15:00

Pengalaman Dan Tips Mendidik Anak Lelaki

by , in
Mempunyai anak lelaki merupakan satu anugerah terindah buat si ibu dan si bapa. Mungkin ada ibu bapa di luar sana terlalu menginginkan anak perempuan tetapi ALLAH mengurniakan anda anak lelaki. Sebenarnya, mendapat anak lelaki atau anak perempuan adalah hadiah daripada ALLAH jika ingin dibandingkan mereka yang tidak mempunyai anak walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Bersyukur atas kurniaan yang ALLAH berikan.

Sebenarnya mempunyai anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan mereka menjadi seorang hamba ALLAH yang berguna di atas muka bumi ini. Tetapi pada masa yang sama sebagai ibu bapa kita perlu tahu teknik dan cara pendekatan mendidik anak yang berlainan jantina. Kerana fitrah mereka adalah berbeza.

Alhamdulillah, ALLAH kurniakan Lisa anak pertama adalah anak lelaki. Pada mulanya, Lisa agak culture shock juga kerana Lisa tidak pernah ada adik lelaki dan tidak pernah ada pengalaman membesar bersama-sama dengan adik beradik lelaki walaupun abang Lisa yang sulung adalah lelaki tetapi disebabkan faktor jarak umur yang terlalu jauh maka kami tidak begitu rapat. Maka bagi Lisa, ini merupakan pengalaman baru serta chapter baru dalam kehidupan Lisa.

Mendidik anak lelaki sebenarnya bukan mudah dan bukannya susah, cuma sebagai seorang ibu Lisa perlu ada sedikit sebanyak ilmu dalam mendidik anak lelaki ini. Kebetulan Lisa mempunyai suami yang berlatar belakangkan adik-adiknya juga semua perempuan, maka ini juga pengalaman baru bagi dia dalam mendidik anak lelaki.

Sifat dan tingkah laku anak lelaki ini boleh dilihat seawal setahun lebih. Dari situ, Lisa cuba mengenali lebih dekat sifat dan tingkah laku Fareeq(nama anak Lisa yag pertama). Pada awalnya, Lisa agak tertekan juga kerana fitrah dan sifatnya sangat bertentangan dengan diri Lisa sendiri.

Kebetulan, kawan baik Lisa kebanyakannya mempunyai anak perempuan dan Lisa lihat mereka lebih mudah mendidik anak perempuan berbanding anak lelaki. Masa itu, Lisa rasa agak sedih sebab terlalu penat untuk membesarkan anak lelaki ini, tetapi bila mak abah dan suami beri sokongan maka dari situ Lisa cuba untuk belajar sedikit demi sedikit untuk mendidik anak lelaki ini.

Ini adalah pengalaman Lisa dengan Fareeq dan disertakan tips mendidik anak lelaki. Jika anda rasa ia juga boleh diaplikasikan untuk anak lelaki anda, cubalah mungkin ia memberi kebaikan kepada anda dan anak anda.



1. Anak Lelaki suka akan Timeline atau Masa.

Ini antara cabaran yang Lisa hadapi dengan Fareeq iaitu bila Lisa minta dia buat sesuatu dengan segera atau 'sekarang' , dia memang susah untuk lakukannya. Contohnya,

Lisa kata
" Fareeq, pergi mandi sekarang"
"Fareeq, pergi makan sekarang"

Guess what?

Dia tidak hiraukan pun apa yang Lisa katakan. Sebenarnya, anak lelaki ini suka diberi masa dan mereka suka bercakap tentang masa. Jika anda perasan orang lelaki suka memakai jam di tangan bermaksud mereka suka akan masa dan timeline. Maka Lisa cuba untuk ubah ayat iaitu

"Fareeq, mama bagi masa 5 minit untuk Fareeq main dan lepas tu pergi mandi"
"Ok, mama"

Sejak itu, tanpa perlu disuruh, Fareeq dah boleh pergi sendiri dan tiada paksaan dan tiada nada suara tinggi dari Lisa. Dia sendiri yang akan alert tentang masa dan faham selepas buat sesuatu, dia perlu lakukan sesuatu mengikut apa yang Lisa minta.

2. Anak Lelaki suka diberi pilihan dan tidak suka dipaksa.

Kalau boleh jangan terus berkata tidak kepada anak lelaki kerana mereka akan mudah tantrum dan mudah mengamuk jika tidak diberi apa yang mereka mahu. Dan anda perlu faham bahawa anak lelaki ini suka diberi pilihan supaya mereka tidak tantrum. Sebagai contoh, anda menghadapi situasi anak anda inginkan permainan yang mahal dan anda tidak mahu membelikannya. Jangan berkata tidak kepada mereka tetapi beri mereka pilihan, contohnya;

"Fareeq apa kata kita pergi ke kedai yang lagi satu, di sana Fareeq boleh pilih toys yang fareeq nak atau fareeq duduk di kedai ni tetapi tidak boleh beli sebarang permainan yang Fareeq nak. Fareeq nak pergi ke kedai yang lagi satu tak?"

Guess what?

Anak lisa terus keluar dari kedai permainan yang mahal dan kami masuk ke kedai permainan yang jauh lebih murah. Pada usia umur 3 hingga 5 tahun, mereka masih tidak tahu nilai harga sesuatu barang, maka masa ini anda masih boleh berbincang dengan mereka. Bagi mereka, selagi permainan tersebut boleh dimain dan ia memberi keseronokan kepada mereka.

Ini adalah contoh situasi yang pernah Lisa alami dengan anak lelaki. Jika anda mengalami situasi yang berbeza, maka anda perlu bijak untuk merancang pilihan yang boleh diberikan kepada mereka.

3. Anak Lelaki suka pujian dan pelukan serta sentuhan.

Mungkin ada ibu bapa di luar sana menganggap anak lelaki ni, tidak perlu dipeluk, tidak perlu diberi pujian atau diberi sentuhan supaya mereka menjadi lelaki yang sejati, bak kata orang menjadi lelaki yang sado. Fahamilah bahawa, dengan pujian, pelukan dan sentuhan membuatkan anak lelaki lebih lembut hati dan mudah untuk mendengar kata ibu bapa kerana itu juga merupakan pengikat kasih sayang.

Ada sesetengah lelaki yang sudah besar, malu untuk peluk ibunya. Kenapa nak malu? Itukan ibu kita.

Sebab itulah, didik anak lelaki sejak kecil untuk berkasih sayang dengan melalui pujian,pelukan dan sentuhan. Supaya mereka lebih menghargai ibu dan seorang wanita.

Pernah Lisa nampak Fareeq sedih sangat sebab permainan dia sudah rosak. Lisa datang menghampiri Fareeq dan berkata

"You need hug?"
"Yes, I need your hug mama. Fareeq sedih"

Kami saling berpelukan. Bila dah dua atau tiga minit Lisa tanya Fareeq.

"Now, you feel relieved? Feel much better?"

Fareeq mengangguk dan kembali tersenyum.

Dan bab pujian pula, anak lelaki memang suka dipuji kerana itu merupakan booster bagi mereka. Jika anda perasan, anak anda yang berumur 4 tahun ke atas suka berkata selepas mereka menyiapkan sesuatu perkara sebagai contoh, mereka membina lego dan hasilnya lego tersebut berbentuk robot. Mereka akan bawa robot tersebut dan tunjuk kepada anda

"Mama, cuba tengok ni"

Maka, anda perlu memberi pujian walaupun hasilnya tidaklah berbentuk robot sangat tetapi murahkan sahaja dengan pujian supaya mereka lebih bersemangat.

"Wah cantiknya robot fareeq. Apa nama robot fareeq ni?"

Fareeq terus gembira bila dapat pujian sedemikian.

4. Anak Lelaki tidak pernah rasa takut. 

Untuk bab ini, sebenarnya sampai sekarang Lisa masih menghadapinya kerana Fareeq tak pernah rasa takut untuk melakukan sesuatu perkara yang berbahaya. Walaupun usianya nak masuk 5 tahun tetapi dia tidak pernah ada perasaan takut walaupun sudah banyak kali Lisa dan suami keluar masuk klinik sebab dia jatuh, lebam sana sini dan luka sana sini. 

Dan itulah fitrah seorang anak lelaki, mereka tidak pernah ada perasaan takut. Yang mereka tahu, dengan melakukan perkara tersebut ia dapat memberi keseronokan dalam diri mereka. 

Dengan fitrah tersebut juga, sebab itulah pekerjaan yang banyak risiko dipikul oleh lelaki bukannya wanita. Contohnya kerja panjat tiang elektrik, kerja bina bangunan, kerja askar komando, semuanya terdiri daripada lelaki. Bermaksud sudah fitrah ALLAH tiupkan semangat berani kepada mereka. Jika kita faham tentang fitrah ini, maka insyaALLAH kita boleh deal dengan kelakuan anak lelaki. 

Dalam melayani fitrah anak lelaki yang tidak pernah ada perasaan takut, ia juga ada hadnya. Lihatlah jika permainan atau perkara yang mereka lakukan membawa kemudaratan kepada mereka, cubalah halang dan beri mereka pilihan untuk bermain permainan yang lain. 

Sebagai contoh, anak Lisa memang suka memanjat dan dia akan terjun dari tempat yang tinggi. Maka Lisa lihat jika ia sekadar kerusi yang tidak terlalu tinggi, Lisa cuba biarkan tetapi jika ia agak tinggi Lisa akan letak tilam di bawahnya, supaya bila dia jatuh dia tidak akan cedera. 

Kalau boleh jangan terus melarang anak untuk melakukan sesuatu perkara kerana ia mungkin boleh memberi perasaan terlalu takut kepada mereka. Dan lama-lama ia memberi kesan negatif kepada diri anak lelaki tersebut seperti mereka tidak mempercayai kemampuan diri mereka sendiri dan mempunyai perasaan terlalu takut kerana sejak kecil ibu bapa sentiasa melarang mereka. 

Lisa pernah ada pengalaman berjumpa dengan seorang anak kecil lelaki ni, umur anak ini lebih kurang 2 tahun tetapi Lisa lihat anak ini sangat-sangat takut untuk melakukan sesuatu perkara sehinggakan dia takut untuk turun dari katil, takut untuk berjalan, takut untuk melakukan sesuatu perkara yang dia sebenarnya ingin lakukan cuma perasaan takut terlalu menguasai diri. 

Bila berbual dengan pengasuhnya, rupanya ibu bapa anak kecil ini sering melarang anak ini untuk melakukan sesuatu perkara kerana ibu bapa ini terlalu takut anak mereka jatuh, takut anak mereka lebam dan luka. Sebenarnya dengan jatuhlah, anak ini belajar untuk berjalan, berlari dan explore everything in this world. Tetapi seperti yang Lisa katakan, ia ada limitation. 


5. Anak Lelaki Suka Diberi Tanggungjawab 

Selain fitrah anak lelaki tidak ada perasaan takut, anak lelaki ini juga suka diberi tanggungjawab. Dengan tanggungjawab yang diberikan mereka merasai diri mereka lebih dihargai. Percayalah dan cuba anda lakukan kepada anak lelaki anda. 

Perkara yang mudah dilakukan adalah, beri mereka tanggungjawab untuk mengambil sesuatu barang dan diberikan kepada anda. Contohnya,

"Fareeq, tolong mama ambilkan cawan di dapur. Tolong isi air sekali, mama haus. Kasihan mama"

Fareeq dengan gembiranya akan melakukan perkara tersebut kerana kita memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada mereka untuk melakukannya. 

Walaupun ia nampak mudah, tetapi ia memberi kesan besar kepada anak lelaki supaya mereka faham tentang tanggungjawab. 


6. Anak Lelaki Suka belajar dan mudah faham tentang Kemahiran atau Skill

Percaya atau tidak, anak lelaki ini mudah belajar dan faham tentang sesuatu perkara yang melibatkan kemahiran. Tidak dinafikan ada juga anak lelaki yang suka belajar tentang pembelajaran. Rata-rata Lisa lihat anak lelaki lebih suka sesuatu perkara yang melibatkan kemahiran.

Sebagai contoh, mak mertua Lisa pernah cerita tentang suami Lisa semasa dia berumur 4 atau 5 tahun. Setiap permainan yang baru dibeli, dia akan buka permainan tersebut dan permainan tersebut akan relai. Sebab dia nak tahu, bagaimana kereta bateri tersebut boleh berfungsi dan boleh bergerak. 

Dan Lisa juga lihat, Fareeq jenis mudah faham tentang kemahiran. Sebagai contoh semasa umur dia 4 tahun, Lisa ajar dia sekali sahaja cara on aircond dan radio dalam kereta. Hari yang seterusnya dia dah boleh lakukan sendiri. Sama juga dengan kemahiran melipat baju, butang baju. Anak lelaki memang akan mudah faham perkara yang melibatkan kemahiran.






Baiklah itu sahaja perkongsian Lisa mengenai pengalaman dan tips mendidik anak lelaki. Penulisan Lisa ini bukanlah dari seorang yang pakar dalam bidang kanak-kanak tetapi Lisa menulis sebagai seorang ibu yang mempunyai anak lelaki serta mencedok pengalaman dari ibu-ibu sekeliling Lisa yang mempunyai pengalaman mendidik anak lelaki. Mereka juga berkongsi perasaan yang sama dengan Lisa. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang mempunyai anak lelaki. Untup tips mendidik anak perempuan, tunggulah ye... mana tahu anak yang Lisa kandungkan sekarang anak perempuan insyaALLAH lagi 3 atau 4 tahun Lisa kongsikan pula tips mendidik anak perempuan. 

Thanks for stopping by my blog.

















09:50

Permainan Merangsang Minda Tanpa Menggunakan Gadget

by , in
Sejak kebelakangan ini, ramai ibu bapa risaukan anak-anak mereka yang semakin ketagih dengan dunia gadget. Ada anak-anak yang boleh menghabiskan masa bersama gadget dalam tempoh yang lama iaitu sejam, dua jam dan tidak kurang juga seharian mereka mengadap gadget. Sebenarnya ada kebaikan dan keburukan apabila ibu bapa memberi gadget kepada anak. Sebenarnya, Lisa pun mengalami masalah yang sama tetapi, setelah Lisa mendapat kesedaran daripada hasil pembacaan di internet serta motivasi di television, Lisa baru tahu cara mengawal anak daripada ketagih gadget.

Ia berbalik kepada peranan sebagai ibu bapa. Ibu bapa lah yang sepatutnya mengawal aktiviti anak-anak tambahan pula ketika masa mereka bersama gadget ini.

Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 1 website di mana anda boleh membawa anak anda jauh dari gadget serta dapat memberi rangsangan minda kepada mereka tanpa menggunakan gadget.

Anda boleh layari website tersebut:



Happy Go KL adalah website yang berkonsepkan kid-friendly activities, events and games. Ia ditulis oleh ibu bapa sendiri yang berkongsi pengalaman mereka pergi bercuti dan membuat aktiviti bersama anak-anak. Mungkin ada dikalangan ibu bapa buntu untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak, maka anda boleh dapat idea di website ini.

Sebagai contoh, Lisa dapat membaca review daripada ibu bapa yang membawa anak mereka ke Kidzania. Semasa hari jadi Fareeq, Lisa dan suami menyambut hari jadinya di kidzania dan kami lihat Fareeq sangat gembira dengan melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sana. Sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan kepada Fareeq untuk mencuba sesuatu perkara yang baru dan belajar tentang self-esteem.

Artikel berkaitan: Cara Elakkan Ketagihan Gadget Di kalangan kanak-kanak

Selain itu, dalam website ini ada berkongsi tentang tips parenting, mompreneur, travel with kids, dan giveaway khas untuk anda yang ada anak untuk dibawa pergi bercuti.

Di samping itu, anda juga boleh membeli permainan yang merangsang minda anak-anak tanpa menggunakan gadget. Anda boleh layari di link ini: http://happygokl.com/games/ 

Fareeq memang sukakan aktiviti yang mencabar minda sebab itulah Lisa beri pendedahan kepada dia dengan 2 game ini iaitu Lisa dapatkannya dari Happy Go KL Games.



Terdapat 2 jenis game yang diperkenalkan oleh Happy Go KL ini iaitu Games on the Go dan Lizards and Ladders.




Apa yang membuatkan fareeq sangat gembira main dua permainan ini adalah dia dapat kenal nama-nama baru haiwan di mana sebelum ini dia tidak pernah tahu. Serta permainan lizards and ladders, ia mengajar fareeq untuk mengira step box by box serta menguji kesabaran Fareeq untuk menghabiskan permainan ini. Dan apabila dia berjaya menghabiskan permainan ini iaitu di kotak nombor 100, dia sangat-sangat happy. 






Ini antara gelagat fareeq bermain permainan Happy Go KL Games. Excited sungguh dia bila Lisa ajak dia main bersama. Kami menghabiskan masa bersama untuk bermain permainan ini lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

Sepanjang bermain dengan permainan ini, Fareeq memang tidak minta gadget dari Lisa. Dan kebetulan memang Lisa didik Fareeq, bahawa masa gadget hanya 1 jam sahaja untuk 1 hari. Sebab itulah, dia tidak kisah jika tiada gadget di sebelah tetapi yang penting Lisa perlu sediakan beberapa aktiviti yang merangsang minda dia supaya sentiasa ada pengisian dalam diri Fareeq. 

Oh ya, sebelum lisa terlupa jika anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Happy go KL ini,iaitu aktiviti bersama anak yang boleh dilakukan bersama serta event yang bakal diadakan di KL mahupun di Malaysia, anda boleh reach them di:

Website:

Facebook:

Email:
info@happygokl.com








10:33

5 Cara Penjagaan Kulit Ketika Hamil

by , in
Sejujurnya bila Lisa berbual dengan ibu hamil yang lain, kebanyakannya mempunyai masalah kulit ketika hamil. Ada sesetengah ibu hamil berkata, sebelum mereka hamil tiada langsung masalah kulit tetapi ketika hamil tiba-tiba sahaja masalah kulit ini datang. Ya, sebenarnya Lisa juga pernah alami masalah yang sama. Sebab itulah, Lisa tulis entry post mengenai 5 cara penjagaan kulit ketika hamil untuk dijadikan panduan kepada ibu-ibu yang baru hamil supaya anda dapat mengambil langkah berjaga-jaga dalam penjagaan kulit.

Berikut Lisa list kan beberapa masalah kulit yang sering ibu hamil hadapi antaranya:


  • Masalah kegatalan di bahagian badan.
  • Masalah kulit menjadi gelap di sesetengah bahagian badan yang berlipat seperti ketiak, belakang siku, belakang lutut dan leher.
  • Masalah kulit muka yang tiba-tiba ada jerawat dan tidak kurang juga ada masalah 'mata panda' atau lebih dikenali sebagai dark circle dan eye bag.
  • Masalah kulit muka yang semakin nampak kusam.
  • Masalah kulit stretch mark di bahagian perut. 

Mungkin ada orang sekeliling anda mengatakan 
"Alah jangan risaulah, lepas bersalin nanti hilanglah semua masalah kulit tu."

Dan anda mengambil langkah tidak menghiraukan masalah kulit tersebut tanpa menjaganya dan merawatnya. Tetapi mengikut pengalaman orang sekeliling Lisa, ada sesetangah ibu hamil yang menghadapi masalah kulit ini, walaupun sudah bersalin, ada juga di antara mereka kekal mempunyai masalah kulit tersebut kerana mereka tidak mengambil apa-apa langkah untuk merawat atau mencegahnya. 

Baiklah, di sini Lisa ingin kongsikan kepada anda 5 cara penjagaan kulit ketika hamil. Orang putih kata " Prevent is better than cure".



Sapuan minyak atau cream di bahagian perut 

Kebiasaannya, ibu hamil akan menghadapi masalah stretch mark yang agak teruk. Stretch mark ini bermaksud kesan daripada renggangan perut kita yang semakin membesar. Di bahagian perut tersebut, jika anda tidak sapukan minyak atau cream yang sepatutnya maka stretch mark ini akan meninggalkan kesan sampai bila-bila maka perut kita tidak menjadi kemas dan nampak lebih licin seperti anak dara. Lisa nasihatkan supaya ibu hamil mula sapukan minyak atau cream ini pada awal kehamilan seperti 2 bulan atau 3 bulan supaya tidak berlaku kesan renggangan yang sangat teruk ketika akhir kehamilan. Antara jenama yang sering ibu-ibu hamil sarankan untuk menghilangkan stretch mark ini adalah Cocoa Butter, Minyak zaitun, Bio oil dan argan oil. Kebnyakan minyak atau cream ini mengandungi vitamin E yang baik untuk kulit kita. 

Bio Oil 

Cocoa Butter

Lisa sendiri suka pakai bio oil untuk mengurangkan masalah stretch mark ni. Sapuan 2 atau 3 kali sehari selepas mandi. Dengan sapuan ini juga dapat mengurangkan kegatalan di bahagian perut dan Lis aingin mengingatkan anda supaya jangan sesekali garu apabila perut gatal sebab ia akan meninggalkan kesan. 

Scrub Badan

Ada segelintir ibu hamil mempunyai masalah kulit gelap dan berdaki di bahagian pelipat seperti belakang siku, ketiak, belakang lutut dan leher. Lisa mengalaminya ketika anak pertama. Waktu tu terasa diri ni macam hodoh sangat dan ada feel down. So bila lisa baca a few article mengenai perkara tersebut, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan memakai scrub badan. Waktu kehamilan anak kedua ini, awal-awal mengandung Lisa dah apply cara ini dan alhamdulillah tiada masalah kulit lagi. Scrub badan ini kalau boleh ada kandungan extract buah-buahan atau sayuran seperti betik, timun, olive, honey dan sebagainya untuk melicinkan dan menyegarkan kulit. Boleh lihat di sini atau di sini untuk pilihan scrub badan yang baik untuk kulit ibu hamil yang ada masalah kulit gelap. 

Penjagaan Kulit Muka

Ada yang mengatakan apabila kita hamil akan berlaku perubahan hormon maka ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kulit wajah seperti berjerawat, kusam dan ada masalah dark circle di bahagian mata. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, Lisa adalah kulit kusam dan dark circle yang agak teruk. Sebagai langkah pencegahan dan merawatnya, ibu hamil perlu mengambil beberapa tindakan untuk merawatnya antaranya adalah dengan memakai cleanser, moisturizer, mask, scrub, toner dan sunscreen. Supaya kulit anda kembali menawan walaupun ketika hamil. Bagi yang ada masalah dark circle, anda boleh pakai eye patch atau eye mask supaya bawah mata sentiasa hydration.

Lisa ambil gambar selfie ni ketika usia kandungan hampir 9 bulan. Masalah kulit wajah alhamdulillah tiada berbanding semasa mengandung anak pertama. 

Ni muka Lisa ketika mengandung anak pertama, kulit agak kusam dan ada dark circle yang agak teruk.


Sapuan Lotion di kulit badan 

Sapuan lotion di bahagian badan ini sangat penting untuk ibu hamil yang ada masalah kegatalan di kulit. Kerana mungkin kulit menjadi kering dan perubahan hormon. Apabila anda sapukan lotion di bahagian badan selepas mandi, ia dapat melembapkan kulit badan dan dapat mengelakkan dari rasa gatal yang amat sangat. Anda boleh lihat di sini untuk pilihan lotion yang sering ibu hamil amalkan.

Minum Air secukupnya

Kadang-kadang bila ibu hamil kurang minum air, ia memberi kesan kepada kulit menyebabkan kulit kering dan tidak cukup hydration. Cubalah amalkan minum air sebanyak 2 hingga 3litre sehari dan anda akan nampak perubahan terhadap kulit anda. Dulu Lisa memang tak suka minum air kosong, tapi setelah Lisa amalkan secara konsisten ketika hamil, nampak banyak perubahan terhadap kulit dan ada yang menegur kata kulit Lisa nampak lebih moist dan fresh.


Diharapkan dengan perkongsian Lisa mengenai 5 cara penjagaan kulit ketika hamil ini dapat memberi panduan kepada ibu hamil di luar sana untuk menjaga kulit supaya kelihatan menawan dan cantik. Kulit juga merupakan organ terbesar tubuh badan kita, sebab itu jagalah ia dengan baik tanda kita syukur atas nikmat yang diberikan oleh Tuhan.