14:44

Anak Anda Tantrum??Ini Solusinya

by , in
Lisa dan suami pernah mengalami satu fasa yang Lisa rasakan

"I am not a good mother. I failed to become mother. I feel looser." Yes, that's what i felt when I facing Fareeq's tantrum. Mana tidaknya.

Fareeq pernah menggigit orang.
Fareeq pernah mencakar dan memukul Lisa dan suami sampai berdarah.
Fareeq pernah menangis meraung di tengah-tengah mall di Qatar.
Fareeq pernah tendang suami Lisa.

Fareeq juga pernah kena marah dengan ibu mat salleh keran bergaduh dengan anaknya. If you was on my shoes, what do you feel as a mother when somebody scold your kid. Rasa nak marah kan? Tapi Lisa tak tahu dari mana kesabaran luar biasa itu ALLAH berikan. Lisa boleh tersenyum dengan ibu tersebut dan mohon maaf.

Macam-macam lagi situasi yang Lisa dan suami alami. Pernah juga sampai hilang sabar kami. Allah sahaja yang tahu betapa mencabarnya menjadi ibu bapa ini. Dan ketika itu Lisa rapat dengan sahabat Lisa yang mempunyai anak perempuan dan Lisa lihat anak-anak dia semuanya mendengar kata tanpa ada tantrum, sampai terlintas dalam hati Lisa, alangkah bagus kalau ada anak perempuan. Sentiasa dengar kata. Tidak tantrum. Tidak menggigit orang. Tidak kuat untuk memukul dan mencakar. Waktu tu, pelbagai perkara yang Lisa fikirkan sehingga Lisa lupa untuk bersyukur di mana orang lain mahukan anak tetapi kita yang ada anak masih berungut. Itu ini serba tidak kena.




Dan pada masa yang sama Lisa pernah rasakan adakah didikan kami masih tidak cukup atau adakah Fareeq ada masalah. Lisa rasa sangat down dan pernah juga sampai satu tahap Lisa rasa takut sangat untuk bawa Fareeq ke public mahupun untuk berjumpa dengan sepupunya kerana Lisa tahu end up, pergaduhan akan berlaku. Itu belum lagi cerita tentang berebut barang.

Sejak Lisa lihat tantrum Fareeq semakin teruk, dari situ Lisa mula membaca beberapa artikel tentang ilmu parenting, psychology kanak-kanak, mendengar ceramah berkenaan parenting dari segi ilmu agama dan bagaimana zaman nabi-nabi mendidik anak-anak serta pelbagai lagi cara yang Lisa cuba cari solusi bagi menangani masalah yang dihadapi kami.

Alhamdulillah, Lisa rasa bersyukur sangat apabila satu per satu Allah tolong untuk cara menangani tantrum Fareeq melalui pelbagai cara tersebut.


Antara perkara yang boleh Lisa kongsikan dengan anda adalah

Pada usia kanak-kanak 2 tahun ke atas, mereka sudah mula ada emosi dan mereka masih tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan emosi mereka tersebut seperti marah, sayang, geram dan sebagainya. Sebagai ibu bapa kita yang perlu ajar dan didik mereka bagaimana untuk menangani emosi-emosi tersebut. Kita perlu mendidik mereka. Kita yang perlu acukan mereka.

Tangani anak bergaduh dan berebut barang

Contohnya bila Fareeq tengah marah sebab bergaduh berebut barang, Lisa atau suami akan cepat-cepat peluk dia kerana kami tahu impak dia marah dia akan mengigit budak tersebut. Maka kami bawa dia jauh dari budak itu, dan terangkan kepadanya bagaimana menangani marah. Dan dalam buku 'How kids listen to you, so parents listen to kids' , ia kata kita perlu terjemahkan perasaan anak dan menerima perasaan tersebut.

Jadinya, selepas lisa bawa Fareeq jauh dari kanak-kanak tersebut, Lisa akan melutut depan Fareeq dan pastikan mata bertentang dengan Fareeq. Dan Lisa kata "Fareeq rasa marah ye? Fareeq suka permainan tu? Fareeq nak main permainan tu? Tapi kawan Fareeq ambil permainan tu? Sebab tu Fareeq marah?".

Fareeq angguk-angguk dan terus menangis kuat. Lisa akan peluk Fareeq sekuatnya. Dan terangkan tentang permainan tu bukan milik dia dan bagaimana untuk bersabar.

Janganlah anda anggap sekali itu sahaja Lisa pesan kepada Fareeq. Sudak berkali-kali pesan dan dia akan buat perkara yang sama. Sebagai ibu bapa jangan sesekali putus asa dengan anak. Sentiasa menasihati mereka walaupun itu adalah pesanan yag ke 100 kali.

Lama-lama mereka akan sendiri faham dan lakukan perkara yang betu. It's matter of time. Allah hold their heart. We can give advice only and the rest we pass to ALLAH.

Tangani Anak yang suka menggigit

Lisa pernah terbaca ada satu artikel berkenaan anak-anak yang suka menggigit ketika usia 2 tahun sehingga 3 tahun. Anak yang suka menggigit ini sebenarnya otot mulut mereka tidak cukup kuantiti pergerakan. Sebab itulah mereka intend to biting.

Fareeq pernah menggigit Lisa, suami, sepupunya dan kawan di playground apabila dia sedang marah dan meragam. Apa yang Lisa lakukan mengikut artikel tersebut, Lisa akan berikan dia barang yang lembut seperti teether, bantak kecil atau patung supaya apabila dia mula nak menggigit Lisa aan suruh dia gigit barang tersebut. Dan Lisa banyakkan aktiviti pergerakan mulut dia seperti beli makanan yang memerlukan dia banyak menggunakan otot mulut. Contohnya gummy bear yang less sugar. Ia agak liat dan Fareeq akan banyak kali menggigit dan mengunyah.

Alhamdulillah sejak itu, Lisa lihat perubahan Fareeq terhadap tabiat yang suka menggigit makin berkurang dan sehingga kini umurnya 4 tahun , dia sudah tidak lagi mengigit.

Psychology Anak Dan Ketegasan

Sebelum ini, Lisa terjemahkan tegas bermaksud garang dan suka marah. Maka dalam fikiran Lisa nak jadi ibu bapa yang tegas perlu garang dan perlu marah anak. Tetapi setelah Lisa mendengar ceramah dari beberapa ustaz ustazah di TV dan youtube, mereka kata tegas bermaksud anda tetap dengan pendirian tanpa memerlukan anda tinggikan suara.

Sebelum ini, bila Fareeq mengamuk di depan kedai permainan, Lisa akan marah dia dan dia akan lagi kuat menangis. Lisa pun rasa stress dan Fareeq pun dalam keadaan negatif.

Kemudian, Lisa cuba menjadi seorang yang tegas dan menggunakan psychology anak.

Yang paling tak boleh tahan apabila Fareeq nak permainan yang harganya agak mahal. Kalau harga seringgit dua ringgit mungkin boleh la nak consider tetapi bila dah sampai beratus memang tidaklah dalam budget kami. Tambahan pula permainan di negara Qatar, kebanyakannya harga sangat mahal disebabkan living cost di sini. Dan Lisa tidak salahkan Fareeq apabila dia ingin permainan yang mahal tersebut kerana selalunya permainan yang mahal itulah, menarik perhatian kanak-kanak dan pada seusia Fareeq 3 tahun, dia masih tidak tahu lagi nilai sesuatu itu mahal mahupun murah.



Apa yang Lisa lakukan apabila menghadapi situasi ini, Lisa akan kata kepada Fareeq
"Fareeq boleh menangis dan meraung sekuat-kuatnya, tetapi mama tetap tak akan beli permainan tu. Tapi kalau Fareeq pergi ke kedai bawah(kedai yang Lisa maksudkan ada sebuah kedai permainan yang harganya agak mampu milik) apa yang Fareeq pilih mama akan terus belikan".

Fareeq yang sedang meragam terus tarik tangan Lisa untuk pergi ke kedai bawah.

Dari situ Lisa belajar bahawa dengan anak-anak, perlu ada perbincangan dan tawar menawar. Apabila sudah dapat kesepakatan, insyaALLAH tiada lagi masalah meragam mahupun mengamuk.

Banyak lagi sebenarnya Lisa dan suami perlu belajar dalam menjadi ibu bapa yang baik dan tidaklah sampai tahap sempurna kerana dalam dunia ini tiada ibu bapa yang sempurna. Yang ada hanyalah ibu bapa yang mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.



Lisa sangat bersetuju dengan kata-kata oleh beberapa pakar kanak-kanak, mereka kata apabila diri anda sudah ada label ibu bapa maka wajiblah anda menuntut ilmu parenting kerana dari situ anda akan belajar untuk memperbaiki diri dalam peranan keibubapaan. Jangan jadikan pengalaman anda semasa kecil sebagai kayu ukur untuk mendidik anak zaman sekarang kerana zaman dulu dan zaman kini sangat berbeza. Mungkin boleh minta pendapat dari ibu bapa kita tetapi ada perkara yang kita juga perlu penambah baikan supaya ia seiring dengan zaman ini.



Lisa doakan semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita dalam melayari hidup bergelar ibu dan bapa. Amanah ini ALLAH berikan untuk mereka yang tertentu sahaja, maka peganglah amanah ini dan asbab untuk kita ke syurga nanti.



20:02

Perubahan Hidup Apabila Munculnya Anak Kedua

by , in
Apabila lahirnya anak kedua kami ke dunia ini iaitu Qaisarah Yusra, seolah-olah memberi satu sinar harapan dalam melengkapi ahli keluarga kecil kami. Sebenarnya sudah lama Lisa memendam rasa untuk mendapat anak perempuan, alhamdulillah ALLAH makbulkan doa Lisa untuk anak kedua ini.


Dalam melalui proses adapting when new person come to our family, ia membawa satu perubahan besar dalam hidup kami dalam keluarga kecil ini. Ada perubahan yang kami tidak jangka dan ada juga perubahan yang daripada awalnya kami sudah bersedia dari fizikal dan mental. 

Sarah dilahirkan ketika umur Fareeq baru mencecah 4 tahun 3 bulan. Bermaksud selama 4 tahun 3 bulan, Lisa, suami dan Fareeq sudah biasa kehidupan bertiga. Ke mana-mana kami bertiga. Buat apa-apa hanya kami bertiga. Semuanya hanya kami bertiga sahaja. Tiba-tiba selepas 4 tahun 3 bulan hadirnya seorang hamba ALLAH dalam dunia kami bertiga, ia sedikit sebanyak memberi kejutan di antara kami terutamanya Fareeq.

Semasa Lisa mula mengandungkan Sarah, Lisa memperbanyakkan cerita mengenai Sarah kepada Fareeq. Supaya Fareeq faham suatu hari nanti akan munculnya makhluk kecil yang dipanggil adik. 

Apabila kami lihat cerita kartun bersama, Lisa akan cerita kepada dia, nanti Fareeq macam tu la, ada adik. Kena layan adik dengan baik. 

Bila ada gambar bayi dalam story book, Lisa akan tunjukkan bayi tersebut seperti adik.

Bila kami pergi pasaraya dan ternampak bayi dan seorang abang di sisi, Lisa akan kata nanti Fareeq macam tu la. Adik dalam tummy mama, akan jadi bayi macam tu.

Bila kami menonton filem dan ada karakter bayi dalam filem tersebut, Lisa akan kata , nanti adik macam tu la. 

Bukan apa Lisa ceritakan semua itu kepada Fareeq, cuma Lisa nak Fareeq bersedia dari fizikal dan mental tentang kehadiran orang baru dalam hidup kami bertiga. 

Alhamdulillah apabila lahirnya Sarah, Fareeq tidak terkejut sangat dan dia sangat gembira kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Walaupun pada mulanya, memang nampak Fareeq seperti rasa pelik kerana sebelum ini fokus Lisa hanya kepada dia sahaja tetapi apabila Sarah muncul,  Fareeq terpaksa bagi ruang kepada Lisa untuk uruskan adiknya dan tidak terlalu tertumpu kepada dia sahaja. 

Lisa ada tulis mengenai 4 perkara yang perlu anda tahu sebelum melahirkan anak kedua kerana ia melibatkan perubahan dari segi rutin harian, emosi mahupun kasih sayang.



Antara perubahan utama yang boleh Lisa kongsikan dengan anda adalah.

Pengurusan Keperluan 

Keperluan untuk Fareeq dan Sarah sangat berbeza. Fareeq sudah capai umur 4 tahun lebih dan alhamdulillah dia pun sudah pandai uruskan diri seperti pergi ke tandas dan membuat rutin harian yang telah Lisa tetapkan dari awal lagi manakala keperluan Sarah tentulah A sampai Z Lisa perlu uruskan tambahan pula Lisa adalah full-time housewife, tiada pembantu. Maka di situ, Lisa perlu bahagikan masa untuk menguruskan Sarah dan menguruskan Fareeq di mana Fareeq perlu disediakan makanan dan keperluan asasnya untuk ke sekolah. 

Perbezaan keperluan tersebut membuatkan Lisa kadang-kadang ada yang terlepas pandang, sebab itulah Lisa akan tulis notes dan tampal di peti ais supaya ada perkara yang tidak tertinggal atau terlepas pandang. Apabila fokus dan tanggungjawab semakin bertambah ia juga memerlukan kita membuat sesuatu dengan lebih berhati-hati. 

Perubahan Masa

Mungkin sebelum ini, Lisa bukanlah orang yang terlalu menjaga masa tetapi apabila audah ada dua orang anak, masa itu ibarat emas. Lisa perlu bahagikan masa di antara menguruskan Fareeq, Sarah, keperluan suami , keperluan rumah dan kerjaya sebagai freelance writer dan blogger. Semasa Lisa mempunyai anak seorang sahaja, Lisa rasa banyak masa yang Lisa ada untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan keluarga. Tetapi hadirnya Sarah, Lisa merasakan seperti tidak cukup masa untuk buat semua tu dan perlu menguruskan masa sebaiknya. Jika tidak, sudah tentu ada perkara yang Lisa akan terlepas pandang.



Perubahan Emosi

Benarlah orang kata perubahan emosi akan berlaku apabila hadirnya orang baru dalam kehidupan kita. Emosi tersebut mungkin ada yang melibatkan positif emosi dan negatif emosi. Sebelum ini, Lisa seperti mudah marah kepada Fareeq jika dia buat sesuatu yang tidak kena caranya tetapi dengan hadirnya Sarah, Lisa lebih rasa kesabaran yang agak tinggi dengan perlakuan Fareeq serta adiknya.

Sebenarnya, anak-anak ini mengajar kita tentang sabar dan lebih bertindak rasional. Emosi ini juga melibatkan si ayah dan si anak yang pertama , dan bagi Lisa pasangan kita perlu sama-sama merasai apa yang kita rasa dengan berkongsi cerita kepada mereka. Janganlah memendam rasa jika anda perlukan seseorang untuk berkongsi masalah atau cabaran. Mereka berhak tahu tentang situasi emosi yang kita rasai.

Perbelanjaan Kewangan

Tahun depan adalah tahun 2020 di mana perbezaan cara hidup sangat ketara dengan 20 hingga 30 tahun yang lepas. Orang kata jika mahu tambah anak, perlu fikirkan juga soal keadaan kewangan kita bagaimana tetapi ada juga yang mengatakan anak itu pembawa rezeki. Ya, itu sudah pasti. Setiap anak ada rezekinya.

Mungkin sebelum ini, Lisa dan suami sudah meletakkan portion perbelanjaan untuk keperluan fareeq sahaja dan kini dengan kehadiran Sarah, portion untuk perbelanjaan anak akan bertambah. Sebab itulah, pengurusan kewangan juga akan perubahan dan sebagai ibu bapa kita perlu menguruskannya dengan baik demi masa hadapan mereka. Banyak atau sikit bukanlah perkara utama tetapi yang pentingnya, setiap anak ada bahagiannya. Tambahan pula, anak lelaki dan anak perempuan keperluan mereka sangat berbeza.




Perubahan hidup ini bukanlah sahaja akan berlaku apabila lahirnya anak kedua sahaja tetapi ia juga akan berlaku apabila lahirnya anak ketiga,keempat dan seterusnya. Perjalanan kita lebih panjang untuk dinikmati dan lalui pengalaman ini dengan hati dan fikiran yang terbuka. Perubahan yang berlaku akan lebih mematangkan untuk setiap ahli keluarga kecil ini.

Anggaplah setiapa hari yang kita bakal lalui merupakan hari pembelajaran buat kita sekeluarga. Setiap fasa mempunyai perbezaan pengalaman.


01:24

Anda Bakal Melahirkan Anak Kedua? 4 Perkara Yang Wajib Anda Tahu

by , in
Apabila si ibu dan si ayah mendapat tahu mengenai bakal bertambahnya lagi seorang ahli keluarga, tentu perasaan teruja akan timbul dalam diri dan sudah pasti si ibu dan si ayah akan terfikir bagaimana perasaan dan cara untuk handle dua orang anak nanti. Adakah ia lebih senang atau lebih susah? Bagaimana dengan si abang dan si kakak?Adakah abang atau kakak akan gembira dengan kelahiran si adik? Bagaimana layanan kita nanti terhadap si abang/kakak dan adik nanti? Pelbagai persoalan yang timbul serta bermain dibenak pemikiran si ibu dan si ayah. Itu adalah normal untuk kita yang bakal menerima cahaya mata yang kedua.



Dalam melayani persoalan yang timbul, 5 perkara ini perlu ibu ayah ambil tahu sebelum melahirkan anak kedua supaya tiada istilah 'culture shock' yang akan berlaku di kalangan ibu ayah. 5 perkara ini tidak semuanya diberitahu oleh orang sekeliling anda dan di sini Lisa nak kongsikan dengan ibu ayah yang merancang untuk mendapat anak kedua mahupun sedang menanti kelahiran si kecil.

Anak Pertama dan Anak Kedua adalah Berbeza

Sebelum lahirnya anak ke dua di dunia ini, ibu ayah perlu tanamkan dalam fikiran bahawa anak pertama dan anak kedua adalah berbeza. Mereka adalah orang yang berbeza.

Berbeza dari segi apa?

Berbeza dari pelbagai segi. Contohnya, si abang jenis yang tidak kuat nangis tetapi si adik jenis kuat sangat nangis. Si abang jenis yang beri susu badan dan akan mudah lena tidurnya tetapi si adik perlu di dodoi dan diberikan buaian,barulah tidurnya lena. Si kakak jenis yang tidak kuat menyusu tiba-tiba si adik jenis yang kuat menyusu. Banyak lagi perbezaan yang akan ibu ayah hadapi di antara anak pertama dan anak kedua. Tentu ia merupakan satu kejutan buat anda.

Bagaimana untuk menghadapinya?

Apa yang perlu anda lakukan adalah terima perbezaan anak pertama dan kedua seadanya. Setiap perbezaan merupakan keistimewaan buat mereka. Cara anda untuk menghadai situasi tersebut juga akan berbeza. Fahamilah bahawa perbezaan ini akan berlaku sejak mereka lahir sehingga mereka dewasa nanti walaupun jantina si abang/kakak dengan si adik adalah sama.

Itu jugalah yang dihadapi oleh Lisa sendiri. Fareeq dan Sarah sangat berbeza seperti langit dan bumi. Ada yang lebih dan ada yang kurangnya. Mula-mula Lisa rasa sangat tertekan dengan perbezaan ini kerana Lisa tidak tanamkan mindset bahawa anak pertama dan anak kedua adalah berbeza. Maka mulalah Lisa kata " Kenapa Sarah kuat nangis tapi fareeq tak da pun macam ni.. Sepatutnya dia kena ikut abangnya". Sebab itulah pentingnya, kita memahami setiap anak berbeza karakter, berbeza perangai dan berbeza dari pelbagai segi.


Tiada Istilah Bahagi Kasih Sayang, Yang Ada Hanyalah Bertambah Kasih Sayang

Pernah dengar tak orang sekeliling anda berkata, nanti bila anak kedua lahir maka kasih sayang mak ayah kena bahagi dua. Bila dengar statement itu, seolah-olah kasih sayang terpaksa dikurangkan kerana berkongsi. Tetapi sebenarnya lagi molek bila kita berkata lahirnya anak kedua bertambah kasih sayang untuk anak pertama dan anak kedua. Jika sebelum ini kasih sayang untuk anak pertama adalah 100%, bila lahirnya anak kedua maka kasih sayang untuk anak kedua juga akan 100% . Ia makin bertambah bukan makin berkurang.

Barulah anak pertama tidak rasa dirinya dipinggirkan. Kerana dia akan rasa lahirnya adik, bertambah kasih sayang ibu bapanya bukan semakin berkurang. Sebenarnya, apabila perkara ini berlaku ia akan membawa kesan negatif kepada anak pertama sehingga mereka besar nanti.

Sebab itulah, ibu ayah perlu tanam pada diri iaitu kasih sayang makin bertambah bukan dibahagikan. Walaupun bunyinya seperti terjemahan dari matematik, tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita ambil apabila kita bakal menimang cahaya mata kedua nanti.

Artikel berkaitan: Bagaimana melalui Fasa Anak Tantrum


Rutin Harian Akan Berbeza

Ya, rutin harian anda akan sangat berbeza apabila lahirnya si kecil. Mungkin apabila ada anak seorang, anda mempunyai banyak masa tetapi apabila lahirnya anak kedua, anda akan rasa masa tidak cukup untuk menguruskan pelbagai perkara termasuklah urusan rumah, keluarga mahupun kerjaya. Dengan perbezaan keperluan oleh anak pertama dan kedua, ia membuatkan banyak kerja yang perlu anda lakukan.

Contohnya si adik perlu susu badan dan si abang/kakak perlu makan solid food. Maka anda perlu bahagikan masa untuk memasak untuk si abang dan pada masa yang sama perlu susukan adik. Masa inilah, anda diuji tentang pengurusan masa. Jika anda ada pembantu,mungkin memudahkan kerja anda tetapi jika anda adalah seorang surirumah mahupun wanita yang bekerja, maka anda perlu tahu pengurusan masa yang betul.

Rutin harian anda tidak akan sama seperti sebelum ini.


Waktu Pantang Adalah Fasa Peralihan Emosi

Ada di kalangan anda, anak pertama dan anak kedua hanya beza setahun, dua tahun mahupun tiga tahun. Bagi anda mungkin ia masih tidak cukup buat si abang/kakak untuk mendapat kasih sayang secukupnya. Bayangkanlah si abang baru pandai berjalan tiba-tiba bakal mendapat adik. Tentu ada perasaan yang menggangu dalam jiwa anda.

Maka anda perlu tanamkan pada diri, waktu pantang iaitu 44 hari atau 2 bulan, ia merupakan tempoh atau fasa peralihan emosi. Masa itu mungkin anda akan banyak bermain dengan emosi seperti berasa sedih, mudah terasa dengan orang sekeliling, sering menangis dan sebagainya.

Bersabarlah ketika itu. Cuba luahkan perasaan yang terbuku kepada orang yang anda percayai dan orang yang terdekat dengan anda iaitu suami anda atau pun ibu ayah anda. Janganlah sesekali memendam rasa kerana mungkin jika anda pendam perasaan, anda mungkin akan mengalami pospartum depression. ia amatlah tidak bagus untuk kesihatan anda sendiri.


InsyaALLAH semoga perkongsian Lisa ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit pencerahan serta pendedahan kepada anda tentang perkara yang perlu anda tahu sebelum melahirkan anak kedua. Get prepared and insyaALLAH you can go through this beautiful journey as a mother.





14:33

Cara Elakkan Ketagihan Gadget Di Kalangan Kanak-kanak

by , in
Seperti yang Lisa pernah tulis tentang fareeq dan gadget iaitu seawal umur 2 tahun Lisa perkenalkan gadget kepada Fareeq kerana masa itu Lisa sangat sibuk membuat bisnes online. Bagi Lisa, bila beri fareeq gadget maka dia tidak akan kacau apa yang Lisa buat. Setelah mendengar ceramah dan membaca beberapa artikel berkenaan keburukan gadget maka Lisa dan suami mengambil keputusan untuk Fareeq kurangkan ketagihan gadget.

Alhamdulillah setelah beberapa kali percubaan akhirnya kami berjaya juga mengurangkan ketagihan fareeq terhadap gadget. Bukanlah bermaksud kami tidak bagi langsung dia bermain phone tetapi hanya sekali atau dua kali seminggu sahaja dia dapat pegang phone, pada waktu lainnya adalah sesi pelbagai aktiviti yang dilakukan di rumah.



Lisa kongsikan dengan anda beberapa cara yang kami lakukan. Mungkin cara ini works to your kids and may be not. Tapi tak salah untuk mencuba. Yang penting kita sebagai ibu bapa berusaha untuk berikan yang terbaik buat anak-anak kita.

Ibu Bapa Sendiri Perlu Jauhi Gadget

Pepatah Inggeris pernah mengatakan "Monkey see, monkey do".

Umur anak-anak yang bawah 6 tahun ni, mereka lebih suka memerhati apa yang ada di hadapan mereka dan kemudian mereka akan lakukan. Jika ibu bapa sudah tekad untuk menyuruh anak-anak kurangkan sesi gadget maka ibu bapa sendiri perlu mula untuk kurangkan sesi gadget. jangan suruh anak tidak tengok phone tetapi mak ayah 24 jam menghadap phone. Bermaksud lain apa yang dicakap dan lain apa yang dibuatnya.

Mula-mula memang rasa susah sebab Lisa sendiri sentiasa dengan phone sebabnya untuk balas message customer. Tapi itulah perkara yang perlu dikorbankan ketika itu. Bila fareeq lama tengok Lisa sudah tak pegang phone, indirectly dia sendiri terlupa pasal phone dan fokus untuk bermain dan pegang buku.

Rules no. 1 ini perlu dipatuhi jika nak baca yang kedua. Jika no.1 pun anda tidak lepas maka ia agak sukar untuk melakukan next step.

Tiada istilah phone ini anak punya

Apabila dari awal anda sudah menyatakan phone ini anak punya bermaksud kita sudah letak satu hak ke atas phone tersebut.  Maka anak-anak akan faham "Phone ini aku punya,so aku boleh guna pada bila-bila masa dan boleh tengok apa saja". Jadinya apabila anda melarang mereka untuk berhenti menggunakan phone, mereka akan refuse kerana mereka sudah anggap itu hak mereka dan tiada siapa boleh menghalang untuk menggunakannya.

Berlainan pula dengan konsep meminjam. Jika menggunakan istilah meminjam bermaksud mereka perlu pulangkan balik. Lisa tahu anda mampu untuk membeli satu phone untuk setiap anak tetapi untuk umur mereka yang masih kanak-kanak, lebih baik mereka meminjam phone anda. Apabila anda mahu menggunakannya, mereka akan mudah untuk memulangkan kembali phone tersebut kerana mereka faham itu hanyalah pinjaman semata-mata.

Selalu tekankan kepada mereka phone tersebut adalah anda yang punya, bukan mereka punya.

Keep them busy

Apa yang Lisa faham apabila melihat anak sulung Lisa ni, Fareeq akan meminta gadget apabila dia berasa bosan dan tidak tahu nak buat apa. Maka sebagai ibu bapa kita perlu pastikan mereka sentiasa sibuk dengan keadaan sekeliling. Antara contoh yang boleh membuatkan mereka sangat busy adalah dengan menyuruh mereka membantu anda membuat kerja rumah seperti menyapu, sidai kain, menyiram pokok bunga, basuh pinggan atau pun membuat aktiviti yang bermanfaat bersama-sama seperti aktiviti art and craft, bermain lego dan lain-lain lagi.

Macam Lisa sejak duduk di Dubai, rumah kami tidak besar mana dan tiada tanah untuk tanam pokok bunga, maka jauh sangat untuk meminta fareeq membuat aktiviti luar tambahan pula pada musim panas ni. Suhu di luar dalam 48 hingga 50 darjah. Kadang-kadang mati kutu dibuatnya. Tapi Lisa akan ajak fareeq buat aktiviti seperti:

Bila Lisa exercise, Lisa akan ajak Fareeq exercise bersama-sama. Ambil masa setengah jam hingga satu jam

Bila Lisa cuci toilet, Lisa ajak sekali Fareeq cuci toilet. Dia memang suka main air.

Bila Lisa kemas dapur, Lisa akan suruh dia lap meja dan almari.


Hantar Ke Kelas Kemahiran atau Playgroup

Jika anak anda bawah 3 tahun, anda sudah boleh hantar mereka untuk ke kelas playgroup dan kebanyakannya kelas playgroup ini hanyalah beberapa jam sahaja untuk 1 sesi. Sekurang-kurangnya mereka dapat belajar cara bersosial dan montessori. Bagi anak anda yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun ke atas, anda sudah boleh hantar mereka ke kelas kemahiran seperti kelas memasak, taekwando, belajar muzik dan sebagainya. Apabila aktiviti harian mereka penuh, maka mereka akan lupa tentang phone atau gadget kerana itu hanyalah sampingan sahaja bukan perkara utama untuk aktviti harian mereka.

Tips ini Lisa tulis apabila melihat cara Sheikh Muzaffar mendidik anak-anak beliau dengan memenuhi jadual harian mereka. Lisa selalu juga follow facebook Sheikh Muzaffar kerana kagum dengan cara didikan beliau terhadap anak-anaknya.

TV sebagai alternatif

Ada sesetengah berpendapat TV membawa banyak keburukan tetapi bagi pendapat Lisa sendiri ia bergantung kepada apa yang kita tonton. Lisa lebih prefer TV berbanding phone kerana di TV kita boleh lihat apa yang anak tonton berbanding phone, ada perkara yang kita tidak boleh kawal.

Tetapi perlu juga kawal masa untuk sesi menonton TV. Bukanlah setiap masa tetapi tetapkan waktu bila masa anak boleh menonton dan bila masa mereka tidak boleh menonton TV.



InsyaALLAH semoga perkongsian Lisa ini dapat memberi idea kepada ibu bapa yang berusaha untuk mengurangkan ketagihan gadget di kalangan anak-anak.

Percayalah, untuk permulaan ia agak sukar tetapi ia sangat berbaloi dengan kesabaran serta pengorbanan yang kita berikan. Jangan lupa untuk berdoa kepada ALLAh supaya dilembutkan hati anak-anak kita untuk mendengar kata dan menjadi anak-anak yang soleh solehah.









02:42

11 Rahsia Menjana Pendapatan Pasif

by , in
Dalam ig story yang lepas, Lisa ada kongsikan dengan rakan-rakan dan followers Lisa tentang beberapa cara bagaimana menjana pendapatan pasif dan mengapa sebagai seorang wanita, ibu dan surirumah perlu ada pendapatan pasif. Alhamdulillah, rupanya ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai pendapatan pasif ini dan mereka bertanya lebih detail cara menjana pendapatan pasif ini.

Sebenarnya, Lisa bukanlah pakar dalam bidang kewangan malah bukanlah dalam kategori wanita yang bekerjaya setanding dengan Vivvy Yusuf yang mempunyai empayar bisnes yang besar. Lisa ini hanyalah seorang wanita yang hanya mahu pendapatan pasif sahaja untuk membantu keluarga di samping dapat memenuhi impian Lisa, suami dan anak-anak.

Jika anda sama situasi dengan Lisa maka atikel ini sangat sesuai dengan anda tetapi jika anda mencari peluang untuk menjadi wanita yang sangat berjaya dan bekerjaya, artikel ini bukanlah untuk anda sebenarnya.

Apakah itu Pendapatan Pasif?

Pendapatan pasif adalah pendapatan yang anda perolehi tanpa memerlukan anda keluar bekerja dan tiada time frame untuk melakukannya. Senang cerita pendapatan pasif ini adalah anda dapat duit ketika anda sedang tidur mahupun anda sedang berehat.


Mengapa wanita,ibu dan surirumah perlu ada pendapatan pasif?

Kerana sebagai seorang ibu dan surirumah, kita sangat sibuk dengan urusan rumah dan urusan keluarga sehinggakan tiada masa untuk melakukan aktiviti atau bekerja untuk mendapatkan pendapatan kecuali wanita yang bekerja keluar rumah. Jika ibu yang mempunyai anak lebih 2 orang sudah pasti masa mereka lebih tertumpu dengan anak-anak dan urusan harian yang kadang-kadang tidak pernah habis.

Tapi pada masa yang sama, jauh di lubuk hati mereka mahukan pendapatan untuk memenuhi kehendak diri.

Pernah dengar tak kata-kata dari seorang pakar kewangan dari negara Barat berkata, janganlah bekerja untuk duit tetapi biarlah duit bekerja untuk kita.

Lisa mula mendapat inspirasi membuat pasif income ini adalah dari pembacaan blog-blog yang penulisnya datang dari negara barat. Mereka banyak menjadi surirumah tetapi pada masa yang sama mereka menjana pendapatan yang lumayan dari sumber pendapatan pasif. Jika mereka boleh lakukan maka kita juga boleh lakukannya.

Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui 11 cara menjana pendapatan pasif?



Tulis Buku atau Ebook

Adakah anda seorang yang suka menulis? Atau adakah anda mempunyai kemahiran dan mempunyai pengetahuan luas tentang sesuatu perkara? Jika ya, anda sudah boleh mengambil pen dan pensel untuk mula menulis buku atau ebook untuk dikongsikan dengan para pembaca di luar sana yang sering dahagakan ilmu anda.

Jika anda seorang wanita yang suka membuat pelbagai jenis kek, anda boleh membuat ebook dengan berkongsikan pelbagai jenis resepi kek.
Jika anda seorang yang suka dekorasi rumah, anda boleh menulis tentang tips dekorasi rumah.
Jika anda seorang wanita yang sukakan DIY, anda boleh menulis tentang 100 cara membuat Diy.

Pelbagai lagi ilmu yang boleh anda kongsikan dengan pembaca.

Anda boleh pasarkan ebook anda di website Klikjer.com. Dan jika anda mahu pasarkan buku anda boleh rujuk di karangkraf, Telaga Biru dan sebagainya. Setiap jualan buku atau ebook, anda akan dapat komisen atau royalti berdasarkan peratus yang telah anda persetujui bersama pihak penerbit.



Dividen

Mungkin ada di kalangan anda sudah biasa dengar tentang pelaburan di bank-bank yang memberikan pulangan dividen kepada para pelabur. Jika hari ini, anda simpan duit di bawah bantal mahupun di bank yang tidak memberi sebarang dividen maka, anda sudah boleh melabur wang simpanan anda di dalam bank iaitu Tabung Haji, ASB dan sebagainya.

Berapa percent dividen yang bakal anda terima bergantung kepada sesebuah bank tersebut yang mana mereka membuat pengiraaan berdasarkan keuntungan yang mereka perolehi.

Sleeping Partner

Tahukah anda ramai peniaga dan syarikat kecil inginkan modal untuk mereka membesarkan lagi perniagaan mereka. Kepada anda yang mempunyai lebihan wang simpanan, anda boleh menjadi sleeping partner kepada mereka yang memerlukannya. Sleeping partner ini bermaksud, anda melaburkan duit anda kepada sesebuah perniagaan dan mereka akan memberikan anda dividen mengikut percent yang telah anda persetujui.

Tugas anda hanyalah memberikan modal kepada mereka sahaja tanpa memerlukan anda turun bekerja bersama mereka. Selalunya, dividen yang anda perolehi adalah ketika sesebuah akaun itu ditutup dan dikemaskini setiap tahun.

Melabur Dalam Vending Machine

Anda pernah nampak tak vending machine di pasaraya yang menjual snacks, minuman dan ada juga yang menjual permainan. Sebenarnya, cara ini juga salah satu dikira pendapatan pasif iaitu tanpa anda keluar pegi menjual snacks, minuman dan permainan. Anda hanya perlu keluarkan modal sahaja untuk mendapatkan vending machine ini dan anda sudah boleh menjana pendapatan pasif dari rumah.

Mungkin ada di antara anda berkata, satu snacks hanya untung beberapa sen sahaja, tetapi tahukah anda jika 1 minuman keuntungan anda dapat dalam Rm0.50 dan didarabkan dengan 1000 unit, maka anda sudah dapat pendapatan pasif sebanyak Rm500 tanpa anda keluar pergi bekerja.

Menulis Blog

Menulis blog merupakan salah satu cara menjana pendapatan pasif. Ramai blogger yang menghasilkan pendapatan yang lumayan hasil dari menulis blog. Jika di Malaysia, antara blog atau blogger yang terkenal dan menghasilkan pendapatan yang lumayan andalah seperti denai hati, cik epal dan lain-lain lagi.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan pasif dari menulis blog antaranya adalah dengan cara anda membuat review untuk sesuatu barang atau servis dari sesebuah jenama atau syarikat. Mereka akan membayar kepada anda mengikut upah yang telah dipersetujui.

Bagi anda yang mahu mula menulis blog, anda boleh klik di sini untuk mempelajari menulis blog dan klik di sini bagaimana anda boleh mendapat duit dari penulisan blog. Langkah demi langkah Lisa tunjukkan kepada anda yang masih baru.

Artikel Berkaitan: 6 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Affiliate Marketing

Kebanyakan website pada tahun 2019, banyak menawarkan affiliate marketing khas untuk mereka yang ingin menjana pendapatan pasif. Apakah affiliate marketing?

Affiliate marketing bermaksud anda mempunyai kod tertentu yang telah ditetapkan oleh sesebuah website dan anda boleh letakkan link kod tersebut di bahagian media sosial anda mahupun di blog anda. Apabila ada orang membeli barang di link kod anda, anda akan memperolehi komisen. Ia sangat mudah dilakukannya. Tidak semestinya anda perlu anda blog. Jika anda ada facebook atau instagram, anda sudah boleh memulakan affiliate marketing ini.

Antara affiliate marketig yang boleh anda sertai adalah:

Sewakan Bilik Lebihan Anda

Jika anda mempunyai satu bilik lebihan yang anda memang tidak gunakannya maka anda boleh beri sewa kepada mereka yang mahu menyewakannya. Selalunya pelancong luar suka akan menyewa bilik kerana bagi mereka, harga hotel lebih mahal. 

Anda boleh daftarkan sewaan bilik anda di Airbnb.com

Sewaktu Lisa melancong ke Australia, Lisa telah menggunakan servis Airbnb.com ini untuk menyewa bilik kerana di Australia harga hotel sangat mahal. Lisa berkongsi rumah dengan tuan rumah tersebut dan mereka sangat baik melayani kami. Lisa percaya anda juga boleh buat seperti mereka. 


Jual Gambar

Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi, anda boleh menjual gambar yang anda ambil di beberapa website. Jika ada pembeli, anda akan mendapat komisen dari hasil jualan tersebut. Antara platform website yang menjual gambar adalah:

  • Shutterstock
  • Etsy
  • 500pxprime
  • Smugmug

Sewakan Ruangan Pengiklanan

Jika anda blog atau website, anda boleh sewakan ruangan periklanan kepada syarikat yang mahu mengiklankan produk atau servis mereka. Jika anda motor atau kereta, anda juga boleh sewakan ruangan car wrapping untuk pengiklanan. 

Dari segi harga sewa, anda boleh berbincang dengan syarikat tersbeut mengikut persetujuan bersama. 

Pelaburan Dalam Hartanah

Lisa ada beberapa orang ibu saudara yang bijak dalam bidang pengurusan hartanah. Dan mereka sudah pencen. Selalunya, anda akan dengar mereka yang pencen ini akan mendapat separuh pendapatan dari gaji mereka ketika sebelum mereka pencen dan ini adalah bagi mereka yang bekerja di kerajaan manakala bagi mereka yang bekerja di sektor swasta mereka akan dapat gratuiti.

Yang menariknya ibu saudara lisa ini, disebabkan mereka melabur dalam bidang hartanah iaitu mereka membeli tanah dan membina rumah, dan ada juga mereka membeli rumah dan mereka menyewakannya kepada orang lain. Setiap bulan mereka akan memperolehi wang sewa tersebut dan tanpa mengharapkan duit pencen mereka.

Sebenarnya,kita juga boleh lakukanya dengan cara membeli rumah atau tanah mengikut budget yang kita ada. Dan sampai satu ketika anda boleh menyewakannya kepada orang lain.

Sertai Multi Level Marketing atau Direct Selling Company

Alhamdulillah bila Lisa tengok kawan-kawan facebook Lisa ramai sertai MLM dan mereka sangat berjaya dalam syarikat tersebut. Ada yang sertai Mary Kay, Shaklee dan Herbalife. Jika ditanya kepada Lisa, 3 syarikat ini sangat stabil dan produk yang dikeluarkannya sangat bagus. Lisa tak kenapa ramai di kalangan kita mempunyai pandangan skeptikal terhadap perniagaan MLM ini.

Untuk pengetahuan anda bila anda sertai MLM ini, mereka sudah ada sistem yang bagus untuk menghargai setiap para penjual mereka iaitu salah satunya dengan memberi pendapatan pasif. Ia berlaku apabila orang bawah membuat jualan, dan orang atas atau mentor akan mendapat beberapa percent komisen yang telah ditetapkan tanpa orang atas tersebut keluar pergi mempromosikan barang.

Sebab itulah, mereka perlu bekerja sebagai sebuah kumpulan dan dengan cara itu mereka akan dapat pendapatan pasif yang stabil secara bersama-sama.


Perlu diingatkan bahawa pendapatan pasif ini bukan seperti pendapatan aktif iaitu berlaku dengan cepat seperti hari ini anda bekerja esok lusa anda boleh dah nampak hasil atau dapat income. Tetapi pendapatan pasif ini perlu dibina dari awal dan ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya. Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun dan mungkin juga 20 tahun. Walaupun ia mengambil masa tetapi ia sangat berbaloi.

Semoga perkongsian Lisa ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk anda menjana pendapatan pasif tidak kiralah anda masih bekerja atau pun anda menjadi surirumah sepenuh masa. Yang pentingnya adalah pendapatan ini dapat dijana tanpa anda perlu bekerja keras dan ia merupakan pendapatan sampingan.

Share this post with your friends!!

17:13

16 Cara Ini Tanpa Disedari Mampu Menjimatkan Duit Sebagai Seorang Wanita Dan Ibu

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Sebagai seorang wanita dan bergelar ibu, kita pasti mahu yang terbaik buat keluarga terutama sekali dalam pengurusan kewangan demi kelangsungan hidup. Ada sesetengah orang mengatakan wanita atau ibu merupakan pengurus kewangan yang bijak. Dari perihal perbelanjaan dapur sehinggalah perbelanjaan harian anak-anak, walaupun si bapa merupakan tunjang utama sumber pendapatan dalam sesebuah kekeluargaan. Jika kita dapat menguruskan kewangan dengan baik, maka tiada istilah tidak cukup duit dalam perbelanjaan bulanan. 

Adakah anda tahu dengan beberapa cara ini boleh membantu anda dalam menjimatkan duit harian dan bulanan, malah apabila anda lakukannya anda dapat menambahkan lagi duit dalam tabungan simpanan keluarga. Mungkin ada di antara anda nampak cara ini hanyalah perkara remeh tetapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam sesebuah perbelanjaan keluarga termasuklah belanja dapur, belanja harian serta perbelanjaan rumah.



Entry post kali ini Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 16 cara ini tanpa disedari mampu menjimatkan duit anda sebagai seorang wanita dan ibu. 

Senaraikan Menu Mingguan 

Jika anda belum pernah lagi membuat senarai menu mingguan, masa inilah yang sangat sesuai untuk anda mula melakukannya. 

Sebab apa? 

Sebabnya, apabila anda sudah tahu apa yang anda mahu masak untuk minggu tersebut maka anda sudah boleh senaraikan barangan dan bahan-bahan untuk masakan itu.

Tidaklah nanti berlakunya pembaziran seperti anda mahu pergi ke pasaraya dan anda beli apa sahaja tanpa merancang menu minggu tersebut. Sebagai contoh anda membeli tauhu tetapi minggu itu anda tidak memasak tauhu dan selalunya tauhu hanya bertahan 2 atau 3 hari sahaja di dalam peti ais. Apabila anda tidak menggunakan tauhu tersebut, ia akan rosak dan berlakulah pembaziran tanpa anda sedari. sebab itulah pentingnya ada senarai menu mingguan dan senarai barangan yang perlu dibeli untuk stok seminggu atau dua minggu dalam perbelanjaan dapur. Tidak kiralah barang masak basah ataupun bahan kering.

Ini List yang Lisa buat semasa bulan Ramadhan lepas. Senaraikan menu dan sebeahnya barang yang perlu dibeli untuk minggu tersebut. 


Beli Barang Ketika Ada Promosi

Di Malaysia, terdapat pelbagai sambutan perayaan dan peristiwa yang diadakan seperti sambutan hari raya, deepavali, tahun baru cina, sambutan tahun baru dan sebagainya lagi. Kebiasaannya, pasaraya serta kedai-kedai yang menjual barangan keperluan rumah, pakaian, barangan elektronik dan sebagainya, akan mengadakan promosi. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding ketika bukan hari perayaan tersebut.

Antara promosi yang sering diadakan adalah seperti diskaun 10% sehinggalah 90%, ada juga yang menawarkan 'Buy 1 Free1' dan tidak kurang juga memberi hadiah voucher untuk pembelian seterusnya.

Lisa ingat lagi waktu Lisa dan suami ingin buat majlis perkahwinan, kami membeli doorgift seperti air kotak ketika promosi sempena sambutan tahun baru cina. Lebih kurang 2000 unit kami beli dan dapat jimat sangat banyak berbanding kami membeli ketika bukan promosi. Sedangkan majlis perkahwinan kami akan berlangsung lagi 4 bulan, dek memimirkan penjimatan kami membeli barangan tersebut lebih awal.

Dan jika anda mahu lebih jimat, selalunya pasaraya dan kedai-kedai tersebut akan buat promosi ketika hujung tahun kerana mereka mahu membuat clearance stock.

Buat Budget Bulanan

Setiap daripada kita mempunyai perbezaan taraf hidup dan perbezaan dari segi perbelanjaan. Ada keluarga yang mempunyai anak ramai, sudah tentu perbelanjaannya lebih daripada mereka yang mempunyai anak yang sikit tetapi jika kita buat budget bulanan insyaALLAH, perbelanjaan akan berada dalam kemampuan kita. Sebenarnya, tidak ramai yang melakukan budget bulanan ini kerana bagi mereka budget bulanan ini hanyalah perkara sia-sia dan sukar untuk kita ikut.

Tapi sebenarnya bila kita ada budget bulanan, kita akan lebih berdisplin dan mengajar diri dan keluarga untuk lebih berjimat dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

Artikel berkaitan: 11 Cara Menjana Pendapatan Pasif

Download Apps Untuk Bandingkan Harga

Apabila anda bandingkan harga untuk sesuatu barang, anda secara tidak langsung dapat buat keputusan yang bijak kerana barang yang sama tetapi harga berbeza. Ada beberapa aplikasi di phone yang boleh anda download dan ia akan menunjukkan harga yang berbeza untuk setiap pasaraya seperti econsave, giant, Tesco dan lain-lain lagi.

Sebagai pengguna yang bijak, anda sudah boleh membuat keputusan di mana anda mahu berbelanja untuk barangan dapur mahupun barangan keperluan lain.

Berikut adalah aplikasi yang boleh anda download:

Anda juga boleh bandingkan harga di Lazada dan Shopee cuma bezanya 2 website ini adalah belian secara online sahaja. Lazada merupakan website kegemaran Lisa untuk membeli pampers anak ketika Lisa masih duduk di Malaysia. Kerana harga yang ditawarkan selalunya lebih rendah berbanding di pasaraya.

Praktis Tips dan Tricks DIY

Tahukah anda bahawa apabila anda selalu mempraktiskan DIY, anda dapat jimat banyak duit. Baru-baru ini, Lisa ada terbaca tentang seorang surirumah ini membuat DIY untuk dekorasi dapur serta permainan anak-anaknya dengan hanya menggunakan barang dari kedai Eco dan Mr.Diy sahaja. Hasilnya sangat mengujakan.

Antara DIY yang anda boleh lakukan adalah seperti perhiasan rumah, permainan anak-anak, dekorasi ruangan bilik,ruangan dapur dan sebagainya.



Berikut merupakan page DIY yang boleh anda jadikan panduan:



Beli Barang Second Hand

Ada di kalangan kita berasa malu untuk beli barangan second hand kerana bagi mereka barangan tersebut kurang kualitinya dan kondisinya tidak sebagus seperti first hand. Tapi bagi Lisa sendiri jika anda mahu beli barangan second hand tiada salahnya pun dan sebenarnya ia membantu anda untuk menjimatkan duit kerana barangan second hand ini sangat murah tetapi ia masih boleh dipakai.

Tips yang boleh Lisa kongsikan dengan anda ialah beli barangan second hand yang anda mahu pakainya hanya sementara waktu sahaja sebagai contoh baby chair. Ia hanya dipakai dalam tempoh beberapa bulan saja sementara bayi akan membesar selepas itu dan mereka sudah boleh duduk di kerusi dewasa.

Jangan malu untuk beli barangan second hand. Tidak semua barangan second hand itu tidak bagus. Lisa pernah jumpa barangan second hand yang sangat bagus kualitinya kerana orang yang memakainya sebelum ini sangat pandai menjaga barangan tersebut.

Anda boleh beli barangan second hand di beberapa group facebook seperti:

  • Preloved and New Rm10-Rm100
  • Barang Baby Murah dan Preloved
  • Preloved Baju Kurung, Tudung, Shawl
Kebanyakan barangan yang dijual semuanya masih cantik dan kondisinya juga masih tip top.

Dekorasi Rumah Secara Minimalis

Sudah menjadi trend dekorasi rumah secara minimalis sejak tahun 2017. Konsep yang ditonjolkan dalam minimalist ini adalah konsep kesederhanaan tetapi ia sangat menarik dan kemas.

Dengan dekorasi rumah minimalist ini, anda dapat menjimatkan duit apabila anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi dekorasi rumah.

Anda juga boleh membaca 77 Tips dan Teknik Dekorasi Budget untuk mendapatkan idea bagaimana anda boleh membuat dekorasi yang lebih menarik untuk rumah anda mengikut budget yang anda ada sahaja.

Rekod Perbelanjaan Anda

Tak ramai di kalangan kita yang merekod perbelanjaan mingguan mahupun bulanan. Sebenarnya ia sangatlah penting kerana ia dapat memberi gambaran sebenar tentang di mana arah duit kita banyak dibelanjakan. Bila anda kenal pasti perbelanjaan yang boleh dijimatkan maka anda sudah boleh merancang untuk berbelanja pada minggu atau bulan seterusnya.

Pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk merekod perbelanjaan ini, antaranya anda boleh create group wassap di antara suami dan isteri supaya kedua-duanya tahu keadaan duit keluar masuk. Selain itu, anda juga boleh merekodkan perbelanjaan dalam microsoft excel.

Rajinkan Sign Up Atau Subscribe

Apabila anda buka sesuatu laman web atau e-commerce, selalunya akan keluar pop up dan minta anda untuk sign up atau subscribe newsletter mereka. Bagi anda yang malas nak layan dengan newsletter mereka sudah pasti anda akan tekan pangkah dan close dari pop up tersebut. Tapi sebenarnya tujuan sign up itu bukanlah ingin menggangu atau memenuhi inbox email anda tetapi ia juga memberi kemudahan untuk anda mengetahui promosi yang mereka lakukan. Dan anda adalah orang pertama akan tahu mengenai promosi tersebut.

Dulu Lisa pun seperti anda, tidak suka mengisi nama dan email untuk sign up bagi sesebuah newsletter website tapi apabila Lisa terbaca ada seorang wanita di negara Amerika yang suka akan sign up ini dan ia membuatkan wanita ini berbelanja secara berhemah.

Lisa beri contoh situasi yang pernah dialami iaitu Lisa suka akan satu brand baju ini tetapi disebabkan harga yang dijual agak mahal bagi Lisa maka Lisa hanya follow newsletter mereka sahaja. Sehinggalah suatu hari, Lisa buka newsletter brand baju tersebut dan mereka menawarkan hanya 10 orang pertama sahaja yang layak mendapat harga yang sangat berbaloi itu dan dalam masa 1 jam sahaja sale tersebut dilakukan. Lisa dapat baju itu dengan harga yang mampu milik dan sekarang apabila lihat harga baju tersebut, ia sudah 7 kali ganda daripada harga yang telah Lisa beli pada masa itu.

Menarik bukan? Maka mulai sekarang pilihlah website atau online shop yang anda suka dan segeralah sign up untuk menjadi orang pertama mengetahui segala promosi yang mereka lakukan.

Jual Barang Yang Tidak Terpakai

Cuba anda lihat di store atau pun di bawah katil anda, mungkin ada barang yang anda tidak pernah pakai langsung dan mungkin juga anda hanya pakai sekali dua sahaja. Ya, barang itulah sepatutnya anda perlu jual kepada orang yang memerlukannya. Jangan disimpan terlalu lama dan akhirnya anda akan buang juga barang tersebut. Sayang sangat.

Apabila anda jual barang yang sudah tidak dipakai sebenarnya, ia juga boleh menambahkan pendapatan sampingan tanpa anda sedari.

Buat Bisnes Online

Zaman sekarang ramai yang membuat bisnes online dari rumah. Ada yang menjual barangan seperti barang dapur, barang kosmetik,pakaian dan sebagainya lagi. Dengan cara ini dapat menambahkan tabungan bagi sesebuah keluarga demi kelangsungan hidup.

Rebutlah peluang yang ada. Jika anda tidak tahu bagaimana mahu memulakannya, terdapat banyak panduan dan mentor yang menawarkan perkhidmatan untuk mengajar anda membuat bisnes online. Anda juga boleh menjadi dropship atau agent bagi menjinakkan diri dalam bisnes online ini.

Berikut merupakan panduan yang anda boleh belajar untuk membuat bisnes online mengikut minat anda



Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah mungkin namanya tak sehebat seperti orang yang bekerja di pejabat tetapi tahukah anda dengan bekerja dari rumah ia banyak dapat jimatkan duit seperti perbelanjaan minyak kereta atau moto, duit tol dan lain-lain lagi. Pelbagai pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah seperti menjadi freelancer untuk bidang yang anda suka seperti bidang penulisan, perakauanan,kesenian dan sebagainya.

Anda juga boleh daftar di website FIVERR untuk menjadi freelancer antarabangsa.

Kebanyakan syarikat pada zaman sekarang memerlukan freelancer untuk bekerja di syarikat mereka tanpa perlu pergi ke pejabat. Kerana ia juga dapat menjimatkan kos bagi sesebuah syarikat apabila mengupah freelancer.

Recycle

Recycle barang sebenarnya tidak asing lagi di kalangan kita kerana sudah banyak kempen recycle yang telah diwar-warkan dalam media sosial mahupun di televisyen. Di sini Lisa mahu mengingatkan kembali kepada anda untuk recycle barang yang boleh anda lakukan. Dan antara barangan tersebut seperti plastik yang anda dapat di pasaraya ketika membeli belah, ia boleh digunakan semula sebagai plastik sampah di rumah.

Bagi anda yang selalu membeli makanan yang mempunyai bekas plastik jernih, ia juga boleh digunakan semula untuk mengisi barang dalam peti ais supaya ruangan peti ais anda nampak lebih teratur. Maka tidak perlulah membeli bekas tupperware untuk mengisi barang dalam peti ais tersebut.


Refill

Anda pernah terfikir tak untuk refill sabun mandi, sabun basuh pinggan dan seumpama denganya boleh dilakukan dengan menambah air sahaja. Caranya mudah sahaja, 1 bekas sabun mandi di bahgika kepada dua bekas yang berlainan. Kemudian, tambahkan air dalam bekas tersebut bercampur dengan sabun mandi dan goncangkan ia sehingga anda lihat kedua-dua campuran ini bersatu. Lakukan perkara yang sama dengan botol kedua. Dan botol pertama anda sudah boleh gunakannya untuk bekalan mandi bagi 2 minggu dan seterusnya boleh gunakan botol kedua.

Nah, jimatkan. Cara ini Lisa dapat dari sebuah blog yang banyak menceritakan tips and hacks of saving money. Bila Lisa sendiri lakukan, ya memang betul dapat jimat duit untuk perbelanjaan sabun-sabun di rumah.


Bersiar atau Bercuti di Tempat Yang Percuma

Untuk menggembirakn keluarga anda, sudah pasti bersiar-siar dan bercuti merupakan aktiviti wajib pada musim cuti sekolah mahupun pada hujung minggu. Jika anda yang sedang dan ingin menjimatkan duit, anda boleh praktiskan dengan cara bersiar-siar di tempat yang percuma. Terdapat lebih 300 buah tempat dan aktiviti percuma yang boleh anda lakukan bersama keluarga anataranya adalah berkelah di air terjun, memancing di sungai, memanjat gunung, bermain di taman permainan dan sebagainya.

Tanam Pokok

Lisa ingat lagi waktu Lisa masih kecil dan keluarga Lisa tinggal di kampung kemudian kami berpindah di kawasan taman, mak Lisa sangat suka menanam pokok. Mak cakap boleh jimat duit bila kita tanam pokok. Bayangkanlah dari sayuran seperti bendi, kucai, terung sehinggalah buah pisang, semuanya mak Lisa tanam. Boleh dikira berapa sayur sahaja yang kami beli di pasar dan selebihnya mak tanam di belakang rumah.

Bagi anda yang ada ruangan tanah yang boleh ditanam tumbuhan seperti sayuran mahupun buahan, maka lakukanlah kerana ia dapat menjimatkan duit tanpa anda sedari. Jika anda yang duduk di rumah tiada tanah seperti rumah apartment mahupun kondominium, anda boleh tanamnya di dalam bekas pasu.



Ini sedikit sebanyak yang boleh Lisa kongsikan dengan anda berdasarkan pengalaman Lisa sendiri serta pengalaman dari orang sekeliling Lisa. Jika anda mahu lebih banyak lagi tips cara menjimatkan duit, and boleh klik di link bawah ini. Lebih 100 tips yang dikongsikan oleh penulis Encik Zahid zainal tentang cara jimatkan duit dari perihal strategi berjimat cermat di rumah sehinggalah strategi berjimat cermat di pejabat.









Share This Post With Your Friends!!