Sambut Hari Jadi Fareeq Di Kidzania, Kuala Lumpur


November 28, 2018
Semalam iaitu 27 November 2018, hari Selasa merupakan hari jadi anak Lisa yang pertama iaitu Ameer Fareeq. Bangun pagi, Lisa terus ucapkan selamat hari jadi kepada Fareeq dan dia sangat excited bila tahu pada hari itu adalah hari jadinya. Lisa buka phone dan beri dia tengok videonya semasa dia kecil, dari bayi sehinggalah kini. Saja Lisa nak ingatkan dia bagaimana dia lahir ke dunia dan memori yang telah kami cipta dari dia kecil lagi supaya ia tersemat dalam fikiran dan hatinya. Dua hari sebelum itu, suami Lisa ada cadangkan supaya sambut hari jadi Fareeq di Kidzania memandangkan Fareeq sudah mencecah 4 tahun dan ia sangat sesuai dengan aktivit di sana.



Kebetulan Lisa lihat website 11street sedang mengadakan promosi tiket Kidzania sempena bulan November 2018. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli tiket tersebut. Di sini Lisa nak kongsikan beberapa tips membawa anak ke Kidzania berbdasarkan pengalaman Lisa sendiri iaitu pertama kali datang ke sini.

Tips Bawa Anak ke Kidzania:


1. Beli tiket murah sama ada di 11street dan myfave. Semasa kami membeli tiket Kidzania, kami lihat 11street lebih menawarkan harga lebih rendah berbanding website yang lain dan kebetulan masa itu myfave tiada buat promosi tiket Kidzania Kuala Lumpur, yang ada hanyalah Kidzania Singapore sahaja. Anda boleh klik di sini untuk pembelian tiket kidzania di 11street. 

2. Kidzania sebenarnya sesuai untuk anak berumur 5 tahun ke atas sehingga 12 tahun, sebabnya bila lisa bawa fareeq yang berumur 4 tahun, hanya beberapa aktiviti sahaja yang boleh dilakukan kerana tahap kemampuannya pada usia tersebut masih terbatas. Kidzania mempunyai sistem earn and pay money. Jika anak bekerja maka mereka akan dapat duit dan jika mereka mahu lakukan aktiviti maka mereka perlu bayar duit. Sebelum masuk ke Kidzania, anak akan dibekalkan beberapa keping duit kertas untuk mereka berbelanja melakukan aktiviti di sana. Fareeq melakukan aktiviti yang hanya sesuai sahaja pada usia tersebut. Tapi dia sangat gembira sebab kami dedahkannya perkara baru dalam hidup dia.

3. Datang awal pada pukul 10.00 pagi kerana masa itu anak masih bertenaga dan mereka masih segar. Tambahan pula, apabila datang awal, banyak aktiviti yang boleh dilakukan berbanding jika anda datang pada waktu tengahari atau pun petang. Masa operasi Kidzania adalah, pada hari biasa dari 10.00 pagi sehingga 5 petang dan jika hujung minggu dan cuti sekolah adalah 10.00pagi sehingga 7 petang.

4. Ibu bapa yang bawa anak kecil bawah 5 tahun, dinasihatkan anda juga perlu bertenaga kerana aktiviti di sana memerlukan anda untuk berjalan ke sana sini. Memandangkan Lisa tengah mengandung, memang agak sedikit mengah ke sana sini bila temankan fareeq, nasib baiklah ada mak cu dan papanya yang temankan. Tetapi jika anak anda berusia 7 tahun ke atas, mereka boleh berdikari sendiri tanpa mengahrapkan bantuan ibu bapa.

5. Makanan luar tidak dibenarkan dan anda boleh beli di dalam kidzania tersebut tetapi harga agak tinggi berbanding di luar. Oleh itu, dinasihatkan supaya sebelum masuk, anda perlu makan terlebih dahulu kemudian barulah masuk ke sana.

6. Kemudahan tandas dan surau disediakan maka ibu bapa jangan risau untuk melakukan ibadah di sana.

7. Tips terakhir yang boleh lisa kongsikan adalah sentiasa memberi galakan dan kata semangat kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti tersebut. Kerana aktiviti yang Kidzania sediakan memang agak menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil ini.

Kenapa Lisa Memilih Kidzania Sebagai Tempat Untuk Meraikan Hari Jadi Fareeq?


Sebabnya, Lisa nak dedahkan fareeq supaya untuk berdikari, tanam sifat berani mencuba perkara baru serta pandai mendengar arahan kerana di Kidzania, anak-anak ini perlu mendengar arahan untuk setiap aktiviti yang dilakukan serta mereka perlu berani mencuba. Bagi Lisa umur 4 tahun adalah umur yang sangat sesuai untuk didedahkan perkara tersebut dan bukan hanya semata-mata kelas pembelajaran sahaja. Kerana di sini mereka di asah bakat yang terpendam.

Sepanjang sehari di Kidzania, Lisa lihat Fareeq sangat suka berkawan dan suka sertai aktiviti memasak kerana dia dapat makan hasil yang dia masak. Dia sangat bangga bila tunjuk hasil tersebut kepada lisa dan suami.

Semasa pulang ke rumah, Fareeq sangat excited nak berikan makanan yang dia masak sendiri kepada atok,nenek dan ibu saudaranya.

Itulah kegembiraan yang Lisa suka lihat dari Fareeq.

Ini adalah gambar sekitar fareeq melakukan aktiviti di Kidzania.

Chef fareeq masuk dapur.


Belajar buat binokular.


Pakar sains nak buat kajian tentang air mineral yang baik untuk kesihatan.




Belajar untuk jadi promoter dan mama jadi customer dia.



Belajar untuk bekerja di stesen minyak dan bantu pelanggan isi minyak kereta.


Sebelum masuk, fareeq dapat beberapa keping duit.


Suasana sekitar di Kidzania. 


Fareeq belajar buat kuih dan bakery.



Selamat Hari Jadi Fareeq... Mama and Papa Love you so much!!! Semoga menjadi anak yang soleh dan jadi abang yang baik untuk adik-adik. 




2 comments:

Powered by Blogger.