11:05

Proses Autolisis-Ramadhan

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Esok bulan Ramadhan. Tak sabar nak berpuasa. Inilah pertama kali aku berpuasa dengan gelaran seorang seorang isteri dan bakal ibu.


Ini kali ke-3 aku berpuasa dengan HERBALIFE. Memang berbeza bila bersahur dan berbuka dengan HERBALIFE, walaupun seharian bekerja di luar tapi tenaga masih ada dan alhamdulillah lapar tak terasa sangat.

Apakah makanan nutrisi yang terbaik semasa di bulan Ramadhan? Jawapannya, ada 1 sahaja iaitu Herbalife. mempunyai 55 nutrisi dan 18 asid Amino. Tambahan pula shake Herbalife adalah makanan sel. Untuk pengetahuan semua terdapat berlakunya satu proses yang berkaitan dengan sel badan kita semasa di bulan Ramadhan. ia akan memperbaharui sel badan. Jika sebelum ini Proses Autolisis memerlukan 90 Hari tetapi disebabkan bulan Ramadhan ia berlaku hanya 30 hari sahaja.

Apa itu Proses Autolisis?

Proses memperbetulkan sel-sel dalam badan, di mana sel-sel yang rosak akan disingkirkan dan diganti dengan yang baru dan yang baik.
- 10 hari pertama sebanyak 10% autolisis badan berlaku
- 10 hari kedua sebanyak 66% autolisis badan berlaku
- 10 hari ketiga sebanyak 100% autolisis badan berlaku

Maka sepanjang proses autolisis ini berlaku, jika kita berikan makanan yang bernutrisi tinggi dan yang baik maka insyaALLAH badan kita akan bertindak secara baik dan kesihatan kita makin bagus. Penurunan berat badan akan berlaku secara sihat di antara 2-5kg sebulan.

Sebaliknya, jika kita makan makanan yg berlemak dan yang kurang bernutrisi maka proses autolisis badan tidak dapat berlaku dengan baik. Maka terjadilah, walaupun bulan puasa tapi berat badan meningkat dan lemak juga bertambah.

Hargailah bulan Ramadhan yang bakal berkunjung tiba ini dengan cara yang betul.

Jadual berbuka dan bersahur


Aloe Vera- Aku paling suka aloe vera sebab dapat meningkatkan sistem penghadaman. Dan sepanjang kita berpuasa, asid dalam perut meningkat dan bila kita pekena secawan aloe vera dapat menuetralkan kembali asid dalam perut kita ni. 

Tea mix- kepada sesiapa yang termengantuk semasa terawikh, tea mix is the best sebagai boost energy semasa solat.

Shake- Bila berbuka, selepas capai aloe vera dan teh, terus ambil shake secawan untuk membekalkan nutrisi yang tinggi dalam badan. bila minum shake perut dah kenyang sikit. So selepas solat tarawaikh atau isya, bila nak makan makanan biasa, kuantiti yang kita ambil boleh dikawal berbanding bila berbuka kita terus capai makanan seperti biasa, kita akan ambil dua kali ganda.

Subhanallah, best kan berpuasa dengan Herbalife


Jom niat puasa malam ni


Sekadar berkongsi


Kepada sesiapa yang berminat dan ingin merasai pengalaman yang berbeza berpuasa di bulan Ramadhan boleh hubungi saya.

SELAGI ALLAH BERI KESEMPATAN UNTUK KITA MERASAI NIKMAT RAMADHAN MAKA CARILAH 1001 HIKMAh YANG TERSEMBUNYI DI BULAN INI.

Selamat berpuasa.





16:37

Facial Spa Party

by , in
Assalamualikum w.b.t

Beautiful Friday
Beautiful day

Bersempena bulan Ramadhan yang akan datang, promosi hebat diberikan kepada yang bertuah. Mahukan rasai pengalaman yang berbeza selepas menggunakannya, sertai Facial Spa Party di Kelab kami.




Sila hubungi saya, unuk keterangan lanjut dan untuk temujanji.

Lisa 019-3749822
14:31

Terasa Sayang

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Kita diciptakan dari segumpal darah atas nama kasih sayang antara ibu dan bapa. 
Kita ditiupkan roh atas nama kasih sayang Tuhan kepada hambaNYA, suapaya hambaNya melihat apa itu dunia,
Haiwan hidup atas muka bumi ini atas nama kasih sayang di antara Tuhan kepada mahklukNya
Burung memberi makan kepada anaknya, atas nama kasih sayang ibu kepada anaknya.




Kasih sayang yang kita dapat pada hari ini hanyalah baru setitik dari selaut Rahmat dan Rahim Allah.

Sebab itulah, rahim ibu dinamakan "RAHIM" iaitu sayang.

Subhanallah hebat betul ciptaan ALLAH.

Mak aku cakap, nak bagi nama biarlah nama yang maksudnya baik-baik belaka. Dan daripada itulah, aku terispirasi untuk letak nama kelab ak KELAB RASA SAYANG. Bila orang masuk sahaja dalam kelab terasa kasih sayang di antara kami. Walaupun ada yang kata, nama kolot lah nama pelik lah, tapi pa pe hal pun aku berpegang kepada kata-kata mak....heheheheh....dan nama ni pun sebenarnya, suami aku yang bagi idea, so aku just copy and paste sahaja.

Alhamdulillah, baru beroperasi sebulan lebih dan hampir 2 bulan kelab aku menjadi lebih baik. pelbagai perkara yang aku belajar dan pelbagai ragam manusia yang aku terima. Itulah asam garam kehidupan. jadikan kain putih kita berwarna-warni dari kecil hingga kini, kalau kita rasa kehidupan kita suram dan sama sahaja sebelum ini then switch cepat-cepat. Don't end your life with grey colour. 

Bila kami mengajak orang di sekeliling, ada yang menerima dan ada juga tak kurangnya menolak. ada yang cara baik dan ada juga dengan cara kasar. Bila ingat kembali sirah Rasullullah s.a.w, baginda dicaci dan dimaki hanya kerana mahu ajak kaum keluarga, sahabat dan penduduk untuk menganut agama Islam dan masuk ke syurga, itu pun baginda diherdik yang amat dasyat. dibaling dengan tahi semasa solat. Subhanallah, hebat sungguh perjuangan Rasullullah s.a.w. 





Sedangkan kami hanya mengajak orang untuk jadi sihat dan cantik, pun tidak hairanlah ada yang berkata-kata.

Kita mengajak ibu bapa untuk menjadi sihat atas nama kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya,
kita mengajak adik beradik untuk menjadi sihat atas nama kasih sayang seorang kakak/adik/abang kepada keluarganya
kita ajak sihat teman-teman atas nama kasih sayang seorang teman.
when they tell us, kita ajak mereka jadi sihat becoz of money please, duit dan rezeki ALLAH yang pegang not them.

Bila dalam Kelab Rasa Sayang, ramai ahli kelab yang sudah habis minum 10 hari akan kata 

" Boleh ka, anak pak cik yang gemuk jadi kurus macam hang ni....kasian la, pak cik tengok dia jalan susah betoi"
"Ada sorang jiran saya selalu sakit-sakit, tapi muda lagi, kalau dia minum ni boleh betenaga tak?"

Smiling is our clothes for everyday

That's how we build love in ourself, Allah yang bagi perasaan itu kepada mereka. Kami cuma menyampaikan sahaja. The beauty of LOVE.

Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai kaum keluarga, teman-teman serta saudara-mara kita yang selalu keluar masuk hospital disebabkan penyakit gaya pemakanan yang tidak sihat. Kita mampu mengajak tapi yang memegang hati mereka adalah ALLAH.

Aku tidak kata bahawa kita tak akan masuk hospital dan sesiapa makan herbalife tak akan mati, jika ALLAH kata kun fayakun, esok lusa kita masuk hospital dan mati, then kita sama juga seperti orang lain but remember ALLAH melihat usaha kita untuk menjadi sihat, ALLAH tidak lihat keputusannya.

Teringat pula kisah seorang yang telah membunuh 99 orang dan ingin berubah. Dia bertemu dengan seorang alim, tetapi orang alim itu mengatakan yang dosanya terlalu banyak lalu dia pun membunuh orang alim itu dan menjadikan jumlah orang yang dibunuhnya ialah 100 orang. Kemudian dia bertemu seorang alim lagi, tetapi orang alim ini menyatakan yang dia masih boleh bertaubat dan Allah itu Maha Pengampun, tetapi dia perlu berpindah ke kawasan lain yang lebih baik untuknya. Dia meninggal dalam perjalanan bertaubat kepada Allah dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga kerana jaraknya menghampiri tempat untuk bertaubat itu lebih dekat. 

Pokok pangkalnya adalah usaha kita

Do your job not Allah job.

Thanks to our loveline, Bryant mill team coz visiting our club.

In memory, my friends in Philipines. Love uolss so much.


We build this club bcoz of love to the strangers like a family.



Banyak lagi, yang aku nak story morie di sini but i need to go now....telefon asyik berdering sebab ada  ahli kelab yang nak ajak pekerja dia jadi sihat. Ha!!!! itulah dinamakan kasih sayang antara majikan dan pekerja....


See u guys next time yaw!!!!








17:53

Perkahwinan: Memberi itu Permulaan

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Semoga pembaca sekalian sentiasa di bawah rahmat dan hidayahNYA.

Selamat Petang!!! Feel Good and Feel Better!!!

Almost 2 weeks aku tak conteng blog ni kan, disebabkan kengkangan masa kot(ayat standard untuk lepaskan diri..huhuhu)

Pejam celik pejam lagi dan celik balik, usia perkahwinan aku dah menjangkau 5 bulan dan usia kandungan aku sekarang 4 bulan dah. Alam perkahwinan sangat berbeza dengan zaman remaja dan zaman kanak-kanak dulu. Pemikiran, jiwa dan diri tidak sama bagai bumi dan langit.

Aku ingat lagi ada satu ceramah tu kalau tak silap rancangan Tanyalah Ustaz(favourite mak aku) kata,

5 Tahun pertama
-Salam perkenalan.
-Pergaduhan sering berlaku kerana mahukan keserasian.
-kewangan masih tidak stabil
-Pelbagai dugaan akan datang dan pergi.
-Proses belajar menjadi seorang sumai/isteri

5 Tahun Kedua
- Salam Mesra
-Pergaduhan kurang berlaku kerana keserasian makin bertambah serasi dan fahami pasangan di antara satu sama lain.
-Kewangan semakin stabil.
-Anak penyatu hubungan cinta
-Sudah tahu tanggungjawab masing-masing

5 Tahun Ketiga
- Salam kebahagiaan.
-InsyaALLAH pergaduhan sangat-sangatlah kurang sebab umur semakin matang bersama dengan usia perkahwinan.
- Kewangan sudah stabil.
-Lebih tertumpu kepada pembesaran anak-anak.
- Lebih banyak memberi dari menerima.

Bila aku berbual dengan mak abah, memang betul pun fasa-fasa ni... Aku sendiri lihat perubahannya dengan keadaan orang sekeliling aku. Tidak hairanlah aku yang tak sampai setahun janggung ni pun mula alaminya, tapi di sini aku lebih nak berkongsi tentang 'Memberi itu satu permulaan'.

Dalam hubungan suami isteri perlu lebih banyak memberi dari menerima...Dalam Herbalife, yang aku belajar kita perlu deposit dulu baru boleh withdraw. Contohnya,

Jika suami/isteri tak tahu nak romantik, kita sebagai pasangan mengajarnya menjadi seorang yang romantik
Jika sumai/isteri kita tak tahu tentang beribadah kepada ALLAH, kita yang perlu mengajarnya,
Jika suami/isteri kita tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan cara baik, kita yang perlu memberitahunya,
Kita yang perlu mulakan. Sentiasa mempunyai sifat memberi dan jangan sesekali-kali mengharapkan balasan. Dan jangan sesekali marah kepada pasangan sebab kadang-kadang fikiran si suami lain dengan fikiran si isteri. Kalau nak tahu lebih lanjut better baca buku ' MEN ARE FROM MARS AND WOMAN ARE FROM VENUS'.

Inilah salah satu buku yang suami aku hadiahkan sebelum berkahwin, suapaya kami masing-masing faham tentang pemikiran masing-masing. Tapi dalam hubungan tipulah kalau kata tidak bergaduh, it's normal rite? siapa suami isteri yang tak pernah bergaduh, something wrong somewhere with your relationship...hehehe...kadang-kadang sebab parking pun kami boleh bergaduh, tapi itu yang membuatkan hubungan kita lebih rapat. 

Aku ingat lagi, aku pernah jumpa dengan pasangan yang sangat romantik. mereka amsih muda. si lelaki pakai kopiah dan si isteri pakai tudung labuh, pegang tangan ke mana-mana. Terus aku pasang impian, suatu hari nanti aku akan pegang tangan suami aku ke mana-mana. So bila lepas kahwin, aku memang pegang tangan dia, lagi pun dah halal so tak kisah pun....hehheh... Tapi ada juga suara kata,

 " ala baru kahwin memang macam tu, tengok lah nanti ada ramai anak mesti dah tak pegang"

Tapi bagi aku, melentur buluh biar dari rebungnya. Hubungan kami ni diibarat seperti rebung dan waktu inilah nak mendidik diri untuk belajar romantik...ahahhaa...takkan dah tua nanti baru nak romantik. aku suka sangat tengok ada sepasang suami isteri  mungkin dalm lingkungan 60 tahun ke atas, mak cik dan pak cik ni duduk tak jauh dari meja makan kami, dorang siap suap menyuap, dan bila berjalan saling berpegang tangan. bila berdua, si suami menyanyikan lagu P.ramlee. ha!!! Romantikkan.




Dalam hubungan perkahwinan, kita yang perlu mulakan tanpa mengharapkan pasangan. Keapada sesiapa yang sudah berkahwin tahniah diucapkan dan kepada yang masih belum temui jodoh, cepat-cepat pasang niat bila nak berkahwin sebab itu pun salah satu Law of Attraction.

Doakan kami supaya bahagia hingga ke Jannah.