Perjalanan ke Kota Doha,Qatar

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 6 Lisa dan Fareeq tiba di kota Doha. Tak sangka masa cepat sangat berlalu. Walaupun hari ni hari Ahad but today is working day here. Harap bersabarlah wahai hati tika di Malaysia, hari sabtu ahad paling dinantikan sebab Papa Fareeq cuti dan we have time to spend together. But here totally different. hari cuti adalah on Friday only. 6 days working day.

Entry kali ni, Lisa nak story mory dengan pembaca setia blog ini tentang my journey along the way from Malaysia to Qatar. Actually, its not easy journey like my smiling to the camera. Like macam tiada apa berlaku. Huhu....

Disebaliknya, Allah je yang tahu.



Flight from KLIA pukul 8.50 and gate start open on 7.30pm. Alhamdulillah, syukur bila keluarga mertua hantar Fareeq n Lisa ke airport dan abah Lisa akan jumpa di Klia terus. Sampai je di airport, Lisa terus cari kaunter Qatar Airways dan masa ni kaunter sudah dibuka.

Masa nak check in luggage, adik kaunter tu kata 2 beg besar ni lebih almost 10kg dan dia boleh bantu Lisa untuk check in kan tapi masalahnya, Lisa ada beg lagi satu yang beratnya dalam 10kg juga. Means that almost 20kg excess... adik kaunter surrender nak tolong untuk check in. Kalau kena bayar, every 1kg is 10 usd kalau tak silap. Adeh macam mana ni?

Tapi adik kaunter tu cuba juga untuk tolong so he suggest why not beg 10kg tu Lisa bawa thru hand carry....alamakkkk...dengan bawa Fareeq lagi then nak bawa beg besar tu lagi. Kalau 2 kg tak pe ini 10kg habaq hang... Tapi takkan nak tinggalkan pula barang dalam tu. Semuanya penting... Bukan sehari dua nak pergi tapi berbulan bulan nih. So nak tak nak, i have to bring along that bag thru hand carry.


Learn from my mistake. Timbang berat beg awal-awal dan jangan lebih-lebihkan barang dalam beg. Bawa sekadar yang perlu sahaja. Jangan macam nak bawa 1 rumah pindah je.



Sepanjang perjalanan, alhamdulillah sangat sangat sebab banyak Allah tolong. Allah hantar orang baik kepada kami. Ada saja orang yang offer nak angkat beg 10kg tu. Hehhehe... Dari steward sampailah orang yang kami tak kenal langsung offer nak tolong kami. Ada seorang budak perempuan tu baik betul bila kata nak angkat beg kami. Bila sembang rupanya budak perempuan tersebut study in Uk and now dia seorang je yang balik UK sebab nak settlekan urusan last semester. She is so kind.


Dalam flite Fareeq tak mengamuk even buat hal. Kagum juga tengok Fareeq ni. Dia diam je. Sampaikan ada steward bagi hadiah toys untuk dia. So lagi la dia happy. Cuma after 1 hour dalam flite, Fareeq cakap dia lapar, then Lisa request to serve food untuk Fareeq earlier. Alhamdulillah stewardess pun faham budak kecik cepat lapar. Hhahaha... Lepas makan apa lagi Fareeq tidur sepanjang perjalanan. Mama pun tertidur cuma tak lena sangat sebab risau kapal terbang kadang-kadang bergegar sikit. Almaklum lately ni kan banyak betul kes kapal terbang ni.



Bila tiba di Airport Doha, Qatar kami diminta untuk melalui kastam imigresen dahulu kemudian baru boleh collect luggage. Orang kata, kat imegresen selalu ada masalah tapi waktu sampai je di imigeresen entah kenapa Fareeq boleh mengamuk dan jerit  maybe sebab dia dah start penat. Sampaikan pegawai imigresen pun tak tanya pa pe dan cepat-cepat lepaskan kami. Bahgian laluan beg pun, pegawai tersebut cepat-cepat buat kerja sebab Fareeq dah meraung. Bayangkan 2 tangan ni nak tampung Fareeq dan nak angkut beg 10kg, but Allah Maha Berkuasa. Pegawai imigresen suruh Lisa settlekan beg dan dia yang jaga Fareeq.


Fareeq dan Pak arab dah jadi kawan baik dah.

Waktu tiba di Qatar, husband dah siap pesan untuk terus buka roaming supaya mudah untuk berhubung. So alahmdulillah dapat terus contact husband dan akan jumpa di gate arrival. Akhirnya, bertemu kembali ayeeq dan papa setelah beberapa bulan tak jumpa.





Maka bermulalah kehidupan Mama, Papa dan Fareeq di Kota Doha. Bumi tanah gersang tapi kaya dengan minyak dan dipenuhi dengan lautan manusia yang bergelar jutawan. Bismillahhirrahmanirrahim...... May ALLAH ease our journey to jannah.



1 comment: