10:36

Dr.Glamogenic Skincare Dari Australia

by , in
Happy New Year!!

Rasanya tak terlambat untuk Lisa ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca setia blog Lisa ni. Lisa pasti sempena melangkah tahun baru, anda tentu sudah pasang beberapa azam dan impian untuk dicapai pada tahun baru ini. Mungkin ada terselit azam untuk kurus, untuk menjalani ibadah umrah bersama tersayang, ingin melancong di beberapa buah negara dan mungkin juga ada di kalangan anda yang mempunyai azam untuk serius menjaga penampilan diri sama ada dalaman dan luaran. Maklumlah sebagai wanita, kita perlu untuk menjaga penampilan diri, tidak kisahlah kita ni sudah berkahwin atau pun masih bujang. Pendapat Lisa sendiri, wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, sepatutnya lebih menjaga penampilan diri luaran dan dalaman kerana, itu membuktikan bahawa kita sangat serius untuk mengimbangi kesihatan, masa dan tenaga.

Baiklah di sini, suka Lisa kongsikan dengan anda tentang satu produk yang didatangi khas dari Australia dan diberi nama Dr. Glamogenic di mana produk skincare ini dibuat oleh barisan doktor yang mempunyai lebih 30 tahun berpengalaman dalam bidang kecantikan dan penjagaan kulit.

Walaupun, produk Dr.Glamogenic ini diformulasikan untuk orang Australia tetapi ia juga sesuai dengan kulit orang Asia kerana ia adalah berkualiti tinggi, natural ingredients dan sesuai untuk semua kulit serta environment.


Ini adalah barisan produk dari Dr. Glamogenic. Ia terdiri daripada 6 produk penjagaan muka dan 2 produk untuk penjagaan badan. 

Sebelum Lisa kongsikan tentang produk kegemaran Lisa, di bawah adalah sedikit penerangan tentang barisan produk penjagaan muka dan badan. 

Face care:

1. Hyaluronic Booster Serum
Melembapkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit yang sensitif dan letih.

2. Antioxidant Vitamin C+ serum
Serum yang sangat pekat mengandungi vitamin C derivatif stabil untuk memulihkan kulit letih dan mencerahkan kulit yang kusam.

3. Perfection Whitening Spot Serum
Serum pemutih yang mengawal pigmentasi seperti jerawat, jeragat, lingkaran gelap bawah mata.

4. Brassica Peeling gel
Gel pengelupasan yang lembut dan lembap dengan bahan extract brokoli yang tinggi vitamin, mineral dan nature oriented cellulose.

5. Dynamic Brightening Mask
Membantu mencerahkan dan mempunyai nutrien creamy sheet mask.

6. Vitalize Soothing Mask
Masker yang mempunyai 100% natural cellulose sheet yang membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Ia kaya dengan essence dibuat daripada Guaiazulene, aloe extract dan hyaluronic acid. 

Body Care:

1. Enliven Brightening Cream
Membantu mencerahkan kulit badan seperti di bahagian siku, lutut dan di bawah lengan.

2. Youth Restoring Shaping Cream
Meningkatkan keanjalan kulit and membantu kulit tubuh lebih licin. 

Antara produk kegemaran Lisa adalah Enliven Brightening Cream kerana ia membantu mencerahkan kulit badan seperti dibahagian bawah lengan, siku dan lutut. Sebenarnya, bahagian tubuh badan tersebut merupakan salah satu perkara yang perlu wanita jaga supaya kulit di bahagian tersebut lebih tambah cerah dan licin. 



Lisa sendiri ada masalah kulit gelap di bahagian lutut dan siku, maklumlah waktu kecil-kecil dulu selalu jatuh dan main di luar rumah bawah cahaya matahari. Masa itu, kulit jadi makin gelap di bahgian tersebut. mujurlah Lisa diperkenalkan produk Glamogenic, enliven brightening cream untuk mencerahkan kulit di bahagian tersebut.

Lisa rasa bertuah sangat dapat merasai kesan penggunaan enliven brightening cream ini dari Dr. Glamogenic, all the way from Australia. Apa yang membuatkan Lisa terus jatuh hati dengan produk ini adalah baunya yang wangi dan segar. 

Cara Penggunaan Enliven Brightening Cream
  • Selepas kita memakai serum, ambil sedikit Enliven Brightening Cream ini dan sapukan dibahagian kulit yang gelap. 
  • Anda akan dapat lihat hasilnya apabila diamalkan sapuan 2 hingga 3 kali sehari. 



Kenapa memilih Glamogenic?
  • Produk ini menggunakan bahan semulajadi, selamat dan efektif.



Dapatkan produk Glamogenic melalui 3 Cara iaitu

1. Order online dari official dealer
facebook.com/glamogenic
facebook.com/glamogenicofficial

2. Visit Authorised dealer at:
Glamogenik Kiosk (Vintage Collection International Sdn bhd)
same level as Village Grocer, opposite Tealive
PC-001 Ground Floor,
Sunway Giza Mall, PJ.
Business Hours: 10am-10pm
Customer Service line: 0126916128

3. Contact Main Distributor
Qurlivka Southeast Asia (Malaysia) Sdn Bhd
LLevel 16, The Pavillion Tower,
Jalan Raja Chulan,
52200 Kuala lumpur.
Contact: 603-61519198
Website: www.glamogenic.com

Berita baik buat anda!!! 20 lucky walk-in customer berpeluang mendapat special promosi harga dan hadiah. Mungkin anda salah seorang yang bertuah. 



10:56

10 Checklist Persedian 3 Bulan Sebelum Bersalin

by , in
Bagi ibu hamil yang pertama kali ingin menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama pasti teruja dan tidak sabar menanti kehadiran si kecil. Bila sudah masuk fasa yang ketiga iaitu 3 bulan sebelum tarikh due date ibu bersalin, maka banyak persediaan yang perlu dibuat oleh si ibu dan si bapa. Di sini Lisa kongsikan 10 checklist persediaan 3 bulan sebelum bersalin yang wajib ibu hamil perlu tahu dan bersedia. Perkongsian ini berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dan ibu-ibu yang lain.

10 checklist ini memang sangat berguna kerana jika salah satu ibu hamil tidak lakukan, mungkin keadaan akan menjadi sedikit kelam kabut ketika cahaya mata pertama lahir ke dunia ini.


Pastikan Barang Keperluan Bayi Cukup

Untuk memastikan barang keperluan bayi cukup dan sudah tersedia, Lisa sarankan anda membuat checklist atas kertas atau taip dalam phone bagi setiap keperluan bayi tersebut. Supaya tidak ada satu barang keperluan bayi terlepas pandang. Antara keperluan bayi yang perlu ibu pastikan cukup adalah set pakaian bayi, pampers, bedung, selimut, stokin, set barang mandian, set tempat tidur, set perubatan, set penyusuan dan sebagainya lagi. Kalau boleh semua barang keperluan bayi ini diletakkan dalam 1 bakul atau bekas khas untuk bayi supaya ia tidak bercampur dengan pakaian yang lain. Bagi anda yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda juga boleh membeli keprluan bayi ini secara online sahaja dan di antara favourite website yang Lisa suka beli untuk keperluan barang bayi adalah di LAZADA, SHOPEE dan MOTHERHOOD. 

Merancang Bersalin Di Hospital Yang Mana

Checklist ini juga antara salah stau checklist yang sangat penting yang ibu dan bapa perlu tahu. Antara faktor yang boleh anda ambil kira untuk memilih hospital yang mana adalah faktor jarak dari rumah, recommendation dari rakan atau saudara anda, service yang bakal diterima serta faktor kewangan. Anda boleh baca entry post tentang antara hospital kerajaan dan hospital swasta, mana satu pilihan anda. 

Merancang Untuk Memohon Bercuti Dari Majikan

Setelah membuat temujanji yang pertama dengan doktor, beliau akan berikan anda tarikh jangkaan bila bayi akan dilahirkan. Maka anda sudah boleh merancang dari awal untuk memilih tarikh bercuti bersalin. Sebagai persediaan awal, anda boleh untuk memohon bercuti dari majikan mengikut tarikh jangkaan tersebut. Supaya, akan ada rakan kerja anda untuk menggantikan anda semasa ketiadaan anda pada cuti bersalin nanti.

Scan Bayi

Masa yang sesuai disarankan untuk ibu bapa membuat scan bayi adalah pada fasa kedua atau fasa ketiga iaitu 3 bulan sebelum bersalin. Pentingkah scan bayi ini? Pendapat Lisa sendiri scan bayi ini ada kepentingannya juga kerana melalui scan bayi kita dapat bayangan sedikit sebanyak berkenaan kondisi bayi tersebut sama ada dari segi fizikal dalaman dan luaran. Bonusnya, ibu bapa dapat lihat jantina si bayi dan bolehlah mereka membuat persediaan awal untuk keperluan bayi tersebut. Anda juga boleh baca entry post mengenai perbezaan scan detail, 2D, 3D, 4D,5D,6D dan HD.

Ingin Berpantang Di Mana

Ya, 3 bulan sebelum bersalin anda sudah perlu merancang di mana anda mahu berpantang sama ada berpantang di rumah sendiri, rumah mak mertua atau rumah ibu bapa anda. Perancangan ini juga dikira amat penting kerana anda boleh merancang keperluan untuk berpantang disediakan di sana. Tidaklah last minute, anda akan jadi sangat kelam kabut dan masih mencari-cari tempat mana yang sesuai. Ketika bersalinkan Fareeq, Lisa memilih untuk berpantang 20 hari di rumah mak mertua dan 20 lagi berpantang di rumah mak Lisa sendiri. Itu memang yang dirancang dari awal oleh Lisa dan suami.

Pencarian Confinement Lady 

Zaman sekarang bidan yang menjaga ibu berpantang lebih dikenali sebagai confinement lady, Pada zaman dahulu bidan hanya datang menjaga ibu berpantang hanya sehari atau dua hari sahaja dan mereka lebih kepada membantu untuk berurut dan menguruskan bayi tetapi pada zaman sekarang, sudah ada perkhidmatan yang menyediakan penjagaan ibu berpantang seperti bertungku, berurut, bertangas, masak makanan berpantang, pengurusan bayi, memakaikan bengkung serta mandi herba. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh agensi confinement lady ini dan anda boleh pilih mengikut budget anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda mahu booking confinement lady ini, anda perlu membuat tempahan awal dan selewat-lewatnya adalah 3 bulan sebelum bersalin. Jika tidak ia sudah fully booked.

Keperluan berpantang

Jika anda mengambil confinement lady, selalunya agensi mereka akan menyediakan pakej sekali keperluan berpantang tetapi jika anda tidak mengambil perkhidmatan ini maka anda perlu membeli sendiri. Anda juga boleh lihat di entry post ini berkenaan set berpantang atau boleh klik LAZADA atau SHOPEE terdapat banyak sangat pilihan set berpantang.

Keperluan Ibu Selepas Bersalin

Selain keperluan bayi perlu disediakan, jangan lupa keperluan si ibu juga perlu diberi perhatian antaranya adalah pakaian longgar dan selesa untuk ibu mudah bergerak dan menyusukan bayi, pad maternity( kemungkinan darah nifas banyak keluar maka disarankan si ibu menggunakan pad maternity), bra maternity dan sebagainya. Boleh lihat di sini MOTHERHOOD untuk keperluan si ibu.

Perlu Tahu Tanda Bersalin

Bagi persediaan untuk bersalin, ibu juga perlu tahu asas tanda-tanda si ibu bakal bersalin. Lisa percaya ilmu ini, nurse atau doktor sudah maklumkan kepada ibu ketika temujanji pada fasa ketiga ini. Antara tanda bersalin adalah berlakunya kontraksi yang kerap, turun darah, turun mentuban dan berlakunya sakit perut seperti mahu membuang air besar. Jika tanda-tanda ini sudah ada pada si ibu maka bersegeralah ke hospital yang telah anda rancang untuk bersalin.

Menghadiri Kelas Antenantal Dan Membaca Buku Berkenaan Penjagaan Bayi dan Ibu

Bagi ibu yang pertama kali melahirkan cahaya mata, anda mungkin kekurangan ilmu dari segi penjagaan bayi dan penjagaan diri selepas bersalin. Dengan menghadiri kelas antenantal yang dianjurkan oleh pihak hospital mahupun klinik, mereka akan membantu anda melengkapi ilmu tersebut serta anda juga boleh membaca buku sebagai persedian menguruskan si kecil dan diri anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak persediaan ibu hamil yang sedang menantikan cahaya mata. Jika ibu rasa perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu yang lain, jangan lupa klik button facebook di bawah untuk berkongsi artikel ini. Terima kasih.





09:50

3 Fasa Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tempuhi

by , in
Pernah dengar tak, orang terdekat atau orang sekeliling kita bertanya tentang soalan ini,

"Awak sekarang first trimester atau second trimester dah?"

Jika ya, bermaksud anda sudah mula familiar dengan istilah fasa ibu hamil. Untuk pengetahuan anda yang pertama kali bakal menimang cahaya mata, fasa ibu hamil ini ada 3 fasa iaitu dalam bahasa Inggeris nya adalah

First trimester- Week 1- Week 13
Second trimester- Week 14- Week 28
Third trimester- Week 29- Week 40 



Setiap fasa akan berbeza perubahan yang akan dialami oleh ibu hamil sama ada dari segi perubahan fizikal, emosi, rutin harian dan sebagainya. Info di bawah dan sedikit pengalaman yang Lisa sendiri kongsikan semoga dapat beri rujukan dan manfaat kepada ibu hamil yang mungkin pertama kali melalui fasa-fasa ini. Berikut merupakan 3 fasa ini yang ibu hamil perlu tempuhi. 

Fasa Pertama

Fasa pertama adalah usia kandungan 1 minggu hingga 13 minggu. Pada fasa inilah anda akan perasan tentang period sama ada datang ataupun tidak. Ada yang lewat seminggu, ada yang lewat 2 minggu. Jika anda sudah perasan yang period anda sudah datang lewat, maka cepat-cepatlah cek upt untuk lihat tanda-tanda yang anda mungkin sedang mengandung. Jika ya, maka anda sudah boleh tersenyum dan bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memberi peluang kepada anda untuk bergelar ibu dan bapa. Kebiasaannya pada fasa pertama, ibu hamil akan mula menunjukkan perubahan dari segi emosi dan hormon. Antara perkara yang sering berlaku adalah, morning sickness, mual, pening, cepat marah, emosi tidak stabil, mempunyai keinginan untuk makan sesuatu dan sebagainya lagi. Waktu ini, anda perlu jaga kesihatan dan banyakkan rehat. Kerana kemungkinan perubahan berat badan akan berlaku. Ada sesetengah ibu hamil, akan naik berat dan ada juga yang akan turun berat. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan diri ibu itu sendiri. Setiap ibu hamil akan mempunyai berbeza-beza perubahan ketika fasa pertama ini. 

Waktu Lisa mengandungkan anak pertama, Lisa tidak mengalami sebarang morning sickness atau kenaikan berat badan yang mendadak tetapi untuk anak kedua ini, Lisa mempunyai morning sickness yang teruk ketika fasa pertama. Setiap kali makan, mesti akan muntah. Setiap pagi, Lisa akan duduk dalam bilik air sahaja sebab selang berapa minit akan muntah. Berat badan sedikit turun ketika itu. 

Dan paling Lisa tak tahan adalah pening yang sangat teruk. Sampaikan nak berdiri untuk masak pun Lisa tak mampu. Waktu fasa pertama ni, suami isteri kena banyak bersabar dan suami perlu banyak tolong isteri untuk menghadapi dugaan ini dan isteri memang perlukan sokongan dari orang yang terdekat dengannya. 

Pada fasa ini juga, kemungkinan yang akan berlaku adalah sedikit darah akan keluar atau 'light spotting', ia adalah kerana berlakunya pelekatan telur yang telah disenyawakan tetapi jika anda nampak pendarah ini semakin banyak, lebih baik segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. 

Ada juga ibu yang mengalami keputihan yang banyak ketika fasa pertama. Oleh itu, anda perlu bertanyakan kepada doktor tentang faktor tersebut dan adakah ia memberi kesan kepada kandungan mahupun kepada ibu sendiri. 

Artikel berkaitan:


Fasa Kedua atau Fasa Pertengahan

Fasa kedua ini adalah di antara minggu 14 hingga minggu 28. Fasa ini, berat badan anda akan naik sedikit demi sedikit. Berdasarkan saranan doktor yang Lisa pernah jumpa ketika hamil, kenaikan berat badan yang bagus pada fasa ini adalah 0.5kg hingga 1kg sebulan. 

Pada fasa ini juga, morning sickness makin berkurangan. Memang betul sebab Lisa waktu anak kedua ni, morning sickness yang sangat teruk hanya pada fasa pertama sahaja dan bila dah masuk fasa kedua, morning sickness makin berkurang dan bila usia kandungan sudah mencecah 5 bulan, terus morning sickness tiada. 

Perubahan dari segi fizikal juga akan kelihatan seperti perut semakin naik kerana bayi dalam kandungan semakin membesar. Bgai ibu hamil yang pertama kali, anda pasti rasa teruja dan pada masa yang sama rasa sedikit janggal dengan perubahan tersebut. Waktu ini, ibu hamil sudah mula perlu memilih baju yang sesuai untuk dipakai. Jangan terlalu ketat kerana takut memudaratkan kesihatan bayi di dalam. 

Emosi ketika fasa kedua ini semakin boleh dikawal berbanding fasa pertama kerana masa ini ibu hamil sudah kurang rasa morning sickness. Tetapi kemungkinan ibu hamil akan rasa sedikit penat dan lesu disebabkan perubahan fizikal yang berlaku. 

Fasa Ketiga atau Fasa terakhir

Fasa ketiga atau fasa terakhir ini adalah di antara minggu 29 hingga minggu 40. Ada ibu hamil yang mengatakan fasa ketiga ini merupakan fasa yang memang sangat mencabar dan Lisa sangat bersetuju dengan pendapat ibu hamil yang lain kerana fasa ini banyak perubahan fizikal, emosi dan rutin harian juga akan berubah. Antaranya, jadual temujanji dengan Klinik kesihatan akan semakin kerap iaitu 2 minggu sekali dan berat badan disarankan untuk naik di antara 0.5 hingga 1kg dalam masa 2 minggu. 

Pada fasa ini, ibu hamil akan merasai tidur yang tidak lena dan tidak selesa kerana perut semakin membesar dengan jayanya dan pada masa yang sama sakit pinggang, kaki sedikit membengkak juga mungkin akan dialami. Postur badan ibu hamil sedikit berubah. 

Bayi dalam kandungan juga akan aktif bergerak dan menendang menyebabkan ibu hamil akan rasa cepat letih dan penat. Selain itu, perubahan kenaikan berat badan juga akan mempengaruhi tahap kecergasan ibu hamil. 

Dinasihatkan pada fasa ini, ibu hamil perlu banyakkan rehat dan perlu kurangkan kerja-kerja berat. 

Artikel berkaitan:


Setiap fasa di atas, ibu hamil mungkin akan alaminya. Setiap anak akan berbeza perubahan yang dirasai bagi setiap fasa. Ibu hamil perlu terima setiap perubahan dan melalui fasa-fasa ini dengan hati yang terbuka. Jangan terlalu stress untuk melaluinya. Jika ibu hamil rasa sedikit stress, jangan lupa kongsikan masalah tersebut dengan orang yang tersayang dan minta nasihat dari nurse atau doktor.

Ketika Lisa melalui setiap fasa ini pada pertama kali menjadi ibu, memang Lisa rasa sedikit janggal dan sedikit stress kerana ia merupakan fasa baru dalam kehidupan Lisa. Maka Lisa cuba mencari penyelesaian dengan berkongsi dengan orang sekeliling yang rapat dan pernah melalui fasa ini untuk berkongsi pengalaman mereka dan bagaimana mereka handle the situation. Dan pada masa yang sama Lisa banyak sertai facebook group ibu mengandung untuk mendapatkan info dari mereka yang sudah berpengalaman dan kita belajar dari mereka. 

Dan Lisa juga membaca buku mengenai persediaan ibu hamil dan bagaimana melalui fasa-fasa ini supaya kita tidak rasa terkejut dengan perubahan fizikal dan emosi bagi setiap fasa tersebut.

Lisa faham bagi ibu hamil yang pertama kali akan teruja menanti cahaya mata yang pertama tetapi pada masa yang sama perlu melalui fasa-fasa berikut, maka bersabarlah InsyaALLAH ALLAH akan beri ganjaran yang banyak kepada ibu. 

Lisa doakan supaya ALLAH permudahkan urusan ibu sekalian untuk mudah bersalin dan sihat ibu anak. Doakan Lisa juga ye yang sedang menanti minggu dan hari untuk bersalin untuk anak kedua ini. Semoga ALLAH merahmati kita sebagai seorang ibu dan wanita. 






09:18

7 Cara Berkesan Menaikkan HB Ibu Mengandung

by , in
Salah satu perkara yang paling dirisaukan oleh ibu mengandung ketika check up di Klinik kesihatan atau berjumpa dengan doktor adalah bacaan HB iaitu bacaan Hemoglobin. Bagi ibu mengandung untuk mudah faham maksud HB ini secara ringkasnya adalah molekul protin yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida melalui sistem peredaran darah di bawa ke seluruh tisu-tisu dalam badan. Kalau bacaan HB rendah maka ibu mengandung akan mengalami anemia.



Sebenarnya, Lisa pun agak blur bab HB ni tapi sejak mengandung anak pertama baru faham kepentingan menjaga bacaan HB.

Bacaan HB yang cantik dan bagus adalah 11 ke atas.

Bagi ibu mengandung, jangan pandang remeh dengan bacaan HB ni, kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada si ibu dan si anak dalam kandungan. Antara kesan negatifnya adalah:


  • Si ibu mudah pening dan pitam.
  • Si ibu mudah letih dan mengalami sesak nafas.
  • Si ibu kemungkinan akan berlaku pendarahan
  • Si anak mungkin akan lahir pramatang
  • Pertumbuhan janin anak akan terbantut.

Waktu mengandungkan anak pertama, alhamdulillah Lisa tiada masalah HB ni tetapi untuk anak kedua, Lisa pernah sekali bacaan HB bawah 11 dan doktor cuba nasihatkan Lisa untuk makan makanan yang boleh menaikkan bacaan HB supaya ia berada di tahap yang baik dan bagus.

Anda juga boleh baca entry post Lisa tentang 3 pilihan vitamin untuk ibu mengandung bagi membantu menaikkan HB. 

Di sini, Lisa nak kongsikan dengan ibu sekalian bagaimana Lisa boleh naikkan bacaan HB secara berkesan dan ada juga tips di bawah yang dilakukan oleh rakan-rakan Lisa yang mengamalkannya ketika mengandung.

7 Cara Berkesan Menaikkan HB Ibu mengandung


Makan buah kurma

Sejak anak pertama lagi, Lisa memang amalkan makan buah kurma ni walaupun ketika itu Lisa tidak mengandung kerana ia adalah salah satu makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Makan buah kurma ini perlu konsisten. Lisa ambil setiap pagi iaitu 2 hingga 3 biji sehari. Perlu diingatkan buah kurma ini sangat manis, bagi anda yang ada masalah kencing manis, Lisa cadangkan ambil dalam kuantiti yang sedikit. Jangan terlalu banyak kerana ia mengandungi gula yang tinggi. 

Makan Madu Asli

Lisa akan ambil 1 sudu madu asli ni ketika pagi atau petang. Cukup sehari sekali. Khasiat madu asli ni pun bagus sangat untuk ibu mengandung. Ia juga makanan sunnah. Bagus untuk diamalkan.

Makan Kerang

Selain makanan sunnah, lisa juga amalkan makan kerang iaitu 2 hari sekali Lisa akan makan semangkuk kerang rebus. Tapi Lisa tak lalu nak makan kerang rebus macam itu sahaja maka Lisa akan cicah kerang rebus ini dengan sos tambah kicap serta bawang merah potong, digaul bersama. Barulah Lisa boleh makan kerang rebus ini. Kalau anda yang tak boleh nak telan kerang rebus, anda boleh juga makan char kuew teow kerang atau rendang kerang. 

Makan Sayuran Hijau

Apa yang doktor sarankan adalah banyakkan makan sayuran hijau seperti bayam, sawi dan sebagainya. Sayuran ini juga dapat membantu menaikkan bacaan HB tapi perlu diingatkan bahawa pengambilan sayuran hijau ini bukan hanya 1 sudu sahaja tapi 2 hingga 4 sudu sayuran hijau dan barulah akan nampak kesan positif terhadap bacaan HB. Ini adalah doktor yang sarankan kepada Lisa ketika bacaan HB Lisa rendah. 

Makan Daging

Selain daripada makan makanan di atas untuk menaikkan HB bagi ibu mengandung adalah makan daging merah. Ia juga dapat bantu menaikkan bacaan HB secara berkesan. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, lepas Lisa amalkan makan daging 2 hingga 3 kali seminggu, alhamdulillah bacaan HB nampaknya semakin meningkat. Dari segi masakan daging merah ini, terpulang kepada anda mahu pilih jenis masakan yang mana. Yang penting jangan selalu bersantan seperti kari dan masak lemak, kerana kandungan kolestrolnya agak tinggi dan ia akan beri kesan pula kepada bacaan BP. 

Makan Jambu Batu

Setakat Lisa mengandung anak kedua ni, Lisa belum lagi amalkan makan jambu batu ni tetapi ada beberapa kawan Lisa dan kakak Lisa sendiri mengamalkan makan jambu batu ini, bacaan HB mereka semakin bagus. Kerana mereka tidak lalu nak makan kerang dan sayuran hijau, maka mereka menggantikannya dengan makan buah jambu batu. Nampaknya ada kesan positif terhadap bacaan HB. 

Makan Ikan Bilis 

Ada juga nurse yang Lisa jumpa di Klinik Kesihatan menasihatkan Lisa untuk banyakkan makan ikan bilis tetapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah 2 hingga 4 kali seminggu. Ikan bilis ini boleh dibuat sambal ikan bilis dan makan bersama nasi lemak atau buat resepi ikan bilis kicap. Nurse kata ikan bilis ini juga membantu menaikkan HB ibu mengandung. 

Sebenarnya banyak lagi tips dan cara berkesan menaikkan HB bagi ibu mengandung tetapi setakat ini 7 cara ini memang berkesan untuk diamalkan. Bukan Lisa seorang sahaja yang sudah amalkannya dan nampak kesannya tetapi ramai lagi ibu yang di luar sana sudah amalkannya dan mendapat kesan positif bagi menaikkan HB ketika mengandung. 

Semoga pekongsian Lisa yang tidak seberapa ini dapat membantu ibu mengandung untuk menaikkan HB. InsyaALLAH, kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari segi kesihatan dan diri kita sendiri. 

Bagi anda yang ada petua atau tips cara untuk naikkan bacaan HB ketika mengandung, Lisa alu-alukan untuk anda kongsikan bersama di ruangan komen, supaya pembaca di blog Lisa dapat manfaatnya sekali. :)