19:00

Resepi Donut Gebu dan Lembut

by , in
Sebenarnya ini adalah kali ke 5 atau ke 6 Lisa cuba buat resepi donut tapi resepi-resepi yang Lisa dah cuba sebelum ni kebanyakannya tak gebu dan lembut tapi semuanya sedap. Setelah beberapa kali percubaan ALhamdulillah kali ni, baru menjadi dan sebab itulah Lisa berani kongsikan resepi donut gebu dan lembut ini.


Bahan-bahan


1 peket yis
1 sudu kecil gula
Setengah cawan air suam

*Satukan bahan tersebut dan biarkan sehingga ia berbuih dan mengembang.

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu susu tepung
1 sudu susu pekat
1 biji telur
1/2 cawan air(ikut keperluan adunan)
2 sudu marjerin/butter


Cara membuat:


1.Satukan tepung, gula,garam, susu tepung,marjerin dan susu pekat dalam bekas adunan.

2.Gaulkan sekata dan lubangkan di tengah-tengah tepung untuk masukkan yis,air dan telur. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Biarkan doh ditutup dengan tuala lembab dan biarkan selama setengah jam.

4. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Terap adunan atau bentukkan donut.

6. Panaskan api dan masakkan donut sehingga warna sedikit keperangan

7. Siap untuk dihidang dengan salutan gula halus.




Tadaaa inilah hasilnya. Jemput makan semua...



Ha nampak tak seronoknya fareeq makan penuh berselera. Inilah bukti kesedapan air tangan ibu. Heheh

Selamat Mencuba.