Tips membawa anak kecil Travel


April 12, 2016
Tips yang Lisa nak share dengan korang memang base on my experience. Ada juga yang Lisa buat bedasarkan pembacaan dari sumber yang boleh dipercayai. 

Ada setengah parents masih ada perasaan takut untuk membawa anak mereka pergi travel. Sebenarnya bukan takut tapi mereka fikir sangat leceh atau orang perak panggil renyah untuk manage anak kecil bila pergi travel. Perlu fikir pasal pampers,makanan dia, nanti menangis macam mana pulak? pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa

 End up, duduk di rumah sahaja dan bila anak-anak dah besar baru nak bawa mereka pergi berjalan. 

Tapi bagi Lisa, masa anak kecil inilah masa yang terbaik untuk expose diri mereka dengan dunia luar. Bila dah beberapa kali Lisa pergi berjalan ke luar negara, satu je perkara yang menarik perhatian Lisa iaitu bagaimana anak-anak orang putih ni didik anak sehingga sekecil umur 2 tahun lebih sudah pandai berdikari.

Sebelum Lisa share tips membawa anak kecil travel, mindset korang perlu ada 

"Anak yang perlu ikut cara ibu bapa, bukan ibu bapa ikut cara anak-anak"

Lisa share ni untuk anak kecil yang bawah 3 tahun, sebab waktu umur Fareeq setahun lebih Lisa bawa pergi jalan-jalan.

Menggunakan Stroller.

Bagi Lisa, Stroller sangat berguna dan penting sepanjang kami travel. Mana tidaknya, sebab Fareeq akan duduk dan tidur dalam stroller tersebut. Lagipun, kami berjalan sangat jauh jika nak mengharapkan Fareeq berjalan juga sure dia penat giler. Ada juga yang cakap, anak saya tak suka duduk di stroller. Yups, memang setuju ada setengah budak tak suka duduk dalam stroller but believe me waktu travel anak-anak akan cepat penat dan mereka akan tertidur. Masa itulah kita sangat perlukan stroller. If kendong dorang, mau patah tangah woi...heheh...

Jangan risau, sebelum masuk flight letak je stroller di tepi. Stewardess bertugas akan uruskannya. Kalau korang tak confident, bagitau je nak letak kat mana stroller tersebut. Sebab stroller memang tak boleh bawa masuk flight.



Pastikan anak sangat selesa

Perkara yang perlu korang pastikan anak dalam keadaan selesa adalah antaranya pampers suapaya tak terlalu basah. Waktu kami pergi ke aussie, cuaca sangat sejuk so Fareeq memang banyak kali sishi,pampers selalu basah, so memang kena selalu tukar.Then, make Sure perut dorang sentiasa kenyang jika tidak, dengarlah suara mengamuk dorang tu. 

Elakkan anak berasa bosan

Ibu bapa perlu tahu, apa permainan kesukaan anak. Permainan tersebut memang wajib bawa semasa travel. Supaya dalam perjalanan, anak-anak tidak mengamuk dan menangis disebabkan bosan. Kadang-kadang Lisa memang bagi Fareeq permainan dia, tapi selalunya Lisa suka involve kan Fareeq dengan new environment. Sentiasa berbual dengannya.

Di sini, korang boleh pilih permainan apa yang sesuai untuk anak. Macam-macam ada.

permainan kanak-kanak



Naik Flight,make sure bawa barang keperluan anak

Pastikan korang bawa bag kecil yang berisi pampers dia, makanan, permainan, susu dan keperluan dia. Dalam flight macam-macam boleh berlaku. Kadang-kadang masa itulah, anak kita akan lapar, nak yak dan macam-macam lagi. Ada sekali tu, semasa dalam flight Lisa boleh terlupa nak bawa sekali pampers dia, Fareeq mengamuk tak berhenti. Satu flite tak boleh tidur...huhu...buat malu je... alhamdulillah, jiran sebelah tempat duduk kami adalah india yang juga mempunyai bayi.

Kami ingat nak beli pampers je daripada mereka, tapi dorang bagi pampers tersebut. Nasib baik..fuhh....fareeq pun tidur dengan bahagianya...


Bagi susu semasa flight nak berlepas

Untuk mengelakkan anak mengamuk waktu flight nak berlepas dan ada tekanan terhadap telinga mereka, make sure bagi mereka susu. Jika orang dewasa kita akan telan air liur tapi anak kecil mereka tidak tahu bagaimana untuk menghilangkan tekanan tersebut.
Lisa akan pastikan masuk je flight, Fareeq akan breastfeeding supaya dia tak terasa tekanan tersebut. 

Sentiasa Pesan kepada anak

Walaupun anak kita masih kecil dan tidak tahu bercakap, tapi sebenanrnya mereka faham apa yang kita cakap. Maka sentiasa beri pesanan kepada mereka. Contohnya, Lisa akan pesan dengan Fareeq sebelum kami ingin kemana-mana,

"Fareeq, kita nak pergi tengok kangarooo, fareeq please behave ok? Jangan bari kangaroo tu terasa terancam. Fareeq baik, kangaroo tu pun baik."

Alhamdulillah, fareeq memang behave sepanjang kami ke  sana.

If mengamuk pun just nak susu je, lepas tu dia ok balik.




Rasanya itu sahaja yang Lisa dapat share dengan korang. Jika ada tips yang lain , sila share di bahagian komen. Lisa amat mengalu-alukannya.

Lisa suka bawa anak semasa kecil ni sebab kami banyak sangat dapat jimat, normally bawah 5 tahun tiada charge untuk entry fee bagi setiap tempat menarik. Dan tambang flight pun sangat murah untuk anak kecil bawah 5 tahun ni.

Semoga penulisan ni, dapat membantu korang.


No comments:

Powered by Blogger.