Part 3: Pengalaman Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah

HARI KEEMPAT 


Ini adalah resort kami iaitu AYANA HOTEL. Hotel ini sangat cantik dan harganya pun berbaloi iaitu 1 malam Rm90 cumanya ia tidak sesuai jika anda ada bawa orang tua kerana banyak tangga.

Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Dairy Farm di Kundasang, Sabah. Macam pergi ke New Zealand Malaysia. 

Udara yang segar dan kadang-kadang ada bau lembu akan melalui hidung anda. Heheh....





Setelah penat berjalan di Kundasang kami kembali ke bandar Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Kini tiba masanya untuk shopping di Pasar Philipines.

Disebabkan Flight balik kami pada pukul 10 malam, maka kami ada masa lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk shopping.

Memang kali ni puas betul shopping. Jika anda nak beli barangan seperti mutiara atau jewellery , Lisa advice pergi ke Jamilah Jewellery. Kerana barangan di sana agak berbaloi-baloi.

Ok itu sahaja perkongsian Lisa untuk percutian di Kota Kinabalu, Sabah. Semoga perkongsian ini sangat berguna kepada anda yang bakal ingin bercuti di Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment