Pengalaman Bercuti di Perth: Day 2




Sebelum tidur, kitaorang akan make sure ittenery untuk esok mesti dah complete. Dan kami juga akan buat muhasabah diri dan husband Lisa atau Lisa sendiri akan tanya each other 

"Are you happy today?"

"What we can improve ourselves and ittenary for next day?" 

2 soalan ni sangat penting bagi Lisa bila kita buat backpacking dengan husband and kids. Sebab dugaan sepanjang kitaorang travel memang ada. Masa ni lah, korang akan kenal pasangan kita lebih dekat.

Tiba-tiba Lisa teringat kes Lisa waktu pergi backpacking sorang-sorang 5 years ago ke Thailand. I met one family from Neitherland. Lisa sempat berbual dengan dorang.

Lisa tanya kenapa suka backpack satu family, macam susah je, Better ambil pakej , jalan-jalan dan santai-santai je. 

He said, kami suka backpacking ni sebab hubungan sy dan isteri serta anak2 lagi rapat. waktu nilah kami lebih kenal each other sebab saya adalah orang yang sangat busy. Susah senang sama-sama di negara orang. that's why, we will travel 3 kali setahun dan buat backpacking. 

Rupanya bila sembang lama-lama, dorang ni antara family terkaya di neitherland. Founder company pengiklanan di sana. Tak ingat nama ape tah.

Datang sini, memang nampak ramai mat saleh buat backpacking dengan family. Siap baby umur 3 or 4 bulan pun dibawa nya backpacking.

Kagum sungguh dengan kekentalan jiwa dorang ni.

Day 2 in Central of Perth,Australia

Seawal 5 pagi kami dah bangun untuk solat subuh sebab di Perth waktu azannya awal sejam lebih dari Malaysia.

Pukul 7.30 pagi kami dah keluar rumah untuk ambil car rental yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Jalan kaki je.

Husband tengah settle kan car rental. 


Korang boleh dapat pakej serendah 25 AUD sehari, tapi kitaorang dapat 36 AUD sebab termasuk car seat n GPS. Lisa advice wajib ambil GPS dorang sebab, if korang bawa lebih dari had laju, ia akan berbynyi untuk reminder. 

Car seat pun wajib ambil bagi sesiapa yang ada anak kecil berusia 5 tahun ke bawah. Kalau tak, mau kena saman beb. Walaupun sepanjang kitaorang rent car seat tapi fareeq jarang duduk kat situ, sebab dia lebih suka bebas. Cumanya,Lisa akn letak dia dalam car seat bila dah tidur.

Kira buat syarat je.

Now, kami heading ke Caversham wildlife dari bays water ambil masa dalam setengah jam.

Alhamdulillah sampai pun.

Comey je nama dia, molly's farm.

Tengok sheep yang cute tapi ada bau cikit...heheh

Berani betul Fareeq pegang kangaroo.

Seriously, Lisa takut nak pegang. Macam scary je

Kambing keliling kitaorang... 

Aktiviti di Caversham yang wajib korang tau, supaya tak terlepas dengan aktiviti menarik.

ok, i'm jelous.....

Fareeq menangis, papa and mama tetap happy.

Koala malu-malu kucing....

Farm show...

Masa ni memang kelakar sebab instructor ni, buat show macam mana dorang libas tali untuk saja takutkan biri-biri. Bunyi kuat gila. Tiba-tiba dengar bunyi kuat orang menangis macam dia pula kena pukul. 

Tengok-tengok anak aku la yang meraung tu.....adeh...fareeq...fareeq...buat malu je...

Semua tengok dia. Mama malu, terus keluar kejap dari kawasan hall tu bagi tenangkan fareeq,

Korang pelik tak kenapa, di tengah2 Perth city ni tiba-tiba ada perkataan TANDAS dalam Caversham ni. Toilet pula ada pipe coz normally, toilet di sini tak de pipe,just tissue je.

Sebabnya adalah, ada salah silah keluarga dorang ni ada dari keturunan malaysia dengar ceritanya.

ok, bangga jap.

Kami sempat berpicnic di kawasan Caversham ni. Kemudahan tempat duduk dan toilet pun disediakan.

Lisa memang masak dari rumah pagi-pagi dan bawa bekal sepanjang perjalanan kami ni. 

Selepas tu, kami teruskan perjalanan ke Margeret River.Perjalanan 10 minit dari Caversham. Who is choc lover, korang wajib datang sini.

Makan sampai lebam.

But, please be aware coz ada choclate yang ada alchocol so korang kena alert dengan ingredient yang dorang tulis.

Jom belasah choclate.

Ha nampak tak excited muka aku tuh.

Nak pilih choc kena tengok label dia. Kalau beli satu-satu range harga dalam 1.95 AUD till 3.95 AUD. if korang beli 1 bucket or packet range dia more than 5 AUD.

Santai depan margaret river.


Korang boleh rasa jem yang sangat sedap tak hingat dunia.... tapi jangan rasa wine pulak, sebab wine pun ada kat situ. Dosa beb.


Dah kenyang makan chocolate, now pergi ke King's Park. Lepaking di sana.


kitaorang confident baring ni pun sebab tengok ramai mat saleh kat sini siap golek atas rumput.


Pemandangan di seluruh Perth. Seriously, cantik gilosss. Nak nangis tengok keindahan ciptaan ALLAH.



Tempat solat memang payah nak cari, so kami solat je di mana-mana. Islam itu mudah dan jangan susahkannya.


Fareeq happy betul kena lambung.



Next destination kami ke Blue House.

Unik giler blue house ni, sebab muka depan je macam tu, belakang tak de rumah pun.

Tengah mama sibuk posing, Fareeq boleh campak kasut mama ke laut. Nak nangis je kuat-kuat. Mujurlah superman mama datang selamatkan kasut.

Nasib baik la, ada papa yang berani.

Kebetulan masa tu ada majlis keraian mat salleh, semua tepuk tangan melihat keberanian husband Lisa selamatkan kasut Lisa.

Tiba-tiba rasa diri ni macam cinderella pula.

Hahhahah..... Thank you sayang....i Love you infifnity...

Next destination is Western Australia University.


Cakap dengan husband, dulu waktu SPM, try belajar betul-betul sebab nak belajar kat oversea tapi tak kesampaian, sebab dapat B english je tapi tak pa now ada peluang tangkap gambar depan university pun jadilah.

Heheh.....

Husband kata,mesti ada hikmah. Kalau Lisa belajar kat oversea mesti tak kahwin dah dengan dia. Entah-entah tak kenal pun.


Dinner depan pantai. Berangin sungguh.

Alhamdulillah habis sudah ittenary untuk hari ke dua ni.

Bersambung.......

Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 

HUBUNGI LISA SEKARANG!!!

Apa yang anda dapat apabila memulakan program ini?


*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income


0193749822














6 comments:

  1. Salam, dari Caversham ke Margaret River Choc Factory bukan 10 minit rasanya. Tak silap dalam 4 jam lebih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Margaret River Choc Factory ada 2 actually.. satu dekat area Caversham dan lagi satu dekat Margaret River..

      Delete
  2. nak tanya.. sewa kereta kena deposit bape?

    ReplyDelete
  3. Assalam.boleh share iternary ,cost n contact Muslim accommodation. Insyaallah akan ksana Nov ni.noorishma@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Blh minta emelkan ittenery & budget
    foc_48c@yahoo.com

    ReplyDelete