Kenapa Protin Sangat Penting dalam Program Turun Berat Badan?


March 27, 2017
Maksud Sumber Protin?

Sumber protin bermaksud terdiri daripada asid amino dan molekul protin mengandungi karbon,hidrogen, oksigen , nitrogen dan sulfur serta fosfur.

Protin berperanan penting dalam struktur pembinaan sel,organ dan tubuh badan kita. Protin diibaratkan mesin yang menjaga dan menjalankan fungsi tubuh manusia dan mahkluk hidup.

Fungsi Protin?

  1. Untuk mengatur metabolisme badan
  2. membina sel-sel badan 
  3. meningkatkan metabolisme badan
  4. membekalkan tenaga
  5. Protin juga dapat mengelakkan dari radikal bebas atau zat-zat yang asing yang mana tidak baik untuk kesihatan.
  6. Membuat antibodi dalam tubuh manusia.
  7. Membina otot dengan lebih cepat.

Berapa banyak perlukan sumber protin?

Keperluan protin berbeza-beza bagi setiap individu dan ia bergantung kepada jantina,umur, berat dan tahap fizikal individu tersebut. 


Institut Perubatan mengesyorkan orang dewasa mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.

Di Amerika Syarikat (AS), orang dewasa mendapat purata 15 peratus kalori daripada protein; untuk orang yang memerlukan 2,000 kalori per hari diet, yang kira-kira 75 gram protein.
Bagaimana pula dengan kadar pengambilan protein untuk orang dewasa di Malaysia? Adakah pola pemakanan harian rakyat Malaysia memenuhi keperluan protein setiap hari?

Bagi mereka yang sihat, meningkatkan pengambilan protein 20 hingga 25 peratus daripada kalori boleh mengurangkan risiko penyakit jantung jika lebih protein menggantikan karbohidrat ringkas, seperti roti putih, nasi putih, atau minuman bergula. Diet tinggi protein juga boleh memberi manfaat kepada penurunan berat badan jika bersama dengan diet rendah kalori, walaupun mangambil jangka panjang untuk membuktikan keberkesanannya.

Bagi orang-orang dalam keadaan sihat juga, mengambil 20 hingga 25 peratus kalori daripada protein tidak akan merosakkan buah pinggang. Dalam penyelidikan oleh  National Academy of Sciences melaporkan bahawa diet tinggi protein bahaya untuk individu yang mempunyai penyakit buah pinggang. Selepas kajian yang teliti, mereka menyarankan hanya 10 peratus kepada 35 peratus daripada kalori harian datang daripada protein. Oleh itu merujuk doktor atau pakar diet berdaftar perlu bagi menentukan keperluan protein individu.

Sumber Protin?

  1. Ayam
  2. Ikan
  3. Telur
  4. Bijian dan kekacang
  5. Tauhu
  6. Tempe
  7. 7. Soya
Banyakkan ambil makanan sumber protin tumbuhan berbanding sumber protin haiwan.

Apabila pengambilan protin cukup untuk badan maka anda akan rasa kenyang lebih lama dan apabila anda turun berat badan, tubuh anda tidak akan menggelebeh. Anda akan nampak fit dan firm.

Macam Lisa sendiri, saya mengambil protin herbalife sebagai salah satu sumber protin utama untuk tubuh badan saya kerana protin herbalife terdiri daripada protin tumbuhan yang bagus dan telah diproses secara selamat. 

Tambahan pula, doktor dan pakar sains telah membuat kajian mengenai sumber protin herbalife ini maka kita tidak perlu risau berkenaan sumber pengambilan protin ini. Yang penting ia halal.

Protin herbalife ini tidak mengandungi lemak tepu serta ia rendah kalori dan memberi lebih tenaga. Rasa kenyang lebih lama dan dapat meningkatkan metabolisme badan.

Disclaimer: Produk herbalife tidak mendiognis atau merawat mana-mana penyakit.

Secara logiknya, jika kita ambil protin yang baik dan sihat maka badan kita akan bertindak porsitif jua.

Itu sahaja perkongsian dari saya. Semoga ia bermnafaat untuk anda. 


No comments:

Powered by Blogger.