Pengalaman Minum Air Gula Ketika Hamil

Dah jadi macam isu utama pula bila sebut tentang minum air gula di kalangan ibu hamil. Ada segelintir ibu hamil sampai fobia nak dengar perkataan minum air gula sebabnya mungkin itu yang akan menentukan ibu hamil ni ada kencing manis ketika hamil atau pun tidak. Mula-mula Lisa pun eager juga nak tahu pasal minum air gula ni, apa rasanya, teruk sangat ke? Atau memang boleh buat kita rasa mual dan muntah-muntah. Macam-macam persoalan yang timbul sebelum Lisa pergi minum air gula buat pertama kalinya.

Kredit: Gambar dari siraplimau.com


Waktu mengandungkan anak pertama, prosedurnya hanya sekali sahaja sepanjang kehamilan tetapi tak sangka prosedur Klinik Kesihatan dah berubah bila mereka minta ibu hamil minum 2 kali sepanjang kehamilan iaitu sekali pada awal kehamilan dan kali kedua pada pertengahan iaitu di antara 20 minggu ke atas.

Lisa start buka buku pink untuk anak kedua ni sebenarnya agak lambat juga kira-kira waktu usia kandungan hampir nak masuk 6 bulan. Sebabnya, Lisa baru balik Malaysia masa tu. Sebelum tu, Lisa buat check up di Qatar, tapi nasib baiklah nurse di Klinik Kesihatan tu suruh Lisa simpan rekod check up di Qatar letakkan sekali dalam buku pink sebagai rujukan nurse dan doktor.

Mula-mula, Lisa ingat bila dah buka buku pink lambat bermaksud tidak perlu minum air gula tapi rupa-rupanya nurse suruh juga minum air gula dan datang ke Klinik pada minggu depannya. Bermaksud 3 minggu berturut-turut Lisa kena ulang alik ke Klinik Kesihatan untuk cek darah, minum air gula dan jumpa dengan doktor untuk appoinment scan.

Mujurlah waktu tu, Klinik Kesihatan tak jauh dari rumah mak mertua. Nak jalan kaki pun tak pe sebab dekat sangat dalam kawasan kampung tu juga.

Nurse dah siap pesan minggu sebelum Lisa datang untuk minum air gula iaitu kena puasa dari pukul 10 malam sehinggalah nurse ambil bacaan darah yang kedua selepas minum air gula. Hanya minum air kosong sahaja dibenarkan ketika itu.

Pagi tu, Lisa serah diri untuk minum air gula dalam cawan sederhana.

Allahuakbar...

Memang rasa dia manis leting... Macam nak potong jari kaki je...

Lisa rasa manis sangat sebab Lisa ni bukan jenis yang suka makan benda manis sejak 7 tahun yang lepas. bila tiba-tiba minum air manis ni, rasa macam nak pengsan je. Tapi gagahkan juga minum air gula tu sampai habis dan nurse pesan kalau boleh jangan muntah sebab kalau muntah, nurse akan minta kita repeat lagi minum air gula minggu depannya.

Selepas minum air gula, nurse minta Lisa rehat di ruangan menunggu dalam 2 jam dan jangan drive dan jangan pergi ke mana-mana sebab may be mereka takut Lisa akan pengsan atau muntah.

Selama 2 jam tu la, Lisa tercongok sorang-sorang di ruangan menunggu. Masa tu, tak nak bawa Fareeq dan kebetulan Lisa dah daftarkan dia di Taska, tak jauh dari kampung rumah mak mertua.

Sebelum minum air gula, nurse ambil darah untuk lihat bacaan tahap gula dalam badan.

Selepas 2 jam minum air gula, sekali lagi nurse akan ambil darah untuk melihat bacaan selepas gula masuk dalam badan.

Sebenarnya, Lisa paling tak suka tengok jarum ambil darah tu. Adoiii... takut sangat.. tapi nak buat macam mana kena redha dan akur, sebab ni memang prosedur Klinik Kesihatan untuk ibu hamil menjalani check up.

Alhamdulillah, sepanjang 2 jam menunggu untuk ambil darah yang kedua kalinya, Lisa tak muntah dan tak rasa pening. Semuanya berjalan lancar. Bacaan gula dalam darah pun cantik dan tiada kencing manis ketika hamil. Sebab doktor kata, jika ada kencing manis ketika hamil, ia memberi beberapa kesan negatif kepada si ibu dan si anak dalam kandungan. Dan kemungkinan juga si anak akan dilahirkan awal dari tarikh due date.

Syukur sangat-sangat sebenarnya...

Lisa ada tanya kepada doktor, apa penyebab utama si ibu tiba-tiba ada kencing manis ketika hamil sedangkan sebelum hamil, si ibu ni tak ada pun kencing manis.

Doktor kata, sebenarnya waktu kita hamil, bila si ibu banyak makan makanan yang manis dan menghasilkan banyak gula dalam darah dan pada masa yang sama si anak juga merembeskan gula dalam badan si ibu. Maka bila kedua-duanya menghasilkan gula yang banyak dalam darah si ibu, sebab itulah si ibu ni tiba-tiba boleh dapat kencing manis ketika hamil dan selepas hamil ada segelintir ibu tidak akan ada dah kencing manis ni. Tetapi ada juga si ibu ni, selepas hamil ia akan ada kencing manis, bergantung kepada pemakanan si ibu dan tahap penjagaan kesihatan.

Baiklah, baru faham apa yang dimaksudkan dengan kencing manis ketika hamil ni.

Tips yang boleh Lisa kongsikan kepada ibu-ibu hamil yang nak minum air gula nanti.
  • Jaga pemakanan dari segi portion dan jenis makanan. kurangkan makan makanan manis. Makanan manis ni tidak semestinya makanan tu rasa manis tetapi makanan yang tinggi karbohidrat juga sebenarnya tinggi tahap gulanya antaranya nasi dan roti. Boleh makan semua tu, tetapi hanya seahri sekali sahaja.
  • Banyakkan minum air kosong, bukan setakat 1 atau 2 cawan sahaja tetapi kalau boleh 2 hingga 3 litre sehari. Seolah-olah dia flush out balik apa makanan yang tak elok dalam badan ni dan nak membuang pun senang nanti. 

2 tips ni memang sangat berguna dan kalau anda amalkan insyaALLAH tak sangkut dengan kencing manis ketika hamil nanti.

Terima kasih kerana sudi baca pengalaman Lisa yang tak seberapa ni. 

1 comment:

  1. great informatian and very useful!

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete