14:47

Pengalaman Menggunakan Maternity Belt Dari Mamaway

by , in
Sebenarnya, Lisa pernah mengalami keguguran semasa anak kedua pada awal tahun 2018. Masa itu, Lisa dan suami serta anak sulung kami pergi travel ke Dubai untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke empat. Dua hari sebelum kami fly ke Dubai, Lisa baru tahu yang Lisa sedang mengandung dan kandungan masa tu berusia 7 minggu. Semasa naik flight dan sepanjang Lisa travel di Dubai, memang banyak kali berlaku hentakan dan Lisa juga tak pakai apa-apa maternity belt ketika itu, sebab tidak terfikir perkara buruk akan berlaku apabila kita tiada support di perut dan pada masa yang sama kedaan badan sangat penat.


Bila sampai di hotel, banyak sangat darah keluar dan balik sahaja dari Dubai baru Lisa pergi ke hospital untuk cek kandungan. Allah lebih sayang anak kedua kami. Lisa alami keguguran ketika bayi dalam kandungan berusia 7 minggu lebih. Itu memang menjadi pengajaran buat lisa dan suami supaya lebih berhati-hati ketika travel tambahan pula apabila sedang mengandung.


Sebab itulah, untuk kandungan anak ketiga kami ini, Lisa lebih jadi berhati-hati dan sebagai salah satu usaha untuk menyelamatkan kandungan Lisa dapatkan Maternity Belt dari Mamaway. Tambahan pula, waktu mengandung ni Lisa memang kena banyak travel ke sana sini, sama ada naik flight mahupun naik kereta. Maklumlah ada setengah jalan raya tidak rata dan ia juga boleh berlaku hentakan dalam perut kita.

Bila Lisa mula pakai maternity belt dari Mamaway ini, Lisa rasa seronok sangat sebab terasa perut kita dapat support dan rasa lebih kemas apabila materialnya pun bagus. Lisa mula pakai ketika usia kandungan ni pada 17 minggu, masa itu perut masih tidak besar tapi lisa tetap pakai juga sebagai langkah keselamatan ketika naik flight dan kereta.



Setiap kali sebelum lisa drive kereta, lisa akan pastikan memakai maternity belt ini.

Apa yang membuatkan lisa suka dengan maternity belt dari mamaway ini, sebab ia mudah dipakai dan dibawa ke mana-mana sahaja. Dan ia dapat mengurangkan sakit pinggang di bahagian belakang. Mengandung kali ini, Lisa rasa sangat sakit pinggang di bahagian belakang sebab itulah Lisa memakai maternity belt ini bagi mengurangkan rasa sakit tersebut.

Jangan risau kalau anda rasa perut anda semakin membesar dengan jayanya, maternity belt ini still boleh support perut anda dan ia ada dua saiz yang boleh anda pilih mengikut ukur lilit perut dan badan anda.

Selain itu, ia juga dibuat daripada Papolis untuk hydrate kulit perut ibu mengandung yang sensitif serta mengurangkan stretch skin. Material untuk maternity belt ini sangat lembut dan sesuai dipakai terus di kulit. Tidak perlu pakai di luar baju atau seluar dalam.



Untuk pengetahuan ibu-ibu, maternity belt dari Mamaway ini telah mendapat Medical Grade Prescription product dan diiktiraf dari TGA Australia Certified (Health Safety Regulation). Bermaksud pihak medical pun bersetuju dan menyokong penggunaan meternity belt ini untuk ibu mengandung.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di link bawah ini:

Website: Mamaway

Instagram: Mamaway

Facebook: Mamaway


Anda juga boleh membuat pembelian di Motherhood dan pelbagai barangan dari Mamaway terdapat DI SINI


11:02

Bra Sesuai Untuk Ibu Mengandung dan Menyusukan Bayi

by , in
Ramai yang mengambil ringan mengenai pemakaian bra ketika mengandung. Jika ibu-ibu perasan, saiz breast kita akan sedikit berubah ketika mengandung jika dibandingkan dengan sebelumnya. Saiz breast akan sedikit besar dan ia juga bergantung kepada kenaikan berat badan oleh si ibu. Ada yang naik mendadak dan ada juga yang naik sedikit sahaja. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, memang lisa perasan saiz breast akan sedikit berubah maka sebagai seorang ibu kita perlu mengambil berat mengenai pemakaian bra yang sesuai ketika mengandung dan seterusnya menyusukan bayi.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemakaian bra yang sesuai ketika mengandung adalah jenis material bra, ukur lilit bra dan yang paling penting adalah keselesaan si ibu ketika memakai bra tersebut.



Antara beberapa brand yang lisa dah pernah cuba ketika mengandungkan anak pertama dan kedua ini, Lisa rasa bra mengandung yang sesuai dan yang selesa adalah brand dari Mamaway. 6 sebab ini kenapa Lisa sukakan brand Mamaway ini dan Lisa yakin ia juga sangat sesuai untuk ibu mengandung yang lain juga.

Seamless High stretch Weave

Bila kita mengandung ni, mesti saiz ukur lilit kita akan berubah, iaitu lebih besar dari sebelumnya. Disebabkan bra mamaway ini, boleh mengikut bentuk ukur lilit kita maka ia sangat selesa dipakai. Jika dibandingkan bra yang bukan seamless high stretch, ukur lilit badan kita akan jadi sakit dan berbekas. Ia juga boleh stretch sehingga 2-3 saiz cup. Maka jangan risau kalau saiz cup anda berubah, anda tidak perlu beli bra yang baru. Sebab itulah, ia sesuai dipakai ketika mengandung, menyusukan anak serta ketika waktu biasa.


Padding stay in the place

Ada sesetengah bra mengandung, padding selalu bergerak-gerak dan tidak terletak dengan kemasnya di dalam sarung bra. Dengan design yang sesuai, bra mamaway ini elok sahaja terletak dalam sarung dan selesa untuk dipakai. Setiap saiz bra mempunyai padding saiz yang juga berbeza membuatkan harga bra mamaway lebih berbaloi. Gambar padding seperti di bawah.



Nampak lebih kemas di bahagian tepi

Dengan design bahagian tepinya sedikit tinggi, membuatkan si pemakai lebih nampak kemas dan cantik kedudukan breast.

Durable Feeding Clips

Seperti lisa katakan di atas, bra mengandung dari mamaway ini sesuai dipakai ketika mengandung dan menyusukan anak kerana ia mempunyai feeding clips yang terletak di bahagian atas. Apabila si ibu ingin menyusukan anak, si ibu boleh buka clips di atas dan boleh terus menyusukan bayi. Ada sesetengah bra mengandung, hanya sesuai dipakai ketika mengandung sahaja tetapi bra mengandung mamaway ini boleh dipakai ketika menyusu juga,maka lebih jimat.



Stabalize and Shape

Dibahagian belakang bra mengandung dan menyusu ini, terdapat 4 rows of hook and eye supaya di belakang si pemakai nampak lebih kemas dan stabil berbanding hanya ada 2 atau 3 hook sahaja. Sejujurnya, lisa memang suka 4 rows of hook and eye, supaya ia lebih selesa dipakai di bahagian belakang.



Anugerah Bra Mengandung Paling Popular di Australia

Paling membuatkan lisa teruja dengan bra mamaway ini kerana ia mendapat anugerah bra mengandung paling popular di Australia. Bermaksud ia sangat bagus untuk ibu mengandung sehinggakan dianugerah sebagai bra mengandung paling popular di Australia. Mungkin selepas ini, ia dapat anugerah pula di Malaysia.




Untuk maklumat lanjut mengenai bra mengandung dari Mamaway, boleh klik di link bawah:

Website: Mamaway

Instagram: Mamawaymy

Facebook: Mamaway

Anda juga boleh lihat di website Motherhood untuk dapatkan barangan Mamaway DI SINI. 



11:28

Ibu Mengandung Pasti Suka 5 Barangan Ini Sempena LAZADA 11.11 Shopping Festival

by , in

Mengandung kali ni memang lain macam sikit sebabnya Lisa suka sangat shopping online dan anatara e-commerce yang menjadi pilihan hati Lisa untuk shopping online adalah Lazada. Sudah hampir 4 tahun Lisa setia shopping di Lazada cuma mengandung kali ni, perangai suka shopping online tu jadi dua kali ganda dari biasa. Husband pun pelik tengok Lisa suka shopping online. Kalau tak sebelum ni, Lisa lebih prefer beli barangan seperti pakaian secara offline. 

Dengar cerita, Lazada bakal mengadakan Lazada 11.11 Shopping Festival pada 11 November 2018, hanya sehari sahaja jualan terbesar ini. Lisa yang suka shopping online ni, mestilah teruja sekali bila dengar Lazada 11.11 Shopping Festival ni. Tak sabar nak beli belah barangan ibu mengandung serta persediaan barangan bayi secara online di Lazada. 

Pada 11 November ni, ada 4 perkara yang ditawarkan oleh Lazada iaitu 
  • Harga serendah RM1,
  • Diskaun sehingga 90%, 
  • Baucar tunai berjumlah Rm11,000
  • SLASH IT and SHAKE IT. 



Ni Lisa tengah list kan barangan yang bakal Lisa rancang nak beli di Lazada pada 11 November ini bersempena 11.11 Shopping Festival.

Antaranya adalah barangan mengandung iaitu

Seluar Mengandung atau Maternity Pants

Lisa pasti ibu mengandung di luar sana juga ada yang seperti Lisa iaitu mencari seluar mengandung yang selesa dipakai dan cantik bergaya. Fashion berseluar seperti ini dan dipakai dengan blouse labuh, pasti bakal ibu akan nampak lebih bergaya dan kemas. Bila melalui fasa mengandung, keselesaan itu lebih penting bagi Lisa tambahan pula di bahgian perut yang semakin membesar. Jika ibu yang sedang mengandung, anda boleh lihat banyak sangat pilihan seluar mengandung yang cantik dan bergaya bersempena Lazada 11.11 Shopping Festival. 

Kasut Skechers Untuk Ibu Mengandung

Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengenai kasut ini

Sebenarnya, Lisa memang pengguna setia jenama kasut skechers ni sebabnya ia sangat selesa dipakai dan kaki tidak mudah melecet berbanding kasut lain yang Lisa pernah pakai. Kulit Lisa sebenarnya memang agak sensitif kalau pakai kasut yang tidak sesuai dengan kulit kaki. Ia akan mudah melecet dan berdarah. Tapi sejak menggunakan kasut jenama skechers ni, kaki Lisa tiada masalah melecet dan sangat selesa untuk berjalan dan berjogging. Waktu mengandung ni, lagi lah Lisa rasa sangat seronok pakai kasut jenama Skechers ini. Dan Lisa memang sarankan kepada ibu mengandung di luar sana untuk memiliki kasut skechers ni tambahan pula harga yang ditawarkan oleh Lazada sempena 11.11 Shopping Festival ini sangat berbaloi.

Bagi barangan persediaan bayi Lisa list kan beberapa barang iaitu

Nappy Diaper Bag Travel Backpack( Beg Simpanan barangan bayi)

Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengenai backpack ini


Disebabkan Lisa dan suami jenis suka travel sama ada di dalam atau di luar negara, maka bagi Lisa nappy diaper bag travel backpack ini sangat penting untuk menyimpan barangan bayi nanti, tambahan pula ia sangat berguna ketika kami naik kapal terbang nanti. Kami pernah ada pengalaman ketika bawa anak sulung kami travel ketika dia masih kecil dan kami lupa untuk bawa barangan keperluannya masuk dalam kapal terbang. Dan dia mengamuk sebab pampers sudah penuh tetapi tidak dapat ditukar. Masa itu, mujurlah kami bernasib baik bila ada sepasang pelancong Inggeris beri pampers kepada anak kami. Ia merupakan satu pengajaran buat Lisa dan suami. 

Travel Set Stroller  Baby
Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengenai stroller di atas

Ada setengah ibu lebih prefer memilih baby carrier untuk bawa baby ke mana-mana tetapi bagi Lisa sendiri, Lisa lebih suka bawa anak dalam stroller kerana mudah untuk kami bergerak dan baby akan sangat lena tidur dalam keadaan baring. Ramai rakan Lisa recommend untuk menggunakan jenama sweet cherry travel set stroller baby ini kerana mereka kata ia lebih ringan dan mudah dibawa. Tambahan pula, carseat juga disediakan. Untuk dapatkan harga yang berbaloi, maka Lisa pilih membelinya pada Lazada 11.11 Shopping Festival ini, sebagai persediaan awal untuk menyambut bayi.

Botol Susu
Klik di gambar untuk maklumat lanjut mengani botol susu di atas

Untuk botol susu pula, Lisa lebih suka menggunakan botol susu Avent ini dan bila lihat harga yang bakal ditawarkan pada 11.11 Shopping Festival ni, Lisa yakin harganya sangat berbaloi berbanding membuat pembelian di kedai atau di mall. Anak sulung Lisa juga menggunakan botol susu Avent ini kerana ia tahan lama dan didatangkan putingnya yang mesra ibu. 

Oleh itu, Lisa yakin ibu mengandung di luar sana pasti suka 5 barangan di atas yang telah Lisa list kan bagi persediaan menerima bayi dan semasa mengandung ini bersempena LAZADA 11.11 Shopping Festival. Jangan lupa rebut peluang keemasan ini. Selain barangan di atas, terdapat barangan keperluan bayi serendah RM1 yang boleh ibu mengandung miliki. 

Diharapkan, dengan perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada ibu mengandung sekalian. Selamat berjaya menempuhi fasa mengandung ini. Wish me luck too!!!





11:10

Berpantang Cara Tradisional Melayu Jawa

by , in
Sejak kebelakangan ini, banyak isu berpantang ditumbulkan dan ramai di kalangan pengamal perubatan sains dan tidak kurang juga pengamal tradisional menyuarakan pendapat masing-masing tentang berpantang. Antara isu utama yang dibangkitkan adalah topik makanan berpantang. Ada yang kata sesetengah makanan boleh dimakan dan ada juga yang kata kita boleh makan apa sahaja selagi ia mempunyai khasiat yang baik untuk badan. Jika ditanya pendapat Lisa sendiri, masing-masing mempunyai cara tersendiri dan yang paling penting kita kena kenal diri kita sesuai yang mana satu cara iaitu baik untuk diri. Jika ia memudaratkan kesihatan diri maka cuba elakkan dan amalkan cara berpantang yang mengikut kesesuaian. Tapi untuk entry post kali ini, Lisa bukan nak cerita terlalu detail mengenai topik makanan berpantang tetapi Lisa nak kongsikan pengalaman Lisa sendiri berpantang cara tradisional Melayu Jawa.

Eh kenapa boleh campur pula berpantang cara tradisional Melayu dan berpantang cara tradisional Jawa?

Sebabnya, belah husband Lisa adalah dari keturunan Jawa dan Lisa berpantang di rumah mak mertua selama 3 minggu, kemudian Lisa berpantang di rumah mak sendiri di mana mak Lisa mengamalkan pantang cara tradisional Melayu. Jadinya Lisa gabungkan cara berpantang ni. Heheh.. maka jadilah berpantang cara tradisional Melayu Jawa.

Percayalah, kedua-dua cara berpantang tradisional ini sebenarnya tak jauh beza dan yang pentingnya adalah tujuannya sama iaitu bila kita berpantang, kita mahukan supaya kesihatan luaran dan dalaman cepat pulih dan bayi juga dalam keadaan yang sihat walafiat.

Sebenarnya, Lisa rasa sangat bertuah sebab mak mertua Lisa sebenarnya ada menjual set berpantang untuk orang selepas bersalin. Dan untuk pengetahuan anda, set berpantang ini adalah dari keturunan mak mertua Lisa semasa beliau berpantang anak pertamanya iaitu suami Lisa.

Kebiasaannya, kita mendengar tempoh berpantang adalah 4o hari, 44 hari, 60 hari dan ada juga yang mengamalkan sehingga 100 hari. Tapi masyarakat kita sering mengamalkan amalan berpantang ini hanya 44 hari sahaja. Terpulang kepada individu untuk memilih tempoh berpantang yang sesuai untuk badan.

Berikut adalah Berpantang Cara Tradisional Melayu Jawa:

Mandian Herba

Mandian herba ini merupakan salah satu perkara wajib yang ditekankan oleh mak mertua Lisa. Ini kerana dengan mandian herba yang mempunyai lebih 7 jenis tumbuhan boleh mengembalikan kesegaran, kecergasan, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan. Di samping itu, ia dapat memulihkan tenaga secara semulajadi. Mandian herba ini Lisa amalkan setiap mandi pagi dan petang(sebelum menjelang maghrib). Semasa Fareeq dilahirkan lagi, Lisa dah mandikan dia dengan mandian herba ini dan sehingga kini Fareeq kalau balik rumah nenek belah suami, pasti dia minta untuk mandian herba ini. Memang betul, terasa badan sangat segar. 


Tangas

Amalan tangas ini sangat sesuai untuk mereka yang melahirkan anak secara normal bukannya secara pembedahan. Selepas 2 hari keluar dari hospital, mak mertua Lisa suruh Lisa buat tangas supaya mempercepatkan kecutan dan penyembuhan luka di bawah. Teknik tangas ini adalah teknik pengewapan. Alhamdulillah, dengan teknik ini luka Lisa cepat pulih dalam masa 3 hingga 4 hari sahaja selepas bersalinkan Fareeq. 


Mengurut

Mengurut selepas bersalin juga merupakan antara amalan wajib bagi masyarakat melayu dan jawa supaya dapat mengembalikan tenaga, membetulkan urat dalaman serta melancarkan saluran darah dalam badan. Ada juga sesetengah orang memberi pendapat dengan urutan dapat menaikkan kembali sistemperanakan. Waktu Lisa berpantang, Lisa ambil pakej 5 hari berturut-turut untuk mengurut. Mak cik yang urut Lisa ni mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang urutan. Selepas sahaja mengurut, alhamdulillah badan rasa lebih ringan dan cergas.

Bengkung

Sebagai wanita yang ingin mengembalikan bentuk badan yang lebih cantik dan menarik, petua orang lama menyuruh kita mengamalkan bengkung badan. Bengkung ini dipakai sepanjang hari. Lebih lama kita memakainya maka lebih cantik bentuk badan kita dikembalikan seperti zaman anak dara. Maklumlah, bila kita mengandung bentuk badan kita akan ada sedikit perubahan. Bagi pendapat Lisa secara personal, Lisa memang nasihatkan supaya anda memakai bengkung kerana ramai wanita yang Lisa lihat apabila mereka memakai bengkung secara konsisten, bentuk badan mereka memang cantik berbanding wanita yang tidak memakai bengkung secara konsisten. 


Herba Sapu Kecut Luka

Bagi mereka yang bersalin normal, herba sapu kecut luka ini sangat penting supaya luka di bawah cepat pulih. Tambahan pula mereka yang mempunyai luka yang besar dan banyak jahitan. Lisa juga tidak ketinggalan untuk memakainya.


Jamu

Mak mertua Lisa nasihatkan supaya jika nak makan jamu untuk kesihatan wanita lebih baik makan jamu ini selepas bayi betul-betul bebas dari sakit kuning. Lisa mula makan jamu sihat wanita dan manjakani selepas seminggu lebih bila Fareeq betul-betul dalam keadaan sihat. Sebab Fareeq fully breastfeed maka Lisa takut dia lama kena kuning. Orang kata jamu ni panaskan badan. Lisa amalkan makan jamu sehingga 3-4 bulan supaya sihat luar dan dalam badan. 


Memakai Pilis

Ada setengah waniat selepas bersalin, mereka akan rasa pening dan mata sedikit kabur maka dengan memakai pilih di dahi dapat mengurangkan rasa pening dan mencerahkan mata. Waktu berpantang, Lisa memakai pilis ini selama 2 minggu dan alhamdulillah memang terasa kurang pening.


Tapal Perut dan Kapur dicampur dengan limau

Selepas kita bersalin pasti perut akan sedikit menggelebeh, maka tapal perut ini atau boleh juga kapur dan limau dicampur dan disapu di perut. Kemudian, balut perut anda dengan bengkung. InsyaALLAH, anda akan terasa kulit perut akan nampak cantik dan tidak menggelebeh. Lisa amalkan amalan ini selama 44 hari. Kalau anda tidak percaya, cuba amalkannya untuk pantang pada kali ini. Anda akan nampak perbezaannya. 


Bertungku

Bab bertungku ni memang mak Lisa sangat tekankan supaya tiada masalah darah beku dan melancarkan darah dalam badan. Bertungku ini sesuai dilakukan ketika pagi dan petang. Letak tungku yang sedikit panas ini di bawah pangkal rahim dan di seluruh perut. Dan pada masa yang sama bertungku ini juga dapat mencantikkan perut. Dengan bertungku juga dapat mengeluarkan peluh sebab semasa kita berpantang kita masih kurang bertenaga untuk bersenam maka dengan bertungku dapat mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara berpeluh. Lisa amalkan amalan bertungku ini selama 44 hari juga. 

Scrub Mandi Lulur

Ada sesetengah wanita mengalami masalah berdaki di bahagian lipatan seperti di leher, siku, lutut dan di atas perut ketika mengandung dan menyebabkan warna kulit sedikit hitam dan tidak sekata. Dengan amalan scrub mandi lulur ini, dapat membersihkan kulit supaya lebih cantik dan menyekatakan rona warna kulit. 


Pantang Makan. 

Menurut mak dan mak mertua Lisa kata, semasa berpantang elakkan makan makanan yang berangin seperti nangka, pisang, ubi kayu, ubi keledek dan lain-lain. Elakkan juga makan makanan sejuk seperti minuman berais, pucuk ubi, labu, kobis dan sebagainya. Jangan makan makanan yang pedas dan terlalu berempah. Amalkan makanan yang bakar dan bersup. Elakkan makanan bergoreng dan berminyak. Amalkan buah-buahan. Semasa Lisa berpantang, Lisa banyak makan makanan ikan haruan bagi cepat pulih luka dan lobak putih bagi susu banyak untuk bayi. Pada masa yang sama, Lisa banyak amalkan minum shake herbalife serta omega 3 herbalife.

Ada yang kata kepada Lisa, ya ALLAH banyaknya step kena ikut untuk berpantang cara tradisional ni, lebih baik tak payah berpantang, zaman dah moden tidak perlu semua ni. Tapi bagi Lisa, amalan berpantang ini sangat penting sebab banyak memberi kebaikan kepada kesihatan dalaman dan luaran badan. Rugi sangat jika tidak mengamalkan malan berpantang cara yang betul. Biarlah kita susah untuk 44 hari tetapi jangan kita susah dikemudian hari.

Sebagai seorang wanita, Lisa sangat sarankan anda untuk mengamalkan amalan berpantang ini. Percayalah, ia memberi seribu kebaikan kepada anda. Jangan pandang enteng dengan cara berpantang tradisional. Lihat sahaja ibu-ibu dan nenek-nenek kita, bagaimana badan mereka cantik dan sihat luar dan dalam. Dengan testimoni depan mata kita dah membuatkan kita lebih percaya.

Lisa pernah jumpa beberapa wanita yang tidak mengamalkan cara berpantang tradisional dan mereka terlalu obses dengan cara moden, selepas beberapa bulan mereka menghadapi masalah kesihatan luaran dan dalaman badan. Sebab itulah, mak Lisa selalu pesan tak pe susah sekarang jangan susah kemudian hari.

Dalam entry post ni, tak da pula gambar Lisa waktu berpantang sebab mood untuk ambil gambar memang ke laut. Terlalu fokus dengan berpantang. Tapi sepanjang Lisa berpantang 44 hari, alhamdulillah Lisa dapat turun berat samapi 14kg. Dan turun 6kg kemudiannya selepas 2 bulan. Dapatlah balik berat zaman anak dara.

Diharapkan perkongsian di atas dapat memberi panduan sedikit sebanyak kepada anda yang sedang ingin berpantang secara tradisional. Jika anda berminat untuk dapatkan set berpantang ini boleh hubungi Mak mertua Lisa di talian 013-2431260. Nak wassap boleh dan nak call pun boleh.



10:37

20 Amalan Ibu Mengandung Yang Baik untuk Ibu dan Anak

by , in
Teringat kisah Imam Syafie bagaimana beliau begitu terang hati menghafaz al-quran sejak umur 7 tahun lagi. Apabila ditanya kepada ibunya, apakah amalan yang sering dilakukan ketika mengandung, ibunya menjawab bahawa ibunya sering mengamalkan surah alfatihah dan surah yasin ketika mengandungkan Iman Syafie. Kisah ini sebenarnya memberi inspirasi kepada semua ibu yang sedang mengandung dan menginginkan anak yang soleh dan solehah, untuk mengamalkan amalan yang baik ketika mengandung.

Di sini, Lisa nak berkongsi dengan anda tentang 20 amalan ibu mengandung yang baik untuk anak dan ibu. Amalan yang bakal dikongsikan termasuklah amalan dari segi rohani dan jasmani. Ketika Lisa menulis entry post berkenaan amalan ibu mengandung ini, sebenarnya Lisa pun sedang mengandung dan ini memberikan peringatan buat diri Lisa sendiri dan untuk pembaca yang ingin mengamalkannya. i samping dapat memberi manfaat kepada anak, ia juga baik untuk si ibu.

20 Amalam Ibu Mengandung Yang Baik Untuk Ibu dan Anak.


Amalan Kerohanian

1. Memperbanyakkan Taubat dan Istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah sentiasa mengasihinya serta segala isi dalam rumahtangga termasuklah anak dalam kandungan. Apabila kita beristighfar dan bertaubat seolah-olah kita membersihkan diri dari dosa dan seperti kain putih yang tiada kotoran. Ini adalah contoh doa memohon keampunan yang boleh Lisa kongsikan kepada anda.

" Ya ALLAH, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku. Dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman Mu dan aku terikat dengan perjanjiandenganMu sekadar yang terdaya. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatanyang aku lakukan. Aku mengakui menerima nikmat yang Engkau kurniakan setiap masa kepadaku walaupun aku berdosa kepadaMu. Oleh itu, ampunkan dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampun dosa seseorang melainkan Engkau.

2. Melakukan solat wajib dan Mengamalkan solat sunat seperti solat dhuha, solat qobliah dan ba'diah.

3. Mengamalkan zikir.

4. Membaca Alquran.

5. Mengamalkan surah seperti di bawah:

Surah Alfatihah-Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Maryam- Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman- Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf- Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat- Untuk memperbanyakkan susuibu dan anak bersifat hati-hati.
Surah Yasin- Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan.
Surah Attaubah- Untuk membersih jiwa dan terpelihara dari maksiat.
Surah AnNahl- Untuk melahir anak yang berdisplin.

6. Berpuasa Sunat. Jika ada kemampuan dari segi tenaga, maka boleh diamalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu iaitu puasa isnin dan khamis.

7. Tidak bercakap perkara yang sia-sia dan perkara yang mendatangkan keburukan kepada diri sendiri serta orang lain.

8. Banyakkan berdoa kepada ALLAH.

9. Banyakkan membaca buku ilmiah.

10. Mendengar zikir dan muzik yang tenang.

Amalan Jasmani.

11. Menajaga adab dan emosi. Bermaksud tidak berasa tertekan atau stress.

12. Jauhi makanan dan minuman haram.

13. Menajaga daripada makanan dan minuman syubahat.

14. Jangan makan berlebihan dan sembarangan.

15. Amalkan makanan sunnah seperti kurma, kekacang, kismis.

16. Makan makanan yang cukup nutrisi dan tinggi nutrien.

17. Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar.

18. Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman ringan.

19. Berbual dengan anak dalam kandungan.

20. Tidak bersifat dengki, menghasut dan sifat-sifat yang negatif. Jauhi sifat negatif ini.

Ni Lisa waktu 3 bulan. InsyaALLAH lagi 6 bulan untuk tempuhi alam mengandung ni. 


Ada yang kata wah banyaknya 20 amalan kena buat waktu mengandung ni. Bagi Lisa, buat apa yang termampu sahaja. Kalau tak dapat 20 ni, dapat buat 2 atau 3 pun sudah bagus yang penting konsisten. Ingat, kita buat amalan ini adalah untuk kebaikan diri dan anak di samping ALLAH pun sayang kita.

Semoga ibu-ibu yang membaca entry post Lisa kali ni diberi rahmat dari ALLAH dan dipermudahkan urusan bersalin. Amin. 
18:56

5 Sebab Kenapa Susu Fernleaf Menjadi Pilihan Seisi Keluarga

by , in
Bila sebut Susu Fernleaf tentu sudah tergambar dalam pemikiran kita iaitu susu dari New Zealand dan logonya adalah warna hijau kuning. Lisa pun tak terlepas untuk ada pemikiran sebegitu rupa, maklumlah susu fernleaf ni dilahirkan sebelum Lisa lahir iaitu sejak 1893 lagi. Suka Lisa nak berkongsi dengan anda tentang serba sedikit mengenai latar belakang dan kebaikan susu fernleaf. Mungkin sebelum ini, anda hanya minum sahaja tapi tidak kenal lebih lanjut mengenai susu yang sudah ada dipasaran selama 140 tahun sehinggakan susu fernleaf ini diiktiraf sebagai pakar tenusu.




5 Sebab Kenapa Susu Fernleaf Menjadi Pilihan Seisi Keluarga 


Mengandungi Nutrien Baik Untuk Badan

Di Fernleaf, lembu tenusu merupakan tunjang dalam industri tenusu dan peladang mereka menjaga lembu tenusu ini penuh dedikasi dengan cara memberikan kebebasan kepada lembu untuk meragut padang rumput yang subur. Oleh itu, lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

Menghasilkan Susu Berkhasiat Yang Berkualiti Tinggi

Di New Zealand, ia mempunyai tanah yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak mennyebabkan ia menjadi salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Untuk pengetahuan anda, New Zealand merupakan salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas tanpa terkurung dalam kandang di mana rumput tersebut adalah berkualiti tinggi maka lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu ini mendapat kandungan vitamin D secara sihat. Sebab itulah, ia menghasilkan susu pada tahap vitamin D yang lebih tinggi. berbanding lembu tenusu yang sering terkurung di dalam kandang.

Menghasilkan Susu Secara Semula jadi 

Apabila lembu tenusu ini memakan rumput yang berkualiti tinggi,mendapat iklim yang seleasa, udara dan air yang bersih maka lembu tenusu ini dapat menghasilakan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.

Pakar Tenusu

Seperti Lisa katakan di atas, susu Fernleaf ini sudah berada di pasaran sejak 1893 bermaksud mereka sudah ada pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam bidang perladangan tenusu. Pengiktirafan pakar tenusu bukanlah mudah untuk mendapatkannya, melainkan mereka betul-betul menjaga kualiti pengeluaran susu tersebut. Dari peladang yang berdedikasi untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih,rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.


100% Mmmmm

Dengan 100% susu fernleaf diperbuat dari New Zealand, membuatkannya 100% Mmmmmm sangat sedap. Tambahan pula, ia didatangkan dengan perisa susu coklat menyebabkan kanak-kanak sangat menggemarinya termasuklah anak Lisa. Lihat gambar di bawah, betapa Fareeq amat menggemari susu fernleaf ini.





Bagi Lisa, susu fernleaf ini sangat sesuai untuk seisi keluarga, tidak kiralah tua atau muda kerana nutrien yang dibekalkan kepada tubuh badan kita sangat bagus untuk perkembangan kesihatan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari susu terbaik untuk seisi keluarga.



00:47

Mengapa 3 Barangan Jenama ini yang Menjadi Kesukaan?

by , in
Selalunya, kita sering mendengar tentang perkataan Marathon iaitu larian dalam tempoh masa yang lama dan pada jarak tertentu, tetapi kali ini Lazada perkenalkan perkataan Shopathon Sale iaitu seperti ala-ala Marathon cuma bezanya, kita boleh shopping sakan pada 27 September 2018. Pelbagai barangan menarik yang disediakan dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.



Eh, bila bercakap tentang Shopathon Sale di Lazada, Lisa suka kongsikan dengan anda tentang 3 barangan jenama yang Lisa sering beli di Lazada. Barangan yang Lisa selalu beli di Lazada ini selalunya adalah barang keperluan diri Lisa, suami dan anak. Almaklumlah, bila menjadi ibu kita perlu bijak berbelanja maka bila Lazada buat sale, cepat-cepat Lisa akan tengok mana barang yang sudah berkurang dan perlu restock.

Di bawah adalah antara barangan jenama keperluan yang Lisa selalu beli di Lazada:

Pampers Drypers dari Drypers Store. 

Lisa beli pampers Fareeq dari kecil memang menggunakan Lazada di Drypers Store sebabnya, Lisa dapat harga yang sangat berpatutan berbanding dengan harga di pasaraya. Lisa boleh jimat banyak tambahan pula jika kita beli sekali banyak. Sebabnya ini merupakan keperluan Fareeq semasa baby. Dan jenama Drypers menjadi pilihan hati Lisa kerana Lisa dah cuba pelbagai jenama pampers di pasaran tetapi hanya Drypers sahaja yang sesuai dengan kulit Fareeq.



Barangan Kosmetik jenama Maybelline dari Maybelline Store.


Sebenarnya Lisa dah pakai barangan jenama kosmestik dari Maybelline sejak 5 tahun lalu dan Lisa suka beli barangan jenama ini di Lazada. Kalau orang tanya kenapa suka Maybelline, sebabnya mudah sahaja barangan jenama Maybelline sesuai dengan kulit Lisa dan harganya juga berpatutan berbanding barangan kosmetik di luar sana.



Ini adalah produk kegemaran Lisa yang terbaru. Ia seperti pemadam. Boleh memadam dark circle di bawah mata serta kesan jerawat di muka.

Barangan Hair Care dari Watsons Store.

Antara barangan hair care yang Lisa suka beli di Lazada Watsons Store adalah Good Virtues Co sebabnya ia bebas dari Paraben dan ramai kawan Lisa sarankan pakai produk tersebut untuk mengurangkan keguguran rambut serta masalah rambut kering. Bila Lisa cuba, memang sangat berpuas hati bila menggunakannya. Tambahan pula packaging nya yang menarik membuatkan Lisa terus jatuh hati untuk mengamalkan rutin penjagaan rambut dengan menggunakan produk Good Virtues Co dari Watsons. 




Disebabkan esok ada Shopathon Sale di Lazada, jom sama-sama kita shopping sakan di website/applikasi Lazada untuk merebut tawaran harga yang menarik.



19:51

3 Barang Ini Yang Perlu Dibeli Ketika Lazada 9.9 Festival Sale

by , in


Nampak meriah betul banner Lazada kali ni sempena Lazada akan buat sale pada 6 september hingga 9 september 2018 untuk Lazada 9.9 Festival Sale. Dengar cerita banyak diskaun yang akan diberikan sehingga 90%. Sebab itulah, bila Lazada buat sale Lisa adalah antara pelanggan yang tidak akan melepaskan peluang untuk membeli barangan yang Lisa inginkan ketika sale Lazada.

Kalau korang tanya apa barang atau produk yang Lisa ingin beli sangat ketika sale Lazada kali ini adalah handphone P20 Pro, stroller bayi dan kereta elektrik untuk anak Lisa yang sulung.

HUAWEI P20 PRO




Lisa dah survey beberapa website yang lain sebenarnya untuk membeli Huawei P20 Pro ni, tapi disebabkan Lazada antara website yang paling trusted di Malaysia, sebab itulah Lisa bercadang nak beli Huawei P20 Pro ni di sale Lazada sempena Lazada 9.9 Festival. Lagi pun bila beli di Lazada, ia dapat beri free gift serta diskaun yang menarik. Sebelum ini, husband Lisa pernah beli lap top di Lazada. Alhamdulillah keadaan yang diterima selamat dan baik. Warranty yang diberikan boleh cover 2 tahun. 

Lisa tidak risau untuk beli barangan elektronik di Lazada. 

Stroller Baby 


Sekarang Lisa tengah mengandungkan anak kedua dan tentulah sebagai seorang ibu yang suka buat persediaan awal, Lisa dah mula survey untuk cari stroller baby. Bila dah scroll down, tiba-tiba terjumpa dengan brand Sweet Heart. Yang paling best stroller ini boleh ada beberapa fungsi dan kegunaan. 

Kereta Elektrik Untuk Si Abang Sulung 




Dah lama sebenarnya, anak Lisa request untuk beli kereta ni tapi disebabkan Lisa tengok harga di website lain boleh tahan juga harganya dan Lisa terjumpa brand Sayangku menawarkan harga menarik ketika sale Lazada. Sebab tu, memang Lisa nak grab je peluang yang datang ni.

Jom kongsikan dengan Lisa apa yang korang ingin beli di Lazada sempena Lazada 9.9 Festival Sale. 





19:00

Resepi Donut Gebu dan Lembut

by , in
Sebenarnya ini adalah kali ke 5 atau ke 6 Lisa cuba buat resepi donut tapi resepi-resepi yang Lisa dah cuba sebelum ni kebanyakannya tak gebu dan lembut tapi semuanya sedap. Setelah beberapa kali percubaan ALhamdulillah kali ni, baru menjadi dan sebab itulah Lisa berani kongsikan resepi donut gebu dan lembut ini.


Bahan-bahan


1 peket yis
1 sudu kecil gula
Setengah cawan air suam

*Satukan bahan tersebut dan biarkan sehingga ia berbuih dan mengembang.

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu susu tepung
1 sudu susu pekat
1 biji telur
1/2 cawan air(ikut keperluan adunan)
2 sudu marjerin/butter


Cara membuat:


1.Satukan tepung, gula,garam, susu tepung,marjerin dan susu pekat dalam bekas adunan.

2.Gaulkan sekata dan lubangkan di tengah-tengah tepung untuk masukkan yis,air dan telur. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

3. Biarkan doh ditutup dengan tuala lembab dan biarkan selama setengah jam.

4. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Terap adunan atau bentukkan donut.

6. Panaskan api dan masakkan donut sehingga warna sedikit keperangan

7. Siap untuk dihidang dengan salutan gula halus.




Tadaaa inilah hasilnya. Jemput makan semua...



Ha nampak tak seronoknya fareeq makan penuh berselera. Inilah bukti kesedapan air tangan ibu. Heheh

Selamat Mencuba. 

23:33

Realiti Kos Hidup di Negara Qatar

by , in
Tiba-tiba Lisa rasa terpanggil nak bercerita tentang kos hidup di negara Qatar disebabkan ramai rakan-rakan Lisa tanya bagaimana kehidupan di sini dari segi kos hidup dan cara hidup di sini. Tidak dinafikan negara Qatar ini terkenal dengan antara negara paling kaya di dunia dan pendapatan negara juga agak tinggi berbanding di negara-negara yang lain. Tapi tahukah anda bahawa kos sara hidup di sini agak tinggi juga. Lisa akan cerita part by part supaya mudah untuk anda faham dan jika anda dapat tawaran kerja di negara Qatar, anda boleh decide sama ada untuk menerima tawaran tersebut atau tidak setelah baca entry pos Lisa ni. Lisa kongsikan apa yang kami sekeluarga alami di sini dan itu mungkin boleh beri gambaran kasar kepada anda yang mungkin berniat untuk berhijrah di sini.



Kos Hidup di Negara Qatar

Sejujurnya, Lisa katakan kos hidup di negara Qatar ini sangat tinggi dan ia lebih kurang sahaja dengan kos hidup di Dubai. Ia seperti 3 hingga 5 kali ganda kos hidup di Malaysia. Bila Lisa sudah mengembara lebih 15 buah negara, Lisa tengok negara Qatar paling tinggi bagi kos sara hidup. Contohnya seperti di bawah:

Harga makanan di negara Qatar agak tinggi sebenarnya. Barang basah dan barangan kering juga agak tinggi. Jika di Malaysia, sayur seperti sawi anda boleh dapat Rm1 hingga Rm2 seikat tetapi di sini, seikat sayur sawi adalah Rm8 dan jika beli di pasaraya seperti di carrefour, mungkin boleh cecah sehingga Rm18 seikat. Sebabnya, negara Qatar tidak dapat melakukan production sendiri bagi barang basah maka mereka terpaksa import dari negara lain dan lebih malangnya apabila berlakunya blockade di antara negara jiran. Maka barangan lebih mahal. Cuma baru-baru ini sahaja negara Qatar baru mengeluarkan sendiri beberapa jenis sayur seperti timun, cili benggala, terung. Maka harga untuk sayur ini dikira agak murah berbanding sebelumnya.

Di sini, kami membeli barangan basah yang datangnya dari pelbagai negara seperti India, Turki, Spain, Switzerland dan sebagainya. Begitu juga barangan kering, ia datang dari pelbagai negara yang mengeksport ke negara Qatar. Kadang-kadang Lisa pun pening nak beli barang basah dan barang kering di pasaraya sebab terlalu banyak pilihan dari pelbagai negara. Maknanya, Lisa terpaksa memasak mengikut try and error and learn. Contohnya kami beli sardin yang datangnya dari philipine, tapi tak kena dengan tekak. Maka minggu depan beli pula sardin dari negara Spain, kalau kena dengan tekak maka bulan seterusnya kami akan setia dengan brand dari negara tersebut dan jika tak kena dengan tekak kami, terpaksa cuba brand lain pula. Macam tu juga dengan makanan lain.

Sekali belanja barang basah dan barang kering untuk keluarga yang mempunyai 3 hingga 4 ahli dan untuk stok seminggu, boleh capai Rm200 hingga Rm400. Perbelanjaan ini seperti suku troli pasaraya. Kadang-kadang Lisa jeling juga tengok mak dan pak arab di sini berbelanja, wah sampai penuh 1 troli dan ada juga sampai 2 hingga 3 troli. Bayangkanlah berapa jumlah kos mereka berbelanja tu.

Barangan Keperluan seperti pakaian ada beberapa pilihan. Jika anda beli di shopping mall, harganya agak tinggi kerana banyak brand terkemuka masuk di shopping mall negara Qatar ini antara brand yang sering dikunjungi adalah Zara, H&M, Ted Baker, M&S,Mango, Adidas dan sebaginya lagi. Tapi jika brand ini buat sale, memang harganya akan jatuh menjunam dan boleh dapat harga yang berbaloi. Selalunya sale akan diadakan pada penghujung musim panas dan musim spring. Di dalam shopping mall juga, ada brand yang dikira middle class tapi bila Lisa tengok harganya sama atau lebih kurang dengan barangan berjenama yang lain. Pilihan yang lain adalah di luar shopping mall, ada juga deretan kedai di mana menjual pakaian lelaki dan perempuan, harganya boleh dikatakan agak murah berbanding di shopping mall cumanya tidak banyak pilihan serta ia lebih kepada fashion negara India dan Philipine. Pakaian Asia sukar untuk didapati di sini.

Bagi belanja persekolahan anak, di negara Qatar memang agak tinggi. Jika anda hantar anak di sekolah seperti British, bagi yang tadika( Rm25 000-Rm32 000), bagi yang sekolah rendah (Rm35 000-Rm40 000). Ada juga pilihan untuk harga yang rendah iaitu sekolah pakistan atau india iaitu dalam lingkungan Rm 18 000 hingga Rm 25 000 setahun. Bayaran ini, ada yang perlu dibayar secara lump sum dan ada juga sekolah benarkan anda bayar mengikut semester. Bila ditanya dengan ibu bapa di sini, rata-rata ramai yang mengatakan kos education di sini sangat mahal. Lisa pernah jumpa dengan sepasang suami isteri, anak-anak mereka hanya homeschool sahaja dan anak mereka sama bijak dengan anak yang pergi sekolah. Di sini, homeschool adalah perkara biasa, ada ibu bapa yang hired teacher dari negara UK untuk ajar anak mereka secara online sahaja. Sebab itulah, Lisa masih tidak menghantar Fareeq pergi sekolah lagi, kerana kosnya yang agak tinggi lagipun di sini umur dibenarkan ke sekolah adalah 4 tahun ke atas, Fareeq pula baru 3 tahun lebih.

Baru-baru ini Lisa pulang dari London. Lisa ada berbual dengan 2 orang ibu yang sudah lama tinggal di London. Mereka kata yuran persekolahan anak di London adalah percuma. Ya ALLAH, jelous juga dengar.

Dari segi tempat tinggal/ rumah juga agak tinggi. Bagi rumah apartment, anda boleh dapat harga Rm3000 ke atas tetapi di kawasan luar bandar. Jika di tengah bandar adalah Rm 5000 hingga Rm15 000 sebulan. Harga tersebut adalah rumah apartment dan studio. Lisa bayangkan jika harga ini dibayar di Malaysia, pasti kita sudah duduk di rumah agam Aliff Syukri yang seperti istana. Tapi itulah realitinya di sini. Jika ada rakan-rakan kami kata, tinggal di luar negara pasti hidup mewah, sebenarnya tidak sama sekali sangkaan mereka.

Kami di sini hidup sangat jimat cermat. Lisa yang dulunya tak suka memasak dan boleh dikatakan hari-hari kami makan/ beli di luar tetapi di sini, tiba-tiba jadi suka masak. Bila masak boleh jimat banyak. Ya lah, jika makan di restoran di negara Qatar ini, untuk sepinggan adalah dalam lingkungan Rm20 hingga Rm60. Makanan tersebut seperti mee goreng, nasi goreng. Lebih baik masak berbanding makan di luar. Bila kami travel ke Turki pada 8 bulan lepas, Lisa tengok harga makanan 1 pinggan Rm7, rasa bahagia sangat. Rasa syukur tu berlipat ganda.

Baiklah, setakat ni sahaja perkongsian Lisa. InsyaALLAH akan disambung lagi pada masa akan datang.






23:32

Resepi Kacang Pool Sedap dan Mudah disediakan

by , in
First time, Lisa tahu keuwjudan makanan yang bernama Kacang Pool ni dari aunty Lela iaitu partner Lisa dalam business Herbalife. Bila lunch, aunty Lela mesti ajak Lisa pekena kacang pool di seksyen 7 Shah Alam. Bila Lisa rasa kacang pool ni, aduh sedapnya. Makanan ini sangat unik dan memang boleh mengeyangkan walaupun makan ketika tengahari. Sebab kuah kacang pool ini dicicah dengan roti bakar.

Bila Lisa duduk di Qatar ni, tiba-tiba rasa teringin nak makan kacang pool dan kebetulan bulan lepas ada kawan Malaysia bagi kuah kacang pool ni untuk kami.

Di sini, Lisa nak kongsikan resepi kacang pool yang sedap dan mudah disediakan. Sebelum ni, sebenarnya Lisa dah cuba beberapa jenis resepi kacang pool ni tapi mungkin resepi tersebut tak kena dengan tekak kami.

Anda juga boleh cuba resepi di bawah. Mungkin citarasa kita sama.

Resepi Kuah Kacang Pool

Bahan-bahan
2 sudu serbuk kari( dikacau dengan 3 sudu air)
3 ulas bawang putih( dihancurkan)
1 ulas bawang besar(dipotong dadu)
1 sudu kecil serbuk ketumbar( jika tidak ada serbuk ketumbar, boleh blend biji ketumbar)
1 sudu kecil black pepper
300gm daging cincang
1 tin baked beans

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk black pepper.
2. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang dan baked beans.
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila dah masak, tutup api dan hidangkan kuah kacang pool dengan roti yang telah dibakar bersama butter di atasnya.







23:29

Part 1: Bagaimana maksud kaya dunia di Negara Qatar?

by , in
Sebenarnya macam tak layak je untuk lisa cerita tentang tajuk kaya ni almaklum bukanlah dalam kategori orang kaya seperti Dato Datin di luar sana atau business owner yang ada rumah gah dan dalam akaun bank berjuta-juta tapi disebabkan lisa ni ada blog di mana inilah tempat nak membebel panjang dan menceritakan perkara yang suka tengok dan apa yang lisa alami dalam hidup sendiri.

Lisa terpanggil untuk buat tajuk ni dan menceritakan lebih terperinci sebab Lisa nak beritahu kepada semua bahawa penceritaan dan keindahan ini hanyalah di dunia sahaja dan ia hanya pinjaman semata-mata. Jika orang di luar sana mengatakan anda perlu kaya, ya betul kita semua perlu kaya tetapi dalam menuju jalan kekayaan tu banyak rintangan dan cabaran yang Allah sediakan. Dan perlu ingat bahawa orang kaya itu tidak semestinya berjaya dan orang miskin itu bermaksud gagal sebab setiap perjalanan hidup kita berbeza dan dari lahir ALLAH dah sediakan dah jalan tersebut. Kaya itu ujian dan miskin itu ujian serta yang sederhana itu ujian.

Membebel panjang pulak aku ni.

Let's get back to this subject!!

Sebelum lisa nak cerita bagaimana tentang kekayaan penduduk Qatar ni, Lisa nak kita faham bahawa Qatar ni adalah pemegang takhta The World's Richest Country by GDP per capita dan purchasing power is very high. Dan mereka ada the world high class airlines iaitu Qatar Airways. Supaya bila kita faham perkara ni, kita tak terkejut melihat lifestyle mereka ni seperti mana yang bakal lisa ceritakan.

Setiap anak ada seorang nanny
First time, suami lisa bawa pergi ke Mall of Qatar(the largest mall in Qatar) lisa rasa teruja bila tengok keluarga Qatari ni pergi ke shopping mall siap bawa nanny/bibik sekali. Nanny ni yang akan bawa barang mereka dan mengendong anak ke sana sini. Jika ada 3 orang anak maka akan ada 3 orang nanny di belakang mereka. Nanny akan pakai pakaian uniform. Jika anak pergi main playground, nanny pun akan join skali masuk dalam playground tu. Jika anak main ice skating, nanny pun kena main ice skating sekali. Jika mereka melancong ke luar negara, nanny pun akan ikut sekali.  Jika bos mereka makan di high class restaurant maka mereka pun akan sertai sekali makan di sana. Amacam best tak jadi nanny pak arab ni? So jangan tanya kenapa bibik kat malaysia selalu lari dari rumah. Dan pernah keluar dalam iklan facebook gaji yang ditawarkan kepada nanny adalah RM10,000-Rm15,000.

Lisa pernah berbual dengan seorang nanny, dia kata nanny yang jaga anak dikhaskan untuk menjaga anak sahaja dan tukang kebun kerjanya hanya dikebun luar rumah sahaja dan tukang masak adalah kerjanya memasak sahaja. Mereka tidak akan beri banyak kerja untuk seorang individu.

Dan untuk pengetahuan anda, wanita di sini tidak digalakkan bekerja, so menjadi tanda tanya dalam diri lisa, habis tu suri rumah atau mak-mak di sini buat apa je di rumah sebab kerja menjaga anak, memasak,mengemas semuanya bibik yang buat.

Kebanyakan nanny di sini terdiri daripada orang philipine, India dan Indonesia.

Bila lisa tengok setiap anak ada seorang nanny, dalam hati ni, kalau nak beranak 10 pun tak kisah...hahhaha!!!!(namanya gelak berangan)

Kebanyakkannya memang seorang anak akan ada seorang nanny. tapi ada juga keluarga yang mempunyai bibik dalam sekurang-kurangnya seorang bibik walaupun tiada seorang nanny untuk seorang anak. Ok la tu kan, bersyukur sangat dah kalau macam tu.


Kereta Mewah
Di Qatar, kebanyakkan kereta seperti Toyota, Honda, Hyundai,Nissan dan Kia dijadikan teksi dan Uber. Ada juga expat yang pakai kereta seperti brand di atas sebab harga kereta brand tersebut jauh lebih murah dari Malaysia. Contohnya kereta Honda City, di Malaysia harga dalam lingkungan Rm70,000 hingga Rm90,000 tetapi di sini korang boleh dapat separuh dari harga di Malaysia.

Sejujurnya lisa bukanlah peminat kereta mewah malah nak tau nama dan jenis kereta pun lisa tak berminat tapi sejak datang Qatar ni, dah hari-hari kereta mewah lalu depan mata sampaikan dah boleh tau nama kereta mewah ni contohnya yang biasa penduduk Qatar pakai adalah jenis SUV bagi yang bekeluarga dan bagi yang remaja akan pakai sport car. Antara brand car yang biasa lisa nampak depan mata ialah Hummer, Dodge, Rolls-Royce, Bently, Land Rover, Porche, Ford Mustang dan banyak lagi. Dari jauh dah nampak kereta gah ni. Ada yang bawa sediri kereta tersebut dan tak kurang juga ada driver yang bawakan.

Pernah ada sekali tu Lisa lalu depan rumah di area Qatar ni, ternampak lebih dari 5 buah kereta mewah yang ada untuk satu rumah.

Banyak kali lisa terserempak juga dengan majlis kahwin mak dan pak Arab ni yang diadakan di Hotel berdekatan dengan rumah, dan lisa ternampak kereta yang bawa pengantin adalah Limosin yang ada berapa belas tah pintu dan depan belakang diiringi kereta mewah. Dasyat betul dorang ni.


Shopping Barangan High End 
Kalau sebut barangan high end bagi wanita pasti dah tergambar dalam fikiran kita handbag yang tinggi kualitinya, kasut yang cantik dan bergaya, pakaian yang berjenama serta barangan kosmetik dari jenama yang terkemuka di dunia. Sudah pasti harganya jauh lebih tinggi dari yang biasa.

Jika datang Qatar, shopping mall ni ibarat rumah kedua bagi Qatari. Mana tidaknya, kiri kanan depan belakang shopping mall dan outlet atau kedai yang menyewa dalam shopping mall tersebut bukanlah jenama biasa-biasa tetapi high end brand. Contohnya di Villagio, bila anda masuk di lorong seperti istana terdapat sederet outlet/boutique barangan high end dan anda pasti jadi rambang mata.

Lisa pernah terfikir, boleh ke brand ni nak survive untuk bayar sewa dan kaut untung? Tapi bila kami jalan di sini dalam setengah jam, baru kami faham bagaimana boutique ini boleh jadi kaya raya, mana tidaknya Qatari yang datang bukan beli 1 atau 2 barang mewah tetapi beli memang sekali banyak. Kadang-kadang kasihan tengok bibik sampai tak cukup tangan bawa paper bag yang tulis jenama mewah ni. Lisa rasa sekali dorang shopping bukan setakat Rm10,000 atau Rm20,000 tetapi sekali belanja boleh cecah Rm100,000 untuk barangan jenama mewah ini.

Pernah sekali Lisa nampak ada beberapa budak perempuan dalam lingkungan umur 14 atau 15 tahun pergi shopping barangan mewah untuk beli handbag. Kalau budak-budak beli handbag dalam Rm10,000, then mak dorang beli handbag berapa ringgit la agaknya.

Bersambung....








13:51

Resepi Pulut Mangga Sedap dan Mudah

by , in
Dua hari lepas, Lisa ada berkongsi gambar pulut mangga di media social Facebook, kebetulan ramai pula yang PM minta resepi. Sebenarnya, Lisa memang teringin nak makan pulut mangga sebelum fly ke europe lagi tapi tak berkesempatan nak pergi restoran Thailand yang terletak di Doha ni.

Waktu Lisa duduk di Malaysia, bila teringin apa-apa, start enjin terus je pergi ke restoran atau stall yang menjual makanan tersebut tapi sekarang ni jika teringin apa-apa terpaksa masak sendiri sebab di Doha tak semua makanan yang tekak Lisa suka ada dijual di sini.

Baiklah di sini Lisa kongsikan resepi pulut mangga yang super sedap dan senang nak dibuat semudah ABC. Tapi resepi yang Lisa kongsikan ini, korang boleh ubat sedikit bergantung tekak masing-masing sebab Lisa buat tak terlalu masin dan tak terlalu manis bagi kuah santan tersebut.

Bahan Masak Pulut

2 cawan beras pulut
2 cawan air
Secubit garam

Masukkan kedua bahan dalam periuk nasi. Masak macam nasi juga. Jika button cook dah naik ke warm, tapi anda lihat masih tidak cukup masak maka bawa periuk nasi masakkannya di atas dapur dan tambah sedikit air. Kacau sehingga masak.

Sebenarnya Lisa masak cara macam ni, sebab tak da pengukus so terpaksa masak secara koboi sikit. Yang penting pulut tu masak.

Bahan Kuah Santan

1 cawan santan kelapa
2 sudu gula/brown sugar
2 helai daun pandai
2 sudu tepung jagung
1 sudu kecil garam

Masukkan kesemua bahan(kecuali tepung jagung) dan kacau sehingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air. Bila kuah dah nampak pekat, tutup api.

Potong buah mangga mengikut bentuk yang anda suka.

Tadaaaaa..... dah siap!!! selamat mencuba!!!





18:19

Lazada's 6th Brithday Party

by , in
Selepas pulang dari travel ke Eropah, baru lah Lisa berkesempatan nak tengok email dalam inbox. Subhanallah banyak sangat email masuk, ada di antaranya job offer untuk review dalam blog, ada yang tengah buat promotion sempena pre-ramadhan dan tak kurang juga jemputan untuk menghadiri ke seminar berbayar timba ilmu mengenai ilmu marketing dan perniagaan. Tapi dalam banyak-banyak email, Lisa terpaut dengan email yang dihantar oleh Lazada di mana Lazada sedang membuat promosi Lazada's 6th Birthday Party Sale dan banyak sangat voucher yang ditawarkan kepada pelanggan di luar sana ia diadakan dari 25th April hingga 27th April 2018 . Mereka juga memberi kesempatan kepada blogger untuk menjadi party planner sempena Lazada's 6th Birthday Party.

Jika Lisa diberi peluang untuk menjadi party planner ni, Lisa sangat suka sebabnya itu adalah salah satu my passion since I was in university. Untuk Lazada's 6th Birthday Party, Lisa cadangkan Lazada mengadakan majlis birthday party ini di ruangan Setia City Convention Centre iaitu terletak 7 minit sahaja dari Shah Alam dan ruangan yang disediakan agak besar boleh memuatkan lebih 2000 orang. Mulanya Lisa pun tidak tahu sangat mengenai Setia City Convention Centre ni, tapi disebabkan Che ta dan Zain kahwin di situ dan baru-baru ini Herbalife membuat event di sana. Ramai yang beri positif komen berkenaan lokasi tersebut. Lisa pasti, ia sangat sesuai untuk Lazada membuat birthday party di sana.

Bagi tema Lazada's 6th birthday party, Lisa cadangkan untuk membuat tema A Rainbow Birthday Party sebabnya ia melambangkan keceriaan dan kegembiraan yang ditonjolkan oleh Lazada sendiri kepada pelanggannya. Maka, ia sangat bersesuai dengan tema pada kali ni.

Bagi dekorasi untuk tema pelangi ini, boleh gunakan bahan seperti di bawah.










Party tanpa kek seperti malam tanpa bintang. Ia tak nampak sempurna jika ketiadaan kek. Maka Lisa sarankan bagi tema pelangi ini, kek satu atau dua tingkat harus ada, cupcakes dan macroon. Barulah party tersebut nampaklah lebih sempurna. Antara bahan dan peralatan yang boleh dgunakan untuk membuat kek adalah seperti berikut.







Bila semuanya sudah tersedia, maka masa ini adalah untuk tetamu memilih pakaian apa yang bakal di pakai pada majlis bertemakan pelangi tersebut. Di bawah merupakan pilihan baju yang boleh kita pakai ketika majlis tersebut.



Bagi kanak-kanak yang menghadiri majlis ini boleh memakai rainbow skirt ini. 

Pemilihan baju muslimah ini bagi wanita yang pentingkan menutup aurat ketika menghadiri majlis ini, ia sangat sesuai walaupun ia ambil salah satu warna pelangi sahaja. 


Bagi memeriahkan lagi majlis pelangi Lazada, jangan lupa memakai ini di atas kepala. Pasti ia nampak ceria dan gembira.


Itu sahaja cadangan dan ulasan Lisa berkenaan Lazada's Birthday party. Semoga majlis tersebut meriah dan ceria.