Tips Bercuti di Cameron highland

Walau pun sudah sebulan berlalu, Lisa baru nak up date pasal percutian di cameron highland. Memang best. Kalau sebut cameron highland je mesti, husband lisa akan tersenyum gembira. Bagi dia, cameron highland ni tempat yang aman,sejuk dan menenangkan fikiran. Sebenarnya, percutian ni dirancang seminggu sebelum sebabnya, mak mertua Lisa teringin nak pergi. Kebetulan, cuti sekolah pun hampir nak habis, so kami sekeluarga pergi bercuti untuk habiskan saki baki cuti sekolah.

Ini antara tips yang boleh Lisa share dengan korang untuk bercuti di cameron highland. Tips dan panduan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan jika korang ada pandangan yang berbeza boleh share dengan Lisa juga. InsyaALLAH, boleh jadi panduan kepada pembaca blog Lisa.

Laluan ke Cameron Highland
Ada 3 laluan yang boleh korang pilih untuk ke Cameron highland  iaitu
-Tapah, Perak
-Simpang Pulai, Perak
-Gua Musang, Kelantan.
Lisa suggestkan better ambil laluan melalui Simpang pulai sebab jalannya tak bersimpang siur pun, dan tak berbahaya berbanding laluan tapah. Dah lebih 3 kali lisa ikut jalan simpang pulai dan rasa selamat. Kalau korang dah start nampak perkampungan orang asli, Lisa nasihatkan jangan buka air cond , bukalah tingkap sebab nak rasa angin sejuk bukit tu. Memang best. Kitaorang menikmati betul saat dalam perjalanan tu.

Hotel dan Homestay.
Disebabkan husband Lisa ni jenis yang kaki internet dan kaki survey, kami memang suka booking hotel guna AGODA.COM atau pun AIRBNB. So korang boleh pilih nak hotel atau homestay yang mana ikut citarasa. Nak mahal, nak murah atau nak yang selesa semuanya ada. Tapi Lisa suggestkan better korang ambil yang area Brinchang, Sebab kat situ ada nightmarket dan kemudahan pun banyak.

Tempat Shopping Barang Basah
Kalau datang cameron highland, mesti dalam otak ni tergambar strawberry kan. sedapnya. Lisa dan family, selalu beli dekat Kea Farm. Meang dapat harga yang berpatutan dan korang kena la juga pandai tawar dan buat muka comel sikit. Sayur2 korang boleh dapat 1 jenis RM1. Dan strawberry pulak 3 kotak boleh dapat Rm25.

Benda Wajib kena Beli
Starwberry, ubi jepun, makan ice batang strawberry, sayur2 segar dan teh boh.

Tempat Dilawati
Disebabkan kitaorang ikut laluan Simpang Pulai makanya kami akan jumpa Lavender dulu. Kepada yang suka bunga dan tempat ala2 Hokaido sikit boleh la datang sini. Memang best sebab pemandangan dan decoration die cantik. Harga masuk bagi dewasa RM6.

Lepas tu, kami singgah Taman Rama-rama. Dulu Lisa pergi waktu darjah 6, decoration die biasa je tapi sekarang memang cantik dan dorang dah upgrade dah sikit.

Jangan lupa singgah di Taman Teh BOH. ramai yang tak tahu area tempat ni. Sebab laluannya memang tersorok dan mengerikan. Lisa nasihatkan siapa yang pakai kereta besar macam Alphard ke Vellfire Better jangan masuk...hehe...nanti menyusahkan kereta2 lain. Sebab laluan memang kecil sangat.

Kalau korang yang suka pluck strawberry and suka ambil gambar boleh singgah ladang strawberry yang kat tepi2 jalan tu.

Bee Farm

Cactus Valley

Souvenir 
Banyak tempat yang korang boleh beli souvenir contohnya key chain,fridge magnet,anak patung dan sebagainya. Lisa selalu beli kat kea farm je. Sebab dekat dan murah.







Di Lavender



Ni bahagian atas Lavender




Nak berlakon tapi tak jadi la pulak

travel




Tiba2 jumpa surau kecil dalam lavender ni


Di ladang Teh Boh


Taman Rama-rama


Kea farm


Kea Farm


Ini pun di Kea Farm


Pergi Ladang Teh Boh wajib minum teh panas dan sejuk kat sini.


Brinchang, area hotel yang kami duduk.


Ladang Teh Boh


Kan Lisa cakap jalan agak ngeri sikit.

Rasanya itu sahaja yang Lisa dapat kongsikan kepada korang. If ada pandangan atau pengalaman yang korang nak share, boleh drop comment here. Thank you. Selamat bercuti.


  • Adakah korang dah cuba pelbagai cara untuk turun atau naik berat badan?
  • Selalu rasa penat dan hilang tenaga?
  • Nak tahu meal plan untuk pengurusan berat badan?
  • Nak tahu cara cepat untuk turun berat badan dan kulit makin nampak berseri?
  • Perlukan coach untuk memantau tahap kebugaran?
Saya Coach Lisa yang sudah mempunyai 4 Tahun pengalaman dalam bidang pengurusan badan dan kecantikan. Serta telah menghadiri seminar international di lebih 5 buah negara dan mnedapat training dari doctor dan pakar nutritionist di dunia. Hubungi Lisa untuk keterangan lebih lanjut berkenaan program anda.  


Lisa 0129232202






5 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik...bermanfaat utk mereka yang bercadang ke sana...

    ReplyDelete
  2. Tq 4 tips. Siap gmbr lgi. Suka

    ReplyDelete
  3. Tq 4 tips. Siap gmbr lgi. Suka

    ReplyDelete
  4. Penapis Air alkali BioUltra / BioUltra water Filter Alkaline

    Pelbagai Produk Dispenser Water Filter & Master Filter (OutDoor) – Jimat Tenaga

    • Alkaline WaterFilter – 6 Filters – RM599
    • 2 Suhu Panas & Sejuk (TableTop & Stand - RM899 – 1498)
    • 3 Suhu Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM1299-RM1499)
    • Gold Master Filter– 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
    • Titanium Master Filter – 9 Layer (Fiber - Outdoor) RM999

    Producing High Qualiti alkaline water ph 7-9
    ‘Siap Pasang Baru Bayar’
    Harga Termurah di pasaran drpd segi kualiti, brand, rekabentuk dan harga
    Warranty 12 – 18 Bulan
    Filter import dari Korea (ada sijil halal)
    Pemasangan terus ke kediaman @ Pejabat anda

    Hubungi – Whatapps/ Call / SMS: 017 8895 990 - Farid
    http://penapis-air-bioultra.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Wahh bestnya.. last pergi cameron tahun 2010 tak salah. Bulan depan insyaAllah nak pergi lagi. Tak sabar!

    ReplyDelete