Gemuk air. Mitos atau fakta?


Adakah anda gemuk air? Ada yang mengatakan lemak berlebihan yang mereka ada sekarang dipanggil gemuk air sehinggakan ada golongan yang takut nak minum air. Atas alasan

 " Kalau saya minum air banyak nanti saya gemuk air. Perut nanti buncit. Selalu ke toilet nanti"

Betul ke istilah gemuk air seperti yang dikatakan?



Apa yang lisa tau sebenarnya, istilah tu adalah tentang 'water retention' iaitu pengambilan makanan yang mengandungi garam yang berlebihan. Kebanyakan makanan kita mengandungi garam cuma bezanya tinggi atau rendah sahaja.

Fungsi garam@sodium klorida adalah mengawal jumlah air dalam badan dan ada beberapa fungsinya lagi. Dan perasan tak jika korang makan fast food, tak lama kemudian perut akan buncit sebabnya fast food tinggi garam dan ia menyimpan air lebih banyak.

Dan pengalaman lisa sendiri bila timbang customer, normally mereka yang kerap makan fast food mempunyai lemak yang tinggi di bawah kulit. Dan bacaan visceral fat pun agak tinggi.

Antara jalan penyelesaiannya adalah
  • Banyakkan minum air kosong bukannya air bergula
  • Tingkatkan pengambilan fiber
  • Bersenam
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam
  • Kawal pengambilan karbohidrat yang tinggi.

Hanya sekadar berkongsi dengan teman-teman pembaca setia. Kepada yang berminat untuk mengetahui program pengurusan berat badan yang lisa tawarkan boleh hubungi Lisa 019-3749822. 

Thank you








No comments:

Powered by Blogger.