20:50

Pengalaman Potty Train Dengan Anak

by , in
Sebelum Lisa mulakan potty train dengan Fareeq, Lisa sediakan ilmu dengan membaca artikel dalam facebook dan media sosial yang lain serta baca pengalaman ibu yang lain untuk buat potty train. Macam kena sediakan senjata sebelum berperang.



Supaya bila ada ilmu walaupun sedikit at least kita tahu macam mana nak handle the worst situation. Jadinya ni antara tips yang Lisa take note dan highlight kan dari beberapa artikel dan pengalaman ibu yang lain yang telah berjaya buat potty train dengan anak mereka.

Tips dan Cara Memulakan Potty Train Dengan Anak


1. Seminggu sebelum buat potty train, sentiasa remind anak bahawa selepas ni no more pampers. Kencing dan berak di toilet. Keep reminding them.

2. Jangan guna short form contohnya shi shi or yak. Use the right word contohnya kencing dan berak.

3. Kalau boleh lantai tidak dipasang karpet kesayangan kita supaya tidak berlaku perkara yang tak diinginkan. Tentu anda fahamkan..hehhe... Kalau tak, akan ada sesi drama menangis tepi bucu katil oleh si ibu.

4. Ini point paling penting sekali, potty train akan berlaku antara dua pihak iaitu ibu dan anak. Pihak ibu perlu bersetuju dengan potty train dan pihak anak juga perlu bersetuju dan nak tahu persepakatan dan persetujuan ini, cuba lihat hari pertama sehingga hari ketiga. Jika hari keempat anak masih tidak boleh beritahu anda bahawa dia ingin kencing dan berak di toilet maka ia hanya dapat satu persetujuan dari satu pihak sahaja. Iaitu pihak ibu. Bermaksud anak masih tidak bersedia. Maka anda perlu berhenti seketika potty train ini. Kemudian, buat kembali selepas seminggu atau dua minggu kemudian.

5. Untuk beri semangat dan timbul rasa suka untuk anak pergi ke tandas, ibu-ibu perlu kreatif contohnya membeli potty yang comel dan cantik, barulah anak-anak excited nak pergi ke toilet. Boleh lihat di sini untuk pelbagai pilihan potty seat.

potty train anak


Rasanya cukup tak point di atas untuk anda buat potty train dengan anak? Di sini Lisa nak kongsi pengalaman Lisa sendiri membuat potty train dengan anak, Fareeq. Ia tidaklah semudah yang disangka dan ia tidaklah sesusah yang dijangka.

Tiga bulan lepas, Lisa berniat untuk buat potty train dengan Fareeq. Lisa ikut tips dan cara potty train dengan anak. Seminggu sebelum mulakan potty train, Lisa dah remind Fareeq banyak kali bahawa minggu depan Fareeq dah tak perlu pakai pampers. Kencing dan berak di toilet. Fareeq pun keep cakap "Ok, mama".

Pada hari potty train yang pertama, Fareeq kencing dan berak dalam seluar. Hari kedua dan ketiga pun sama. Paling dasyat sekali Lisa jumpa poo poo dia belakang langsir bermaksud sepanjang hari tu dia tak bagitahu pun yang dia dah berak di situ. Mula-mula ingat benda tu play dough dia yang dah keras tapi bila tengok betul-betul dan ada bau, memang rasa nak tercabut hidung. Sabar je lah budak ni. Yang penting jangan marah si anak kalau dia tak beritahu untuk kencing dan berak.

Bermaksud potty train tersebut tidak berjaya. Selepas itu, Lisa ingat nak mulakan kembali selepas 2 minggu tapi sebab kami sibuk dan jarang ada di rumah maka tak berani dan tak sedia lagi untuk buat potty train.

Sehinggalah minggu lepas, Lisa ada ingatkan Fareeq yang dia tak perlu pakai pampers lagi sebab dah besar. Pada hari potty train, Fareeq sendiri cakap " Mama Fareeq dah tak nak pakai pampers dah. Nak kencing ngan berak kat toilet".

Sampailah hari ni, Fareeq sendiri pergi ke toilet untuk kencing dan berak. Wah semudah itu sahaja. Bermaksud fizikal dan mental Fareeq memang dah bersedia untuk lakukan potty train. Tidak perlu untuk kita rasa susah hati dan tidak ada drama mengelap lantai.+

Apa yang Lisa nak pesan kepada ibu bapa yang baru ingin mulakan potty train dengan anak-anak, jangan sesekali bandingkan anak orang lain dengan anak kita. That's the main key untuk anak kita berjaya dalam sesuatu perkara. Mula-mula Lisa memang ada rasa sedih dan jealous bila tengok anak orang lain cepatnya potty train tapi bila Lisa baca ada satu artikel tersebut, beliau kata
' Jangan sesekali bandingkan tahap kebolehan anak kita dengan anak orang lain kerana setiap anak adalah berbeza dan sebenarnya lagi mudah untuk buat potty train dengan umur anak atas 3 tahun setengah sebab mereka sudah pandai cakap dan mudah faham apa yang kita maksudkan'

Maka berakhirlah sudah hobby mama yang suka kumpul point dari Drypers Lazada untuk redeem toys Fareeq.

Sekian sahaja perkongsian Lisa tentang potty train dengan anak, semoga ia bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana. Jika anda nak kongsikan pengalaman anda, sangat dialu-alukan. Sila komen di bawah.



16:43

Happy Birthday SisHawa Dot Com

by , in
www.sishawa.com

Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG bersertaEMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018