15:13

Kenapa perlu ada coach untuk pengurusan berat badan?

by , in
Assalamualaikum w.b.t


Mengikut pengalaman aku sendiri, ketika 3 tahun yang lepas usaha nak turun berat sorang-sorang memang susah. Tiada siapa pantau dan waktu tu pulak dikelilingi dengan kawan-kawan yang seronok makan, so aku pun lagi seronok nak makan walaupun waktu tu dalam program turun berat.. tak baik betul aku salahkan kawan-kawan pulakkan...heheh...sorry korang...

Tapi setelah kenal aku dengan coach aku kak Zarina, baru tau langit tinggi rendah sebab k.ina memang coach aku cara yang betul untuk pengurusan berat badan. Dan semuanya bermula dari diri kita sendiri. Bukan setakat nak kurus sahaja, tapi lebih kepada pengenalan active healthy lifestyle.

Kenapa perlu ada coach untuk pengurusan berat badan?


  • Untuk mendapatkan bimbingan dan cara yang betul untuk pengurusan berat badan dan yang penting coach itu sendiri perlu ada pengalaman dan testimoni dirinya. Kerana apa yang diajarnya telah pun terbukti ke atas dirinya. 
  • Dapatkan pelan pemakanan harian mengikut kalori badan masing-masing.
  • Supaya kita lebih berdisplin kerana ada coach yang pantau
  • Supaya kita ada teman atau orang untuk kita rujuk dan mengadu nasib tentang pengurusan berat badan sebab kadang-kadang diakui environment sekeliling kita dalam keadaan negatif, so coach yg akan beri kata-kata semangat. Nak turun berat badan is not easy if we dont have strong determination.

InsyaALLAH, melalui pengalaman aku sendiri sudah 3 tahun menjadi coach pengurusan berat badan akan membantu anda mendapat result sepertimana aku dapat. Dan anda akan diberi :

  • Analisa Berat badan (Mempunyai 8 perkara tentang badan anda)
  • Pelan pemakanan mengikut keperluan harian anda
  • Mendapat panduan dan cara turun berat badan secara selamat dan berkesan
  • Follow up sama ada secara weekly atau monthly bergantung kepada direct coaching mahupun online coaching

Ini adalah testimoni dan pengalaman aku dalam pengurusan berat badan 


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu adalah berbeza-beza

InsyaALLAH, aku akn sentiasa perbaiki diri dan menjadi coach yang terbaik. amin :)


Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257

14:38

Info sihat: Rahsia Turun Berat III

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Rahsia turun berat badan seterusnya adalah memilih cara atau produk yang :

1) Berkesan

Diet seimbang sudah terbukti menunjukkan ramai orang boleh turun berat badan dengan cara yang sihat. Diet yang seimbang adalah kandungan makanan kita cukup nutrisi dan vitamin yg boleh membekalkan kepada badan. Kalau nak beli sesuatu produk lihat berapa banyak testimoni pelanggan mereka yang berjaya, lagi ramai lagi bagus. itu menunjukkan produk/cara tersebut sangat berkesan.

2) Selamat

Pemakanan diet seimbang telah terbukti selamat. Kalau kita ikut sahaja piramid makanan, tentu akan dapat hasil yang memuaskan, badan kita lebih sihat dan bertenaga. contohnya jika seseorang itu selalu fokus makan daging sahaja, maka risiko untuk dia alami masalah sakit jantung sangat cepat. Bermaksud itu diet yang tidak seimbang dan tidak selamat untuk diamalkan.

3) Tanpa kesan sampingan

menguruskan berat badan melalui diet seimbang yang tidak melibatkan pil kurus atau fat burner, risiko untuk mendapatkan kesan negatif sangat rendah.

4)Tanpa perlu berlapar

Jika kita ikut sahaja diet seimbang kita tidak akan perlu berlapar pun untuk kurus. Perut akan rasa lebih selesa dan tidak terlalu kenyang.

Ciri-ciri utama pemakanan yang seimbang yang terbukti berkesan dan selamat adalah:

-jenis makanan halal
-diet seimbang berasaskan sains
-dipercayai oleh doktor-doktor ternama
-mempunyai berjuta pelanggan yang berpuas hati
-pemakanan yang seimbang tanpa berasa lapar
-cara pemakanan yang membantu meningkatkan tahap tenaga
-disokong oleh pakar-pakar penyelldik yang ternama dalam bidang nutrisi dan makanan.
-kandungan semulajadi tanpa bahan pengawet dan pewarna.
-sudah lebih 20-30 tahun di pasaran.


Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257

12:35

info sihat:kenapa susah nak turun berat?

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Ha mesti semua ternganga kan bila aku keluarkan entry ni. Oke tutup mulut nanti lalat masuk. Heheh..

Ini aku cerita pun mengikut pengalaman aku sendiri. Kenapa la susah sangat nak turun berat  badan bila gunakan herbalife ni?

Adakah salah product?
Adakah salah coach?
Atau adakah salah keluarga atau kawan-kawan yang sering ajak kita keluar makan?

Jom muhasabah diri kita sendiri, dulu aku siap kutuk bagai kat coach await la aku tak turun berat tapi sebenarnya........

Ha nak tahu, senang je kenapa kita susah sangat nak turun berat.

1) Tidak menggunakan kuantiti product yang cukup.

Contohnya, shake herbalife adalah makanan gantian untuk pagi dan malam bagi orang yang nak turun berat dengan segera dan selamat. Tapi kalau kita kadang-kadang ambil shake, kadang-kadang tak ambil, rasa-rasanya berat kita akan tu
run tak?

2)Tidak cukup minum air

Kalau kita tak ambil herbalife sekali pun, kita mesti cukup minum air. Kalau tak,memang susah nak turun berat. Sebab ada yang cakap kat aku, minum herbalife kena banyak minum air ye? Setiap badan kita wajib la sekurang-kurangnya minum air 2 litre sehari bersamaan 8 gelas air mineral, lagi banyak lagi bagus. Bukannya 2 litre air sirap tau. Bayangkan, saluran longkang banyak sampah sarap, kalau kita jirus air guna paip kecil dan paip bomba,rasa-rasanya paip yg mana akan boleh menggerakkan sampah sarap sertsebut? Sampah sarap diibaratkan lemak dalam badan kita. Kuantiti air yg kita minum diibaratkan jenis paip tersebut.

Ini sekadar fakta mengenai air:

Secara puratanya, badan seorang dewasa mengandungi hampir 70 % air. Di antaranya bahagian badan yang paling banyak mengandungi air adalah :

* 95% air terkandung di bahagian Otak manusia.
* 90% air berada dalam peparu
* 82% air terkandung di dalam darah

Walau bagaimanapun dianggarkan sebanyak 2.5 liter air yang terkandung di dalam badan akan hilang akibat daripada perkara-perkara seperti berikut:

* 1.5 liter melalui pembuangan air kencing
* 0.7 liter melalui perpeluhan dan penafasan
* 0.2 liter melalui proses respirasi
* 0.1 liter melalui sejatan daripada permukaan kulit.

Kehilangan air ataupun kekurangan air yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan berlakunya kekurangan kepada badan anda. Kehilangan yang berlaku ini mestilah digantikan segera sistem badan dapat beroperasi dengan baik.


3) Terlalu besar portions makanan kita.


Contoh yang senang, makan tengahri sepatutnya kuantiti nasi sebesar genggam tangan kita atau lebih kurang 2 senduk tapi kita ambil kuantiti nasi sampai membumbung. So,itu dikira portions yang banyak. Mungkin kita cakap, 'saya ambil nasi sekali sehari je,kenapa tak turun berat pun?'. Sebabnya, sekali kita ambil dalam kuantiti yang besar. Petua dari coach aku, ambil pinggan yang kecil sahaja, so kita akan nampak nasi kita sudah banyak sebab dah penuhi ruangan, tapi kalau kita ambil pinggan besar mesti kita pun nak penuhi ruangan kosong, so portion tu besar jadinya. Dapat imagine tak apa yang aku nak sampaikan... hahahah...dah berbelit pula aku cakapkan. Kalau tak faham boleh call aku.







P/S: lagi bagus turun berat bukan setakat bergantung kepada pemakanan harian, tapi ditambah lagi dengan senaman ringkas. Dapat 3 kali seminggu pun dah cukup. Ingat ye 80% nutrition dan 20% adalah exercise.

Ini antara orang yang aku coach dan teman-teman seperjuangan yang serius nak ubah diri dan kesihatan mereka.
Testimoni SEBELUM dan SELEPAS menggunakan HERBALIFE


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"



Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257
12:32

Info Sihat: Rahsia Turun Berat II

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Jaga Calorie Intake

Langkah untuk turun berat  badan dengan cara menyekat pengambilan makanan, tidak makan atau makan makanan yang berlebihan kandungan kalori akan membuatkan usaha tersebut gagal.

Punca utama kegemukan adalah:

-Pengambilan kalori yang berlebihan oleh tubuh badan seseorang.
-Pemakanan yang tiidak seimbang dan kurang sihat
-Tidak memastikan pembekalan zat dan nutrien cukup untuk badan


Formula untuk turun berat secara sihat dan cergas


Kebiasaannya untuk jumlah kalori bagi

Lelaki adalah 2500 kalori sehari
Wanita adalah 1600 kalori sehari

Maka, kita perlu makan di bawah atau sama jumlah kalori tersebut,jika kita makan lebih daripada calorie limit maka kita akan hadapi masalah lebihan berat badan.

Untuk mengetahui kita sudah makan lebih atau kurang jumlah kalori, kita perlu tahu jumlah kalori makanan yang kita makan seharian.

Boleh rujuk beberapa laman web yang menyediakan senarai makanan dan jumlah kalorinya.

Kenapa aku memilih shake herbalife sebagai sarapan pagi dan makan malam?

Sebab jumlah kalori yang ada dalam 1 hidangan shake baru 180 kalori. alhamdulillah dah hampir 3 tahun sarapan pagi aku adalah shake herbalife




Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257
11:47

Hari ke 2

by , in
Assalamualaikum w.b.t



Hari ke 2

Pagi-shake

Resepi
2scoop shake choc
2scoop protin
200ml water
200ml soya milk corn
(If nak tambah ice cube lagi sedap sebab rasa mcm chatime punya je tapi kes aku versi ibu breastfeed,so aku berpantang tak minum ais selama setahun)

Lunch-nasi 2 senduk, lauk grilled chicken, tomyam

Tea time- aku makan choclate kisses(dun worry aku dah google berapa kalori...still in my calory limit)

Dinner- shake, resepi plain je

Hari ke 2 ni, aku ada spend dalam 10 to 15 minutes exercise, slowly dulu sebab aku pun baru lepas deliver baby so kena la jaga sikit
12:12

Info Sihat: Rahsia Turun Berat Badan I

by , in
Assalamualikum w.b.t

Aku berkongsi rahsia untuk turun berat badan dengan lebih berhemat atas dasar pengalaman sendiri, Aku bukanlah doctor atau nutritionist yang sangat pakar dalam bidang anatomi atau pemakanan bagai.

Hari ini, aku nak berkongsi rahsia yang pertama iaitu letakkan target atau goals. You must know what  is your goal.



S - Specific( kena tahu berapa kg yang kita perlu turunkan berat untuk dapatkan berat ideal, macam aku, if dapat turun 4-5kg pun dah cukup untuk ideal dgn ketinggian cumanya,almaklum aku kan nak jadi macam che ta, fasha sandha and scha awal, so kena gorgeous sikit)

M- Measurable( rasa-rasanya boleh tak capai mengikut masa yang ditetapkan, kiranya boleh senang manage la)

A- Attainable( Kiranya sesuai untuk dicapai matlamat kita tu)

R- Relevant

T- timely ( Kena ada masa yang khusus, contohnya aku nak turun berat 7-8kg dalam masa 2 bulan or 60days)

Yang penting kita kena tahu, kenapa kita perlu turunkan berat badan sekarang. Kalau Why kita tak strong, then easily to give up, time tu mula salahkan sana sini. Jangan begitu okeh. Sedangkan first question yang Mr.Shoaff ask Jim Rohn is his goals. 

3 years back, goals aku nak turun berat hanya semata-mata nak pergi dinner company dengan berpakaian ala-ala glamour uolss. Itu titik permulaan aku menceburi Herbalife ni. Hahaha... pecah rahsia.

Selamat meletakkan goals anda. Lagi bagus tampal besar-besar goals kita. Hari-hari boleh tengok.

Next rahsia,aku sambung esok...


We soon believe what we desire






Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257



14:20

Cabaran 60 Hari Turun Berat

by , in
Assalamualaikum w.b.t


Pagi semalam timbang berat, mak ai....mata jadi juling jap... inilah berat aku sebelum aku ambil shake herbalife iaitu 57kg. Body fat 34%. Semangat nak turun berat badan amatlah membuak-buak, tambahan pula bila tengok Scha awal, che ta , fasha sandha semua badan gorgeous beb lepas deliver baby. Aku nak jadi macam dorang juga. Hehehe... retis sangat.

Maka dengan ini bermula lah, perjalanan aku untuk turun berat. Target aku adalah 7-8kg turun dalam masa 60 hari. InsyaALLAH semoga segala usaha ku ini diberkati. Dengan niat kena betul okeh. Turun berat atau nak badan cantik bukan untuk show off kat orang tapi kerana ALLLAH, sebab badan ni amanah yang ALLAH bagi untuk kita jaga dengan baik, niat kedua,untuk suami dan niat yang ketiga kerana nak sihat,supaya bila tua nanti tak da masalah kesihatan.

Aku terasa sangat sihat itu mmg mahal. HEALTH IS WEALTH. Mana taknya, 2 bulan aku terdampar kat rumah menanggung sakit sebelum deliver baby Fareeq. Sakit orang pregnant. Kaki susah nak gerak, sampaikan husband terpaksa papah. Alhamdulillah, dapat melalui saat-saat tersebut dengan baik.

Makanan yang aku makan untuk turun berat adalah versi ibu yang breastfeed ye. To all anak dara sekalian yang nak turun berat ikut cara akak nih pun boleh,cuma lalu atau tak ye. Hehehe


Hari Pertama

Pagi- Shake Herbalife,aloe vera herbalife

Tengahari- Ikan dowry grilled, nasi 2 senduk, sayur kobis and carrot masak air
(mak aku cakap slowly nak makan macam-macam atau yang pedas, sebab nanti effect kat baby,so aku pun still guna cara makan berpantang tapi ada juga tambah serbuk oregano kat grill ikan tu)
Tea mix Herbalife, buat suam2 1 litre

Dowry grilled



Sayur kobis dan carrot masak air


Petang-Minum air 1 litre dan roti sekeping

Malam- shake herbalife




Seminggu sebelum aku deliver. Berat 68kg ni.


Selepas berpantang, berat mencecah 57kg.



Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257




09:48

Tips berpantang cara tradisional dan moden

by , in
Assalamualikum w.b.t

Sementara Fareeq tengah tidur sempat aku update entry blog ni, sebenarnya banyak aku nak story tapi buat sementara waktu ni sikit-sikit je la dulu ye, sebab fareeq kadang2 cepat terjaga. Aku pulak jenis pantang dengar dia menangis. Become clumsy beb. Terus je nak tenangkan dia. Lagipun mak aku cakap baby jangan dibiarkan menangis terlalu lama,nanti cepat kembung perut.

Entry kali ni aku nak berkongsi pengalaman sepanjang aku berpantang secara ala-ala tradisional. Pengalaman yang sangat teruja. Disiplin memang tahap tinggi tau.

First and foremost, berpantang ada setengah mentafsirkan pantang makan sahaja,tapi ada juga orang kata waktu berpantang lepas bersalin banyak benda kena jaga bukan setakat makanan tapi dari segi perlakuan, aktiviti harian dan sebagainya lagi.

Aku berpantang di rumah mak mertua dalam 3 minggu dan 2 minggu lagi di rumah mak ayah aku di Perak.

1. Bengkung.

Sepanjang 44 hari memang badan aku ni tak terlepas dari berbengkung. Mak mertua aku cakap bagi badan kita kembali bentuk asal. sebelum berbengkung, perlu sapu limau nipis dan kapur di perut. Supaya perut cepat kempis, almaklum sebelum ni kan perut orang mengandung kan besar.Tapi memang menjadi,dalam masa 5 hingga 7 hari perut kembali bentuk asal. Siapa nak perut kempis,boleh la amalkan petua nenek moyang kita. waktu aku pakai bengkung,memang la jalan dah macam dayang senandung je,tersipu-sipu,perlahan-lahan.

2. Tangas

ada setengah orang tak familiar dengan tangas ni. aku pun first time dengar. Rupanya ia untuk baikkan luka. Sebelum mandi letak serbuk tangas ni dalam baldi berisi air panas,pastu letak dekat di antara kaki , wap dia akn naik atas kita supaya percepatkan sembuh luka di bawah.

3. Mandian Herba

Kebetulan mak mertua aku ni pengedar mandian herba. keliling rumah tanam pokok-pokok herba. Memang best rupanya mandi herba ni, terus aku rasa badan ringan lepas bersalin. SEpanjang 44 hari memang setiap pagi dan petang aku guna daun herba ni. 

4. Serbuk Manjakani.

ini pun first time aku tau kewujudan manjakani...sebelum ni tak pernah tahu pun. serbuk ni sapu di bahagian luka bawah, memang cepat baik. macam aku, hari ke 10, aku dah bersila dah supaya senang nak menyusukan fareeq. Ada setengah orang aku dengar ambil masa juga nak sembuh luka.

5. Tapal Perut.

Ha yang ni untuk mengelkkan kembung atau masuk angin. Aku akan sapu kat perut sebelum tidur bagi selesa dan lena, walaupun sepanjang waktu pantang,fareeq kadang-kadang waktu malam mengamuk juga,tapi ok la aku still boleh tidur balik lepas tu.

6. Bedak sejuk

Bedak sejuk ni aku tak pakai secara konsisten sangat,sebab aku lebih selesa pakai skin Herbalife dan lagipun aku pernah ada sejarah athma,so orang kata bedak sejuk ni kan ada serpihan tu boleh buat kita cepat selsema. Pencuci muka skin herbalife memang power. Alhamdulillah,kulit muka memang tak da masalah sepanjang waktu pregnant dan berpantang.


7. Pil sihat wanita dan pil manjakani.

aku ambil jamu ni bagi luka dalam cepat baik dan mengelokkan sistem peranakan kita.

8. Bertungku.

Mak aku sangat la strict bab tungku ni. Pagi subuh, dengan mata terkebil-kebil lagi,aku dah bertungku. If suami aku ada,dia la yang tolong panaskan tungku atas api,kalau tak ayah aku jadi mangsa. Heheh... sebab orang kata masa berpantang tak boleh angkat berat-berat nanti mudah jatuh peranakan. Bertungku ni sgt la bagus,supaya badan kita ni rasa panas dan selesa, pastu cepatkan pengecutan rahim.

9. Berurut.

aku berurut dalam masa 5 hari. Balik je dari hospital, bidan kampung dah datang rumah untuk urut aku. Wak demi urut memang power, terus badan rasa lebih ringan.


ini lah set bersalin yang mak mertua aku bagi. Kepada yang nak dapatkannya, boleh hubungi mak mertua aku sebab mak mertua aku jual set bersalin ni. :)


Makanan.

Dari segi makanan, memang la aku jaga gila-gila, Mak dan mak mertua aku pun agak strict bab ni, supaya kesihatan dalaman kita terjaga. so, aku memang ikut je apa yang dorang cakap. Tak pernah cakap tidak. Sepanjang 44 hari aku boleh turun sebanyak 11kg, sedangkan baby baru 3.4kg so selebihnya adalah lemak tepu aku, hasil dikumpulkan sepanjang 9 bulan mengandungkan dia.

Lauk- dorang masak guna ikan haruan,kekisi, pastu ada 2 or 3 jenis ikan lagi. ayam dan daging aku start makan waktu hari ke 30.

Sayur- kobis,sawi,carrot merah dan lectus. 4 jenis ni je la yang aku makan sepanjang 44 hari. dan ia dimasak dengan air sahaja. ada juga campur dengan bawang putih dan halia.

Sarapan- aku memang loyal dengan shake herbalife supaya bagi nutrisi kepada badan aku dan untuk baby.

Jadual Makan orang berpantang.

8 pagi- Shake herbalife, aloe vera herbalife, oemga 3 herbalife,multivitamin herbalife
10.30pg- biskut dan air kosong
12.30 tghar- nasi,lauk dan sayur
4.30 ptg- biskur dan air milo
6.30ptg- nasi,lauk dan sayur.

petua orang lama kata, makan kena sebelum maghrib. Mandi pun kena sebelum maghrib.


Okey lah got to go, Fareeq dah bangun sebab tak rasa selesa la tu. So kena mandikan dia.