Pengalaman Breastfeeding Fareeq

Terima kasih Lisa ucapkan kepada ibu-ibu yang singgah baca blog Lisa ni untuk mengetahui pengalaman Lisa setahun 4 bulan menyusukan Fareeq. Tahniah diucapkan kepada bakal ibu serta ibu yang masih menyusukan bayi anda. Bukan mudah untuk menyusukan bayi kerana perlukan kekuatan fizikal dan mental.

Sebenarnya, Lisa segan juga nak tulis entry ni tapi disebabkan ada permintaan teman2 yang ingin tahu lebih lanjut pengalaman breastfeeding Lisa yang lebih setahun ni. Lisa pun bukanlah pakar sangat dalam bidang penyusuan ni, almaklum anak pertama. So, try and learn my mistake and try to improve.

Selepas melahirkan Fareeq, Lisa banyak baca blog-blog untuk menambahkan pengetahuan tentang panduan menyusukan bayi. Dan pada masa yang sama Lisa ni jenis yang suka membaca pengalaman orang berbanding fakta2 mengenai perkara tersebut. Sebab bagi Lisa, pengalaman adalah guru terbaik buat manusia.

Kalau ditanya tentang give up untuk menyusukan Fareeq, Lisa lah orang pertama yang boleh dikatakan banyak kali nak give up. Bukan sebab tak sayang anak, tap keadaan diri kadang-kadang membatasinya.

Waktu Fareeq dilahirkan memang rasa berdebar sangat nak menyusukan dia. Mana taknya, orang sebelah sebelah Lisa semuanya bayi mereka, selepas dilahirkan masih tak tahu nak menyusu. Maka bermula sesi teriakan di situ. Dan mereka, terus beri susu botol kepada bayi tersebut. Lisa memang cepat2 doa suapaya, Fareeq terus pandai menyusu. Sebab Lisa memang nak susu ibu ni menjadi susu pertama untuk Fareeq. Bila, nurse serahkan Fareeq pada husband dan terus diazankan. Husband sempat buat tahnik di mulut Fareeq.

Selepas Fareeq bertukar tangan pada Lisa, terus bagi dia susu. Mula-mula dia macam taknak, tapi kami sedaya upaya juga pujuk. Alhamdulillah, setengah jam Fareeq menyusu dan tak lama kemudian dia terus tidur lena sampailah 6 hingga 7 jam.

Bersyukur sangat-sangat.

Waktu nak susukan dia, seriously Lisa blur giler macam mana nak pegang dia. Alhamdulillah nurse di hospital sg.buloh sangat membantu Lisa. Dorang yang banyak ajar teknik penyusuan yang sebenar.

Hari ke-5 ,semasa Lisa berpantang di rumah mak mertua, Lisa ada masalah sakit sangat2 bila Fareeq menyusu. Sampai menangis dan rasa nak meraung je. Yes,memang nak give up. Dah cakap dengan husband dah suruh dia belikan susu tepung. Husband ada juga nasihatkan supaya bersabar tapi memang rasa tak boleh.

Entah macam mana, ramai sedara belah suami dan jiran rumah mak mertua bagi kata-kata semangat tentang penyusuan ni. Dorang kata its normal. Memang kena bersabar. Mak Lisa pun keep bagi kata-kata semangat untuk penyusuan ni. Alhamdulillah, selepas 2 hari, bila Fareeq menyusu, dah tak sakit. 

Selepas habis berpantang maka bermulalah sesi hidup dengan Fareeq dan suami sahaja dirumah. Lisa dan suami memang kaki jalan. Sebelum ni, kitaorang kan terus je jalan-jalan kat mall atau ke mana-mana je. Tapi sekarang ni sebelum pergi jalan kat suatu tempat, kami akan pastikan tempat tersebut wajib ada surau atau tempat penyusuan kalau tak memang kami tak pergi.

Tapi pernah sekali tu, kami pergi ke ikea damansara. Kononnya, nak beli barang-barang perhiasan rumah. Tengah syok tengok pelbagai bentuk lampu syiling, tetiba fareeq dah mengamuk teruk dah. Menangis tak henti. That time memang panic habis. Lisa dapat idea. Kami cari tempat yang agak tersembungi di celah-celah rak-rak lampu tersebut dan ambil posisi belakangkan jalan.

My Herbalife baby


Dan husband pula cover baik punya.

Alhamdulillah, terus dapat bagi susu kat fareeq. Please make sure, cctv jauh dari kita kalau tak...adeh..

Setelah fareeq kenyang, dengan happy nya kami sambung balik shopping...

Banyak lagi pengalaman yang memang first time Lisa alami, insyaALLAH ada masa dan ketika Lisa akan share lagi dalam blog ni.

Tiada rahsia atau tips yang Lisa dapatkan kongsikan bagaimana sampai sekarang susu masih banyak dan cukup untuk keperluan faraeeq, kerana Lisa hanya amalakan makan shake herbalife,minum air lebih 2 litre dan kurma.



My two heroes

Anda mahu: 

TURUN BERAT BADAN 5-30KG
NAIK BERAT BADAN 5-15KG
SARAPAN IDEAL DAN BERNUTRISI
MENINGKATKAN STAMINA SUKAN
MENCANTIKKAN KULIT
MENINGKATKAN TENAGA 
Dapatkan:

*Pelan pemakanan 
*Senaman dan home workout guideline
*Personal coach
*Tips-tips kesihatan dan fitness
*Tips mempercepatkan lagi untuk reach your health and fitness goal.
*Analisa lemak dan umur dalaman

Also looking for junior coach and earn extra income

Hubungi:
Ahli Bebas Herbalife Malaysia
Coach Lisa
0193749822

No comments:

Post a Comment