Unboxing Sempena Lazada Shopping Festival 11.11


November 21, 2018
Anda alami tak apa yang Lisa alami ketika 11.11 sempena Lazada Shopping Festival di mana aplikasi Lazada mengalami sedikit gangguan disebabkan ramai yang rebut peluang untuk mendapatkan harga yang menarik ketika sale tersebut. Boleh dikatakan beberapa kali percubaan untuk Lisa dan suami buat belian di aplikasi Lazada sampai bejaya iaitu sehingga dapat membuat bayaran akhir bagi barangan yang telah kami pilih.

Apa yang Lisa suka ketika Lazada Shopping Festival 11.11 iaitu pada 11 November 2018, Lisa dapati banyak harga turun menjunam dan banyak sangat voucher yang ditawarkan oleh Lazada kepada pelanggannya. Lisa tidak ketinggalan untuk merbeut peluang keemasan ini. Bila lihat di media sosial, rupanya ramai kawan Lisa juga merebut peluang keemasan ini dan ramai juga mengatakan harga yang mereka dapat ketika Shopping Festival 11.11 adalah sangat berbaloi berbanding sebelum ini. Ada yang membeli perlatan elektrik seperti Air fryer, blender, periuk nasi dan tidak kurang juga membeli barang elektronik seperti laptop, handphone dan sebagainya.

Di sini, suka Lisa kongsikan kepada anda apa barangan yang Lisa dan suami sempat grab ketika Lazada Shopping Festival 11.11. Supaya, selepas ini bila Lzada buat sale lagi anda juga boleh rebut peluang keemasan ini. Dan dapatkan harga yang sangat berbaloi di mana anda tidka mudah dapat harga di luar sana, hanya di Lazada.

Lap Top Jenama Asus



Disebabkan, lap top suami ada masalah maka kami bercadang untuk beli laptop baru dan kebetulan bila kami survey pada Lazada Shopping Festival 11.11, lap top seperti di atas menawarkan harga pengurangan sehingga Rm500-600, maka kami tidak melepaskan peluang ini. Kebetulan, pada shopping festival tersebut unit Asus ini hanya tinggal 1 sahaja dan kami sedaya upaya untuk membelinya pada malam 11 November tersebut. Dan alhamdulillah, lap top tersebut selamat sampai di rumah selepas beberapa hari pembelian ban bayaran dibuat. 

Selamat sampai dah. Alhamdulillah.


Buaian Untuk Anak Saudara



Ada juga rakan Lisa mengatakan tidak berbaloilah beli pada Lazada Shopping Festival 11.11 tapi bagi pendapat Lisa secara persendirian, Lisa rasa sangat berbaloi membuat belian untuk barangan yang memang kita rasa perlu dan harganya juga sangat berbaloi jika dibandingkan harga di luar. Antara yang Lisa rasakan sangat berbaloi apabila kami dapat beli buaian untuk anak saudara Lisa. Sebabnya, kami perlukan buaian seperti di atas 2 unit dan kami sudah survey di beberapa tempat kebanyakannya menawarkan harga Rm100 lebih untuk buaian seperti di atas. Tetapi pada Lazada Shopping Festival 11.11, kami boleh dapat harga pada Rm80 lebih termasuk postage dan jimat sehingga Rm40-80. 


Tadaaa... Dah sampai dah minggu lepas. Kondisinya pun baik dan bungkusannya pun dalam kedaan baik.


Pampers



Pampers merupakan salah satu keperluan untuk anak. Bagi Lisa, jika nak beli sekali banyak dengan harga yang berbaloi tidak salah pun sebab ia memang barang yang anak kita guna sehingga mereka bebas pampers. Sebab itulah, Lisa dan suami memang akan beli pampers untuk buat stok 3 hingga 4 bulan supaya ia lebih jimat berbanding kita beli setiap bulan pada harga biasa bukannya harga diskaun. Jadilah ibu bapa yang bijak berbelanja untuk keperluan anak. Selagi kita boleh jimat, kita cuba untuk berjimat. 

Sebenarnya ada beberapa lagi barang yang kami sekeluarga beli pada Lazada Shopping Festival 11.11 kerana kami rasa banyak penjimatan yang kami dapat serta barangan yang ditawarkan juga sangat menarik.

Semoga perkongsian Lisa pada entry post kali ini dapat membantu anda untuk menjadi pengguna bijak pada masa akan datang. Boleh klik di sini untuk melihat pelbagai tawaran di Lazada. 






1 comment:

  1. Diah suka beli Pampers dan susu anak kalau waktu sale tapi kena hati cekal tunggu barang sampai rumah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.