Tips melancong ke Perth

Alhamdulillah, berakhir sudah backpacking kami 3 beranak di bumi ALLAH, Perth, Australia.

Di sini Lisa akan share tips melancong ke Perth mengikut pengalaman sendiri, supaya korang pun boleh pergi ke Perth dengan cara berhemah dan gembira.

12 PERKARA WAJIB YANG KORANG PERLU BUAT ATAU PERGI DI PERTH

1.Caversham, Wildlife Park.
 Sekali masuk untuk per person adalah 27 AUD.
Anatara aktiviti yang boleh korang buata seperti, feeding the kangaroo, tengok farm show, bermesra dengan kambing,kuda,koala dan boleh ambil gambar bersama wombat.
Dari Perth city, ambil masa dalam setengah jam.



2. Pinnacle
Per entry for one car is 12 AUD. Resit yang dorang bagi jangan lupa simpan sebab korang akan boleh masuk ke Yanchep National Park secara percuma.
Di sini, korang akan nampak keindahan ciptaan ALLAh yang unik.
Ia kawasan bulatan, so korang naik kereta je untuk buat pusingan.
Korang boleh parking kereta di tepi jalan untuk ambil gambar.
Perjalanan ambil masa 3 jam dari Perth City.



3.Lancelin.
Tiada bayaran masuk.
Pasir putih yang cantik dan berkilat.
Jangan datang lambat sangat sebab di sini kawasan sangat panas dan UV agak tinggi.
Aktiviti di sini, boleh buat motor cross atau pun sand boarding.
Perjalanan ambil masa 2 jam lebih dari Perth city.



4.Raeburn Orchard
Sekali masuk 3.5 AUD per person.
Keindahan tanaman seperti buah plum, pisang kaki dan sebagainya.
Udara yang segar.
Jika ada rezeki, boleh makan buah secara percuma, terus dari ladang.




5. Fremantle
Shopping souvenir yang ada perkataan Australia di sini. Agak murah dan berbaloi.
Baju,keychain,patung kangaroo pun ada.
Jangan lupa try makan Fish n Chip di Kailis, tak jauh dari Fremantle Market dalam 7 minit berjalan.
Memang sedap.
Sepinggan fish n chip dalam 10.90 AUD,



6.Picnic di King's Park and Botanic Garden.
Jangan lupa bawa makanan dan minuman untuk lepak di sini.
Santai bersama keluarga.
Pemandangan indah seluruh Perth Boleh nampak dari sini.



7.Makan Pastry di Corica Pastries, Abardeen St.
Yang korang wajib try adalah apple strudle dia.
Terbaik dari ladang.
Harganya 22 AUD.



8. Makan Lamb Ribs di Charcoal Chicken express Daniela.
Rasa sekali nak lagi.
dia marinate lamb tu memang sedap.
waktu kami datang sini, ramai orang malaysia pun makan juga.



9. Elizabeth Quay
Taman rekreasi yang dalamnya pun ada Bell Tower.
Korang akan nampak ramai minah saleh tolak stroller sambil exercise.
memang cantik pemandangan di sini.



10. Rockingham.
Datang melawat penguin dan melihat dolphine lomat-lompat atas air.
Sangat seronok.
Bayaran untuk pakej ni, dalam 36 AUD per person.



11. Wave Rock.
Melihat kecantikan dan keajaiban ALLAH.



12.Mandi di Trigg Beach.
Air nya sejuk dan laut yang biru.
Better datang petang.




Lain-lain tips melancong ke Perth adalah:

  • If korang nak jalan perth city, better ambil daily pass. Harganya adalah 12 AUD per person. Start dijual pada pukl 9 pagi di dalam bus transperth ataupun di train station. Korang ambil yang cover 2 zone. Memang berbaloi.
  • Accomodation. Better guna service Airbnb.com. Jangan jadi macam kami, mengada nak duduk kat rumah yang siap ada swimming pool and nampak lifestyle konon, last2 rumah tu dijadaikan sebgai tempat tidur je. Tak mandi pun kat swimming pool. Sebab mandi kat trigg beach lagi best.
  • Nak shopping souvenirs di fremantle market, time friday and weekends sahaja sebab weekdays tak buka.
  • Better book accomodation di town untuk satu atau 2 malam sahaja, selebihnya tidur di tempat yang berlainan mengikut destinasi yang korang pilih. Kesilapan kami, adalah kami book rumah tu untuk 5 days, so kami terpaksa pergi ke northen then back to perth city, then pergi ke souther back to perth city. Agak ambil masa.
  • Better guna car rental supaya mudah untuk korang bergerak ke tempat jauh-jauh.
  • Wajib patuh segala arahan jalan raya, jangan sesekali langgar. Silap hari bulan korang kena saman 100AUD.
  • Makanan halal mudah didapati tapi harga boleh tahan mahal, so better bawa bekal je. Kami time lunch, makan bekal dan dinner baru beli di luar.
  • Jangan lupa bawa air minuman sebab kat sana udara agak kering.
  • Wet tissue wajib bawa ke mana-mana sebab di sana tiada paip
  • Perfume murah boleh didapati di Chemist Warehouse di Perth city.
  • Branded Outlet yang harganya berpatutan di Harbour Town.
  • Rajin kan senyum dan say hello. Mesti korang dapat ramai kawan di sini.

Rasanya tu je la kot Tips melancong ke Perth yang boleh Lisa share di sini. Diharapakn tips ni dapat membantu korang untuk melancong ke Perth nanti.

Budget For 2 adult and 1 infant

Tiket Flight -                                    Rm1600
Accomodation-                                Rm800(for 5 days)
Car rental (245 AUDX3.065)-         Rm750
Minyak(5days) 70 AUDX3.065       Rm214
Entry for place 150 AUDx3.065       Rm460
Souvenir/shopping 100AUDx3.065  Rm306.5           
Maknan                   50AUDX3.O65 Rm182.5
Lain-lain                                            Rm200
Total average dalam Rm4500.

Lisa advice, sebenarnya banyak lagi kos boleh dikurangkan. Tapi disebabkan bebrapa kesilapan yang tak dapat dieelakkan, kos jadi dlm Rm4500 ni.                


6 comments:

  1. Salam lisa...boleh share ittinerary tour sana x? ...ni emel sy yer...hazwani_haja03@yajoo.com

    ReplyDelete
  2. salam...sis..nk tnya sis naik flight ape..n sis booking bile seblum pegi??

    ReplyDelete
  3. Yup...klu sudi blh bg full itinerary? syazzy.zyra@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Yup...klu sudi blh bg full itinerary? syazzy.zyra@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam sis..kalo sudi boleh ke share iti?terima kasih byk2..athiyyahkadir@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Hi sis saya nam mintak contact number accomodation / nama tempat tu. email saya licatlica@gmail.com
    tq sis..

    ReplyDelete