jika ia gunakan untuk berjalan santai dengan bayi, ya memang sesuai tetapi jika untuk dibawa travel, tidak digalakkan kerana saiznya yang agak besar. Anda boleh lihat di sini , terdapat pelbagai jenis jenama yang menawarkan full set stroller ini.

Double stroller

Selalunya double stroller ini sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kembar atau anak yang beza setahun atau dua tahun. Ia memudahkan untuk ibu bapa handle 2 orang anak pada 1 masa. Untuk double stroller ini terdapat beberapa jenis iaitu, ada double stroller depan belakang, ada yang sebelah menyebelah dan ada juga atas bawah. Di sini ada beberapa jenis double stroller yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.

Travel System

Travel system stroller ini selalunya adalah ringan, mudah dilipat dan ia akan sebut tentang cabin size. Ada sesetengah jenama, telah mengubah suai untuk jenis stroller dia atas seperti convertible stroller, lightweight stroller kepada travel system stroller. Anda boleh lihat di sini. 

Perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli stroller
  • Di mana anda sering mahu menggunakan stroller ini?
  • Adakah stroller ini sesuai untuk newborn?
  • Adakah ia mudah digunakan?
  • Adakah ia mudah dilipat dan dibuka?
  • Adakah ia ringan?
  • Adakah ia ada sistem keselamatan seperti 'break'?
  • Adakah anda perlu lebih dari satu stroller?
Baby Carrier 

Terdapat banyak jenis baby carrier yang perlu anda tahu sebelum membelinya. Jenis baby carrier yang asas perlu anda tahu adalah Ergonomic carrier, non-ergonomic carrier dan unsafe carrier. Ergonomic bermaksud ia menyokong struktur badan bayi secara semulajadi bukannya memaksa atau memberi tekanan kepada struktur badan bayi, termasuklah postur tulang belakang bayi, punggung bayi serta kaki bayi.

Bagi non-ergonomic, ia adalah tidak sesuai dengan struktur badan bayi terutama sekali bayi bawah 6 bulan. Antara jenis non-ergonomic baby carrier adalah hip seat(iaitu baby carrier yang ada tempat duduk untuk bayi), crotch carrier( ia tidak sesuai untuk struktur kaki dan paha bayi) serta carrier yang boleh menghadap kehadapan( front facing).


Selalunya crotch carrier adalah seperti belah kiri gambar ini, paha bayi tidak menyokong lutut kaki dan ia boleh membawa risiko dysplasia. 


Paling tidak bagus dan tidak baik untuk bayi adalah carrier yang jenis tiruan dan baby sling bag. Bagaimana nak tahu baby carrier tersebut adalah tiruan atau yang original? Anda perlu lihat penjual atau laman web yang menjualnya adalah terdiri daripada trusted seller atau tidak. Dan selalunya harga asal untuk ergonomic carrier adalah lebih tinggi daripada harga carrier tiruan kerana kualitinya.


Baby sling bag juga tidak bagus buat bayi kerana ia memberi tekanan kepada kaki dan ia juga boleh menyebabkan dysplasia.


Dalam Ergonomic carrier terdapat 6 jenis baby carrier tetapi di sini Lisa kongsikan 3 jenis baby carrier yang popular dan sering digunapakai oleh ibu bapa pada masa kini. 

SSC(Soft Structured Carrier)




Sejak tahun 2017 hingga sekarang baby carrier jenis SSC sangat popular di kalangan ibu bapa yang mencari baby carrier yang sesuai dengan anak mereka. Kerana baby carrier jenis SSC ini selamat dan sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga umur 3 atau 4 tahun. Tambahan pula baby carrier SSC ini mudah dipakai. Lisa sekarang pun suka pakai baby carrier jenis SSC ini untuk bawa baby Sarah. Selesa dipakai. Terdapat beberapa jenama yang popular yang mengeluarkan baby carrier jenis SSC antaranya Ergo baby, Boba and Tula.

Infant insert


Jika anak anda bawah 5 bulan, pastikan anda memakai infant insert kerana ketinggian bayi tidak sesuai untuk terus diletakkan dalam baby carrier. Dan pastikan juga ada ruang untuk bayi anda bernafas. Nak tahu cara mudah bayi anda sesuai dengan ketinggian tahap baby carrier ini, anda boleh tunduk sedikit dan mencium kepala anak. Jika anda tidak capai tahap tersebut maka, ia terlalu rendah buat anak anda.

Ring Sling


Ring sling ini adalah seperti gambar di atas. Ia ada kain yang menyangkut pada ring. Anda boleh lihat di youtube cara memakai ring sling yang betul. Ring sling boleh dipakai untuk bayi baru lahir sehingga umurnya setahun atau dua tahun bergantung kepada berat bayi. Lisa pernah dapatkan ring sling untuk anak pertama cuma cara pemakaiannya Lisa tidak arif tapi ada sahabat Lisa memang pakar memakai ring sling ini dan anaknya juga suka dimasukkan di dalam ring sling carrier. Antara jenama yang mengeluarkan baby carrier jenis ring sling adalah Mamaway.

Wrap



Baby carrier jenis wrap juga sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga usianya mencecah setahun atau 2 tahun bergantung kepada keselesaan bayi dan berat mereka. Baby wrap ini anda hanya menggunakan 1 kain sahaja dan mengikut cara ikatan yang ditunjukkan dalam tutorial youtube. Wrap carrier juga terdapat jenis stretchy wrap iaitu kain yang jenis elastik. Ia juga bagus untuk bayi yang baru lahir sehingga setahun lebih.



Sumber rujukan buat ibu-ibu sekalian


Mengikut pengalaman Lisa sendiri, semasa anak pertama Lisa beli baby carrier yang bukan ergonomik dan ia sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada anak. Maklumlah anak pertama, masa itu masih tiada ilmu lagi untuk perkara ini. Tapi mujurlah Fareeq(anak pertama Lisa) kurang suka duduk dalam baby carrier tersebut dan dia lebih suka duduk dalam stroller.

Berbeza dengan anak kedua Lisa ni, Sarah. Dia lebih suka duduk dalam baby carrier berbanding stroller. Sarah akan tidur sangat lena dalam baby carrier, sehingga boleh capai sejam lebih, tetapi Lisa selesa pindahkan Sarah ke dalam stroller apabila lihat dia sudah lena tidur. Sebab itulah, apabila kami pergi ke shopping mall atau ke mana-mana, Lisa akan letakkan baby carrier bawah stroller.

Tips bonus yang boleh Lisa kongsikan kepada anda, jika anda masih ragu-ragu yang mana satu stroller atau baby carrier yang sesuai buat anak anda, anda boleh menyewa terlebih dahulu dan lihat bagaimana reaksi anak anda apabila menggunakan kedua-duanya. Kerana ada baby carrier dan stroller harganya agak tinggi dan jika anda main beli sahaja tanpa membuat try and error, mungkin ia menjadi membazir je jika tiba-tiba anak anda tidak mahukannya.

Selain itu, anda juga boleh masuk ke dalam group ibu-ibu yang membincangkan tentang baby carrier ini. Klik di sini untuk sertai group tersebut. Lisa banyak belajar tentang perkara asas membeli baby carrier sehinggalah cara memakainya.


Masa ini umur Sarah baru 3 bulan, sebab itu Lisa pakaikan dia sekali infant insert supaya tidak terlalu rendah.



Gambar ini ketika Sarah sudah masuk 5 bulan lebih, tulang belakang dia pun makin kuat dan Lisa dah tak pakaikan di infant insert. Dan masa ini, dia lebih suka tengok suasana sekeliling.



Stroller merah inilah yang Lisa ceritakan tadi. Stroller ini bukanlah travel system mahupun cabin size, makanya ia sangat susah untuk dibawa ke mana-mana. Tapi Lisa syukur sangat stroller ni la banyak bantu kami untuk bawa Fareeq pergi travel lebih 10 buah negara. Tapi percayalah jika anda ada pilihan dan mempunyai kewangan yang lebih, sila beli stroller travel system jika anda adalah keluarga yang suka travel. 


Kedua-dua stroller ini adalah travel system. Sangat mudah dan Lisa memang suka. Lagipun ia adalah newborn friendly. Mudah dilipat dan dibawa. Paling Lisa suka sebab ia cabin size. Jika kami transit ke mana-mana, maka kami akan masukkan stroller ini di atas rak dalam kapal terbang supaya mudah untuk bawa anak-anak ketika mereka tidur. 

Boleh klik di sini untuk melihat stroller Fareeq dan klik di sini untuk stroller Sarah.

Nak ikutkan, kami memang nak beli double stroller supaya mudah nak handle dua orang anak, tetapi memandangkan waktu Lisa beli stroller ini kami tidak terfikir wujudnya double stroller iaitu satu untuk infant dan satu lagi untuk toddlers.


Semoga perkongsian Lisa tentang stroller dan baby carrier ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda membuat keputusan untuk memilih yang mana satu yang sesuai untuk anak anda serta cara kehidupan anda sendiri.

Sila Share post ini jika ia dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang lain. 
00:21

5 Minit Cara Mudah Masak Bakso Yang Buat Anda Terliur

by , in
Resepi Bakso Senang Dimasak

Minggu lepas, Lisa ada pergi ke kedai Indonesia yang terletak di Karama, Dubai. Di sana ada menjual meat ball untuk dibuat bakso. Disebabkan Fareeq sangatlah suka dengan bakso, Lisa pun belilah sekali meat ball dan ingat nak beli sekali tempe tapi malangnya stok tempe sudah habis.



Untuk pengetahuan anda, kalau kami teringin makan tempe atau perlukan bahan masakan Asia, kami terpaksa membeli di kedai Indonesia ini yang bernama Indonesia Food Corner. Terdapat pelebagai barangan yang dijual termasuklah bahan masakan seperti sambal belacan, kuah pecal, keropok dari Indonesia, tempe, petai dan sebagainya.

Kedai Indonesia ini terletak agak jauh dari rumah Lisa iaitu kira-kira  40 minit perjalanan. Sebab itulah, Lisa akan datang sini 2 minggu sekali sahaja itupun kalau betul-betul teringin nak makan tempe atau makanan yang perlukan bahan asian.

Baiklah kali ni, Lisa nak kongsikan dengan anda cara masak resepi bakso yang mudah. Kalau anda perasan kebanyakan resepi yang Lisa kongsikan mesti menggunakan perkataan mudah dan senang. Sebabnya, Lisa sekarang dah ada anak dua dan masa itu sangat emas. Makanya, Lisa perlu masak masakan yang sangat senang supaya Lisa ada masa lain untuk membuat kerja rumah yang lain dan pada masa yang sama Lisa perlu bahagikan masa untuk siapkan kerja-kerja penulisan.

InsyaALLAH, Lisa yakin resepi bakso yang senang dibuat ini akan bantu anda untuk jimatkan masa juga.

Bahan-bahan

7-10 ketul bebola daging
2 potong fish cake(pilihan)
5-7 ketul fish ball(pilihan)
1 batang serai
1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)
3 biji bawang putih*
Sebiji bawang merah*
2 hiris halia*
Secubit lada hitam
Secubit garam(ikut rasa)
2-3 mangkuk air
Sayuran(terpulang kepada anda)

Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.

Tumbukkan bahan bertanda *

Bahan hiasan

Daun bawang
Daun sadri
Cili padi
Bawang goreng

Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.
3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.
4. Akhir sekali masukkan sayuran.
5. Dah siap.




Boleh Lihat video di bawah untuk detail cara masak.



01:54

Resepi Nasi Goreng Petai Yang Mudah Dibuat

by , in
Minggu lepas Lisa ada beli petai di kedai Indonesia. Bila tengok petai tu masih ada berbaki separuh lagi. Lisa ingat nak masak nasi goreng petai untuk habiskan petai yang ada supaya tak la membazir nanti. Lagipun petai tidak tahan lama tambahan pula kalau dah dikupas kulitnya.


Lisa pasti anda yang singgah ke entry post ni mesti sukakan petai atau pasangan anda. Lisa sebenarnya tak lah suka sangat dengan petai ni tapi disebabkan suami penggemar petai yang setia, membuatkan Lisa pun berjangkit sekali suka makan petai. Orang kata bagus makan petai ni untuk digestion system.

Kali ni, Lisa nak kongsikan dengan anda resepi nasi goreng petai yang mudah dibuat dan sedap dimakan. Walaupun caranya senang tapi memang anda akan terus jatuh cinta dengan rasanya.

Bahan-bahan

Nasi yang telah sejuk(dimasak pada waktu malam atau pagi tadi)
1 mangkuk kecil petai
*3-4 Biji bawang putih
*1 biji bawang besar atau bawang merah
*3 biji cili padi
1 mangkuk sotong
1 mangkuk udang
1 mangkuk sayur kangkung
3 sudu minyak masak

Tumbuk atau blend bahan yang bertanda*





Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan ditumbuk sehingga wangi.
2.Masukkan sotong dan udang.
3.Masukkan petai, sayur kangkung, garam dan gula.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Sedia dihidang.



Untuk lebih detail, boleh lihat di video Youtube channel Lisa di bawah.


20:42

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

by , in
Tadi waktu husband Lisa balik rumah untuk makan lunch, dia kata dari area lift lagi bau nasi ayam Lisa dah dapat hidu. Orang kata kalau nasi ayam naik baunya maksudnya nasi ayam tu memang sedap dan menjadi. Bukan nak angkat bakul tetapi ni lah resepi nasi ayam sedap dan mudah disediakan yang selalu mak Lisa masak dan diturunkan kepada Lisa cuma ada beberapa cara dan bahan yang terpaksa Lisa ubah kerana ada barang yang tiada di rumah dan tidak dijual di kawasan Dubai ni.

Makanya terpaksa kena jadi kreatif sikit bila nak masak masakan Melayu tetapi barang yang ada agak terhad dan jenama untuk barang tersebut sudah tentu berbeza.



Baiklah di bawah Lisa kongsikan cara membuat nasi ayam yang sedap dan senang termasuklah cara masak nasi, cara buat sup, kuah kicap dan sambal cili.

Bahan-bahan

Bawang putih
Halia
Ayam beberapa ketul(Untuk 2-3 orang makan)
Air 1 jug
Kicap
Sos tiram
Cili merah
Lada sulah
Sup bunjut
Garam
Gula
Madu
Kentang(dipotong 7 hingga 10 bahagian)
Carrot (dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal)
2 kiub ayam
cuka
majerin

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
2. Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam.
3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit.
4. Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.

Cara Masak Nasi

1. Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.
2. Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
3. Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
4. Masakkan beras tersebut.

Cara Masak Ayam

1. Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.

Cara Masak Kuah Kicap

1. Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
2. Kdemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.
4. Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.

Cara Buat Sambal Cili

1. Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.
2. Kemudian masukkan  cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.
3. Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

Cara Buat Sup Ayam

1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.
3. Kemudian masukkan carrot dan kentang.
4. Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.

Tadaaa.... Dah siap kesemua bahan dalam masakan resepi nasi ayam sedap dan mudah disediakan.






Share This Post With Your Friends!!
20:00

5 Butik Online Famous Untuk Anda Si Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak

by , in
Seawal usia kandungan mencecah 5 atau 6 bulan, sudah pasti banyak baju yang ibu pakai sudah lagi tidak muat terutamanya di bahagian perut. Tidak dinafikan mungkin masih ada yang boleh dipakai cumanya ibu sendiri rasa tidak selesa. Inilah masanya untuk anda mencari baju mengandung yang lebih selesa dipakai dan longgar di bahagian perut.

Semasa anak pertama, perut Lisa tidaklah sebesar mana dan baju yang selalu Lisa pakai memang masih muat lagi sehingga usia kandungan mencecah 8 bulan lebih. Tetapi untuk anak kedua, perubahan dan kenaikan berat badan Lisa agak mendadak dan memerlukan Lisa mencari baju mengandung yang lebih selesa dipakai dan pada masa yang sama baju tersebut boleh dipakai untuk menyusukan anak.


Ada beberapa butik online yang menjual baju ibu mengandung dan menyusu yang Lisa berkenan di hati. Di samping mempunyai banyak pilihan design dan corak, butik-butik online ini juga memberi layanan yang baik walaupun tidak bersua muka. Bagi Lisa apabila memilih baju ibu mengandung dan menyusu, perkara utama yang Lisa akan tittik beratkan adalah design baju tersebut iaitu patuh syariah atau pun tidak. Maksudnya ia longgar dan labuh. Kemudian barulah Lisa akan tengok corak serta warna.

Cozy Lady

Cozy Lady ini adalah butik online dan juga offline yang menjual baju ibu mengandung dan menyusu. Baju mengandung yang pertama Lisa beli adalah dari butik online Cozy Lady kerana Lisa tertarik dengan design jubahnya yang patuh syariah iaitu longgar dan mempunyai warna yang tidak terlalu terang. Materialnya juga agak bagus dan yang paling penting tidak perlu iron.

Lisa tahu tentang butik online Cozy Lady daripada pencarian hashtag di instagram. Alhamdulillah sehingga kini, Lisa masih memakai baju dari butik online Cozy Lady ini dan telah membuat beberapa koleksi jubah dan dress labuhnya.

Dari segi harga, Lisa boleh katakan ia adalah affordable dan sangat berbaloi dengan material yang ditawarkan.


Ini adalah salah satu koleksi yang Lisa pakai dari Cozy Lady. Waktu ini Lisa sedang mengandungkan Sarah 5 bulan.


MumsLuv

Pada hari raya yang lepas, Lisa memilih baju kurung moden keluaran dari butik online MumsLuv. Apa yang membuatkan Lisa tertarik dengan baju moden yang nursing friendly ini adalah coraknya yang seakan-akan nampak simple tetapi menarik serta ia adalah ironless. Sebagai seorang ibu yang menguruskan hal keluarga serta keperluan diri,Lisa perlukan baju yang tidak perlu iron bagi menjimatkan masa.

Material yang digunakan sangat lembut dan kainnya sejuk. Sebab itulah Lisa ingin repeat order untuk keluaran terbaru daripada butik online MumsLuv.



Adrinis

Setiap kali keluar berjalan seperti membeli barang di pasar atau ke pasaraya, Lisa lebih selesa memakai baju lengan pendek(inner) dan sarungkan cardigan diluarnya. Ia nampak lebih simple dan cepat untuk bersiap-siap. Lisa memang mencari baju inner yang sleeveless tetapi susah nak jumpa di butik online mahupun offline. Lisa tak sangka apabila rupanya ada satu butik online bernama Adrini's mengeluarkan baju inner yang mempunyai nursing friendly dan pada masa yang sama boleh dipakai ketika mengandung.

Lisa terjumpa butik online ini ketika Lisa menyusukan Sarah umur 3 bulan iaitu pada 2 bulan yang lepas. Bukan sahaja baju inner yang dijual malah banyak pilihan baju dan blouse untuk ibu mengandung dan menyusu.




Feedmilk

Ada beberapa sahabat Lisa suka membeli baju mengandung dan menyusu di butik online feedmilk. Kebanyakan baju yang dijual adalah menggunakan konsep santai dan materia yang sering digunakan adalah cotton tshirt. Material ini sangat sesuai untuk anda yang sentiasa bergerak aktif dan masih ingin mengekalkan gaya seorang ibu dan tampil menarik.

Feedmilk ini sudah lama berada di pasaran iaitu 6 tahun dan ia masih mengekalkan konsep asas mereka iaitu menampilkan baju nursing dan wudhuk friendly.

Belloscarves

Lisa mula membeli baju mengandung dan menyusu di Belloscarves apabila salah seorang sahabat facebook Lisa suka mempromosikan baju dari keluaran Belloscarves ini. Walaupun butik online ini hanya menampilkan baju yang bercorak plain sahaja tetapi design yang ditonjolkan nampak lebih simple dan menarik oleh si pemakai. Tambahan pula, kebanyakan baju keluaran Belloscarves ini adalah blouse nya labuh dan patuh syariah. Sebab itulah, Lisa suka membuat koleksi baju mengandung dan menyusu dari Belloscarves.


Sebenarnya banyak lagi butik online yang menjual baju untuk ibu mengandung dan menyusu tetapi 5 butik online di atas adalah betul-betul mengikut kriteria yang Lisa suka dan ingin membeli lagi jika mereka membuat promosi mahupun mengeluarkan design yang baru.


Lisa percaya jika anda juga mempunyai taste yang lebih kurang sama dengan Lisa, anda juga akan suka koleksi-koleksi yang butik online di atas tawarkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi pilihan kepada anda untuk memilih baju mengandung dan baju menyusu.