13:36

Testimoni Turun Berat Badan

by , in
Kejayaan tidak datang secara bergolek. Tapi kita yang kena bergolek untuk datang ke arah kejayaan. Maksudnya dengan adanya usaha secara konsisten dan mengikut guidance yang coach bagi maka inilah hasil mereka perolehi.


























Adakah korang nak jadi seperti mereka?
Adakah korang dah cuba pelbagai cara tapi masih tidak berjaya untuk turunkan berat badan?
Adakah korang sayang nak tinggalkan makanan kegemaran tapi masih nak turun berat?
Jika korang yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, korang lah orang yang Lisa cari selama ini.
Hubungi Lisa segera untuk mendapatkan Coaching secara percuma untuk turun kan berat badan. 
Change your body, change your mindset, You will be a NEW YOU!!!


22:18

Gemuk air. Mitos atau fakta?

by , in
Adakah anda gemuk air? Ada yang mengatakan lemak berlebihan yang mereka ada sekarang dipanggil gemuk air sehinggakan ada golongan yang takut nak minum air. Atas alasan

 " Kalau saya minum air banyak nanti saya gemuk air. Perut nanti buncit. Selalu ke toilet nanti"

Betul ke istilah gemuk air seperti yang dikatakan?



Apa yang lisa tau sebenarnya, istilah tu adalah tentang 'water retention' iaitu pengambilan makanan yang mengandungi garam yang berlebihan. Kebanyakan makanan kita mengandungi garam cuma bezanya tinggi atau rendah sahaja.

Fungsi garam@sodium klorida adalah mengawal jumlah air dalam badan dan ada beberapa fungsinya lagi. Dan perasan tak jika korang makan fast food, tak lama kemudian perut akan buncit sebabnya fast food tinggi garam dan ia menyimpan air lebih banyak.

Dan pengalaman lisa sendiri bila timbang customer, normally mereka yang kerap makan fast food mempunyai lemak yang tinggi di bawah kulit. Dan bacaan visceral fat pun agak tinggi.

Antara jalan penyelesaiannya adalah
  • Banyakkan minum air kosong bukannya air bergula
  • Tingkatkan pengambilan fiber
  • Bersenam
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam
  • Kawal pengambilan karbohidrat yang tinggi.

Hanya sekadar berkongsi dengan teman-teman pembaca setia. Kepada yang berminat untuk mengetahui program pengurusan berat badan yang lisa tawarkan boleh hubungi Lisa 019-3749822. 

Thank you








23:01

Kalsium membantu penjagaan tulang

by , in
Bila bercakap tentang tulang mesti dalam fikiran kita terbayangkan susu. Sebab susu mengandungi kalsium yang tinggi dan bagus untuk tulang.Memang tidak dinafikan dan tahukah kita bahawa ada lagi satu vitamin yang bagus untuk tulang iaitu Vitamin D. Fungsinya adalah untuk membantu tubuh menyerap kalsium dari makanan kepada tubuh badan kita.


Berikan tulang anda dengan nutrisi yang baik


gigi kita juga perlukan kalsium untuk penjagaan yang lebih baik


Kadang-kadang kita tidak pasti adakah pengambilan kalsium seharian cukup untuk badan kita. Makanya mudah untuk kita mengambil pil calcium plus ini untuk aktiviti harian kita yang semakin sibuk. Hanya telan sahaja dan botol calcium plus herbalife ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiognisis,merawat atau mengubati sebarang penyakit.

Pengalaman Lisa

Lisa ingat lagi waktu first time naik penimbang tanita, bone mass menunjukkan 1.7kg je tulang.
Risau betul waktu tu.
Patut la, lisa memang cepat sangat patah tulang sebab dah dua kali accident mesti ada problem pasal tulang.
Lagi satu Lisa bukan jenis yang suka minum susu. Tak tahu kenapa.
Waktu kecik-kecik dulu sampaikan mak paksa juga minum susu.
So, alhamdulillah bila tau je ada pil calcium lagi senang nak telan je. 
My life become more easier now.

Yeayyy!!!

Time pregnant pun Lisa still makan calcium herbalife.


Ingin mengetahui lebih lanjut untuk program pengurusan berat badan anda, boleh hubungi
 Lisa 0193749822 sebagai teman bicara sihat anda.

21:15

Sarapan Protin tinggi vs Sarapan Karbohidrat tinggi

by , in
Pernah dengar tak orang cakap breakfast like a king and lunch like a queen. Dalam fikiran kita pasti breakfast perlu heavy meal contohnya  nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Tahukah kita bahawa makanan tersebut tinggi karbohidrat di mana kita akan cepat rasa mengantuk dan pankreas kita terpaksa bekerja keras di waktu pagi. Dan sebenarnya, badan kita perlukan tinggi protin supaya kita lebih kenyang lama serta sugar level kita tidak akan terus naik di waktu pagi. Kita juga tidak akan rasa mengantuk apabila mengambil protin di waktu pagi.

Sebab itulah, shake menjadi pilihan hati sebab mudah disediakan serta mengandungi protin dalam setiap serving.

Korang juga boleh rujuk di web ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang  sarapan protin tinggi

Anda mahu turun atau naik berat badan? Ingin mengetahui kelebihan yang akan anda dapat sepanjang menyertai  program pengurusan berat badan, boleh hubungi coach Lisa 0193749822.
10:25

Percutian Di Gold Coast, Morib

by , in

Sebenarnya dalam otak ni tak terfikir pun nak pergi ke Gold Coast, Morib. Waktu pergi MATTA FAIR bulan lepas, dalam fikiran ni memang nak pergi Bali. Sebab aku dah survey dengan my friends and a few blogger pasal keindahan dan kecantikan di Bali. Hati memang penuh membara ni nak pergi Bali, tapi bila sampai sahaja di Booth Indonesia, aku pun Tanya la tentang pakej hotel semua, tiba-tiba last question dia Tanya kat aku

 “bak ada anak kecil ya nak pergi ke sana?”

“aah, ade. Tu budak kecik tu.” Aku tunjuk fareeq yang tengah leka main dalam stroller.

“Saya nasihatkan bak, baik jangan pergi jika ada anak kecil. Di sana panas bak”


Dalam otak aku, kalau panas pakai je la paying tak pun pilih je la hotel yang ada air cond kan senang.
Husband aku cakap, rupanya panas tu maksudnya benda-benda yang kita tak Nampak kat sana. Kawan dia pi honeymoon pun kena kacau. OOOoooooo……… baru aku faham… loading lambat sikit.


Then, kitaorang kumpul semua flyers vacation then we sit one place and review balik semua sekali. Pastu, decide mana nak pergi. Tiba-tiba da satu flyers yang husband aku ambil dan dia cakap


“Even I dok kat Banting dh 26 tahun, I tak pernah pergi  Gold Coast.”


Kasihan pula aku tengok husband aku ni…heheh… lagi pun memang dah da niat awal nak bagi hadiah kat fareeq sebab dia dah start reti main air. If aku cakap pasal mandi atau main air, senyum tu tak sah tak sampai ke telinga.


Kitaorang decide ambil pakej weekdays sebab lagi murah dan berbaloi sebab ambil weekend harga dah lain dan confirm2 crowded. Tak da feel beb nak bercuti if ramai orang.


Day 1
Kitaorang sampai awal juga dalam pukul 10 pagi. Kami dapat masuk kat dalam theme park untuk 2 hari. Tapi hotel check in pukul 3 petang. So,kami main air dulu puas-puas. Fareeq bukan main seronok betul dapat air.



Nampak tak budak kecik tu memang la happy sangat. Papa pun tak kurang juga.


Makan tengahari, kami pilih pergi ke Pantai Morib Baru. Banyak pilihan makanan yang ada. Harga pun not bad. Ada nasi kukus, lauk campur, dan sebagainya. Dan kalau nak beli pelampung untuk kids sangat best beli di Pantai Morib Lama, sebab harga berbaloi dan da banyak pilihan.




Pukul 3 tepat kami check in. Rehat jap dalam bilik then after asar main lagi air kat water theme park. Disebabkan kami main air dengan si kecik ni, so kami memang alert dengan dia. If dia dah start genggam tangan dan  dah tak boleh senyum maksudnya dah memang kesejukan la tu. Kami terus bawa dia masuk dalam bilik. Ibu bapa yang bawa anak, jangan lupa stand by balm supaya elak dia cepat selsema.


Fareeq yang merasmikan dulu katil ni.


Yang bestnya, kami dapat pakej bilik hotel yang ada Jacuzzi. So sangat rilex even duduk dalam bilik.
After solat isya, kami dinner di luar iaitu di restoran faizol. Tak jauh dari Gold Coast , Morib. Dalam 15 minit je. Tahu bakar dan otak-otak JB memang terangkat. Kami ambil set menu untuk 2 orang iaitu ada nasi, tom yam sea food, sayur kalian ikan masin,sotong goring tepung, sambal belacan.  Ramai juga pengunjung di sini.

tahu bakar memang terbaik.


Time ni tak ramai orang lagi, sebab masih awal lagi dalam pukul 8.30 mlm. 


Santai dinner.


Day 2

Disebabkan tak ramai orang time weekdays, kami breakfast like hotel ini kami yang punya. Seriously best. Banyak pilihan breakfast kat sini. U can choose healthy breakfast or unhealthy breakfast. Semuanya ada.


Pukul 9 pagi, kami masuk balik dalam water theme park. Mandi lagi…. Hehehhe….. Memang puas kali ni. Tak ramai orang pun. Boleh di kira berapa family je yang ada. Kebanyakannya chinese.




korang boleh request nak bilik menghadap pantai atau menghadap jalan.


Pemandangan yang menghadap pantai. Kat sini ada juga jual sotong goreng tepung, pisang goreng cheese tapi harga memang berganda-ganda.


Tips dari aku



  1.   Firstly, kalau nak pergi Matta Fair, dah plan dari awal nak pergi mana, bulan berapa, budget berapa. Dan ada back up planning. Jangan jadi macam kitaorang tetiba je blur kejap. Pastu, dalam dompet kena stand by dalam rm 100 ke atas sebab normally dorang akan minta deposit rm100 ke atas kalau korang memang nak book pakej tu.  Jangan nak mengada sampai PWTC, baru nak pergi draw duit, sebab that time ramai orang.
  2. Seriously, recommended to all yang ada kids boleh datang ke Gold Coast Morib. Memang best. Tapi kalau korang nak honeymoon, I don’t think this is the best place for you
  3.   Nak pergi Gold Coast, Morib better masa weekdays. Sebab tak ramai orang dan rate lebih rendah. Dan korang akan rasa hotel ini aku yang punya.
  4. Kalau nak dinner, better pergi area Pantai Morib Baru sebab kat sini banyak pilihan makanan seafood. Ada juga yang recommend pergi Bagan Lalang, tapi kitaorang tak pergi sana sebab perjalanan ambil masa setengah jam dan jalannya memang gelap gulita.

Sekian sahaja perkongsian aku kali ni tentang percutian di Gold Coast, Morib. Selamat membaca kawan-kawan.

 Kepada yang berminat untuk turun atau naik berat badan secara sihat boleh hubungi Coach Lisa di talian 0129232202. Dapatkan pakej yang menarik untuk program-program yang Lisa sediakan.
21:29

Pakej Herbalife

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang tanya Lisa pasal pakej herbalife serta program yang ditawarkan oleh herbalife yang Lisa coach. Ini adalah antara senarai program herbalife dan setiap program mempunyai pakej yang berbeza dan produk juga ada yang berbeza.

  • Turun Berat Badan
  • Naikkan Berat Badan
  • Tingkatkan stamina sukan
  • Sarapan yang berkhasiat
  • Cantikkan kulit wajah


Lisa akan coach orang yang serius sahaja dan Lisa akan tawarkan

- Meal plan mengikut keperluan badan anda
-Magic Number
-Coaching dan follow up( Online juga diterima)
- Support group whassap
-Fun Fitness
-Tips sihat dan cergas




Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej herbalife serta harga terkini boleh hubungi Lisa di talian 019-3749822. 



09:30

Aku Bukan Mua'laf.. Siri 1

by , in
Dentuman bunyi kuat memecah kesunyian jalan yang menghala ke Kuala Lumpur. Beberapa orang pejalan kaki terpaku melihat kejadian yeng mencuri perhatian mereka. Sebuah kereta proton saga biru remuk di bahagian bonet belakang manakala sebuah kereta Honda City di hadapannya remuk teruk.


Kereta proton saga biru berpusing beberapa kali di tengah jalan raya sebelum melanggar divider. Seorang ibu dan anak kecil tercampak keluar dari perut kereta saga. Manakala si ayah, kepalanya terhantuk di stereng kereta dan tidak sedarkan diri.


Terasa tubuhnya tercampak di tengah jalan. Pandangannya semakin kabur. Tapi dia sempat melihat seorang ibu yang berlumuran darah masih sempat menyusukan bayi yang tidak berhenti-henti menangis. Kalimah terakhir yang dia dengar dari mulut wanita tersebut adalah kalimah yang sangat asing baginya.


“Asyhaduallah ila Haillah, waAsyhaduanna Muhammad alRasulullah”



Kalimah itu semakin sayup-sayup didengarnya. Kesakitan amat yang dialaminya sudah tidak dirasakan lagi. Semuanya hilang serta merta. Matanya tertutup. Hanya pandangan hitam yang dia rasakan. Tubuhnya terasa layu dan tidak langsung bermaya.


**************************************

Setelah Prof. Dr. Zaidi keluar dari kelas, aku segera memasukkan semua buku-buku yang telah digunakan tadi ke dalam perut bag. Sebatang pen hitam dan satu buku nota kecil aku selitkan di tepi bag supaya mudah untuk aku ambil nanti. Selalunya, aku akan catatkan segala kerja rumah yang diberikan oleh pensyarah akan aku tulis dalam buku tersebut. 

Marz datang menghampiriku. Ambil tempat di sebelah. Mujur mamat sebelah aku tadi awal-awal lagi dah tinggalkan kelas. Aku mengerlingnya. Pasti dia mahu tanyakan tentang assignment yang baru diberikan oleh Wak Zaidi, itulah gelaran yang diberikan oleh teman sekelasku kepada pensyarah yang separuh abad umurnya. Selamba. Setiap hari, tubuhnya hanya dikenakan dengan kemeja kotak-kotak dan berseluar slack hitam, janggut dan misainya tak jauh beza dengan gaya Wak Doyok cuma perbezaannya adalah warna janggut dan misainya putih. Menampakkan dia lebih tua dari usianya. Bila berjalan perutnya yang akan mendahului badan.

"Eh, Ebi kau dah plan pa pe tak untuk buat design sempena Festival  Fashion Muslimah tu. Kalau design kau terpilih , famous kau nanti. Semua reporter keliling kau."

Aku memandang dia tajam. Tidak pasti kata-katanya sebagai pembakar semangat atau hanya nak membakar hati aku.

"Ah! Tak kuasa aku nak masuk fashion muslimah tu. Aku sendiri pun tak berapa nak muslimah, inikan pula nak buat baju orang lain. Baik aku masuk Festival Fashion Antarabangsa lagi glamour " Aku membalas pertanyaannya.

"aku tau la kau ni memang tak layan tudung dan muslimah ni tapi apa salahnya cuba nasib. Tadi Wak Zaidi kan offer kat kelas kita siapa yang berminat boleh hantar design. Kau kan power bab-bab design"

Sambil Marz membebel, barang-barang aku sudah kemas rapi. Teman sekelas yang lain sudah pun meninggalkan tempat duduk. Mungkin semuanya perut sudah berkeroncong. Aku lihat jam di tangan menunjukkan Pukul 1 petang. Aku terus menarik tangan Mars/

"Jom sembang sambil jalan-jalan cari makan. Aku laparla. Dari tadi perut aku nyanyi dondang sayang jangan sampai dia nyanyi lagu Cindai sudah"

bersambung....
09:00

Kenapa perlu pilih shake herbalife sebagai sarapan?

by , in
Ramai yang bertanya-tanya kenapa perlu pilih shake herbalife sebagai sarapan pagi? kenapa tak nasi lemak? roti canai? kuih muih yang beraneka jenis ? kenapa tidak lempeng dicicah dengan sambal tumis?



Jom audit sebentar tentang kenapa kita perlu bersarapan?

1) Memberi tenaga. Sepanjang hari, kita akan buat aktiviti harian maka untuk buat aktiviti tersebut kita perlukan tenaga yang mencukupi. dengan bersarapan pagi, kita akn lebih bertenaga dan tidak akn mudah letih dan rasa lapar.

2) Menjaga Berat badan. Bila kita bersarapan pagi, ia dapat meningkatkan metabolisme badan. Maka ia akan membantu mengawal berat badan.

3) Badan perlu nutrisi dan vitamin. Untuk mengekalkan kesihatan badan, kita perlu berikan makanan yg mengandungi nutrisi dan vitamin yang seimbang untuk badan.

4) Menajamkan kemampuan otak.

Jadi, kenapa kita perlu pilih shake herbalife sebagai sarapan pagi?


  • Sedap. Didatangkan dengan 5 perisa, coklat, vanila, strawberry,tropical fruit dan capucino. Boleh dicampur dengan bahan-bahan tambahan seperti buahan, jus, kurma, oat dan sebagainya.
  • Mempunyai nutrisi dan vitamin. 
  • Rendah kalori. dalam 90 hingga 120 kal per intake. 
  • Low Glycemic Index
  • Kenyang
  • Senang dibuat. untuk orang yang bekerja dan tiada masa, shake herbalife sangat mudah untuk disediakan.
  • Diformulasikan oleh doctor.
Di sini, aku nak berkongsi dengan anda tentang shake herbalife yang aku sudah makan selama 4 tahun. Ini antara penglaman dalam kehidupan yang tak akan aku lupakan, kerana shake herbalife memberikan aku lebih bertenaga dan lebih ceria setiap pagi. semasa aku mengandung pun aku masih jadikan shake ini sebagai sarapan pagi kerana ia selamat untuk ibu mengandung serta bayi. Aku tak perlu masak untuk sediakan sarapan, hanya blend sahaja. Dah siap dan tersedia untuk suami tercinta sebelum dia pergi kerja. Disebabkan aku ni adalah penggemar nescafe yang tegar makanya aku menggantikan nescafe dengan shake capucino and i lose 8kg, hanya dengan capucino mix soy rich. 

Lately ni ramai pula yang tegur pasal kulit dan gaya kesihatan aku. Tiada rahsia pun, melainkan sarapan pagi dengan shake herbalife. Ye lah, secara logik akal jika kita beri makanan yang tdiak elok kepada badan maka, resultnya pun tidak begitu baik dan jika beri makanan yang baik dan sihat , maka badan kita pun akan bertindak secara baik. When people ask me, why until now i still taking herbalife shake? i ask them, " why not? why must we stop taking herbalife shake? ia adalah makanan gantian dan ia bukan supplement. Selagi hidup kita, ada istilah sarapan, insyaALLAH selagi itu sarapan saya adalah shake herbalife. 






Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat atau mencegah penyakit.









17:56

Dilema wanita menjadi gemuk selepas bersalin

by , in
Sebelum berkahwin banyak ibu-ibu mempunyai pinggang seperti kerengga. Namun selepas bersalin, istilah 'spare tyre' tak lekang dikalangan ibu-ibu yang sedah bersalin. Dan masa tu, banyak baju-baju dah tak muat untuk dipakai. ikutkan hati ingin diet dan potong kalori makanan sana sini tapi pada masa yang sama si ibu masih menyusukan bayi. Nafsu makan sukar dikawal. Ya, ibu sedang mengalami dilema.




Maka bagaimana si Ibu boleh kekal langsing walaupun selepas bersalin dan menyusukan bayi?

  • Kenali milk booster. Kita boleh pilih milk booster yang kurang lemak dan kurang kadar kalorinya contoh, badam, air kosong, anggur, madu, kurma, delima, buah tin dan sebagainya.
  • Jaga corak pemakanan. Mengurangkan gula tambahan dan lemak tepu yang selalunya ada dalam manisan,makanan bergoreng,keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Cari alternatif dengan menggantikan makanan tersebut dengan rendah lemak,makanan yang kurang manis dan tanpa gula tambahan. 
  • Senaman. 20% penyumbangan penurunan berat badan adalah dari senaman dan 80% adalah pemakanan harian kita. Ada kajian yang menunjukkan bahawa ibu yang melakukan senaman secara konsisten bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malah dapat meningkatkan pengeluaran susu badan kepada bayi.
  • Jaga kalori. Ibu perlu mengambil 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan amaun susu. dan kelebihan menjaga kalori harian, ibu tidak akan meningkatkan berat badan. Diingatkan supaya ibu-ibu jangan buat diet yang melampau kerana ia boleh memudaratkan bayi. Tambahan pula zat dalam badan ibu dan anak akan berkurangan.
  • Jangan Tinggal Breakfast. Ada kajian membuktikan bahawa amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Tapi perlu diingatkan sarapan tidak semestinya tinggi karbo tetapi perlu tinggi nutrisi dan vitamin contohnya adalah shake herbalife yang mempunyai 55 nutrisi 18 asid amino yang selamat untuk bayi dan ibu.
  • Minum Air Kosong. Minumlah air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 2litre sehari bersamaan 8 gelas. Ia bukan sahaja membantu menurunkan berat badan si ibu malah meningkatkan kuantiti susu badan. 



ibu gembira anak ceria

Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri, teman-teman dan melalui pembacaan. InsyaALLAH , ilmu yang ada dapat dikongsi bersama. Untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal dan sarapan pagi sihat, boleh hubungi:

HERBALIFE MAMA

Coach Lisa 

0193749822





19:44

Cara mudah nak tahu jenis kulit wajah

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Golongan wanita mesti suka dengan tajuk tentang muka ni kan, almaklum ada setengah kata ini aset utama kita. Ada juga yang cakap antara badan dan muka mana nak nampak lebih cantik terdahulu dan kebanyakannya akan beri respond biar muka cantik, bab badan yang tu perkara kedua. Hak individu masing masing berbeza. Tapi kali ni, aku just nak share dengan korang macam mana cara mudah nak tahu jenis kulit kita ni apa. Penting sangat untuk kita tahu supaya nanti bila nak beli produk kecantikan mudah untuk kita pilih, jangan salah beli ye nanti kasihan dengan kulit kita. Ilmu yang aku ada ni pun hasil dari tunjuk ajar orang yang dah lama dalam bidang kecantikan serta doctor2 dari luarnegara.

Kulit berminyak.
 Kalau korang ada jerawat, bermaksud kulit korang tu jenis berminyak. ataupun cuba letak jari anda pada kening, hidung dan dagu. korang maybe akan rasa berminyak atau sedikit lembap.

Kulit kering
Normally orang yang kulit kering ni akan ada jeragat di pipi atau di dahi. Kulit korang akan cepat rasa tegang.

Kombinasi kulit.
kebanyakan wanita asia mempunyai jenis kombinasi kulit, iaitu dibahagian T zone adalah berminyak dan slebihnya adalah kering. Sebab tu ada wajah yang jerawat dan jeragat pun ada.

Apabila kita sudah tahu jenis kulit wajah kita, baru lah kita boleh pilih product apa yang sesuai. Pastikan product tersebut ada 3 ciri ini :
-Parabane free
-sulfate free
-Dhermatology tested

Sangat penting untuk 3 ciri-ciri ni, sebabnya untuk masa hadapan kita. Contohnya artikel ni


Sebab itulah, aku pilih herbalife skin sebagai product kecantikan kulit. Aku tertarik dengan 3 ciri-ciri ni yang ada pada herbalife skin. Bila first time pakai terus jatuh cinta dah.























Beskan bila dapat result muka macam mereka. Jika korang nak jadi macam dorang pun boleh hanya contact aku 0193749822 untuk dapatkan first trial untuk skin product dari herbalife. 



12:14

3 cara mudah minum air 2-4litre sehari

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua...

Dah bape litre anda minum hari ni setakat pukul 10.30 pagi ni?

Alhamdulillah saya dah minum 2 litre dah.

Ramai yg tanya aku macam mana boleh minum sampai 3 hingga 5 litre sehari, sedangkan nak minum 1 litre air pun payah yg amat. So aku kat sini nak share sikit macam mana aku buat dengan cara yang mudah.

1. Firstly, target hari ni nak minum bape litre sehari. If lets say kita target 2 litre then fix kan untuk seminggu dulu. Biar bermula dari bawah tapi konsisten compared to jump terus nak sampai 5litre, itu lagi payah.

2. Bila dah ada target, make sure korang da beli botol air yang mudah dibawa ke mana2 dan ada sukatan. If guna cawan, tak praktikal sangat and kita tak tahu bape litre dah kita minum.

3. Bila dah ada target dan botol air, then bermulalah journey kita untuk complete the mission. Korang semua mesti bangun subuh dalam area 6 0r 6.30 pg kan? So, after solat subuh,make sure terus je minum air dalam 500ml, dan after breakfast another 500ml lg. if lets say kita nak minum 2litre sehari, pastikan dari pukul 6pg until 12 tengahari , korang dah complete minum 1litre water. Seterusnya, dari 12 tengari sampai 6 petang another 1 litre. Done For 2litre. Bila malam just minum air bila haus sahaja so tak la kacau waktu tidur kita untuk asyik pergi toilet.

Ha simple kan. practice make perfect. Ada juga customer aku pernah tanya dan rasa takut bila minum air banyak. Dan kebetulan that time,aku dengar ceramah kat ikim pasal kepentingan air. Dan doktor tu cakap, berapa banyak kita dengar orang meninggal disebabkan orang kurang minum air dan dehydrate, dan da tak kita dengar orang meninggal disebabkan minum air yg banyak. Oleh itu, kita perlu minum mengikut keperluan badan, setiap 25kg perlukan 1 litre air. Korang boleh kira sekarang how many litre your body needs to drink.

Ini aku sertakan beberapa artikel yang boleh buat mata korang terbuka luas... Hehe








Aku ni memang guna botol air herbalife sebab mudah untuk minum air tea herbalife dan air kosong.

Jika anda serius untuk turun atau naik berat boleh hubungi saya, lisa sebagai coach anda
0193749822



11:32

Emotional Hunger vs physical Hunger

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak korang craving nak makan pizza? Cheese cake? Cheese tart? Rainbow cake?

Something sweet.

Atau pun craving nak makan fast food even sebenarnya sejam yang lalu baru sahaja makan nasi.

Mari kita cek ouself either we actually emotional hunger or physical hunger




Aku pun pernah alaminya. Sometimes it happen when we feel stress on something happen to ourlife maybe work overload, family,relationship n so on. and we think the best solution is EAT.

Macam mana cara nak atasinya. Simple. Control ourself first. Ingat balik why we need to lose weight. Do you think,after u eat, all this problem  will solve? Cool down. Take a deep breath.

Tengok picture2 artis or people yang you inspire with their body n lifestyle. so that, ur 'WHY' will become bigger rather than your problem.

Make yourself as busy as you can. So you will forget to eat unhealthy food.

Setakat ni, tu sahaja yg boleh aku kongsi bersama. See you next time.

  Ahli Bebas Herbalife & jurulatih kesihatan
             Coach Lisa 0193749822
13:34

Briskwalk with Fareeq

by , in
Assalamualaikum w.b.t

My first experience brisk walk with fareeq is really amazing.  Mana taknya sebelum ni aku bawa diri je but now i need to cuddle fareeq seberat  5.6kg. Mula-mula macam give up je but, determination yang sangat kuat. i continue my journey. sweating like crazy. Tapi bersyukur sangat2 sebab i have a best nutrition in the world which is Herbalife shake. So stamina memang meningkat dan before and after briskwalk,aku sempat minum tea mix herbalife yang boleh boost my energy.

Ramai juga tegur tadi, pakcik2 dan makcik2 yang dah pencen cakap semangat betul aku briskwalk dengan baby. Fareeq pula kebetulan memang tidur je sepanjang aku jalan kat tasik. So lagi memudahkan aku. Thank you fareeq coz help mama a lot to become more healthier.



to boost my energy, yup tak lain dan tak bukan tea mix





fareeq boleh pulakkan tidur even mama dia semangat nak tunjukkan keindahan alam ni




pemandangan masjid shah alam from tasik





Yup absolutely right!!!!



Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257

13:24

Aku Jadi Model

by , in
Assalamualaikum w.b.t

First time bawa fareeq pergi jalan-jalan sambil tu jogging kat tasik seksyen 7 Shah Alam. Tapi malangnya, sepanjang aku jalan2, fareeq tidur dalam stroller. Adeh!!!Baru ingat nak tunjuk kat dia keindahan saujana pagi kat sini.(Ayat tak boleh bla)...huhuh

Ha entry kali ni , title dia 'Aku jadi model'. Mana taknya, boleh dikatakan setiap hari kawan2 aku tanya pasal dorang nampak picture aku kat da satu Fan page ni. eheheh...dah  macam retis plak kan... Kalau aku jadi retis isk tak dapat nak bayangkan... entah2 setiap hari siti nurhaliza tanya aku apa khabar.... lisa surihani pulak asyik call je sebab nak tanya fareeq tengah buat apa... eh!!!merapu je ak ni.

Actually, ni kes aku tolong kawan je, sebab that time kak sha xjumpa kawan dia tengah pregnant dan produk yg dia buat pasal pregnant. Kebetulan dia tengok ak pregnant so jadilah aku ni model yg tak bertauliah.

Sekian sahaja.

Tapi best juga kan jadi model,almaklum kamera sana sini. Cahaya lampu memang terang benderang. Kulit aku yang xberapa nak cerah ni tiba-tiba boleh jadi putih. Meh aku belanja beberapa picture sikit.




















Ini sahaja pengalaman aku jadi model yg tak bertauliah. Kira tangkap muat je. Sebarang persoalan boleh direct msg/call aku...hehhehe... 

15:13

Kenapa perlu ada coach untuk pengurusan berat badan?

by , in
Assalamualaikum w.b.t


Mengikut pengalaman aku sendiri, ketika 3 tahun yang lepas usaha nak turun berat sorang-sorang memang susah. Tiada siapa pantau dan waktu tu pulak dikelilingi dengan kawan-kawan yang seronok makan, so aku pun lagi seronok nak makan walaupun waktu tu dalam program turun berat.. tak baik betul aku salahkan kawan-kawan pulakkan...heheh...sorry korang...

Tapi setelah kenal aku dengan coach aku kak Zarina, baru tau langit tinggi rendah sebab k.ina memang coach aku cara yang betul untuk pengurusan berat badan. Dan semuanya bermula dari diri kita sendiri. Bukan setakat nak kurus sahaja, tapi lebih kepada pengenalan active healthy lifestyle.

Kenapa perlu ada coach untuk pengurusan berat badan?


  • Untuk mendapatkan bimbingan dan cara yang betul untuk pengurusan berat badan dan yang penting coach itu sendiri perlu ada pengalaman dan testimoni dirinya. Kerana apa yang diajarnya telah pun terbukti ke atas dirinya. 
  • Dapatkan pelan pemakanan harian mengikut kalori badan masing-masing.
  • Supaya kita lebih berdisplin kerana ada coach yang pantau
  • Supaya kita ada teman atau orang untuk kita rujuk dan mengadu nasib tentang pengurusan berat badan sebab kadang-kadang diakui environment sekeliling kita dalam keadaan negatif, so coach yg akan beri kata-kata semangat. Nak turun berat badan is not easy if we dont have strong determination.

InsyaALLAH, melalui pengalaman aku sendiri sudah 3 tahun menjadi coach pengurusan berat badan akan membantu anda mendapat result sepertimana aku dapat. Dan anda akan diberi :

  • Analisa Berat badan (Mempunyai 8 perkara tentang badan anda)
  • Pelan pemakanan mengikut keperluan harian anda
  • Mendapat panduan dan cara turun berat badan secara selamat dan berkesan
  • Follow up sama ada secara weekly atau monthly bergantung kepada direct coaching mahupun online coaching

Ini adalah testimoni dan pengalaman aku dalam pengurusan berat badan 


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu adalah berbeza-beza

InsyaALLAH, aku akn sentiasa perbaiki diri dan menjadi coach yang terbaik. amin :)


Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257

14:38

Info sihat: Rahsia Turun Berat III

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Rahsia turun berat badan seterusnya adalah memilih cara atau produk yang :

1) Berkesan

Diet seimbang sudah terbukti menunjukkan ramai orang boleh turun berat badan dengan cara yang sihat. Diet yang seimbang adalah kandungan makanan kita cukup nutrisi dan vitamin yg boleh membekalkan kepada badan. Kalau nak beli sesuatu produk lihat berapa banyak testimoni pelanggan mereka yang berjaya, lagi ramai lagi bagus. itu menunjukkan produk/cara tersebut sangat berkesan.

2) Selamat

Pemakanan diet seimbang telah terbukti selamat. Kalau kita ikut sahaja piramid makanan, tentu akan dapat hasil yang memuaskan, badan kita lebih sihat dan bertenaga. contohnya jika seseorang itu selalu fokus makan daging sahaja, maka risiko untuk dia alami masalah sakit jantung sangat cepat. Bermaksud itu diet yang tidak seimbang dan tidak selamat untuk diamalkan.

3) Tanpa kesan sampingan

menguruskan berat badan melalui diet seimbang yang tidak melibatkan pil kurus atau fat burner, risiko untuk mendapatkan kesan negatif sangat rendah.

4)Tanpa perlu berlapar

Jika kita ikut sahaja diet seimbang kita tidak akan perlu berlapar pun untuk kurus. Perut akan rasa lebih selesa dan tidak terlalu kenyang.

Ciri-ciri utama pemakanan yang seimbang yang terbukti berkesan dan selamat adalah:

-jenis makanan halal
-diet seimbang berasaskan sains
-dipercayai oleh doktor-doktor ternama
-mempunyai berjuta pelanggan yang berpuas hati
-pemakanan yang seimbang tanpa berasa lapar
-cara pemakanan yang membantu meningkatkan tahap tenaga
-disokong oleh pakar-pakar penyelldik yang ternama dalam bidang nutrisi dan makanan.
-kandungan semulajadi tanpa bahan pengawet dan pewarna.
-sudah lebih 20-30 tahun di pasaran.


Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257

12:35

info sihat:kenapa susah nak turun berat?

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Ha mesti semua ternganga kan bila aku keluarkan entry ni. Oke tutup mulut nanti lalat masuk. Heheh..

Ini aku cerita pun mengikut pengalaman aku sendiri. Kenapa la susah sangat nak turun berat  badan bila gunakan herbalife ni?

Adakah salah product?
Adakah salah coach?
Atau adakah salah keluarga atau kawan-kawan yang sering ajak kita keluar makan?

Jom muhasabah diri kita sendiri, dulu aku siap kutuk bagai kat coach await la aku tak turun berat tapi sebenarnya........

Ha nak tahu, senang je kenapa kita susah sangat nak turun berat.

1) Tidak menggunakan kuantiti product yang cukup.

Contohnya, shake herbalife adalah makanan gantian untuk pagi dan malam bagi orang yang nak turun berat dengan segera dan selamat. Tapi kalau kita kadang-kadang ambil shake, kadang-kadang tak ambil, rasa-rasanya berat kita akan tu
run tak?

2)Tidak cukup minum air

Kalau kita tak ambil herbalife sekali pun, kita mesti cukup minum air. Kalau tak,memang susah nak turun berat. Sebab ada yang cakap kat aku, minum herbalife kena banyak minum air ye? Setiap badan kita wajib la sekurang-kurangnya minum air 2 litre sehari bersamaan 8 gelas air mineral, lagi banyak lagi bagus. Bukannya 2 litre air sirap tau. Bayangkan, saluran longkang banyak sampah sarap, kalau kita jirus air guna paip kecil dan paip bomba,rasa-rasanya paip yg mana akan boleh menggerakkan sampah sarap sertsebut? Sampah sarap diibaratkan lemak dalam badan kita. Kuantiti air yg kita minum diibaratkan jenis paip tersebut.

Ini sekadar fakta mengenai air:

Secara puratanya, badan seorang dewasa mengandungi hampir 70 % air. Di antaranya bahagian badan yang paling banyak mengandungi air adalah :

* 95% air terkandung di bahagian Otak manusia.
* 90% air berada dalam peparu
* 82% air terkandung di dalam darah

Walau bagaimanapun dianggarkan sebanyak 2.5 liter air yang terkandung di dalam badan akan hilang akibat daripada perkara-perkara seperti berikut:

* 1.5 liter melalui pembuangan air kencing
* 0.7 liter melalui perpeluhan dan penafasan
* 0.2 liter melalui proses respirasi
* 0.1 liter melalui sejatan daripada permukaan kulit.

Kehilangan air ataupun kekurangan air yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan berlakunya kekurangan kepada badan anda. Kehilangan yang berlaku ini mestilah digantikan segera sistem badan dapat beroperasi dengan baik.


3) Terlalu besar portions makanan kita.


Contoh yang senang, makan tengahri sepatutnya kuantiti nasi sebesar genggam tangan kita atau lebih kurang 2 senduk tapi kita ambil kuantiti nasi sampai membumbung. So,itu dikira portions yang banyak. Mungkin kita cakap, 'saya ambil nasi sekali sehari je,kenapa tak turun berat pun?'. Sebabnya, sekali kita ambil dalam kuantiti yang besar. Petua dari coach aku, ambil pinggan yang kecil sahaja, so kita akan nampak nasi kita sudah banyak sebab dah penuhi ruangan, tapi kalau kita ambil pinggan besar mesti kita pun nak penuhi ruangan kosong, so portion tu besar jadinya. Dapat imagine tak apa yang aku nak sampaikan... hahahah...dah berbelit pula aku cakapkan. Kalau tak faham boleh call aku.







P/S: lagi bagus turun berat bukan setakat bergantung kepada pemakanan harian, tapi ditambah lagi dengan senaman ringkas. Dapat 3 kali seminggu pun dah cukup. Ingat ye 80% nutrition dan 20% adalah exercise.

Ini antara orang yang aku coach dan teman-teman seperjuangan yang serius nak ubah diri dan kesihatan mereka.
Testimoni SEBELUM dan SELEPAS menggunakan HERBALIFE


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"


"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"



Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257
12:32

Info Sihat: Rahsia Turun Berat II

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Jaga Calorie Intake

Langkah untuk turun berat  badan dengan cara menyekat pengambilan makanan, tidak makan atau makan makanan yang berlebihan kandungan kalori akan membuatkan usaha tersebut gagal.

Punca utama kegemukan adalah:

-Pengambilan kalori yang berlebihan oleh tubuh badan seseorang.
-Pemakanan yang tiidak seimbang dan kurang sihat
-Tidak memastikan pembekalan zat dan nutrien cukup untuk badan


Formula untuk turun berat secara sihat dan cergas


Kebiasaannya untuk jumlah kalori bagi

Lelaki adalah 2500 kalori sehari
Wanita adalah 1600 kalori sehari

Maka, kita perlu makan di bawah atau sama jumlah kalori tersebut,jika kita makan lebih daripada calorie limit maka kita akan hadapi masalah lebihan berat badan.

Untuk mengetahui kita sudah makan lebih atau kurang jumlah kalori, kita perlu tahu jumlah kalori makanan yang kita makan seharian.

Boleh rujuk beberapa laman web yang menyediakan senarai makanan dan jumlah kalorinya.

Kenapa aku memilih shake herbalife sebagai sarapan pagi dan makan malam?

Sebab jumlah kalori yang ada dalam 1 hidangan shake baru 180 kalori. alhamdulillah dah hampir 3 tahun sarapan pagi aku adalah shake herbalife




Ahli Bebas Herbalife & Jurulatih Kesihatan Anda
Lisa 019-3749822
Amer 013-9152257