SHAKLEE VS HERBALIFE


October 21, 2016
Wah dah menjadi satu kontreversi pula bila ramai yang tanya saya apa perbezaan SHAKLEE dan HERBALIFE. Ini adalah merupakan soalan yang sering diajukan sepanjang Lisa menjadi jurulatih pengurusan berat badan atau coach.

"Apa bezanya Shaklee dan Herbalife? "

"Yang mana satu lagi bagus? Set kurus Herbalife atau set kurus Shaklee?"

"Kalau saya ambil Herbalife boleh tak saya ambil shaklee juga?"

"Kalau saya ambil shaklee boleh tak saya nak ambil teh herbalife juga?"

"Saya menyusu bayi tapi saya nak kurus. Yang mana satu lagi boleh banyakkan susu? Shaklee ke atau Herbalife?


Pernah juga dimarahi dan mereka tanya soalan seperti ini:

" Awakkan penjual Herbalife kena la tau apa bezanya produk shaklee dan produk herbalife. Kalau tak, macam mana nak lakukan produk herbalife awak tu?"


Sentap mak, bila orang tanya soalan seperti ini.

Semua soalan yang ditanya ini, semuanya saya menjawab dengan satu ayat ini sahaja.


"Maaf puan/cik, saya tak tahu tentang produk shaklee kerana saya adalah Ahli Bebas Herbalife atau coach herbalife. Jika puan/cik nak tahu lebih lanjut mengenai program turun berat badan dengan herbalife, insyaALLAH saya boleh terangkan. Tetapi jika cik/puan nak tahu untuk program kurus produk shaklee , cik/puan boleh rujuk kepada pengedar sah produk shaklee"

Kenapa saya jawab seperti ini?

Sebabnya, ini adalah etika yang telah diajar kepada kami sebagai jurulatih pengurusan berat badan. Sebagai seorang coach Herbalife, saya tak boleh bandingkan produk yang mana satu adalah terbaik. Kerana masing-masing mempunyai kelebihan. Dan kami bukanlah penjual herbalife. Jika penjual herbalife maksudnya, tiada coaching , tiada follow up, tiada pelan pemakanan dan anda boleh terus beli di LAZADA. 

Tetapi adakah anda akan dapat hasil seperti mereka yang mendapatkan produk herbalife daripada coach herbalife yang terlatih?

 Dimana jika anda mendapatkan produk herbalife daripada coach herbalife anda akan dapat coaching, follow-up, pelan pemakanan serta monitoring untuk berat badan anda. InsyaALLAH anda akan dapat turun berat badan mengikut hasil masing-masing. Saya percaya, anda yang mahu laburkan wang untuk kurus pasti mahukan hasil yang berkesan.

Setiap produk ada kelebihan dan kekurangan. Jika anda nak tahu perbezaannya, anda perlu makan dahulu dan anda akan tahu mana yang lebih sesuai untuk badan anda. Kerana ia sangat subjektif. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan saya sangat hormati pendapat anda.
Tapi nasihat saya, jika anda mahu cuba sesuatu produk, biarlah memakai produk tersebut selama 3 bulan. Dan jika anda rasa ia tidak berkesan maka barulah anda boleh beralih kepada produk yang lain.

Mengapa 3 bulan?

Bulan pertama, badan baru nak buat salam perkenalan
Bulan kedua, badan baru nak jadi kawan
Bulan ketiga, badan dah mulai rasa gembira.
Akhirnya dapat kesan yang anda inginkan.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini: Program Turun Berat Badan 

Kesimpulannya, untuk turun berat badan anda perlu ada ilmu dan formula yang betul. Jika tidak, anda akan terus untuk mencari solusi untuk turun berat badan dan sentiasa mencuba pelbagai produk kurus. Jika anda nak pandai matematik, perlu cari cikgu matematik. Jika anda nak pandai Bahasa Inggeris anda perlu cari Cikgu Bahasa Inggeris dan jika anda nak pandai turun berat badan perlu cari mentor atau jurulatih untuk program turun berat badan.




Ini adalah testimoni saya sebagai Coach Herbalife atau lebih dikenali sebagai Coach Lisa


Anda Ingin Mulakan Program Turun Berat Badan dengan Herbalife?

Whatsaap Coach Lisa(Ahli Bebas Herbalife)

Nama , Umur dan Lokasi

hantar kepada 0129232202








No comments:

Powered by Blogger.