10:56

Perjalanan Herbalife Saya di Shah Alam.

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Happy morning semua!!!

Apakah sarapan pagi anda tadi? 

Soalan cepu emas kan?? Jangan risau apa yang anda beri pada badan anda setiap pagi itu yang akan menentukan badan anda 3 tahun akan datang.

Hari ni, tiba-tiba nak story tentang bagaimana saya bermula membuat bisnes Herbalife Di Shah Alam. Mengapa Shah Alam? Mengapa tidak di Perak, negeri kelahiran saya.

Sebenarnya begini ceritanya, semasa di Shah Alam, saya study di uitm shah alam dan mengambil bidang perakaunan. Pada masa itu, saya rasakan diri saya sangat gemuk kerana nak berlari 5km pun rasa sangat mengah, so saya mencari program turun berat badan. Dan saya telah mengamalkan banyak sangat cara untuk kurus antaranya mengamalkan diet atkis, diet ikut darah, diet bihun sup, diet makan buah sahaja dan banyak lagi.

Sehinggalah saya berjumpa coach Herbalife di tasik seksyen 7 shah alam. Dia membawa saya ke kelab nutrisi nya dan perkenalkan saya 3 jenis minuman yang boleh membantu saya untuk turun kan berat badan. Saya rasa bersyukur sangat sebab ALLAH pertemukan saya dengan coach Herbalife tersebut.

Alhamdulillah , apabila saya konsisten minum di kelab nutrisi yang terletak di shah alam, saya dapat turunkan berat sebanyak 8kg. Dan bermulalah perjalanan saya menjadi coach herbalife di shah alam. Sehingga kini saya masih di shah alam dan melakukan bisnes herbalife di shah alam.

Kebetulan, husband saya pun sangat berkenan dengan shah alam kerana banyak kemudahan di sini. Dan yang paling bestnya sekarang banyak butik-butik terkenal terletak di shah alam area seksyen 7 dan seksyen 16 iaitu alam avenue.

So nak shopping pun senang. Antara butik-butik yang terkenal adalah Calaqisha, SincerelyByUs, Bella Ammara, Fatin Suhana, Jakel, Gulatis, Fellina  Boutique dan sebagainya.

Kebanyakan client herbalife saya juga tinggal di area shah alam, petaling jaya, puchong dan klang.

Saya sudah buat herbalife di shah alam sebenarnya sudah lebih 3 tahun. Alhamdulillah rasa happy sangat bila berjumpa client di kelab nutrisi saya di shah alam bila mereka dapat result turun berat dan tenaga mereka pun makin meningkat.

Rasanya itu sahaja perkongsian saya dalam perjalanan herbalife saya di shah alam.

Dan jika anda mahu berjumpa dengan saya di area shah alam pun boleh, kerana saya dah jadi seperti penduduk tetap di shah alam ni.

See u soon.


Saya selepas turun 8kg


Menghadiri Training Herbalife di Singapore


KLIK DI SINI untur mendaftar MISI KURUS 21 HARI


12:32

5 Cara Untuk Sedapkan Shake Herbalife Anda

by , in
Bagaimana mahu menyedapkan shake anda? Ada yang bertanya betul ke kita boleh makan shake herbalife ni sampai bila-bila. Tak rasa jemu ke makan shake herbalife setiap pagi? Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh makan shake herbalife yang sedap dan anda akan rasa hidup anda penuh ceria. Wah gitu kan....

Sebelum tu, kita kena kenal dulu shake herbalife ni ada berapa perisa. Siapa tahu?? yeahh!!!Pandai... Shake herbalife ada 6 perisa iaitu Cookies dan Cream, Chocolate, Vanilla, Tropical Fruit,Capucino dan Strawberry. Kalau tanya saya mana yang paling sedap, saya rasa semuanya sedap tetapi sebenarnya bergantung kepada cita rasa anda. Jika anda yang jenis suka ais krim saya cadangkan baiklah ambil vanilla dan cookies and cream. Jika anda penggemar starbuck atau coffee anda boleh cuba dengan capucino. Dan Jika anda suka buah-buahan anda boleh ambil shake herbalife perisa tropical fruit dan strawberry.

5 Cara Untuk Sedapkan Shake Herbalife:

1) Sukatan Ais kena betul
 Sukatan ais perlu lebih daripa sukatan air. Contohnya, air kosong 180ml maka ais perlu lebih 180ml contoh dalam 200ml. Supaya shake herbaife anda jadi sedap dan pekat seperti rasa smoothie.





2) Campur dengan low-fat milk atau soya.
Jika anda suka kan rasa creamy atau ala-ala ice cream, anda boleh campurkan dengan air soya ataupun low-fat milk. Cadangan sukatan adalah 100ml sahaja dan selebihnya air kosong. Tambahan pula, soya dan low-fat milk juga ada vitamin dan nutrient tersendiri.


3) Campur dengan buahan
Anda juga boleh campur buah-buahan dalam shake herbalife. Contoh buahan ialah pisang, nanas, buah naga, anggur dan sebagainya. Sukatan air dalam 180ml.

4) Campur dengan kurma.
Kurma merupakan makanan sunnah nabi. Ia juga banyak khasiat, maka sangat sesuai bila kurma dicampurkan dengan shake herbalife. Supaya shake kita akan rasa lebih manis sedikit. Untuk satu hidangan dicadangkan hanya sebiji kurma sahaja.


5) Menggunakan Blender.
Anda yang sudah biasa minum shake herbalife , anda akan dapat rasa perbezaan bila buat shake menggunakan shaker cup atau blender. Sebab bila kita menggunakan blender, shake herbalife akan rasa lebih hancur dan sebati.


Sekian sahaja perkongsian saya, untuk entry kali ini. Selamat mencuba.

KLIK DI SINI untuk mendaftar program MISI KURUS