5 Cara Untuk Sedapkan Shake Herbalife Anda


Bagaimana mahu menyedapkan shake anda? Ada yang bertanya betul ke kita boleh makan shake herbalife ni sampai bila-bila. Tak rasa jemu ke makan shake herbalife setiap pagi? Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh makan shake herbalife yang sedap dan anda akan rasa hidup anda penuh ceria. Wah gitu kan....

Sebelum tu, kita kena kenal dulu shake herbalife ni ada berapa perisa. Siapa tahu?? yeahh!!!Pandai... Shake herbalife ada 6 perisa iaitu Cookies dan Cream, Chocolate, Vanilla, Tropical Fruit,Capucino dan Strawberry. Kalau tanya saya mana yang paling sedap, saya rasa semuanya sedap tetapi sebenarnya bergantung kepada cita rasa anda. Jika anda yang jenis suka ais krim saya cadangkan baiklah ambil vanilla dan cookies and cream. Jika anda penggemar starbuck atau coffee anda boleh cuba dengan capucino. Dan Jika anda suka buah-buahan anda boleh ambil shake herbalife perisa tropical fruit dan strawberry.

5 Cara Untuk Sedapkan Shake Herbalife:

1) Sukatan Ais kena betul
 Sukatan ais perlu lebih daripa sukatan air. Contohnya, air kosong 180ml maka ais perlu lebih 180ml contoh dalam 200ml. Supaya shake herbaife anda jadi sedap dan pekat seperti rasa smoothie.





2) Campur dengan low-fat milk atau soya.
Jika anda suka kan rasa creamy atau ala-ala ice cream, anda boleh campurkan dengan air soya ataupun low-fat milk. Cadangan sukatan adalah 100ml sahaja dan selebihnya air kosong. Tambahan pula, soya dan low-fat milk juga ada vitamin dan nutrient tersendiri.


3) Campur dengan buahan
Anda juga boleh campur buah-buahan dalam shake herbalife. Contoh buahan ialah pisang, nanas, buah naga, anggur dan sebagainya. Sukatan air dalam 180ml.

4) Campur dengan kurma.
Kurma merupakan makanan sunnah nabi. Ia juga banyak khasiat, maka sangat sesuai bila kurma dicampurkan dengan shake herbalife. Supaya shake kita akan rasa lebih manis sedikit. Untuk satu hidangan dicadangkan hanya sebiji kurma sahaja.


5) Menggunakan Blender.
Anda yang sudah biasa minum shake herbalife , anda akan dapat rasa perbezaan bila buat shake menggunakan shaker cup atau blender. Sebab bila kita menggunakan blender, shake herbalife akan rasa lebih hancur dan sebati.


Sekian sahaja perkongsian saya, untuk entry kali ini. Selamat mencuba.

KLIK DI SINI untuk mendaftar program MISI KURUS





No comments:

Powered by Blogger.