5 Restoran Ayam Penyet Di Shah Alam

Kalau sebut ayam penyet apa yang tergambar dalam fikiran korang? Sambal? Ayam penyet?
Ha kat sini Lisa nak share restoran ayam penyet yang Lisa pernah pergi. Cakap je yang sedap, yang mahal, yang murah, yang pedas semuanya Lisa tahu...Alkisah, waktu LIsa pregnant, sepanjang 6 bulan pertama tekak ni memang kempunan sangat dengan ayam penyet dan tak pernah rasa jemu pun makan. Sampaikan husband Lisa pun dah pening nak cari restoran mana lagi yang jual ayam penyet ni.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Lisa share dengan korang ye.

1) Ayam Penyet Pecel Lele,Padang Jawa
Dari zaman student uitm lagi, kat sinilah tempat Lisa lepak dengan kawan-kawan  lepas habis kelas. Kat sini, apa yang Lisa suka sebab, sup dan nasi free flow. Korang boleh ambil sebanyak mungkin. Harga memang berpatutan dan ayam nya pun not bad. Sambal dia pun Lisa suka. Waktu zaman student harga sepinggan ayam penyet tu Rm4.50 dan sekarang dah jadi dlm RM5 tak silap.


2) Ayam Penyet AP, Seksyen 18
Kat sini sambal dan ayam, bagi Lisa biasa je. Harga pun boleh tahan juga. 1 set RM13 lebih. Mungkin sebab dah banyak cawangan dan terkenal sebab tu, harga pun not bad.




3)Ayam Penyet Wong Solo, Seksyen 7
Restoran ni adalah most favourite Lisa. Sebab nasi dia memang sedap, sambal pun memang boleh buat korang keluar air mata, pastu ayam dia pun sedap juga. Set tu memang ada sekali dengan air. Cumanya, korang datang restoran ni memang kena ada kesabaran yang tinggi sebab service agak lambat almaklum pelanggan sentiasa ramai, so pekerja tak menang tangan nak layan.



4) Ayam Penyet Ria, Seksyen 9


Lisa pernah sekali je pergi sini, itupun sebab ada urusan di bank. Sambal dia memang buat telinga korang jadi merah. Tapi boleh tahan juga sedap bagi Lisa.

5) Ayam Penyet Nusantara Seksyen 7
Kat sini Lisa pernah datang banyak kali juga. Rasanya pun sedap juga cuma Lisa ni jenis yang suka sambal ayam penyet. Walaupun, ayam nya sedap tapi kalau sambal dia kureng sikit, Lisa akan jarang sangat datang. x



Sebenarnya, kalau korang nak makan ayam penyet, korang kena tahu yang korang ni jenis suka sambal ke atau ayam ke atau pun jenis nasi yang digunakan. Bila dah tahu, korang suka yang mana then baru boleh decide restoran ayam penyet mana yang jadi pilihan korang.

Selamat menikmati Ayam Penyet di Shah Alam
  • Adakah korang dah cuba pelbagai cara untuk turun atau naik berat badan?
  • Selalu rasa penat dan hilang tenaga?
  • Nak tahu meal plan untuk pengurusan berat badan?
  • Nak tahu cara cepat untuk turun berat badan dan kulit makin nampak berseri?
  • Perlukan coach untuk memantau tahap kebugaran?
Saya Coach Lisa yang sudah mempunyai 4 Tahun pengalaman dalam bidang pengurusan badan dan kecantikan. Serta telah menghadiri seminar international di lebih 5 buah negara dan mnedapat training dari doctor dan pakar nutritionist di dunia. Hubungi Lisa untuk keterangan lebih lanjut berkenaan program anda. 0193749822

No comments:

Post a Comment