02:42

11 Cara Menjana Pendapatan Pasif

by , in
Dalam ig story yang lepas, Lisa ada kongsikan dengan rakan-rakan dan followers Lisa tentang beberapa cara bagaimana menjana pendapatan pasif dan mengapa sebagai seorang wanita, ibu dan surirumah perlu ada pendapatan pasif. Alhamdulillah, rupanya ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai pendapatan pasif ini dan mereka bertanya lebih detail cara menjana pendapatan pasif ini.

Sebenarnya, Lisa bukanlah pakar dalam bidang kewangan malah bukanlah dalam kategori wanita yang bekerjaya setanding dengan Vivvy Yusuf yang mempunyai empayar bisnes yang besar. Lisa ini hanyalah seorang wanita yang hanya mahu pendapatan pasif sahaja untuk membantu keluarga di samping dapat memenuhi impian Lisa, suami dan anak-anak.

Jika anda sama situasi dengan Lisa maka atikel ini sangat sesuai dengan anda tetapi jika anda mencari peluang untuk menjadi wanita yang sangat berjaya dan bekerjaya, artikel ini bukanlah untuk anda sebenarnya.

Apakah itu Pendapatan Pasif?

Pendapatan pasif adalah pendapatan yang anda perolehi tanpa memerlukan anda keluar bekerja dan tiada time frame untuk melakukannya. Senang cerita pendapatan pasif ini adalah anda dapat duit ketika anda sedang tidur mahupun anda sedang berehat.


Mengapa wanita,ibu dan surirumah perlu ada pendapatan pasif?

Kerana sebagai seorang ibu dan surirumah, kita sangat sibuk dengan urusan rumah dan urusan keluarga sehinggakan tiada masa untuk melakukan aktiviti atau bekerja untuk mendapatkan pendapatan kecuali wanita yang bekerja keluar rumah. Jika ibu yang mempunyai anak lebih 2 orang sudah pasti masa mereka lebih tertumpu dengan anak-anak dan urusan harian yang kadang-kadang tidak pernah habis.

Tapi pada masa yang sama, jauh di lubuk hati mereka mahukan pendapatan untuk memenuhi kehendak diri.

Pernah dengar tak kata-kata dari seorang pakar kewangan dari negara Barat berkata, janganlah bekerja untuk duit tetapi biarlah duit bekerja untuk kita.

Lisa mula mendapat inspirasi membuat pasif income ini adalah dari pembacaan blog-blog yang penulisnya datang dari negara barat. Mereka banyak menjadi surirumah tetapi pada masa yang sama mereka menjana pendapatan yang lumayan dari sumber pendapatan pasif. Jika mereka boleh lakukan maka kita juga boleh lakukannya.

Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui 11 cara menjana pendapatan pasif?



Tulis Buku atau Ebook

Adakah anda seorang yang suka menulis? Atau adakah anda mempunyai kemahiran dan mempunyai pengetahuan luas tentang sesuatu perkara? Jika ya, anda sudah boleh mengambil pen dan pensel untuk mula menulis buku atau ebook untuk dikongsikan dengan para pembaca di luar sana yang sering dahagakan ilmu anda.

Jika anda seorang wanita yang suka membuat pelbagai jenis kek, anda boleh membuat ebook dengan berkongsikan pelbagai jenis resepi kek.
Jika anda seorang yang suka dekorasi rumah, anda boleh menulis tentang tips dekorasi rumah.
Jika anda seorang wanita yang sukakan DIY, anda boleh menulis tentang 100 cara membuat Diy.

Pelbagai lagi ilmu yang boleh anda kongsikan dengan pembaca.

Anda boleh pasarkan ebook anda di website Klikjer.com. Dan jika anda mahu pasarkan buku anda boleh rujuk di karangkraf, Telaga Biru dan sebagainya. Setiap jualan buku atau ebook, anda akan dapat komisen atau royalti berdasarkan peratus yang telah anda persetujui bersama pihak penerbit.

Dividen

Mungkin ada di kalangan anda sudah biasa dengar tentang pelaburan di bank-bank yang memberikan pulangan dividen kepada para pelabur. Jika hari ini, anda simpan duit di bawah bantal mahupun di bank yang tidak memberi sebarang dividen maka, anda sudah boleh melabur wang simpanan anda di dalam bank iaitu Tabung Haji, ASB dan sebagainya.

Berapa percent dividen yang bakal anda terima bergantung kepada sesebuah bank tersebut yang mana mereka membuat pengiraaan berdasarkan keuntungan yang mereka perolehi.

Sleeping Partner

Tahukah anda ramai peniaga dan syarikat kecil inginkan modal untuk mereka membesarkan lagi perniagaan mereka. Kepada anda yang mempunyai lebihan wang simpanan, anda boleh menjadi sleeping partner kepada mereka yang memerlukannya. Sleeping partner ini bermaksud, anda melaburkan duit anda kepada sesebuah perniagaan dan mereka akan memberikan anda dividen mengikut percent yang telah anda persetujui.

Tugas anda hanyalah memberikan modal kepada mereka sahaja tanpa memerlukan anda turun bekerja bersama mereka. Selalunya, dividen yang anda perolehi adalah ketika sesebuah akaun itu ditutup dan dikemaskini setiap tahun.

Melabur Dalam Vending Machine

Anda pernah nampak tak vending machine di pasaraya yang menjual snacks, minuman dan ada juga yang menjual permainan. Sebenarnya, cara ini juga salah satu dikira pendapatan pasif iaitu tanpa anda keluar pegi menjual snacks, minuman dan permainan. Anda hanya perlu keluarkan modal sahaja untuk mendapatkan vending machine ini dan anda sudah boleh menjana pendapatan pasif dari rumah.

Mungkin ada di antara anda berkata, satu snacks hanya untung beberapa sen sahaja, tetapi tahukah anda jika 1 minuman keuntungan anda dapat dalam Rm0.50 dan didarabkan dengan 1000 unit, maka anda sudah dapat pendapatan pasif sebanyak Rm500 tanpa anda keluar pergi bekerja.

Menulis Blog

Menulis blog merupakan salah satu cara menjana pendapatan pasif. Ramai blogger yang menghasilkan pendapatan yang lumayan hasil dari menulis blog. Jika di Malaysia, antara blog atau blogger yang terkenal dan menghasilkan pendapatan yang lumayan andalah seperti denai hati, cik epal dan lain-lain lagi.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan pasif dari menulis blog antaranya adalah dengan cara anda membuat review untuk sesuatu barang atau servis dari sesebuah jenama atau syarikat. Mereka akan membayar kepada anda mengikut upah yang telah dipersetujui.

Bagi anda yang mahu mula menulis blog, anda boleh klik di sini untuk mempelajari menulis blog dan klik di sini bagaimana anda boleh mendapat duit dari penulisan blog. Langkah demi langkah Lisa tunjukkan kepada anda yang masih baru.

Artikel Berkaitan: 6 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Affiliate Marketing

Kebanyakan website pada tahun 2019, banyak menawarkan affiliate marketing khas untuk mereka yang ingin menjana pendapatan pasif. Apakah affiliate marketing?

Affiliate marketing bermaksud anda mempunyai kod tertentu yang telah ditetapkan oleh sesebuah website dan anda boleh letakkan link kod tersebut di bahagian media sosial anda mahupun di blog anda. Apabila ada orang membeli barang di link kod anda, anda akan memperolehi komisen. Ia sangat mudah dilakukannya. Tidak semestinya anda perlu anda blog. Jika anda ada facebook atau instagram, anda sudah boleh memulakan affiliate marketing ini.

Antara affiliate marketig yang boleh anda sertai adalah:

Sewakan Bilik Lebihan Anda

Jika anda mempunyai satu bilik lebihan yang anda memang tidak gunakannya maka anda boleh beri sewa kepada mereka yang mahu menyewakannya. Selalunya pelancong luar suka akan menyewa bilik kerana bagi mereka, harga hotel lebih mahal. 

Anda boleh daftarkan sewaan bilik anda di Airbnb.com

Sewaktu Lisa melancong ke Australia, Lisa telah menggunakan servis Airbnb.com ini untuk menyewa bilik kerana di Australia harga hotel sangat mahal. Lisa berkongsi rumah dengan tuan rumah tersebut dan mereka sangat baik melayani kami. Lisa percaya anda juga boleh buat seperti mereka. 


Jual Gambar

Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi, anda boleh menjual gambar yang anda ambil di beberapa website. Jika ada pembeli, anda akan mendapat komisen dari hasil jualan tersebut. Antara platform website yang menjual gambar adalah:

  • Shutterstock
  • Etsy
  • 500pxprime
  • Smugmug

Sewakan Ruangan Pengiklanan

Jika anda blog atau website, anda boleh sewakan ruangan periklanan kepada syarikat yang mahu mengiklankan produk atau servis mereka. Jika anda motor atau kereta, anda juga boleh sewakan ruangan car wrapping untuk pengiklanan. 

Dari segi harga sewa, anda boleh berbincang dengan syarikat tersbeut mengikut persetujuan bersama. 

Pelaburan Dalam Hartanah

Lisa ada beberapa orang ibu saudara yang bijak dalam bidang pengurusan hartanah. Dan mereka sudah pencen. Selalunya, anda akan dengar mereka yang pencen ini akan mendapat separuh pendapatan dari gaji mereka ketika sebelum mereka pencen dan ini adalah bagi mereka yang bekerja di kerajaan manakala bagi mereka yang bekerja di sektor swasta mereka akan dapat gratuiti.

Yang menariknya ibu saudara lisa ini, disebabkan mereka melabur dalam bidang hartanah iaitu mereka membeli tanah dan membina rumah, dan ada juga mereka membeli rumah dan mereka menyewakannya kepada orang lain. Setiap bulan mereka akan memperolehi wang sewa tersebut dan tanpa mengharapkan duit pencen mereka.

Sebenarnya,kita juga boleh lakukanya dengan cara membeli rumah atau tanah mengikut budget yang kita ada. Dan sampai satu ketika anda boleh menyewakannya kepada orang lain.

Sertai Multi Level Marketing atau Direct Selling Company

Alhamdulillah bila Lisa tengok kawan-kawan facebook Lisa ramai sertai MLM dan mereka sangat berjaya dalam syarikat tersebut. Ada yang sertai Mary Kay, Shaklee dan Herbalife. Jika ditanya kepada Lisa, 3 syarikat ini sangat stabil dan produk yang dikeluarkannya sangat bagus. Lisa tak kenapa ramai di kalangan kita mempunyai pandangan skeptikal terhadap perniagaan MLM ini.

Untuk pengetahuan anda bila anda sertai MLM ini, mereka sudah ada sistem yang bagus untuk menghargai setiap para penjual mereka iaitu salah satunya dengan memberi pendapatan pasif. Ia berlaku apabila orang bawah membuat jualan, dan orang atas atau mentor akan mendapat beberapa percent komisen yang telah ditetapkan tanpa orang atas tersebut keluar pergi mempromosikan barang.

Sebab itulah, mereka perlu bekerja sebagai sebuah kumpulan dan dengan cara itu mereka akan dapat pendapatan pasif yang stabil secara bersama-sama.


Perlu diingatkan bahawa pendapatan pasif ini bukan seperti pendapatan aktif iaitu berlaku dengan cepat seperti hari ini anda bekerja esok lusa anda boleh dah nampak hasil atau dapat income. Tetapi pendapatan pasif ini perlu dibina dari awal dan ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya. Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun dan mungkin juga 20 tahun. Walaupun ia mengambil masa tetapi ia sangat berbaloi.

Semoga perkongsian Lisa ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk anda menjana pendapatan pasif tidak kiralah anda masih bekerja atau pun anda menjadi surirumah sepenuh masa. Yang pentingnya adalah pendapatan ini dapat dijana tanpa anda perlu bekerja keras dan ia merupakan pendapatan sampingan.

Share this post with your friends!!
17:13

16 Cara Ini Tanpa Disedari Mampu Menjimatkan Duit Sebagai Seorang Wanita Dan Ibu

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Sebagai seorang wanita dan bergelar ibu, kita pasti mahu yang terbaik buat keluarga terutama sekali dalam pengurusan kewangan demi kelangsungan hidup. Ada sesetengah orang mengatakan wanita atau ibu merupakan pengurus kewangan yang bijak. Dari perihal perbelanjaan dapur sehinggalah perbelanjaan harian anak-anak, walaupun si bapa merupakan tunjang utama sumber pendapatan dalam sesebuah kekeluargaan. Jika kita dapat menguruskan kewangan dengan baik, maka tiada istilah tidak cukup duit dalam perbelanjaan bulanan. 

Adakah anda tahu dengan beberapa cara ini boleh membantu anda dalam menjimatkan duit harian dan bulanan, malah apabila anda lakukannya anda dapat menambahkan lagi duit dalam tabungan simpanan keluarga. Mungkin ada di antara anda nampak cara ini hanyalah perkara remeh tetapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam sesebuah perbelanjaan keluarga termasuklah belanja dapur, belanja harian serta perbelanjaan rumah.



Entry post kali ini Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 16 cara ini tanpa disedari mampu menjimatkan duit anda sebagai seorang wanita dan ibu. 

Senaraikan Menu Mingguan 

Jika anda belum pernah lagi membuat senarai menu mingguan, masa inilah yang sangat sesuai untuk anda mula melakukannya. 

Sebab apa? 

Sebabnya, apabila anda sudah tahu apa yang anda mahu masak untuk minggu tersebut maka anda sudah boleh senaraikan barangan dan bahan-bahan untuk masakan itu.

Tidaklah nanti berlakunya pembaziran seperti anda mahu pergi ke pasaraya dan anda beli apa sahaja tanpa merancang menu minggu tersebut. Sebagai contoh anda membeli tauhu tetapi minggu itu anda tidak memasak tauhu dan selalunya tauhu hanya bertahan 2 atau 3 hari sahaja di dalam peti ais. Apabila anda tidak menggunakan tauhu tersebut, ia akan rosak dan berlakulah pembaziran tanpa anda sedari. sebab itulah pentingnya ada senarai menu mingguan dan senarai barangan yang perlu dibeli untuk stok seminggu atau dua minggu dalam perbelanjaan dapur. Tidak kiralah barang masak basah ataupun bahan kering.

Ini List yang Lisa buat semasa bulan Ramadhan lepas. Senaraikan menu dan sebeahnya barang yang perlu dibeli untuk minggu tersebut. 


Beli Barang Ketika Ada Promosi

Di Malaysia, terdapat pelbagai sambutan perayaan dan peristiwa yang diadakan seperti sambutan hari raya, deepavali, tahun baru cina, sambutan tahun baru dan sebagainya lagi. Kebiasaannya, pasaraya serta kedai-kedai yang menjual barangan keperluan rumah, pakaian, barangan elektronik dan sebagainya, akan mengadakan promosi. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding ketika bukan hari perayaan tersebut.

Antara promosi yang sering diadakan adalah seperti diskaun 10% sehinggalah 90%, ada juga yang menawarkan 'Buy 1 Free1' dan tidak kurang juga memberi hadiah voucher untuk pembelian seterusnya.

Lisa ingat lagi waktu Lisa dan suami ingin buat majlis perkahwinan, kami membeli doorgift seperti air kotak ketika promosi sempena sambutan tahun baru cina. Lebih kurang 2000 unit kami beli dan dapat jimat sangat banyak berbanding kami membeli ketika bukan promosi. Sedangkan majlis perkahwinan kami akan berlangsung lagi 4 bulan, dek memimirkan penjimatan kami membeli barangan tersebut lebih awal.

Dan jika anda mahu lebih jimat, selalunya pasaraya dan kedai-kedai tersebut akan buat promosi ketika hujung tahun kerana mereka mahu membuat clearance stock.

Buat Budget Bulanan

Setiap daripada kita mempunyai perbezaan taraf hidup dan perbezaan dari segi perbelanjaan. Ada keluarga yang mempunyai anak ramai, sudah tentu perbelanjaannya lebih daripada mereka yang mempunyai anak yang sikit tetapi jika kita buat budget bulanan insyaALLAH, perbelanjaan akan berada dalam kemampuan kita. Sebenarnya, tidak ramai yang melakukan budget bulanan ini kerana bagi mereka budget bulanan ini hanyalah perkara sia-sia dan sukar untuk kita ikut.

Tapi sebenarnya bila kita ada budget bulanan, kita akan lebih berdisplin dan mengajar diri dan keluarga untuk lebih berjimat dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak.


Download Apps Untuk Bandingkan Harga

Apabila anda bandingkan harga untuk sesuatu barang, anda secara tidak langsung dapat buat keputusan yang bijak kerana barang yang sama tetapi harga berbeza. Ada beberapa aplikasi di phone yang boleh anda download dan ia akan menunjukkan harga yang berbeza untuk setiap pasaraya seperti econsave, giant, Tesco dan lain-lain lagi.

Sebagai pengguna yang bijak, anda sudah boleh membuat keputusan di mana anda mahu berbelanja untuk barangan dapur mahupun barangan keperluan lain.

Berikut adalah aplikasi yang boleh anda download:

Anda juga boleh bandingkan harga di Lazada dan Shopee cuma bezanya 2 website ini adalah belian secara online sahaja. Lazada merupakan website kegemaran Lisa untuk membeli pampers anak ketika Lisa masih duduk di Malaysia. Kerana harga yang ditawarkan selalunya lebih rendah berbanding di pasaraya.

Praktis Tips dan Tricks DIY

Tahukah anda bahawa apabila anda selalu mempraktiskan DIY, anda dapat jimat banyak duit. Baru-baru ini, Lisa ada terbaca tentang seorang surirumah ini membuat DIY untuk dekorasi dapur serta permainan anak-anaknya dengan hanya menggunakan barang dari kedai Eco dan Mr.Diy sahaja. Hasilnya sangat mengujakan.

Antara DIY yang anda boleh lakukan adalah seperti perhiasan rumah, permainan anak-anak, dekorasi ruangan bilik,ruangan dapur dan sebagainya.



Berikut merupakan page DIY yang boleh anda jadikan panduan:



Beli Barang Second Hand

Ada di kalangan kita berasa malu untuk beli barangan second hand kerana bagi mereka barangan tersebut kurang kualitinya dan kondisinya tidak sebagus seperti first hand. Tapi bagi Lisa sendiri jika anda mahu beli barangan second hand tiada salahnya pun dan sebenarnya ia membantu anda untuk menjimatkan duit kerana barangan second hand ini sangat murah tetapi ia masih boleh dipakai.

Tips yang boleh Lisa kongsikan dengan anda ialah beli barangan second hand yang anda mahu pakainya hanya sementara waktu sahaja sebagai contoh baby chair. Ia hanya dipakai dalam tempoh beberapa bulan saja sementara bayi akan membesar selepas itu dan mereka sudah boleh duduk di kerusi dewasa.

Jangan malu untuk beli barangan second hand. Tidak semua barangan second hand itu tidak bagus. Lisa pernah jumpa barangan second hand yang sangat bagus kualitinya kerana orang yang memakainya sebelum ini sangat pandai menjaga barangan tersebut.

Anda boleh beli barangan second hand di beberapa group facebook seperti:

  • Preloved and New Rm10-Rm100
  • Barang Baby Murah dan Preloved
  • Preloved Baju Kurung, Tudung, Shawl
Kebanyakan barangan yang dijual semuanya masih cantik dan kondisinya juga masih tip top.

Dekorasi Rumah Secara Minimalis

Sudah menjadi trend dekorasi rumah secara minimalis sejak tahun 2017. Konsep yang ditonjolkan dalam minimalist ini adalah konsep kesederhanaan tetapi ia sangat menarik dan kemas.

Dengan dekorasi rumah minimalist ini, anda dapat menjimatkan duit apabila anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi dekorasi rumah.

Anda juga boleh membaca 77 Tips dan Teknik Dekorasi Budget untuk mendapatkan idea bagaimana anda boleh membuat dekorasi yang lebih menarik untuk rumah anda mengikut budget yang anda ada sahaja.

Rekod Perbelanjaan Anda

Tak ramai di kalangan kita yang merekod perbelanjaan mingguan mahupun bulanan. Sebenarnya ia sangatlah penting kerana ia dapat memberi gambaran sebenar tentang di mana arah duit kita banyak dibelanjakan. Bila anda kenal pasti perbelanjaan yang boleh dijimatkan maka anda sudah boleh merancang untuk berbelanja pada minggu atau bulan seterusnya.

Pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk merekod perbelanjaan ini, antaranya anda boleh create group wassap di antara suami dan isteri supaya kedua-duanya tahu keadaan duit keluar masuk. Selain itu, anda juga boleh merekodkan perbelanjaan dalam microsoft excel.

Rajinkan Sign Up Atau Subscribe

Apabila anda buka sesuatu laman web atau e-commerce, selalunya akan keluar pop up dan minta anda untuk sign up atau subscribe newsletter mereka. Bagi anda yang malas nak layan dengan newsletter mereka sudah pasti anda akan tekan pangkah dan close dari pop up tersebut. Tapi sebenarnya tujuan sign up itu bukanlah ingin menggangu atau memenuhi inbox email anda tetapi ia juga memberi kemudahan untuk anda mengetahui promosi yang mereka lakukan. Dan anda adalah orang pertama akan tahu mengenai promosi tersebut.

Dulu Lisa pun seperti anda, tidak suka mengisi nama dan email untuk sign up bagi sesebuah newsletter website tapi apabila Lisa terbaca ada seorang wanita di negara Amerika yang suka akan sign up ini dan ia membuatkan wanita ini berbelanja secara berhemah.

Lisa beri contoh situasi yang pernah dialami iaitu Lisa suka akan satu brand baju ini tetapi disebabkan harga yang dijual agak mahal bagi Lisa maka Lisa hanya follow newsletter mereka sahaja. Sehinggalah suatu hari, Lisa buka newsletter brand baju tersebut dan mereka menawarkan hanya 10 orang pertama sahaja yang layak mendapat harga yang sangat berbaloi itu dan dalam masa 1 jam sahaja sale tersebut dilakukan. Lisa dapat baju itu dengan harga yang mampu milik dan sekarang apabila lihat harga baju tersebut, ia sudah 7 kali ganda daripada harga yang telah Lisa beli pada masa itu.

Menarik bukan? Maka mulai sekarang pilihlah website atau online shop yang anda suka dan segeralah sign up untuk menjadi orang pertama mengetahui segala promosi yang mereka lakukan.

Jual Barang Yang Tidak Terpakai

Cuba anda lihat di store atau pun di bawah katil anda, mungkin ada barang yang anda tidak pernah pakai langsung dan mungkin juga anda hanya pakai sekali dua sahaja. Ya, barang itulah sepatutnya anda perlu jual kepada orang yang memerlukannya. Jangan disimpan terlalu lama dan akhirnya anda akan buang juga barang tersebut. Sayang sangat.

Apabila anda jual barang yang sudah tidak dipakai sebenarnya, ia juga boleh menambahkan pendapatan sampingan tanpa anda sedari.

Buat Bisnes Online

Zaman sekarang ramai yang membuat bisnes online dari rumah. Ada yang menjual barangan seperti barang dapur, barang kosmetik,pakaian dan sebagainya lagi. Dengan cara ini dapat menambahkan tabungan bagi sesebuah keluarga demi kelangsungan hidup.

Rebutlah peluang yang ada. Jika anda tidak tahu bagaimana mahu memulakannya, terdapat banyak panduan dan mentor yang menawarkan perkhidmatan untuk mengajar anda membuat bisnes online. Anda juga boleh menjadi dropship atau agent bagi menjinakkan diri dalam bisnes online ini.

Berikut merupakan panduan yang anda boleh belajar untuk membuat bisnes online mengikut minat anda



Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah mungkin namanya tak sehebat seperti orang yang bekerja di pejabat tetapi tahukah anda dengan bekerja dari rumah ia banyak dapat jimatkan duit seperti perbelanjaan minyak kereta atau moto, duit tol dan lain-lain lagi. Pelbagai pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah seperti menjadi freelancer untuk bidang yang anda suka seperti bidang penulisan, perakauanan,kesenian dan sebagainya.

Anda juga boleh daftar di website FIVERR untuk menjadi freelancer antarabangsa.

Kebanyakan syarikat pada zaman sekarang memerlukan freelancer untuk bekerja di syarikat mereka tanpa perlu pergi ke pejabat. Kerana ia juga dapat menjimatkan kos bagi sesebuah syarikat apabila mengupah freelancer.

Recycle

Recycle barang sebenarnya tidak asing lagi di kalangan kita kerana sudah banyak kempen recycle yang telah diwar-warkan dalam media sosial mahupun di televisyen. Di sini Lisa mahu mengingatkan kembali kepada anda untuk recycle barang yang boleh anda lakukan. Dan antara barangan tersebut seperti plastik yang anda dapat di pasaraya ketika membeli belah, ia boleh digunakan semula sebagai plastik sampah di rumah.

Bagi anda yang selalu membeli makanan yang mempunyai bekas plastik jernih, ia juga boleh digunakan semula untuk mengisi barang dalam peti ais supaya ruangan peti ais anda nampak lebih teratur. Maka tidak perlulah membeli bekas tupperware untuk mengisi barang dalam peti ais tersebut.


Refill

Anda pernah terfikir tak untuk refill sabun mandi, sabun basuh pinggan dan seumpama denganya boleh dilakukan dengan menambah air sahaja. Caranya mudah sahaja, 1 bekas sabun mandi di bahgika kepada dua bekas yang berlainan. Kemudian, tambahkan air dalam bekas tersebut bercampur dengan sabun mandi dan goncangkan ia sehingga anda lihat kedua-dua campuran ini bersatu. Lakukan perkara yang sama dengan botol kedua. Dan botol pertama anda sudah boleh gunakannya untuk bekalan mandi bagi 2 minggu dan seterusnya boleh gunakan botol kedua.

Nah, jimatkan. Cara ini Lisa dapat dari sebuah blog yang banyak menceritakan tips and hacks of saving money. Bila Lisa sendiri lakukan, ya memang betul dapat jimat duit untuk perbelanjaan sabun-sabun di rumah.


Bersiar atau Bercuti di Tempat Yang Percuma

Untuk menggembirakn keluarga anda, sudah pasti bersiar-siar dan bercuti merupakan aktiviti wajib pada musim cuti sekolah mahupun pada hujung minggu. Jika anda yang sedang dan ingin menjimatkan duit, anda boleh praktiskan dengan cara bersiar-siar di tempat yang percuma. Terdapat lebih 300 buah tempat dan aktiviti percuma yang boleh anda lakukan bersama keluarga anataranya adalah berkelah di air terjun, memancing di sungai, memanjat gunung, bermain di taman permainan dan sebagainya.

Tanam Pokok

Lisa ingat lagi waktu Lisa masih kecil dan keluarga Lisa tinggal di kampung kemudian kami berpindah di kawasan taman, mak Lisa sangat suka menanam pokok. Mak cakap boleh jimat duit bila kita tanam pokok. Bayangkanlah dari sayuran seperti bendi, kucai, terung sehinggalah buah pisang, semuanya mak Lisa tanam. Boleh dikira berapa sayur sahaja yang kami beli di pasar dan selebihnya mak tanam di belakang rumah.

Bagi anda yang ada ruangan tanah yang boleh ditanam tumbuhan seperti sayuran mahupun buahan, maka lakukanlah kerana ia dapat menjimatkan duit tanpa anda sedari. Jika anda yang duduk di rumah tiada tanah seperti rumah apartment mahupun kondominium, anda boleh tanamnya di dalam bekas pasu.



Ini sedikit sebanyak yang boleh Lisa kongsikan dengan anda berdasarkan pengalaman Lisa sendiri serta pengalaman dari orang sekeliling Lisa. Jika anda mahu lebih banyak lagi tips cara menjimatkan duit, and boleh klik di link bawah ini. Lebih 100 tips yang dikongsikan oleh penulis Encik Zahid zainal tentang cara jimatkan duit dari perihal strategi berjimat cermat di rumah sehinggalah strategi berjimat cermat di pejabat.







Share This Post With Your Friends!!

14:00

Resepi Chicken Buttermilk Yang Sedap

by , in
Assalamualaikum wbt

Kebetulan minggu ni boleh dikatakan setiap hari masak ikan dan seafood sampai lupa stok ayam masih ada sebekas. Jadinya hari ini Lisa plan nak masak chicken buttermilk sebab suami dan anak Lisa memang suka sangat makan masakan ini. Lagi sedap bila tambah dengan cheese keping.

Cara memasak chicken buttermilk ini sangat mudah dan boleh cepat disediakan.

Bahan-bahan

1 mangkuk dada ayam yang dipotong sebesar ibu jari
1 biji telur 
2 sudu serbuk kari
4 sudu tepung gandung
2 cubit garam

Perapkan kesemua bahan dalam 1 jam atau setengah jam sahaja. Kemudian goreng sehingga rangup.

Bahan kuah
1 tin susu cair
1 biji cili merah
Beberapa tangkai daun kari
2 cheese keping

Cara-caranya
1. Masukkan 2 sudu minyak masak sehingga panas kemudian masukkan cili merah dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan pula susu cair dan cheese keping.
3. Bila dah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Anda akan lihat kuah semakin pekat. Dari segi kepekatan terpulang anda mahu lebih pekat atau lebih cair boleh masukkan sedikit sahaja air. Tapi lagi sedap biarkan kuah tersebut sedikit pekat. 






Terima kasih kepada Azie Kitchen kerana berkongsi resepi yang enak ini. Selamat mencuba semua. 


01:48

Resepi Terung Goreng Masak Berlada

by , in
Minggu lepas Lisa pergi beli sayur dan lauk-pauk di Waterfront Market,Dubai. Setiap dua kali sebulan Lisa dan suami akan belanja dapur di sini sebab harganya sangat berbaloi dan banyak sangat pilihan yang ada.

Semasa Lisa membeli sayuran seperti kobis, cendawan, sawi dan tomato, Lisa tidak terfikir pun nak beli terung sebab terung bukanlah sayur kegemaran buat Lisa dan suami. Frankly speaking Lisa tak pernah suka pun makan terung. If you ask me why, I don't have answer for that question. Maybe tak kena dengan tekak. But since I was in university, one restaurant ada jual terung goreng masak berlada dan seorang sahabat Lisa suka beli masakan tersebut. Dan suatu hari, dia suruh Lisa cuba masakan terung goreng berlada.





Wow, not bad. It's very tasty and yummy. Since that time, Lisa start fall in love with terung goreng masak berlada.

Waktu Lisa nak bayar dekat uncle, penjual sayur tiba-tiba dia masukkan terung dalam plastik sayur yang Lisa beli tadi. I was shocked and he said "I give u free" then he smile.

Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi dan Lisa terus terfikir why not I cook Terung Goreng Masak Berlada sebab dah lama tak makan. Rasa rindu pula kat makanan tersebut.

So, today I want to share with you guys about Resepi Terung Goreng Masak Berlada. I hope you really enjoy my recipe. Trust me, it's very yummy..Hahaha....




Bahan-bahan

1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
4 biji cili merah*
2 biji cili padi*
Segenggam kecil ikan bilis*
1 atau 2 biji terung
1 cawan kecil asam jawa
1 cubit garam
1 cubit gula

Cara-caranya

1. Blend bahan yang bertanda * separuh lumat.
2. Gorengkan terung yang telang dipotong memanjang. Selepas nampak terung layu dan bewarna sedikit keperangan, angkat terung tersebut dan ketepikan.
3. Masukkan 1 sudu minyak masak dan setelah minyak tersebut panas, masukkan bahan yang telah di blend. Masakkan nya sehingga naik minyak.
4. Kemudian, masukkan sedikit air asam jawa.
5. Seterusnya, masukkan terung dan gaulkannya sehingga rata.
6. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

P/S: jika anda mahu pedas, masukkan lebih cili padi dalam masakan ini.

Baiklah itu sahaja perkongsian Lisa untuk resepi terung goreng masak berlada. Jangan lupa cuba memasak ye.



08:30

Kisah Qaisarah Kena Kuning Berpanjangan

by , in
Selepas saja Qaisarah dilahirkan, keesokannya Lisa discharge dari Klinik Bersalin Dr. Raoofah. Pada hari Sabtu,kami diminta untuk pergi ke klinik kerajaan yang berdekatan untuk melapor diri serta daftarkan Qaisarah untuk dicek oleh nurse yang bertugas. Tiba di klinik, nurse tengok mata dan kulit Qaisarah warna kuning dan mereka terus ambil sample darah.

Didapati bacaan kuning Qaisarah agak tinggi. Maka bermulalah fasa ulang alik ke klinik serta ke hospital setiap hari. Jika bacaan kuning di klinik agak tinggi maka,mereka akan suruh bawa anak ke hospital untuk melihat bacaan yang lebih tepat.

Dengan keadaan yang tengah pantang dan masih tidak sihat sepenuhnya, kami terpaksa juga ulang alik ke klinik dan hospital. Sampaikan mak Lisa kata dah tak rupa pantang dah Lisa ni. Mujurlah Lisa ambil confinement lady untuk bantu Lisa dalam urusan berpantang.

Baca: Panduan Mengambil Confinement Lady

Pada hari kesepuluh bacaan kuning Qaisarah sangat tinggi iaitu lebih 215, maka dia kena tahan di wad kanak-kanak untuk dimasukkan dalam fototerapi. Bayangkanlah, kami langsung tak buat persiapan untuk masuk ke wad, maka semuanya jadi kelam kabut dan kebetulan pula mak ayah mertua Lisa datang jauh dari selangor semata-mata nak melawat Qaisarah tapi klinik wad tidak benarkan sesiapa melawat bayi kecuali ibu ayah si bayi.

Bila doktor arahkan kami masuk wad, suami Lisa terus pulang ke rumah yang mengambil masa setengah jam dari hospital. Segala keperluan Lisa dan Qaisarah disediakan oleh suami. Inilah pertama kali Lisa tidur berjauhan dengan Fareeq dan ini juga pertama kali Lisa timba pengalaman anak dimasukkan dalam fototerapi.





Allahuakbar..luluh jantung tengok anak dibaringkan dibawah lampu biru. Bila Lisa letakkan Qaisarah dalam bekas tersebut, mesti ada air mata yang mengalir. Lisa menangis bila tengok keadaan Qaisarah. Nurse yang datang ke katil,beri kata semangat untuk selalu menyusukan anak, kerana dengan susuan ibu itulah merupakan ubat mujarab bagi menurunkan bacaan kuning...InsyaALLAH...

Setiap sejam Lisa akan kejutkan Qaisarah untuk bangun menyusu. Sepanjang malam tu, Lisa tak tidur lena pun sebab tak nak terlepas sesi penyusuan yang sejam sekali.

Untuk pengetahuan anda yang baru ada pengalaman anak kena kuning, bayi ini akan sentiasa rasa mengantuk dan mereka akan sering lena. Anda kena kejut selalu supaya bayi akan minum susu dan bila banyak bayi minum susu ibu, dia akan kencing dan berak banyak. Dengan itulah cara bacaan kuning akan turun.

Semasa Lisa di wad, Qaisarah akan berak 2 jam sekali dan kencing sangatlah kerap.

Keesokan harinya, nurse mengambil darah Qaisarah untuk cek bacaan kuningnya. Setelah 2 jam berlalu, akhirnya result bacaan kuning dikeluarkan...Alhadulilah semakin menurun dan doktor discharge kami pada waktu tengahari.

Baca: My Second Pregnancy Journey

Episod bacaan kuning tinggi, tidak berakhir di situ sebabnya nurse akan sentiasa pantau setiap hari sehinggalah bacaan kuning tersebut betup-betul dibawah paras normal yang dibenarkan oleh pihak kesihatan.

Nurse akan cek bacaan kuning bayi setiap hari sehinggalah hari kesepuluh. Jika hari kesepuluh bacaan sudah normal maka bayi tidak perlu lagi untuk dibawa ke klinik tetapi jika bacaan masih tinggi, mereka akan minta ibu bapa bawa bayi ke klinik pada hari ke 15 dan 20.

Hari ke20, bacaan kuning Qaisarah menunjukkan semakin menurun maka Qaisarah tidak perlu lagi diambil darah dan sample air kencing.

Lisa rasa bersyukur sangat bila doktor kata Qaisarah sudah tidak perlu datang ke klinik.

Sebenarnya, nampak perkara ini sangat remeh iaitu kena berulang alik ke klinik semata-mata nakk ambil sample darah bayi untuk dilihat bacaan kuning. Tapi sebenarnya, ia sangat penting untuk pihak klinik monitor tahap kesihatan bayi.

Pesanan Lisa, bagi anda yang ada anak kena kuning, bersabarlah dan ikut saja arahan dari pihak kesihatan kerana mereka ingin yang terbaik buat anak kita.

Biarlah penat untuk beberapa hari saja, yang penting kesihatan anak itu lebih utama.

Sepanjang Qaisarah kena kuning, Lisa memang amalkan pelbagai cara dan petua bagi mengurangkan bacaan kuning dia termasuklah mandi kucai, mandi menggunakan buah yang dibeli dari kedai cina, beri jus anggur, sapukan aloe vera dan jemur Qaisarah di bawah cahaya matahari.

Tapi benarlah pakar kesihatan iaitu doktor dan nurse berkata bahawa cara yang mujarab untuk turunkan bacaan kuning bayi adalah dengan:


  • Menyusukn anak setiap sejam atau 2 jam sekali.
  • Biarkan anak kencing dan berak kerap kerana dengan cara itu sahaja bacaan kuning anak akan turun.




19:34

My Second Pregnancy Journey: Part 2 Dan Review Klinik Bersalin Doktor Raoofah, Ipoh.

by , in
Sambungan dari My Second Pregnancy Journey: Part 1


Abah dan Fareeq ikut Lisa sekali pergi ke Klinik Pakar Bersalin Doktor Raoofah. Mak Lisa suruh bawa sekali beg bayi dan barang keperluan Fareeq. Tapi dalam hati Lisa, biar betul tak kan bayi dah nak keluar. Sebelum kami masuk kereta nak menuju ke Klinik bersalin, mak suruh call suami Lisa dan bagitau dia yang Lisa mungkin akan bersalin pada hari ini atau pun esok.

Bila Lisa call suami yang berada Di Dubai, dia dah tak keruan nak kerja sebab tak sabar nak balik Malaysia dan kalau boleh nak temankan Lisa bersalin. Tapi Lisa kata, apa-apa hal pun tunggu Lisa confirm kan dengan doktor sama ada betul atau tidak yang Lisa ni nak bersalin dah ke belum.

Lisa hanya mohon doa dari dia yang duduk jauh.

Tiba sahaja di Klinik Bersalin Raoofah Ipoh, doktor terus cek bukaan dan tak sangka bukaan dah 3cm. Doktor Roofah minta Lisa buat persiapan dan masuk ke wad. Disebabkan usia kandungan lagi 2 hari nak masuk 37 minggu maka bayi masih dikira sebagai bayi pramatang maka Doktor Raoofah minta nurse beri 2 kali cucuk dexa. Iaitu pada pukul 7 malam dan 7 pagi keesokan harinya. Doktor Raoofah kata, selepas dapat cucuk dexa, mereka akan bantu Lisa untuk bersalin pada esok hari juga sebab bukaan makin besar.

Cucuk dexa ni adalah bertujuan untuk menguatkan paru-paru bayi. Ada setengah orang kata cucuk dexa ni sangat sakit dan pedih. Ya, Lisa setuju cumanya nurse yang cucuk Lisa sangat pandai teknik cucuk yang tidak terlalu menyakitkan. Maka Lisa hanya rasa sakit seperti digigit semut sahaja, kemudian sakit tersebut beransur kurang. Alhamdulillah.



Ruangan bilik di Klinik Bersalin Doktor Raoofah, Ipoh, Perak. Alhamdulillah sangat selesa dan banyak kemudahan yang diberikan.


 Fareeq seronok dapat masuk klinik bersalin dengan mama.


Malam tu, Fareeq dan abah Lisa tidur dalam satu bilik wad dengan Lisa. Kami siap bawa toto untuk tidur sama-sama. Fareeq lah orang paling gembira dan 2 sebab kegembiraan dia. Pertama, dia tak sabar nak jumpa adik dan kedua dia tahu yang papa nya akan berjumpa dengannya. Maklumlah dah 3 bulan lebih Fareeq tak jumpa papa. Sudah tentu perasaan rindu semakin menebal.

Lisa tak lena nak tidur sebab contraction datang setiap setengah jam. Kadang-kadang sejam sekali. Lisa sempat wasap dengan kawan lama, Amalina yang pernah ada pengalaman bersalin di Klinik Dr. Raoofah ni. Saja untuk tanya dia tentang prosedur di sini dan bagaimana dia melalui pengalaman bersalin di sini.


Pagi esoknya,selepas solat subuh, nurse ketuk pintu dan minta untuk Lisa siap sedia untuk pergi ke wad bersalin. Lisa diminta untuk tukar baju dan masa tu, abah Lisa belum pulang dari masjid. Dan Fareeq pula masih tidur.

Nurse kata, tak pe biar mereka yang jaga Fareeq dan Lisa perlu masuk ke wad bersalin pada masa itu juga.

Masuk sahaja wad bersalin, Lisa dapat beberapa jenis cucuk dan pada pukul 9 pagi, nurse pecahkan air ketuban. Pukul 11.30 pagi sudah terasa contraction yang sangat dasyat sehinggalah Lisa menjerit kesakitan.

Ada beberapa nurse dan doktor tanya, di mana suami. Masa tu, Lisa hanya kata suami dalam kapal terbang. dan dalam fikiran dah tak fikir suami ada di sisi atau tidak, yang penting bayi keluar dengan mudah.



Tepat pukul 12 tengahari, doktor masuk dan cek bukaan dan rupanya dah sampai 10cm. Ahamdulillah 3 kali meneran, bayi pun keluar dengan tangisan yang sangat comel. Maka lahirlah seorang bayi bernama Qaisarah Yusra.

Sepanjang 4 jam Lisa berada dalam bilik bersalin, ada dua orang nurse yang temankan Lisa. Kedua-dua nurse sangat baik. Kami berbual panjang. Dari topik keluarga sehinggalah topik politik luar negara.

Lisa sempat jumpa Qaisarah hanya sekejap saja,kemudian nurse bawa dia pergi untuk dibersihkan serta rawatan. Selepas 7 jam baru, nurse beri Qaisarah pada Lisa untuk disusukan.


Makanan disajikan selepas bersalinkan Qaisarah. Tangan masih menggeletar nak ambil makanan.


Abah dan keluarga kakak Lisa pun ada bersama untuk beri sokongan padu.


Lepas 2 jam, baru suami Lisa sampai di klinik. 


Allahuakbar perasaan yang sangat gembira tak terkira ..... Alhamdulillah...

Terima kasih Lisa ucapkan kepada suami suami tercinta, walaupun lewat 2 jam selepas bersalin, tapi dia banyak berikan kata semangat serta bantu Lisa dari jauh.

Terima kasih kepada mak abah Lisa yang banyak sangat membantu uruskan Lisa dan anak serta abah dapat mengazankan cucu bongsunya ni.

Terima kasih buat adik beradik Lisa yang banyak tolong beri sokongan moral.

Terima kasih kepada mak abah belah suami serta adik-adik ipar yang tak putus-putus tanya khabar dan keadaan Lisa dan Fareeq.

Terima kasih kepada doktor dan nurse yang terlibat sepanjang Lisa bersalinkan Qaisarah Yusra.

Alhamdulillah semua urusan Allah permudahkan...

Thanks ALLAH for this beautiful journey. I will remember it in my whole life. 
19:32

My Second Pregnancy Journey: Part 1

by , in
Setiap wanita yang bergelar ibu pasti ada ceritanya yang tersendiri bagi setiap anak yang dilahirkan. Ada kenangan pahit dan tak kurang juga kenangan manis yang pernah dilalui sepanjang mengandungkan anak selama 9 bulan dalam kandungan.

Lisa sangat kagum dan terhibur bila membaca pengalaman ibu mengandung yang dikongsikan dalam group facebook khas untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak. Ada yang menyedihkan, ada yang kelakar dan ada juga yang meruntun jiwa.

Apa pun pengalaman yang dilalui oleh setiap ibu sama ada pahit atau manis, sebenarnya itu adalah hadiah terbaik yang Allah anugerahkan kepada wanita bergelar ibu.

Bagi entry post kali ni, Lisa nak kongsikan dengan anda tentang pengalaman Lisa mengandungkan anak kedua iaitu Qaisarah Yusra. Banyak suka duka jerit perih yang Lisa lalui ketika melahirkan Sarah. Ya lah, setiap anak lain ceritanya kan.

Lisa mula mengandungkan Sarah ketika berada di Doha,Qatar. Masa tu, suami Lisa masih bekerja di sana. Bila kami tahu, Lisa mengandung mula-mula memang rasa terkejut dan bercampur gembira sebabnya Lisa baru lepas keguguran 6 bulan sebelumnya. Alhamdulillah, perancangan Allah itu sangat terbaik buat kami sekeluarga. Selepas beberapa minggu Lisa tahu yang Lisa ni mengandung, maka bermulalah fasa morning sickness yang sangat teruk. Inilah pertama kali Lisa alami morning sickness kerana masa mengandungkan Fareeq, Lisa tak pernah ada morning sickness sampailah melahirkannya.

Tapi kali ini ALLAH betul-betul uji tahap kesihatan Lisa. Bangun dari tidur sahaja, terus muntah sehingga 5 ke 6 kali sehari. Semua makanan tak boleh masuk mulut sebab rasa sangat loya. Tapi nafsu makan memang membuak-buak cuma tak boleh nak makan. Pening kepala sangatlah teruk dan tambahan pula Lisa tak boleh langsung bau orang masak dan bau dapur. Allahuakbar, ALLAH je yang tahu betapa seksanya morning sickness ketika awal 3 bulan mengandungkan anak kedua ni.

Bila morning sickness melanda diri, maka emosi Lisa juga terganggu. Rasa nak cepat marah. Rasa semuanya serba tak kena. Mangsa kemarahan Lisa adalah Fareeq dan suami. Kadang-kadang rasa sangat kesian kat suami dan anak. Mujurlah mereka faham.I felt so blessed and actually I hardly try to control myself. Boleh dikatakan setiap hari Lisa minta maaf pada suami sebab takut hati dia terguris atau terasa dengan sikap Lisa, alhamdulillah he also try to understand what I had gone through.

Sebab itulah Lisa faham bila orang sakit ni, emosinya memang sangat tak stabil dan sebenarnya Allah uji orang yang sakit dan orang yang menjaganya. Kedua-dua pihak perlu bersabar untuk melalui fasa ujian tersebut.

Boleh dikatakan selama 3 bulan Lisa mengandung di Qatar, Lisa jarang sangat keluar rumah sebab takut muntah di tempat awam. Dan selama 3 bulan tu jugalah muka Lisa memang nampak lesu dan serabut. Bila suami ajak keluar jalan-jalan ambil angin, Lisa langsung tak suka pakai make up dan biar je muka ni natural beauty(hahah...beauty la sangat..just kidding).

Sampaikan suami pernah tegur "Peliknya you sekarang, tak pakai make up pun kan. Selalu kalau keluar at least mesti you akan pakai bedak and lipstick".

Ha nampak sangat tahap kemalasan yang melampau nak make up ketika itu.

Itulah cerita semasa fasa pertama mengandungkan anak kedua ni.

Fasa kedua pula, lain ceritanya.

Masa ni, Lisa dah mula rasa kurang morning sickness dan pening kepala pun dah tiada. Keinginan nak pakai make up pun kembali muncul. Rasa seronok sangat bila kesihatan kembali pulih. Nafsu makan yang dulu disekat-sekat, ha sekarang dah terlepas. Memang Lisa mengaku Lisa makan banyak sangat dan rasa suka minum susu. Sebelum ni, Lisa sangat tak suka minum susu apatah lagi susu segar.

Berat semakin naik dengan jayanya. Dan Lisa minta izin suami nak balik Malaysia dan duduk dengan mak abah. Masa tu, suami Lisa dapat cuti sebulan dan kami pun cuti-cuti Malaysia. Tak lupa juga jalan-jalan cari makan.

Bila usia kandungan dah masuk 5 bulan, kami bercuti di Cameron Highland,Lisa sempat panjat bukit ketika itu. Mujurlah tak ada apa-apa yang berlaku walaupun sebenarnya risau juga.

Sempat bercuti di Terengganu selama 2 hari 1 malam.


Pantai Terengganu memang memukau. Waktu ni, Lisa tengah mengandung 5 bulan.

Fareeq dan pasir tidak dapat dipisahkan.


Kemudian, kami bercuti ke Cameron Highland selama 2 hari 1 malam.


Entah kenapa, kali ini Lisa makin suka masuk kedai emas. Setiap kali nampak kedai emas pasti kaki ni cepat melangkah masuk. Seronok tengok warna emas dan bentuk cincin dan gelang. Tak rasa nak beli cuma dapat tengok pun dah rasa gembira. Pelikkan. Sebenarnya, sepanjang hidup Lisa tak pernah suka dengan emas apatah lagi ingin memilikinya walaupun kawan-kawan kata beli emas ni bagus untuk investment dan pada masa yang sama boleh berhias cantik. Tapi bagi Lisa, emas tu merimaskan sebab kulit Lisa sangat sensitif dan cepat gatal kalau memakai cincin,gelang mahupun rantai.

Waktu awal perkahwinan, suami Lisa yang selalu ingatkan supaya pakai cincin kahwin dan cincin tunang dijari sebab Lisa selalu lupa nak pakai. Heheh..dia takut ada orang lain ngorat bini dia..

Kemudian bila masuk fasa ketiga iaitu usia kandungan Lisa dah mencecah 7 bulan. Ketika itu, suami Lisa dah nak kembali masuk kerja di Dubai. Lisa dan anak tak boleh ikut sekali sebabnya visa kami mengambil masa yang agak lama untuk diproses serta mak abah pun tak bagi Lisa naik kapal terbang memandangkan Lisa pernah keguguran selepas menaiki kapal terbang serta disebabkan keletihan yang melampau.

Sepanjang 3 bulan mengandung tanpa suami di sisi, ia juga merupakan pengalaman yang sangat berharga dan agak mencabar buat Lisa . Walaupun, masa tu Lisa duduk dengan mak abah tapi Lisa kalau boleh tak nak menyusahkan mereka. Setiap hari Lisa akan hantar dan ambil Fareeq di sekolah serta barang-barang keperluan juga Lisa akan beli sendiri.

Masa itu, baru Lisa faham betapa hebatnya wanita yang mengandung tanpa suami di sisi dan Lisa sangat tabik hormat pada mereka yang hidup berjauhan dengan pasangan. Semuanya dilakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan pasangan. Ia bukan mudah. Sangat-sangat lah susah.

Jika diberi pilihan memang Lisa nak suami berada di sisi supaya merasai susah senang bersama-sama tapi apa kan daya, keadaan memaksa kami untuk berjauhan.

Teringat pula kisah viral yang baru-baru ini, tentang seorang ustaz selebriti menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Allahuakbar, masa tu pelbagai perasaan bercampur baur.Rasa nak marah,geram dan rasa nak bagi tazkirah je kat ustaz tersebut sebab nak bagitahu mengandung tanpa suami di sisi bukan mudah. Dan dia senang-senang nak lafaz cerai. Tetapi bila difikirkan kembali, itu dah ditentukan ALLAH buat keluarga ustaz tersebut. Jodoh, mati adalah rahsia ALLAH, siapa kita untuk menafikannya. Itu mungkin yang terbaik buat mereka.

Namun begitu, wahai para suami hargailah isteri anda yang sedang mengandung walaupun para suami tidak dapat berada di sisi disebabkan perkara yang tidak boleh dielakkan, sekurang-kurangnya berilah sokongan moral dan berilah kemudahan kepada si isteri.

Sokongan moral seperti tanyakan khabar dan keadaan isteri yang mengandung. Beri kata-kata semangat kepada mereka dan minta orang sekeliling isteri untuk melihat keadaan isteri tersebut dan pada masa yang sama mohon kepada ALLAH untuk menjaga isteri dibawah lindunganNya. Manakala, kemudahan yang boleh para suami sediakan untuk isteri seperti rumah yang selesa dan pembantu yang boleh tolong isteri. Bila usia kandungan sudah masuk 7 ke 8 bulan, perut akan membesar dengan jayanya, isteri akan rasa cepat letih dan masa itu adalah masa yang sangat kritikal buat isteri untuk dapatkan masa rehat yang cukup. Jika isteri tidak mempunyai rehat yang cukup, ia akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan.

Ketika usia kandungan Lisa 8 bulan, mungkin disebabkan Lisa terlalu aktif ke sana sini, terdapat Braxton hicks contraction iaitu fake contraction. Ia sering berlaku pada usia kandungan 7 hingga 8 bulan. Masa itu, Lisa terus pergi ke hospital untuk check up sebab ingatkan dah nak bersalin tapi rupanya ia hanyalah braxton hicks. Doktor nasihatkan Lisa untuk bed rest selama 2 hingga 3 minggu sementara nak tunggu usia kandungan masuk 9 bulan.

Tak sangka bila usia kandungan mencecah 36 minggu, lagi sekali Lisa rasa contraction yang sangat kuat selepas pulang dari shopping mall. Mungkin terlalu banyak berjalan, kandungan pun tak sabar dah nak keluar. Sampai rumah, bila Lisa bagitahu kepada mak pasal contraction mak suruh Lisa pergi hospital dan cek bukaan.....

Bersambung...









15:05

Inner Baju Menyusu Yang Selesa

by , in
Sebenarnya dah lama Lisa cuba cari inner baju menyusu sejak melahirkan Fareeq. Tapi masa itu, masih tiada lagi butik atau kedai pakaian yang menjual inner baju menyusu. Kalau ada pun, kena beli dari luar negara. Disebabkan Lisa ni jenis yang suka pakai inner baju yang sleeveless dan luarnya disarungkan cardigan lengan panjang, maka bagi Lisa inner baju menyusu sangatlah penting. Tambahan pula, bila nak berjalan-jalan keluar rumah seperti pergi Shopping Mall dan bersantai bersama keluarga di luar.

Masa menyusukan Fareeq, Lisa terpaksa pakai baju inner yang bukan nursing friendly maka bila Fareeq nak menyusu ketika kami berada di pasaraya, ia agak susah bagi Lisa sebab kena cari tempat bersesuaian untuk susukan dia. Fareeq pula jenis yang kalau lambat beri susu, mesti mengamuk. Waktu itu, dalam fikiran Lisa alangkah bagusnya kalau ada kedai pakaian yang jual inner baju menyusu ni. Lisa adalah orang pertama akan beli baju menyusu tersebut.

Tak sangka bila melahirkan anak kedua ni, Allah masih beri rezeki untuk menyusukan Sarah sepenuh masa seperti Fareeq juga. Masalah yang sama dihadapi iaitu sukar mencari inner baju menyusu yang sesuai.

Alhamdulillah, akhirnya Allah menjawab doa Lisa iaitu inginkan inner baju menyusu yang selesa di mana butik online Adrini's telah mengeluarkan inner baju menyusu pada baru-baru ini. Lisa tidak lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan design dan warna pilihan yang dijual di online store mereka.

Apa yang Lisa suka mengenai Adrini's online store ini adalah ia memperkenalkan pakaian wanita untuk ibu mengandung serta ibu menyusukan anak berkonsepkan fashionable, modest dan kualiti yang bagus. Tambahan pula, ia menekankan ciri-ciri seorang muslim di mana pakaiannya adalah menutup aurat serta longgar untuk dipakai.

Selain baju ibu mengandung serta maju menyusu, Adrini's juga mengeluarkan produk penjagaan kulit bagi ibu mengandung serta tudung yang selesa buat ibu di luar sana.


Alhamdulillah, dah sampai dah baju idaman Lisa. 


Disebabkan inner baju menyusu ini sleeveless maka ia sangat sesuai digayakan dengan cardigan pendek mahupun cardigan labuh. Tetapi jika anda ingin tampak lebih formal, anda boleh gayakan dengan blazer yang pendek. 


Semoga dengan perkongsian Lisa tentang inner baju menyusu yang selesa ini drai Adrini's memberikan idea untuk anda mendapatkannya di online store mereka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan Oh ya!! sekarang ni Adrini's online store sedang mengadakan diskaun sehingga 80% hanya pada bulan ini sahaja. 









18:54

Banyakkan Berbual Dengan Bayi dan Anak

by , in
Ada setengah orang berpendapat tak perlu pun sembang atau berbual dengan bayi sebab mereka masih kecil dan masih tidak faham apa-apa yang kita cakapkan. Yang mereka tahu hanyalah menangis nak tukar pampers atau nak susu atau pun mereka tidak selesa. Tapi bagi Lisa sendiri sangkaan tersebut seperti tidak benar je.

Disebabkan Lisa tidak ada jiran untuk berbual secara fizikal dan hanya ada kawan dan saudara boleh berbual melalui media social, maka Lisa pilih anak-anak sebagai rakan baik untuk berbual. Walaupun nampak si Qaisarah(3 bulan) seperti tidak faham tapi sebenarnya dia seolah-olah faham apa yang Lisa berbual dengannya.

Sebagai contoh, siapa yang follow Lisa di IG story akan tahu betapa struggle Lisa nak berpuasa ketika menyusu. Maka beberapa hari Lisa berusaha untuk berpuasa tetapi masih gagal juga. Dan akhir sekali Lisa cuba berbual dengan Qaisarah tentang mama nak puasa, Qaisarah minum susu banyak time malam ye. Siang Qaisarah jangan minum susu banyak sangat, kesian kat mama.

Alhamdulillah bila banyak kali Lisa berbual dengannya tentang Lisa nak sangat berpuasa, akhirnya dapatlah Lisa berpuasa selepas beberapa hari dan beberapa kali percubaan untuk berpuasa.

Qaisarah beri kerjasama yang sangat baik dengan Lisa ketika berpuasa. Membuatkan Lisa tak teralu penat untuk berpuasa.



Sebenarnya anak kita faham apa yang kita cakap sejak mereka dari dalam kandungan lagi. Mereka dengar apa yang kita bualkan. Cuma mereka masih ada batasan untuk membalas apa yang kita cakapkan.

Macam Fareeq juga Lisa banyak berbual dengan dia. Bila pulang dari sekolah Lisa suka sembang dengan Fareeq walaupun masa tu tengah menyusukan Qaisarah. Sebenarnya, Fareeq nak Lisa main dengan dia selepas pulang dari sekolah tapi disebabkan Lisa kena susukan Qaisarah dan tidurkannya, so Lisa tak dapat nak bermain lama dengan Fareeq.

Jadinya, Lisa jadikan sesi berbual dengan Fareeq sebagai pengganti sesi bermain dengannya. Dan kadang-kadang kami akan tengok TV bersama-sama. Dan Lisa akan tanya macam-macam soalan untuk Fareeq jawab even cerita yang dia tengok adalah cerita cartoon. As a mom, we can create as many as question to give them respond to answer.

Sempena bulan ramadhan ini, Lisa banyak berbual dengannya tentang apa itu puasa, kenapa perlu berpuasa dan apa hikmah kita berpuasa.

Buat masa ni, Lisa tak tekankan untuk Fareeq berpuasa kerana dia masih umur 5 tahun tetapi apa yang Lisa tekankan adalah solat. Bila Lisa tak dapat nak tunjuk ajar nya tentang solat, Lisa akan minta bantuan suami untuk ajarkan dia solat dan mengaji.

Bila kita banyak berbual dengan anak mahupun bayi, sebenarnya kita sedang develop otak mereka dan menambah words baru dalam library fikiran mereka. Lisa tahu ni pun berdasarkan bacaan dari pakar kanak-kanak, dari blogger parenting serta sharing kawan-kawan dalam media social.

Lisa suka belajar dari mereka yang berpengalaman kerana Lisa banyak kelemahan dari segi ilmu parenting ni. Dan ilmu ini sebenarnya sangat penting untuk ibu bapa mahupun bakal ibu bapa.

Seronok bila dapat berbual dengan anak-anak ni. Kita akan jadikan mereka seperti kawan. Berbual, bergurau senda, gelak ketawa, menyanyi, menari dan sedih bersama-sama.

Hargailah masa anak kita yang masih kecil ini. Waktu inilah kita cuba bina hubungan yang kuat dengan mereka. Lisa ingat lagi ada seorang penceramah tentang keluarga menasihati supaya, jadikan diri kita kawan baik anak supaya suatu hari nanti bila dia ada masalah dia akan mencari kita sebagai orang pertama untuk dia ceritakan masalah dia kepada kita. Jika dia sudah mula mencari orang lain untuk menceritakan masalah dia, maka itu agak berbahaya tambahan pula apabila umur mereka menginjak remaja.


16:46

Panduan Mengambil Confinement Lady Ketika Berpantang

by , in
Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah tempoh berpantang lisa selama 44 hari. Banyak sungguh cabaran dan dugaan ketika berpantang yang lisa hadapi untuk anak kedua ini. Antara salah satunya, Qaisarah Yusra(nama anak kedua) menghidapi masalah demam kuning yang lama, almost 3 weeks. Sepanjang 3 minggu tu, Lisa terpaksa ulang alik hospital untuk pergi cek darah dan tengok bacaannya berapa. Sebenarnya, ini pertama kali lisa hadapi pengalaman anak demam kuning yang panjang atau prolonged jaundice sebab waktu Fareeq,alhamdulillah dia tak ada masalah demam kuning. Seingat lisa kami pergi ke klinik hanya sekali atau dua kali je.

Tak pe, Allah nak bagi hadiah pengalaman baru buat diri Lisa dan suami.

Sebelum ni, Lisa ada tulis mengenai 10 Checklist Persediaan 3 bulan sebelum bersalin dan antara salah satu checklist tersebut adalah mencari confinement lady. Ada yang kata penting ke ambil confinement lady ni?



Dah menjadi satu trend bila berpantang mesti akan ada confinement lady di sebelah. Kalau tengok instagram artis malaysia, satu per satu kongsikan gambar mereka bersama dengan confinement lady. Sebenarnya, Lisa pun  tahu kewujudan confinement lady ni dari Siti Nurhaliza bila tengok instagram dia. Dari situ Lisa start buat reasearch sikit pasal tugas dan confiement lady ni sebenarnya tujuan mereka ada untuk apa ketika kita berpantang.

Penting atau tidak untuk mengambil confinement lady, sebenarnya bergantung kepada situasi anda. Bagi situasi Lisa sangat penting nak ambil confinement lady waktu berpantang sebab mak ayah lisa tidak sihat sangat dan suami masa tu dah start bekerja di Dubai, Lisa ada perasaan risau pasal kemampuan diri untuk jaga bayi dan jaga diri Lisa sendiri dan pada masa yang sama Lisa juga kena jaga anak pertama yang dah start persekolahan dia.

Sebelum Lisa kongsikan panduan mengambil confinement lady ketika berpantang, Lisa nak anda faham dulu maksud confinement lady ni supaya tak lah confuse pasal tugas dorang nih. Nanti silap hari bulan ada yang confuse tugas confinement lady dengan tugas bibik. Ramai sangat yang ingat CL tu adalah bibik,bidang tugas dorang sememangnya lain sangat.

Confinement lady ni adalah wanita yang akan bantu kita ketika berpantang. Tugasan mereka bergantung kepada pakej yang anda pilih mengikut syarikat atau individu yang menentukannya. Basically, tugas mereka adalah membantu dari segi memasak masakan pantang, bantu untuk mengembalikan kesegaran badan kita seperti bertangas, bertungku, mandi scrub, berurut, tolong pakaikan bengkung serta penjagaan bayi.

Meh Lisa share sikit beberapa panduan untuk anda yang sedang mengandung dan merancang untuk mengambil CL. Ini berdasarkan pengalaman Lisa sendiri yang pernah ambil CL.

Perancangan

Ya, perancangan sangatlah penting. Lagipun, kita dah boleh jangka bila bayi akan dilahirkan. Masa tu, anda dah boleh berbincang dengan suami tentang nak berpantang di mana, sama ada di rumah mak ayah sendiri, rumah mak ayah mertua, rumah sendiri mahupun rumah saudara terdekat. Jika dah ada kata putus, maka dah boleh tanyakan siapa yang boleh jaga kita dan bayi. Pendapat lisa sebagai seorang wanita, kita perlu ada pembantu untuk bantu kita dalam seminggu atau 2 minggu selepas melahirkan bayi kerana masa tu badan kita bukanlah kuat sangat dan masih lemah. kita perlukan support. Jangan nak tunjuk hebat ye nanti ada kesan negatif yang mungkin akan berlaku.

Pembantu itu mungkin terdiri daripada mak ayah sendiri, mak ayah mertua mahupun individu yang rapat dengan kita. Jika tiada yang dapat membantu maka, anda sudah boleh mula mencari confinement lady sebagai pembantu anda.

Perancangan ni pun sangat penting untuk kita kumpul budget dan supaya kita boleh bersedia.

Bila nak buat booking untuk Confinement Lady?

Sebaik-baiknya semasa anda mengandung 3 hingga 5 bulan. Masa ni anda sudah boleh mula mencari CL yang berdekatan. Jangan tunggu usia kandungan sudah mencecah 8 bulan, baru anda nak cari. Waktu Lisa 6 bulan, Lisa baru nak cari. Lebih kurang 12 syarikat dan individu yang lisa contact semuanya kata sudah penuh untuk bulan due date lisa bakal melahirkan bayi. Ada syarikat yang mengatakan, kebanyakan ibu yang booking mereka sudah buat tempahan 4 hingga 6 bulan sebelum melahirkan bayi. Bermaksud anda perlu buat booking awal.

Mungkin ada di kalangan anda terfikir, macam mana kalau bayi lahir lebih awal dari due date kelahirannya. Jangan risau, CL ni sangat bijak. Mereka memang sudah bersedia untuk sebulan awal dan 3 minggu lewat dari tarikh due date yang anda berikan kepada mereka nanti. Macam lisa, bayi lahir awal sebulan dan bila lisa contact CL, dia terus on sebab mereka memang akan sentiasa bersedia sebelum dan selepas due date yang kita beri.

Kriteria Confinement Lady

Sebelum anda pilih confinement lady, pastikan anda sudah merancang dari awal berapa budget yang diperlukan. Jika budget anda banyak maka anda boleh ambil CL ni dalam tempoh yang lama serta banyak tugas yang boleh diberikan.

Sebagai contoh, bila lisa survey lebih kurang 10 hingga 12 syarikat dan individu yang buat perkhidmatan CL, rata-ratanya untuk tempoh 2 minggu dalam Rm1500 hingga Rm4000. Dan tempoh masa pula, ada yang menawarkan half day, full day dan stay-in(duduk sama dengan kita sehingga habis tempoh berpantang). Dan anda juga boleh pilih nak seminggu ke, 2 minggu, 3 minggu dan 44 hari.

Dari segi tugas, ada yang menawarkan tugas asas sahaja seperti berurut, bertangas, masak dan bengkung. Untuk tambahan pula ada yang menawarkan penjagaan bayi, sidai basuh baju bayi dan ibu, mandi scrub dan herba serta lain-lain lagi. Bidang tugas ni bergantung kepada keperluan anda.

Lisa ambil masa berpantang hari tu adalah half day je dan CL buat perkara asas sahaja. Tapi memang banyak membantu Lisa untuk betul-betul kembali pulih. Kak CL lisa, dia masak waktu tengahari tetapi lisa minta dia masak untuk 2 kali makan. So malam tak perlu lisa nak masak pulak. Setiap pagi memang CL akan mandi dan siapkan qaisarah kemudian dia tolong lisa untuk bertungku, mandi herba, scrub dan pakai bengkung. Untuk berurut dan bertangas, ada akak yang lain datang tapi dorang ni satu company. Lisa bayar kiranya under 1 company.


Sebenarnya, kalau boleh lisa nak ambil CL yang terus stay in di rumah, tapi memandangkan mak ayah lisa rasa tak selesa dengan orang luar so lisa decide hanya ambil CL untuk full day iaitu dari 8 pagi sampai 6 petang. Tapi lisa lambat buat booking, so kebanyakannya dah full so tinggallah yang half day dan yang basic je. Kiranya itu pun dah ok kot bagi lisa. at least dapat tolong perkaras asa pun dah cukup.

Dan lagi satu lisa nak kongsikan dengan anda, jika anda ada banyak budget, boleh je nak duduk confinement hotel and resort. Hotel ni banyak terdapat di bandar besar macam KL, Ipoh dan area selangor.

Hotel berpantang bermaksud, anda dan bayi akan dijaga sepenuh masa oleh pihak hotel tersebut. Dialah yang akan jaga bayi 24 jam dan mereka akan serahkan bayi kepada anda hanya untuk menyusu sahaja. Supaya sepajang berpantang anda akan dapat rehat yang betul-betul cukup dan tidak stress. Jika ditanya tentang bayaran, tentulah agak costly dan at least dalam tangan anda kena ready dalam Rm 10 000 ke atas. Hehehe.. dasyat sungguh.. tapi memang berbaloi.

Di bawah ni Lisa kongsikan gambar tentang service yang lisa ambil dari CL lisa di perak. Nama CL lisa adalah Bonda Confinement Care Services. Ini confinement lady yang cover di area ipoh, batu gajah dan seri isakandar.






Ini antara menu yang disediakan oleh CL, namanya kak ifa. Sebelum kak ifa datang ke rumah untuk hari pertama, dia dah berikan senarai nama menu yang selalu dia masakkan untuk orang berpantang tapi boleh diubah mengikut cita rasa kita. Lisa request untuk makan sayur sawi dan lobak putih sahaja sepanjang berpantang, so kak ifa hanya ikut apa yang lisa request dan untuk lauk pula lisa serahkan kat dia. 


Setiap pagi, kak ifa akan sediakan air mandian herba untuk lisa mandi. Daun herba ni kak ifa yang bawa dari rumahnya. 

Selepas mandi herba, kak ifa akan scrub badan untuk buangkan sel kulit mati dan beri supaya kulit makin nampak lebih mulus. Wah gituh...


Bila dah siap, kak ifa akan tolong tungkukan lisa guna batu sungai ni. Bertungku seluruh badan dan bahagian perut dia buat lama sikit sesi tungku supaya darah jalan lancar dan tiada darah beku. Dari segi saintifiknya, lisa tak pasti betul ke tidak tapi inilah nenek moyang kita amalkan.


Daun mengkudu ni diletakkan sekali ketika bertungku.


Lepas bertungku, sesi urut satu badan serta dipakaikan bengkung dan stokin. 

Oh ya, Qaisarah juga kak ifa yang tolong mandikan setiap pagi dan siapkan Qaisarah sehingga dia kembali tidur untuk sesi pagi.


Pilis dipakai selepas urut dan memakai bengkung.

Kak ifa datang dari pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengahari untuk sesi basic ni. 


Ni kak ima yang tolong lisa untuk urut.


Ni kak ifa yang banyak tolong lisa sepanjang berpantang.


Kak ima yang botakkan Qaisarah. Kemas cara potongannya. 

Rasanya itu sahaja perkongsian lisa untuk anda yang ingin mencari tentang confinement lady. Semoga dapat membantu. 






15:00

Pengalaman Dan Tips Mendidik Anak Lelaki

by , in
Mempunyai anak lelaki merupakan satu anugerah terindah buat si ibu dan si bapa. Mungkin ada ibu bapa di luar sana terlalu menginginkan anak perempuan tetapi ALLAH mengurniakan anda anak lelaki. Sebenarnya, mendapat anak lelaki atau anak perempuan adalah hadiah daripada ALLAH jika ingin dibandingkan mereka yang tidak mempunyai anak walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Bersyukur atas kurniaan yang ALLAH berikan.

Sebenarnya mempunyai anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan mereka menjadi seorang hamba ALLAH yang berguna di atas muka bumi ini. Tetapi pada masa yang sama sebagai ibu bapa kita perlu tahu teknik dan cara pendekatan mendidik anak yang berlainan jantina. Kerana fitrah mereka adalah berbeza.

Alhamdulillah, ALLAH kurniakan Lisa anak pertama adalah anak lelaki. Pada mulanya, Lisa agak culture shock juga kerana Lisa tidak pernah ada adik lelaki dan tidak pernah ada pengalaman membesar bersama-sama dengan adik beradik lelaki walaupun abang Lisa yang sulung adalah lelaki tetapi disebabkan faktor jarak umur yang terlalu jauh maka kami tidak begitu rapat. Maka bagi Lisa, ini merupakan pengalaman baru serta chapter baru dalam kehidupan Lisa.

Mendidik anak lelaki sebenarnya bukan mudah dan bukannya susah, cuma sebagai seorang ibu Lisa perlu ada sedikit sebanyak ilmu dalam mendidik anak lelaki ini. Kebetulan Lisa mempunyai suami yang berlatar belakangkan adik-adiknya juga semua perempuan, maka ini juga pengalaman baru bagi dia dalam mendidik anak lelaki.

Sifat dan tingkah laku anak lelaki ini boleh dilihat seawal setahun lebih. Dari situ, Lisa cuba mengenali lebih dekat sifat dan tingkah laku Fareeq(nama anak Lisa yag pertama). Pada awalnya, Lisa agak tertekan juga kerana fitrah dan sifatnya sangat bertentangan dengan diri Lisa sendiri.

Kebetulan, kawan baik Lisa kebanyakannya mempunyai anak perempuan dan Lisa lihat mereka lebih mudah mendidik anak perempuan berbanding anak lelaki. Masa itu, Lisa rasa agak sedih sebab terlalu penat untuk membesarkan anak lelaki ini, tetapi bila mak abah dan suami beri sokongan maka dari situ Lisa cuba untuk belajar sedikit demi sedikit untuk mendidik anak lelaki ini.

Ini adalah pengalaman Lisa dengan Fareeq dan disertakan tips mendidik anak lelaki. Jika anda rasa ia juga boleh diaplikasikan untuk anak lelaki anda, cubalah mungkin ia memberi kebaikan kepada anda dan anak anda.



1. Anak Lelaki suka akan Timeline atau Masa.

Ini antara cabaran yang Lisa hadapi dengan Fareeq iaitu bila Lisa minta dia buat sesuatu dengan segera atau 'sekarang' , dia memang susah untuk lakukannya. Contohnya,

Lisa kata
" Fareeq, pergi mandi sekarang"
"Fareeq, pergi makan sekarang"

Guess what?

Dia tidak hiraukan pun apa yang Lisa katakan. Sebenarnya, anak lelaki ini suka diberi masa dan mereka suka bercakap tentang masa. Jika anda perasan orang lelaki suka memakai jam di tangan bermaksud mereka suka akan masa dan timeline. Maka Lisa cuba untuk ubah ayat iaitu

"Fareeq, mama bagi masa 5 minit untuk Fareeq main dan lepas tu pergi mandi"
"Ok, mama"

Sejak itu, tanpa perlu disuruh, Fareeq dah boleh pergi sendiri dan tiada paksaan dan tiada nada suara tinggi dari Lisa. Dia sendiri yang akan alert tentang masa dan faham selepas buat sesuatu, dia perlu lakukan sesuatu mengikut apa yang Lisa minta.

2. Anak Lelaki suka diberi pilihan dan tidak suka dipaksa.

Kalau boleh jangan terus berkata tidak kepada anak lelaki kerana mereka akan mudah tantrum dan mudah mengamuk jika tidak diberi apa yang mereka mahu. Dan anda perlu faham bahawa anak lelaki ini suka diberi pilihan supaya mereka tidak tantrum. Sebagai contoh, anda menghadapi situasi anak anda inginkan permainan yang mahal dan anda tidak mahu membelikannya. Jangan berkata tidak kepada mereka tetapi beri mereka pilihan, contohnya;

"Fareeq apa kata kita pergi ke kedai yang lagi satu, di sana Fareeq boleh pilih toys yang fareeq nak atau fareeq duduk di kedai ni tetapi tidak boleh beli sebarang permainan yang Fareeq nak. Fareeq nak pergi ke kedai yang lagi satu tak?"

Guess what?

Anak lisa terus keluar dari kedai permainan yang mahal dan kami masuk ke kedai permainan yang jauh lebih murah. Pada usia umur 3 hingga 5 tahun, mereka masih tidak tahu nilai harga sesuatu barang, maka masa ini anda masih boleh berbincang dengan mereka. Bagi mereka, selagi permainan tersebut boleh dimain dan ia memberi keseronokan kepada mereka.

Ini adalah contoh situasi yang pernah Lisa alami dengan anak lelaki. Jika anda mengalami situasi yang berbeza, maka anda perlu bijak untuk merancang pilihan yang boleh diberikan kepada mereka.

3. Anak Lelaki suka pujian dan pelukan serta sentuhan.

Mungkin ada ibu bapa di luar sana menganggap anak lelaki ni, tidak perlu dipeluk, tidak perlu diberi pujian atau diberi sentuhan supaya mereka menjadi lelaki yang sejati, bak kata orang menjadi lelaki yang sado. Fahamilah bahawa, dengan pujian, pelukan dan sentuhan membuatkan anak lelaki lebih lembut hati dan mudah untuk mendengar kata ibu bapa kerana itu juga merupakan pengikat kasih sayang.

Ada sesetengah lelaki yang sudah besar, malu untuk peluk ibunya. Kenapa nak malu? Itukan ibu kita.

Sebab itulah, didik anak lelaki sejak kecil untuk berkasih sayang dengan melalui pujian,pelukan dan sentuhan. Supaya mereka lebih menghargai ibu dan seorang wanita.

Pernah Lisa nampak Fareeq sedih sangat sebab permainan dia sudah rosak. Lisa datang menghampiri Fareeq dan berkata

"You need hug?"
"Yes, I need your hug mama. Fareeq sedih"

Kami saling berpelukan. Bila dah dua atau tiga minit Lisa tanya Fareeq.

"Now, you feel relieved? Feel much better?"

Fareeq mengangguk dan kembali tersenyum.

Dan bab pujian pula, anak lelaki memang suka dipuji kerana itu merupakan booster bagi mereka. Jika anda perasan, anak anda yang berumur 4 tahun ke atas suka berkata selepas mereka menyiapkan sesuatu perkara sebagai contoh, mereka membina lego dan hasilnya lego tersebut berbentuk robot. Mereka akan bawa robot tersebut dan tunjuk kepada anda

"Mama, cuba tengok ni"

Maka, anda perlu memberi pujian walaupun hasilnya tidaklah berbentuk robot sangat tetapi murahkan sahaja dengan pujian supaya mereka lebih bersemangat.

"Wah cantiknya robot fareeq. Apa nama robot fareeq ni?"

Fareeq terus gembira bila dapat pujian sedemikian.

4. Anak Lelaki tidak pernah rasa takut. 

Untuk bab ini, sebenarnya sampai sekarang Lisa masih menghadapinya kerana Fareeq tak pernah rasa takut untuk melakukan sesuatu perkara yang berbahaya. Walaupun usianya nak masuk 5 tahun tetapi dia tidak pernah ada perasaan takut walaupun sudah banyak kali Lisa dan suami keluar masuk klinik sebab dia jatuh, lebam sana sini dan luka sana sini. 

Dan itulah fitrah seorang anak lelaki, mereka tidak pernah ada perasaan takut. Yang mereka tahu, dengan melakukan perkara tersebut ia dapat memberi keseronokan dalam diri mereka. 

Dengan fitrah tersebut juga, sebab itulah pekerjaan yang banyak risiko dipikul oleh lelaki bukannya wanita. Contohnya kerja panjat tiang elektrik, kerja bina bangunan, kerja askar komando, semuanya terdiri daripada lelaki. Bermaksud sudah fitrah ALLAH tiupkan semangat berani kepada mereka. Jika kita faham tentang fitrah ini, maka insyaALLAH kita boleh deal dengan kelakuan anak lelaki. 

Dalam melayani fitrah anak lelaki yang tidak pernah ada perasaan takut, ia juga ada hadnya. Lihatlah jika permainan atau perkara yang mereka lakukan membawa kemudaratan kepada mereka, cubalah halang dan beri mereka pilihan untuk bermain permainan yang lain. 

Sebagai contoh, anak Lisa memang suka memanjat dan dia akan terjun dari tempat yang tinggi. Maka Lisa lihat jika ia sekadar kerusi yang tidak terlalu tinggi, Lisa cuba biarkan tetapi jika ia agak tinggi Lisa akan letak tilam di bawahnya, supaya bila dia jatuh dia tidak akan cedera. 

Kalau boleh jangan terus melarang anak untuk melakukan sesuatu perkara kerana ia mungkin boleh memberi perasaan terlalu takut kepada mereka. Dan lama-lama ia memberi kesan negatif kepada diri anak lelaki tersebut seperti mereka tidak mempercayai kemampuan diri mereka sendiri dan mempunyai perasaan terlalu takut kerana sejak kecil ibu bapa sentiasa melarang mereka. 

Lisa pernah ada pengalaman berjumpa dengan seorang anak kecil lelaki ni, umur anak ini lebih kurang 2 tahun tetapi Lisa lihat anak ini sangat-sangat takut untuk melakukan sesuatu perkara sehinggakan dia takut untuk turun dari katil, takut untuk berjalan, takut untuk melakukan sesuatu perkara yang dia sebenarnya ingin lakukan cuma perasaan takut terlalu menguasai diri. 

Bila berbual dengan pengasuhnya, rupanya ibu bapa anak kecil ini sering melarang anak ini untuk melakukan sesuatu perkara kerana ibu bapa ini terlalu takut anak mereka jatuh, takut anak mereka lebam dan luka. Sebenarnya dengan jatuhlah, anak ini belajar untuk berjalan, berlari dan explore everything in this world. Tetapi seperti yang Lisa katakan, ia ada limitation. 


5. Anak Lelaki Suka Diberi Tanggungjawab 

Selain fitrah anak lelaki tidak ada perasaan takut, anak lelaki ini juga suka diberi tanggungjawab. Dengan tanggungjawab yang diberikan mereka merasai diri mereka lebih dihargai. Percayalah dan cuba anda lakukan kepada anak lelaki anda. 

Perkara yang mudah dilakukan adalah, beri mereka tanggungjawab untuk mengambil sesuatu barang dan diberikan kepada anda. Contohnya,

"Fareeq, tolong mama ambilkan cawan di dapur. Tolong isi air sekali, mama haus. Kasihan mama"

Fareeq dengan gembiranya akan melakukan perkara tersebut kerana kita memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada mereka untuk melakukannya. 

Walaupun ia nampak mudah, tetapi ia memberi kesan besar kepada anak lelaki supaya mereka faham tentang tanggungjawab. 


6. Anak Lelaki Suka belajar dan mudah faham tentang Kemahiran atau Skill

Percaya atau tidak, anak lelaki ini mudah belajar dan faham tentang sesuatu perkara yang melibatkan kemahiran. Tidak dinafikan ada juga anak lelaki yang suka belajar tentang pembelajaran. Rata-rata Lisa lihat anak lelaki lebih suka sesuatu perkara yang melibatkan kemahiran.

Sebagai contoh, mak mertua Lisa pernah cerita tentang suami Lisa semasa dia berumur 4 atau 5 tahun. Setiap permainan yang baru dibeli, dia akan buka permainan tersebut dan permainan tersebut akan relai. Sebab dia nak tahu, bagaimana kereta bateri tersebut boleh berfungsi dan boleh bergerak. 

Dan Lisa juga lihat, Fareeq jenis mudah faham tentang kemahiran. Sebagai contoh semasa umur dia 4 tahun, Lisa ajar dia sekali sahaja cara on aircond dan radio dalam kereta. Hari yang seterusnya dia dah boleh lakukan sendiri. Sama juga dengan kemahiran melipat baju, butang baju. Anak lelaki memang akan mudah faham perkara yang melibatkan kemahiran.






Baiklah itu sahaja perkongsian Lisa mengenai pengalaman dan tips mendidik anak lelaki. Penulisan Lisa ini bukanlah dari seorang yang pakar dalam bidang kanak-kanak tetapi Lisa menulis sebagai seorang ibu yang mempunyai anak lelaki serta mencedok pengalaman dari ibu-ibu sekeliling Lisa yang mempunyai pengalaman mendidik anak lelaki. Mereka juga berkongsi perasaan yang sama dengan Lisa. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang mempunyai anak lelaki. Untup tips mendidik anak perempuan, tunggulah ye... mana tahu anak yang Lisa kandungkan sekarang anak perempuan insyaALLAH lagi 3 atau 4 tahun Lisa kongsikan pula tips mendidik anak perempuan. 

Thanks for stopping by my blog.